Anda di halaman 1dari 1

CINTAI MALAYSIA Malaysia tanah air tercinta.

Cinta akan Negara bermaksud sayang akan Negara tempat kita dilahirkan, dibesarkan dan member kehidupan yang selesa. Tak kenal maka tak cinta, justeru itu kita mestilah kenali Malaysia. Malaysia terkenal di mata dunia kerana keunikkannya yang tersendiri. Rakyatnya yang berbilang kaun mempamerkan cirri-ciri kebudayaan yang tersendiri. Sepanjang tahun kita merayakan pelbagai perayaan. Kunjung-mengunjung dan rumah terbuka mencerminkan hubungan yang erat antara rakyat. Walaupun mempunyai adat dan tradisi yang berbeza namun bahasa menyatukan kita. Gunakan bahasa kebangsaan untuk menunjukkan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Rakyat yang berbilang bangsa disatukan menerusi konsep 1 Malaysia. Rakyat diseru agar berbudi bahasa, tolong-menolong dan bertoleransi. Budi pekerti rakyat yang mulia mencerminkan keharmonian sesebuah negara. Sebagai seorang rakyat yang mencintai negaranya kita haruslah sentiasa berusaha mengharumkan nama negara. Malaysia Boleh merupakan kunci kejayaan kita yang menaikkan semangat juang dan keyakinan diri. Sebagai rakyat yang prihatin terhadap kemajuan negara, kita hendaklah sentiasa mendukung cita-cita agar negara kesayangan kita sentiasa menuju ke puncak kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai