Anda di halaman 1dari 40

SINOPSIS

Topik ini membincangkan tentang Pembinaan Negara


Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang
berbilang kaum dan agama di Malaysia. Keupayaan
membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai dan perpaduan serta semangat
patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih
lagi dalam era globalisasi yang membenarkan
pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja
maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem
nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara
KENALI PENULIS
FADHLINA BINTI MOHAMAD AHMAD
Berkhidmat sebagai Pensyarah Jabatan
Pengajian Am di Politeknik Kuching Sarawak.
Berpengalaman mengajar dan terlibat dalam
penulisan modul silibus Mata Pelajaran Umum
versi politeknik.

ZAINAB BINTI MOHAMAD AHMAD


Berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan
Pengajian Am Politeknik Kuching Sarawak.
Berpengalaman mengajar dan terlibat dalam
penulisan modul silibus Mata Pelajaran
Umum versi politeknik.

NOOR FHAKURULZEE BIN ABD TALIB


Berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan
Pengajian Am Politeknik Kuching Sarawak.
Berpengalaman mengajar dan terlibat
dalam penulisan modul silibus Mata
Pelajaran Umum versi politeknik.

SEMOGA
BERMANFAAT
Ikhlas :
Fadhlina, Zainab, Fakhurulzee

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
Pengenalan Konsep Nilai dan Perpaduan Masyarakat
Malaysia
KONSEP PATRIOTISME
Menerangkan konsep Patriotisme

KONSEP RUKUN NEGARA


Menerangkan konsep rukun negara

NILAI-NILAI PERPADUAN
Menerangkan nilai-nilai perpaduan

LATIH TUBI
TOPIK 4: KONSEP NILAI
DAN PERPADUAN
MASYARAKAT MALAYSIA

MPU23042 NILAI MASYARAKAT


MALAYSIA

e-BOOK
UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

HASIL
PEMBELAJARAN

TOPIK 5: KONSEP NILAI DAN PERPADUAN


MASYARAKAT MALAYSIA

Diakhir pembelajaran pelajar dapat :

1. Mentakrifkan konsep patriotisme

2. Menjelaskan konsep rukun negara

3. Menerangkan nilai-nilai perpaduan

01 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


PENGENALAN
Nilai merupakan suatu elemen yang menjadi pegangan masyarakat dalam
menentukan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk, betul atau salah dan
perlu atau tidak perlu. Nilai-nilai yang dipegang dalam masyarakat juga
mempengaruhi perhubungan dan perlakuan setiap ahlinya. masyarakat
berkongsi nilai-nilai yang baik sehingga mewujudkan perpaduan.

Apabila perpaduan dibentuk, maka pelbagai nilai-nilai seperti kerjasama,


amanah, tanggungjawab, hormat menghormati dapat dikekalkan dan
dipertahankan.

Seterusnya, elemen patriotisme dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat


agar kemerdekaan negara tidak terlerai oleh jajahan moden pihak kuasa
asing.

Oleh itu, masyarakat perlu memahami konsep patriotisme dan nilai-nilai


perpaduan untuk mengekalkan keharmonian di negara ini

02 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


01 KONSEP
PATRIOTISME
Mengenal pasti konsep Patriotisme

Patriotisme menurut Kamus Dewan Bahasa dan


Pustaka Patriotisme berasal daripada bahasa Greek,
iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen,
iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna
fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara
(Nazri & Jamsari, 2004). Patriotisme merupakan unsur
ketahanan nasional yang amat penting bagi
meningkatkan komitmen dan tanggungjawab rakyat
terhadap bangsa dan negara. Bas (2016) pula
menyatakan patriotisme merupakan amalan
kebajikan, tanggungjawab dan keperluan masyarakat.
Patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai kepada
kepentingan bangsa dan negara. (Abd Rahim, 2004)

Patriotisme elemen penting dalam proses


mengekalkan perpaduan. Ia acap kali merujuk
perasaan cinta dan kasih sayang terhadap negara.
Dalam konteks Malaysia, semangat patriotisme antara
lain berpaksikan ciri ketaatan kepada undang-undang
dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada
kedaulatan negara.Baru-baru ini, satu dasar
komprehensif dikenali 'Dasar Perpaduan Negara'
dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Dasar murni ini berkonsepkan perpaduan
dalam kepelbagaian demi mengukuhkan perpaduan
dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara. Patriotisme
merupakan semangat yang sangat penting dalam
jiwa rakyat dimana ianya merupakan perisai kepada
negara dalam mengharungi arus globalisasi.

03 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Pelan Pembangunan Pendidikan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara menyatakan identiti
Nasional rakyat Malaysia perlu mempunyai
perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti
nasional, berpegang teguh dengan prinsip
Rukunegara untuk perpaduan dan masa depan
Malaysia. Setiap individu tanpa mengira etnik,
kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pencapaian
matlamat patriotisme ini memerlukan semangat
keterangkuman yang diperoleh dengan belajar
memahami perbezaan dan bertolak ansur,
menerima dan menghormati orang lain, dan juga
untuk hidup bersama dalam kepelbagaian
masyarakat Malaysia. Identiti nasional juga
memerlukan setiap murid memahami sejarah
Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar
sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa
depan Malaysia.

Secara umumnya patriotisme bersifat motivasi,


rasional, harapan dan pembaharuan semula,
kelangsungan hidup, rela berkorban, organisasi
kesukarelaan, kenegaraan dan cinta negara. Maka,
dalam konteks negara Malaysia, patriotisme yang
ingin diterapkan adalah mempunyai nilai-nilai
berikut:

Ciri-ciri patriotisme
Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Semangat setia negara
Semangat kekitaan
Berdisiplin
Berilmu dan peka terhadap isu-isu
semasa

04 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


CIRI-CIRI PATRIOTISME

berakhlak dan berbudi pekerti mulia-


Berbangga sebagai menghormati raja dan pemimpin negara.
rakyat Malaysia menghormati lambang-lambang negara

(seperti bendera, lagu kebangsaan, jata
negara).
menjaga dan mempertahankan maruah
bangsa dan negara.
menghargai dan mengamalkan tradisi dan
budaya bangsa

Cintakan bangsa dan negara.


Bersemangat setia Taat dan setia kepada raja dan pemimpin
Negara negara

Sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
Bertanggungjawab kepada bangsa dan
negara.
Berani dan sanggup mempertahankan
kedaulatan bangsa dan negara.
Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa
dan negara
Bersatupadu dan berharmoni.
Bersemangat Bertolak ansur dan bertoleransi.
kekitaan Bekerjasama dan tolong-menolong.
Hormat-menghormati.
Bersefahaman dan bermuafakat.
Muhibah

05 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


CIRI-CIRI PATRIOTISME

Mempertahankan dan menjunjung


Berdisiplin Perlembagaan Negara.

Mematuhi peraturan dan undang-undang.
Berkelakuan sopan dan bertatasusila.
Bertanggungjawab.
Bertindak dengan wajar.
Bersifat amanah dan jujur
Berlaku adil dan bertimbang rasa.

Rajin dan gigih.


Berdikari.
Bersemangat setia
Sentiasa mempertingkatkan usaha.
Negara Tabah menghadapi cabaran.

Menyokong dan melibatkan diri dalam usaha
pembangunan negara

Nilai-nilai patriotisme ini telah diterima dan


digunapakai oleh Kementerian Pendidikan pada tahun
2000.

06 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


SOALAN ESEI
1. Apakah perbezaan di antara patriotisme dengan
nasionalisme?

2. Bincangkan cara menyemai dan memupuk semangat


patriotisme dalam kalangan remaja masa ini

3. Jelaskan cara menunjukkan kesetiaan kepada raja


dan negara

4. Huraikan nilai menghormati antara satu kaum dengan


kaum yang lain.

07 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


KONSEP RUKUN
02 NEGARA

Pada tarikh 13 Mei 1969 telah berlaku peristiwa hitam di negara kita yang
sangat mengaibkan negara. Negara kita dilanda rusuhan kaum, sekali gus
mencacatkan keharmonian antara kaum yang kita nikmat walaupun sudah
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Namun pada hakikatnya akibat
peristiwa itu, telah menimbulkan kesedaran, keinsafan dan kesungguhan serta
pengakuan betapa perlu perpaduan kaum di negara ini.

08 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Tanpa sebuah perpaduan, sudah tentu negara akan menjadi huru-hara
apabila setiap kaum akan memperjuangkan hak dan kepentingan
masing-masing. Satu titik pertemuan, kebersamaan perlu dicari,
manakala segala perbezaan perlu dirai. Pada hakikatnya, inilah roh,
falsafah dan semangat yang terkandung pada Rukun Negara. Rukun
Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun
kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV.

Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang


melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk
dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-
prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci
kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan
Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

09 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Bahagian Pertama
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia
yang mahu dibentuk:-

Mencapai perpaduan yang lebih erat


dalam kalangan seluruh masyarakat,
Memelihara satu cara hidup demokratik,
Mencipta satu masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan
saksama,
Membentuk satu sikap yang liberal
terhadap tradisi kebudayaan yang kaya
dan berbagai-bagai corak, dan
Membina sebuah masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden

Bahagian Kedua

Menggariskan lima Prinsip Rukun Negara


yang berikut:-

1)Kepercayaan Kepada Tuhan


2)Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3)Keluhuran Perlembagaan
4)Kedaulatan Undang-undang
5)Kesopanan dan Kesusilaan

10 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


NEGARA BERSATU
Kita mendukung cita-cita hendak mencipta satu Bangsa dan Negara di mana ahli-
ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa
mengira keturunan atau kepercayaan dan agama masing-masing. Malaysia yang
terdiri daripada berbilang kaum dengan berbagai-bagai persoalannya.

Masyarakat ini pula dibahagikan oleh jurang atau jarak generasi yang jelas
sehingga perhubungan yang berkesan di antara generasi kadang kala semakin
rumit di laksanakan. Walau demikian, dari unsur-unsur yang berlainan ini,
Malaysia bercita-cita untuk membentuk satu Bangsa dan Negara yang bersatu
padu di mana kesetiaan dan perasaan cinta tidak berbelahbahagi terhadap
bangsa dan Negara selaras Perlembagaan yang mengatasi segala kesetiaan
terhadap mana-mana pihak yang lain.

Kita mendukung cita-cita memelihara satu sistem pemerintahan di mana Negeri-


negeri anggotanya bergabung dalam bentuk kerajaan bersekutu dan dalam
Persekutuan ini tujuan-tujuan kebangsaan akan diusahakan selaras dengan
pemeliharaan hak-hak kerajaan negeri.

1 1 U N I T P E N Dw
I Dw
I Kw
A N. rI e
S LaAl M
l yDgArNe aMtOs Ri tAeL . c o m
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, bangsa
dan negara ini diwujudkan sebagai sebuah
bangsa dan negara yang berdaulat. Islam
adalah agama bagi Persekutuan sepertimana
yang dinyatakan dalam Perlembagaan
Persekutuan dalam Perkara 3. Agama-agama
dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram dan
tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan agama
adalah dilarang. Segala hal yang berkaitan
dengan istilah kepercayaan kepada Tuhan
merupakan suatu hal yang sensitif yang tidak
boleh disentuh tanpa sebarang kompromi.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Malaysia adalah sebuah negara yang
mengamalkan pemerintahan beraja yang
berperlembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang
Berdaulat. Selaras dengan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong sebagai seorang Raja di bawah
Perlembagaan, maka demikianlah juga sistem
beraja akan berlangsung. Raja sebagai ketua
Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Gabenor-
gabenor merupakan lambang perpaduan negara.
Kesetiaan yang dikehendaki daripada setiap
warganegara adalah menumpukan sepenuh taat
setia yang benar-benar jujur.

Selain itu mereka yang menjadi rakyat Raja-Raja hendaklah juga menumpukan taat setia
kepada Raja masing-masing tetapi dengan tidak mengurangkan taat setia mereka kepada Yang
di-Pertuan Agong dan Persekutuan. Kesetiaan ialah jiwa bangsa kita.

12 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Masyarakat Demokratik

Kita mendukung cita-cita hendak memelihara satu cara hidup demokratik di mana
kekuasaan akhirnya terletak pada rakyat yang bertindak melalui Parlimen yang dilantik
menerusi Perlembagaan. Kita semua menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia
dengan tidak mengira keturunan atau kepercayaan dan agama masing-masing. Dalam
sistem kita ini kepentingan bangsa dan negara mesti didahulukan.

Kepentingan keseluruhan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu


pihak atau individu kerana jika tidak demikian, nescaya kestabilan dan keselamatan
negara akan terancam. Perlembagaan kita menjamin hak asasi dan kebebasan
kegiatan-kegiatan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang negara, tetapi
hak-hak ini tidak boleh disalahgunakan, atas nama demokrasi bagi mewujudkan
perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.

13 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Masyarakat Adil

Kami mendukung cita-cita hendak mencipta satu masyarakat yang adil di mana semua
anggotanya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.
Masyarakat yang adil akan wujud jika kekayaaan negara dibahagi dengan adil
saksama dalam kalangan rakyatnya. Untuk mencapai tujuan ini amatlah penting pihak-
pihak yang lemah dan berkurangan diberi bantuan supaya mereka dapat bertanding
setaraf dengan pihak-pihak lain. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas dari
penindasan seseorang terhadap yang lain

14 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Masyarakat Liberal

Bangsa dan negara Malaysia sesungguhnya mempunyai kekayaan dan


perbezaan kebudayaan. Kami bercita-cita hendak mencipta satu masyarakat di
mana keadaan berlainan budaya itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber
kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

15 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Masyarakat Progresif

Kita mendukung cita-cita hendak menegakkan satu masyarakat yang progresif, yang
mengikut langkah kemajuan sains dan teknologi di samping mengamalkan nilai-nilai
ketuhanan. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan bersifat revolusi
dalam bidang ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang di
cita-citakan itu adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan
kemajuan sains dan teknologi serta tidak terkeluar dari batas nilai-nilai ketuhanan
serta tidak menghakis perpaduan.

16 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Kewarganegaraan memberi seseorang itu taraf keanggootaan
sebuah negara. Perlembagaan memberi kepada seseorang
warganegara hak-hak dan keistimewaan tertentu. Perlembagaan
juga meletakkan padanya tanggungjawab dan kewajipan-
kewajipan tertentu terhadap bangsa dan negara. Setiap
warganegara wajib menghormati dan menghargai kandungan,
maksud dan latar sejarah Perlembagaan.
Latar sejarah inilah yang telah menyebabkan termaktubnya
beberapa fasal dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan
dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Raja-Raja, kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi,
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum-kaum
asal yang lain, hak-hak yang adil bagi kaum-kaum lain dan soal
pemberian taraf kewarganegaraan. Tanggungjawab mulia dan suci
seseorang warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung
Perlembagaan.

17 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Setiap rakyat tarafnya
sama di sisi undang-undang. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara. Kebebasan ini termasuklah kebebasan seseorang,
perlindungan sama di sisi undang-undang, kebebasan beragam, kebebasan
memiliki harta benda dan perlindungan daripada dibuang negeri.
Perlembagaan memberi kepada seseorang rakyat hak mengeluarkan fikiran,
hak berhimpun dan hak menubuhkan persatuan.
Hak-hak ini boleh digunakan dengan bebas asalkan tidak melanggar
sekatan-sekatan yang dikenakan oleh undang-undang. Hak-hak dan
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak
menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-
cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kedaulatan undang-undang terjamin
denga adanya sebuah badan kehakiman yang bebas serta mempunyai kuasa
bagi memutuskan sama ada sesuatu perbuatan pemerintah itu sah atau tidak
dari segi Perlembagaan undang-undang.

18 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kesopanan amat penting dalam kehidupan seharian bersesuaian dengan etika


masyarakat ketimuran di Malaysia. Apabila kita berpegang kepada prinsip ini,
maka masyarakat boleh memberikan pendapat dan menyuarakan idea serta
gagasan boleh memberi keselesaan kepada semua pihak tanpa menyentuh
sensitiviti agama atau sesuatu bangsa. Kesopanan ini membolehkan suara rakyat
didengari dan disampaikan pada peringkat Parlimen seterusnya dinilai mengikut
lunas undang-undang. Sudah tentu ia memberi manfaat besar dalam membantu
kebajikan pelbagai lapisan masyarakat.
Setiap orang dan setiap golongan hendaklah menguruskan hal masing-masing
dengan cara yang tidak melanggar tatasusila. Tatasusila ini membenci dan
mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau yang menyinggung
perasaan sesuatu golongan. Seseorang warganegara tidak boleh menyoal
kesetiaan seorang warganegara yang lain dengan alasan bahawa ianya berasal
dari keturunan tertentu. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah
kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan
awam kita.

19 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


RINGKASAN PENERANGAN RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Agama adalah pegangan utama rakyat Malaysia rakyat yang beragama mudah diurus
menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab
Walaupun perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan Islam sebagai agama rasmi negara,
tetapi agama lain bebas diamalkan

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan adalah undang-undang bagi sesebuah negara dan dianggap luhur,
unggul serta suci
Keluhuran perlembagaan mengkehendaki semua rakyat menerima, menyanjung dan
mempertahankannya

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara dan raja Melayu adalah ketua negeri.
Raja sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi
Penderhakaan kepada Raja dianggap penderhakaan kepada negara

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Agama adalah pegangan utama rakyat Malaysia rakyat yang beragama mudah diurus
menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab
Walaupun perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan Islam sebagai agama rasmi negara,
tetapi agama lain bebas diamalkan

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara dan raja Melayu adalah ketua negeri.
Raja sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi
Penderhakaan kepada Raja dianggap penderhakaan kepada negara

20 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


SOALAN ESEI
1. Jelaskan cabaran bagi merealisasikan Prinsip Rukun Negara

2. Berikan tiga hasrat negara yang ingin dicapai melalui Rukun


Negara

3. Berikan tiga alasan amalan prinsip Rukun Negara yang


pertama dalam mencegah berleluasanya masalah sosial
dalam Negara.

4. Nyatakan tiga alasan rakyat Malaysia perlu menghormati


kedaulatan undang-undang.

5. Jelaskan dua cara bagaimana anda dapat memanifestasikan


prinsip kedua Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja
dan Negara dalam kehidupan anda.

21 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


03 NILAI-NILAI
PERPADUAN
Kerajaan mempunyai inisiatif yang baik serta adil dalam
memastikan perpaduan dipupuk dalam kehidupan rakyat yang
berbilang kaum, agama dan bangsa. Pelbagai dasar yang
diwujudkan bagi membentuk dan memantapkan nilai perpaduan
dalam masyarakat Malaysia.

Pelbagai dasar yang diwujudkan bagi


membentuk dan memantapkan nilai
perpaduan yang merangkumi aspek
sosial, ekonomi dan politik .

Perpaduan menurut kamus Dewan (2005) ialah penggabungan,


persesuaian dan perihal berpadu. Perpaduan merupakan satu
keadaan yang menunjukkan bahawa masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia bersatu dan menerima antara satu sama lain

22 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


NILAI-NILAI
PERPADUAN
Nilai adalah satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat
untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu
perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf perilaku dan benda
mengenai sesuatu atau kelompok orang sebagai baik, berharga
dan bernilai.

Perpaduan adalah satu proses yang


menyatupadukan anggota masyarakat
dan negara seluruhnya melalui ideologi
negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan.

23 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Konsep perpaduan
Malaysia mempunyai pengalaman panjang dalam
membentuk kesepaduan dalam masyarakat khususnya
setelah peristiwa 13 Mei 1969. Perpaduan yang dicapai
bukan bermakna tanpa ada sebarang perbezaan. Namun
yang paling penting adalah saling menerima perbezaan di
antara agama, kaum, parti politik dan sebagainya.
Kesepaduan sosal dan integrasi nasional merupakan asas
bagi membentuk matlamat akhir sebuah perpaduan dalam
negara. Perpaduan di Malaysia identiknya adalah sebuah
perpaduan dalam kepelbagaian agama, etnik, bahasa dan
budaya masyarakat majmuk.

24 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


NILAI-NILAI PERPADUAN DALAM
MASYARAKAT
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Konsep ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia


mempunyai asas agama dalam kehidupan. Segala
tindakan dan pelaksanaan rakyat haruslah berpandukan
prinsip agama masing-masing.

Ini kerana agama merupakan nilai yang penting dalam


membentuk rohani dan jasmani masyarakat Malaysia.
Ini membawa maksud sebarang ideologi yang tiada asas
konsep ketuhanan ditolak dan tidak dipraktikkan di
Malaysia.

Sebagai bukti, perlembagaan Malaysia Perkara 3(1)


menetapkan bahawa agama Islam adalah agama
persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan. (Perlembagaan Persekutuan
2008)

Setiap penganut agama mestilah mempraktikkan


keharmonian dan perpaduan antara satu sama lain
bukannya membina satu tembok pemisah atau
permusuhan kerana setiap agama menyeru kepada
kebaikan dan menolak segala kejahatan.

Toleransi perlu diwujudkan dan diamalkan dalam


kalangan masyarakat Malaysia bukan pula menuburkan
semangat ekstrimisme dan rasisme. Agama yang dianuti
oleh kaum- kaum di Malaysia adalah ; Islam, Kristian,
Buddha, Hindu dan lain- lain.

25 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Semangat cinta negara
Cinta akan negara merupakan manifetasi
cinta yang teragung selain cinta kepada
Tuhan, agama, ibu bapa dan diri sendiri.
Perasaan cinta mampu melahirkan rakyat
yang bertanggungjawab untuk
mengekalkan keamanan dan memajukan
negara dalam pelbagai bidang sama ada
sosial, ekonomi, politik budaya mahupun
Pendidikan. Perasaan cinta akan negara
perlu disemai dan dididik sejak kecil lagi.
Ibu bapa boleh membawa anak-anak
terlibat dengan program yang berkaitan
perpaduan seperti sambutan hari
kemerdekaan ataupun sambutan hari
Malaysia. Perasaan ini juga akan
melahirkan rakyat yang bersungguh-
sungguh menjaga perhubungan erat
antara pelbagai kaum.

26 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


ANTARA NILAI SEMANGAT CINTA AKAN
NEGARA

KESETIAAN KEPADA PEMIMPIN

Kesetiaan kepada pemimpin merupakan nilai asas


dalam membentuk keharmonian dan keamanan.
Rakyat yang setia akan bersatu antara satu sama lain
untuk memajukan negara sekali gus menjamin
keharmonian seluruh masyarakat.

27 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG
NEGARA

Undang-undang adalah peraturan yang digubal oleh


kerajaan dan mesti dipatuhi oleh seluruh rakyat
Malaysia. Tanpa undang-undang dan peraturan,
rakyat sesebuah negara akan hidup dalam keadaan
kucar-kacir, tidak aman dan tenteram.

28 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


INTEGRASI NASIONAL

Menurut Kamus Dewan (2005) integrasi ialah


penggabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu
kesatuan. integrasi nasional merupakan satu agenda
kerajaan membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat
pelbagai kaum di Malaysia

HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN

Hormat-menghormati antara satu sama lain


merupakan satu nilai yang sangat dituntut dalam
kalangan masyarakat terutamanya bagi negara
yang mempunyai rakyat yang berbeza agama,
budaya, adat resam dan bahasa. Sifat hormat-
menghormati amat penting untuk memastikan
masyarakat hidup dalam keadaan aman dan damai.

30 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


TOLERANSI

Menurut Kamus Dewan (2005), toleransi ialah sikap


sabar, bertolak ansur serta sikap menerima atau
menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan
orang lain. Sebagai Rakyat Malaysia setiap kita perlu
mengamalkan sikap tolak ansur dan menerima
perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat

BEKERJASAMA
Manusia tidak mungkin dapat hidup bersendirian
tanpa bantuan dan kerjasama daripada orang lain.
Kerjasama amat penting dan perlu untuk
memudahkan dan menyiapkan sesuatu kerja.
Kerjasama merupakan asas untuk membina sebuah
negara yang maju dan aman makmur. Hasil
kerjasama dan sokongan padu Majlis Sambutan Hari
Kebangsaan 2022 di sambut meriah.

31 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


KASIH SAYANG
Kasih sayang merupakan fitrah manusia. Tanpa
kasih sayang kehidupan manusia berada dlaam
keadaan tidak tenteram. setiap warganegara
Malaysia perlu memupuk rasa kasih sayang terhadap
orang lain tanpa mengira bangsa, golongan, warna
kulit, kedudukan sosial, jantina dan usia.

BUDI BAHASA
Budi bahasa bermaksud budi bahasa yang baik
merangkumi pekerti, akhlak, watak dan tingkah laku
yang baik dan sopan. Antara ciri orang yang berbudi
bahasa ialah menjaga kebersihan, bercakap sopan,
menghormati orang tua, ramah mesra, merendah diri
dan tidak mementingkan peribadi semata-mata

32 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


TAHUKAH ANDA APAKAH DEFISIT SOSIAL?

Defisit sosial bermakna kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan


usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan
Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan persepsi dan pendapat dalam
kalangan kelompok yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan
masyarakat.

Defisit sosial dalam masyarakat adalah suatu


kerencaman yang tidak boleh dielakkan namun ianya
boleh diuruskan dengan semua pihak bekerjasama dalam
proses penyatupaduan rakyat di Malaysia.

32 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


RUMUSAN
Konsep nilai dan perpaduan masyarakat Malaysia
hendaklah difahami dan dihayati oleh semua golongan
masyarakat bagi mewujudkan sebuah masyarakat
majmuk yang harmoni. Semangat patriotisme dan cinta
akan negara hendaklah disemai sewal usia bagi
membentuk warganegara yang baik dan kental jati
dirinya. Lantaran itu, pendidikan merupakan suatu
platform yang baik menjadi penyampai kebaikan dalam
perpaduan. Usaha kita pada hari ini adalah untuk masa
depan negara yang lebih gemilang.

33 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


PERBINCANGAN
1. Sebagai seorang pelajar politeknik, berikan langkah-
langkah yang boleh mengekalkan dan memantapkan
perpaduan kaum.

2. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang


dihadapi dalam pergaulan seharian dalam kepelbagaian
kaum di Malaysia?

3. Sebagai seorang warga negara Malaysia, apakah yang


akan anda lakukan untuk mencapai perpaduan kaum
dinegara kita

34 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


RUJUKAN
Abd Rahim & Abd Rashid. (2004). Patriotisme Agenda Pembinaan Negara,
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Masitah Mohd Ali, Siti Noryanie Yusoff & Kamsani Md Saad. (2016) Nilai
Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Hairul Anuar Razak, Jayum A. Jawan, Adlina Abd. Halim, Mohd
Mahadee Ismail & Siti Aishah Misri. (2013). Penghayatan Dan Kesedaran
Patriotisme Dalam Kalangan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara,
Malaysian Journal of Youth Studies 8, 1-24.

Mohmad Noor Bin Mohmad Taib. (2006). Kesan Pengajaran Terus Nilai Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Bagi Penerapan Patriotisme, Ph.D
Disertasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muslim, Nazri Alias & Jamsari (2004) Patriotisme: Konsep dan


pelaksanaannya di Malaysia. Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti
Pasca Modenisme (SIVIC 2004). 4-6 September.

35 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


RUJUKAN
Amerjit Singh. (2021, 5 Mac). Patriotisme Tunjang Perpaduan Rakyat. BH Online.
Bahan diakses pada 5 Mei 2022, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/03/792867/patriotis

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Bahan di akses pada ^ Mei
2022, daripada https://www.jpnin.gov.my/ms/kenegaraan/kelab-rukun-
negara.

Mohd. Azraai Kassim. (2020, 4 Julai). Falsafah Rukun Negara Bukan Sekadar
Dihayati, BH Online. Bahan diakses pada 5 Mei 2022, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/707201/falsafah-
rukun-negara-bukan-sekadar-dihayati

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia. Bahan


diakses pada 6 Mei 2022, daripada
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my

36 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

Anda mungkin juga menyukai