Anda di halaman 1dari 2

1.

Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia hendaklah mempunyai berakhlak dan berbudi pekerti mulia dan berbangga
menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu peranan sebagai rakyat yang baik hendaklah mempunyai perasaan
hormat kepada raja dan pemimpin Negara sebagai lambang perpaduan dan pentadbir kepada
negara. Di samping itu, lambang-lambang negara sentiasa dihormati dan menjadi kekuatan
semangat dalam diri sebagai rakyat yang mencintai tanah air. Lambang-lambang negara sentiasa
disanjung dan dihormati seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara dan sebagainya. Rakyat
Malaysia yang berbangga terhadap negaranya juga sanggup berkorban untuk menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara. Pastinya perlulah menghargai dan mengamalkan
tradisi dan budaya bangsa agar tidak lapuk. Sesungguhnya pengertian tradisi budaya bangsa amat
besar kepada pengekalan amanah kemerdekaan yang kita tanggung sebagai rakyat Malaysia. Nilai
kewarganegaraan dan patriotisme dalam memahami sejarah menanamkan perasaan bangga
terhadap diri, bangsa dan negara. Malah membangkitkan semangat dan kekuatan emosi dan moral
dengan mengukuhkan lagi patriotisme dan nasionalime bangsa kita untuk dicontohi oleh generasi
akan datang.

2. Bersemangat setia negara

Semangat setia negara perlu dipupuk dalam diri setiap warganegara. Warganegara yang mempunyai
semangat setia negara perlulah taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara. Malah sentiasa
bersedia untuk berkorban demi bangsa dan negara tercinta dengan mewujudkan semangat
kecintaan dan setia pastinya akan membangkitkan rasa tanggungjawab yang kukuh kepada bangsa
dan negara Malaysia. Perasaan berani perlu dididik sejak kecil lagi demi mempertahankan
kedaulatan negara. Seorang warga yang mempunyai nilai kewarganegaraan dan patriotisme juga
perlu peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.

3. Bersemangat kekitaan

Pemupukan nilai kewarganegaraan dan patriotisme juga dapat dipupuk dalam setiap warganegara
dengan menanamkan semangat kekitaan dalam diri mereka. Agar rakyat dapat hidup bersatu padu
dan berharmoni walau hidup dalam pelbagai kaum dan agama. Semangat kekitaan juga hendaklah
turut disulami perasaan tolak ansur dan bertoleransi agar sama-sama membentuk satu benteng
yang teguh bagi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Sudah tentunya kerjasama dan
tolong menolong pasti akan memperkukuhkan lagi semangat kekitaan dalam setiap komuniti
masyarakat yang digelar sebagai rakyat Malaysia. Begitu juga dalam mempertahankan kemerdekaan
yang telah tokoh-tokoh silam perjuangkan anggota dalam masyarakat hendaklah hidup secara
bersefahaman dan bermuafakat serta saling hormat-menghormati antara lain. Sesungguhnya
semangat kekitaan inilah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Hubungan kekitaan
dalam masyarakat menggerakkan hasrat yang sama dan negara bangsa menjadi fokus dan matlamat
akhirnya.
4. Berdisiplin

Di samping itu, warganegara sesebuah negara hendaklah mempunyai disiplin yang tinggi dalam
usaha untuk mengekalkan kedaulatan negara. Sebagai warga yang berdisiplin hendaklah mempunyai
semangat untuk mempertahankan dan menjunjung perlembagaan negara yang telah dibentuk
sebagai satu perlembagaan untuk menjaga kepentingan semua warganegara Malaysia. Peraturan
dan undang-undang negara juga hendaklah sentiasa dipatuhi agar hidup lebih berdisiplin dalam
sama-sama untuk memajukan negara. Lebih-lebih lagi untuk mencapai sasaran wawasan 2020
sebagai sebuah negara maju dalam pelbagai aspek samada dari aspek ekonomi, politik, sosial dan
turut untuk melahirkan proses modalinsan.

5. Berusaha dan produktif

Pemupukan nilai kewarganegaraan dan patriotisme juga boleh dilakukan dengan adanya semangat
berusaha dan produktif. Setiap rakyat Malaysia hendaklah berusaha dengan rajin dan gigih untuk
mencapai matlamat dan impian. Malah semangat berdikari juga mampu untuk memupukkan nilai-
nilai murni dalam jiwa seseorang. Malah untuk mencapai harapan tersebut setiap warga perlu untuk
mempertingkatkan usaha dan tabah untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. Seperkara
lagi yang perlu ada ialah sentiasa menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
negara.

Anda mungkin juga menyukai