Anda di halaman 1dari 2

Nama: MUHAMMAD FARIS BIN ANNUAR

Kod Kursus: HPD139A


Kos Program: SR241
No. Pelajar: 2018250336
Jurulatih: ENCIK FAIRUS BIN MUHAMMAD DARUS

ESEI MALAYSIA DIHATIKU

Detik 31 Ogos 1957 mencatatkan sejarah yang tidak dapat kita padam dari
kamus sejarah negara apabila pada tarikh keramat itulah Negara kita telah
mencapai kemerdekaan apabila bendera Union Jack telah diturunkan dan buat
pertama kalinya bendera Malaysia berkibar serta lagu Negaraku berkumandang.
Kibaran Jalur gemilang yang diiringi lagu Negaraku telah membakar semangat
patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia kerana itulah tanda kemegahan Negara kita.
Bertitik tolak dari itulah Negara Malaysia kian membangun. Pembaharuan demi
pembaharuan, kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh Malaysia dibawah
naungan Yang dipertuan Agong dan tampuk pimpinan pemimpin-pepimpin yang
berkarisma. Sebagai buktinya sepanjang tempoh 57 tahun negara mencapai
kemerdekaan,Malaysia Berjaya menempa nama di pesada dunia setanding dengan
negara-negara maju yang lain. Jalur gemilang telah berjaya menawan puncak
Everest dan Kutub Utara malahan juga ke ruang angkasa apabila Dr.Sheikh
Muzzafar berjaya menjadi rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Tidak
mustahil menjelang tahun 2020, Malaysia mampu menjadi sebuah Negara maju.

Malaysia Negaraku yang tercinta, penduduknya yang berbilang bangsa


hidup bersatu padu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa bersyukur akan kesejahteraan
Negara kita. Rakyat Malaysia sering mengamalkan sikap tolong menolong ibarat
aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit. Sebagai contohnya semasa
bencana Tsunami, rakyat Malaysia telah memberikan sumbangan kepada mangsa-
mangsa yang terlibat sama ada di Malaysia atau pun di Indonesia.

1
Pepatah Melayu pernah berkata “tak kenal maka tak cinta” justeru, pada
tahun 2007 Malaysia telah menganjurkan Tahun Melawat Malaysia. Malaysia
menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ketika inilah negara mempamerkan
keunikkan yang terdapat di Malaysia iaitu dari segi kebudayaan dan juga adat resam
masyarakat majmuknya. Pelbagai perayaan disambut antaranyaHari Raya Puasa,
Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan dan Thaipusam yang turut disertai
oleh pelancong-pelancong asing. Selain itu, terdapat juga pelbagai makanan yang
lazat seperti sate,laksa,nasi dagang dan sebagainya.Disamping itu, banyak destinasi
pelancongan yang menarik diperkenalkan antaranya Pulau Langkawi yang terkenal
dengan Lagenda Mahsuri, Melaka dengan Kota Afamosa, Sabah dengan Gunung
Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Tanah Tinggi
Cameron, Menara KLCC, Eye On Malaysia dan lainlain lagi. Setiap tempat
pelancongan itu mempunyaikeistimewaan masing-masing. Inilah kelebihan Malaysia
Negaraku yang tercinta.

Sempena Tahun Melawat Malaysia juga, pelbagai permainan dan tarian


tradisional diperkenalkan antaranya gasing, wau bulan, sepak raga, congkak,
wayang kulit, kuda kepang, boria,dikir barat dan sebagainya. Sehubungan dengan
itu, nama Malaysia terus meniti di bibir pelancongasing kerana rakyat Malaysia yang
berbudi bahasa, bersopan santun serta peramah. Rakyat Malaysia juga tidak loket
dengan senyuman. Sesuai dengan adat ketimuran yang menjadi amalan rakyat di
Negara ini. Faktor inilah menyebabkan Malaysia disanjung oleh Negaranegara luar.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri
sendiri. Jangan asyik berharap berhijrah ke negara lain, bersama-samalah kita
berusaha sedaya upaya untuk memajukan negara kita, cintalah akan negara kita,
kita akan mendapati bahawa Malaysia sahajalah negara yang kita paling sukai.

Anda mungkin juga menyukai