Anda di halaman 1dari 4

5.

0 Nilai yang perlu diamalkan untuk Konsep Keluarga Malaysia

Konsep keluarga Malaysia merentasi sempadan bangsa, agama dan kaum. Konsep keluarga

Malaysia digunakan kerana keteguhan negara kita berkait rapat dengan nilai-nilai didikan

yang sempurna dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, rakyat Malaysia adalah satu

keluarga, tanpa mengira bangsa, agama, dan kaum. Keluarga Malaysia adalah satu

kewujudan yang saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Nilai-nilai murni

yang kukuh dalam kehidupan masyarakat Malaysia amat penting bagi menangani pelbagai

isu dan masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa nilai murni yang perlu kita amalkan untuk

konsep Keluarga Malaysia.

5.1 Hormat-Menghormati

Masyarakat yang beretika dan berhemah adalah masyarakat yang sentiasa

mementingkan sikap hormat-menghormati. Hal ini bercanggah dengan sikap

sombong, angkuh, dan biadap. Ia akan menjadikan masyarakat rendah akhlak dan

gagal untuk menghargai kepentingan maruah dalam kehidupan. Menghormati orang

lain, tanpa mengira umur, status atau pengaruh, adalah simbol kekuatan moral sosial.

Menghormati ibu bapa dan pemimpin juga merupakan nilai murni, yang dapat

menguatkan perasaan dan emosi kasih sayang. Nilai-nilai murni ini tidak boleh

diketepikan, kerana memuliakan orang lain dalam kehidupan adalah nilai murni yang

perlu dihargai dan dipertahankan.

Begitu juga dengan konsep keluarga Malaysia, nilai hormat-menghormati amat

penting bagi rakyat Malaysia kerana terdiri daripada pelbagai kaum. Malaysia

mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara

aman dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi
kebanggaan rakyat kita. Setiap rakyat perlu menghormati adat resam, budaya, dan

agama kaum lain. Sesungguhnya, sikap ini dapat mengukuhkan perpaduan serta

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman.

Sebagai rakyat Malaysia, kita dilahirkan berbeza-beza latar belakang. Oleh itu, nilai-

nilai perbezaan dan menghormati kepelbagaian tersebut perlu kita hargai. Perbezaan

ini menjadikan kehidupan kita berwarna-warni dan ceria. Ini akan membantu kita

untuk menikmati kehidupan yang lebih harmoni. Kita hendaklah menghormati dan

menghargai orang lain tanpa mengira warna kulit, keupayaan fizikal atau bahasa yang

digunakan untuk berkomunikasi. Nilai hormat-menghormati sangat penting dalam

konsep keluarga Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum serta berbeza

kebudayaan dan juga agama.

5.2 Berhemah Tinggi

Sikap berhemah tinggi juga merupakan nilai murni yang perlu diamalkan dalam

konsep keluarga Malaysia. Nilai ini merupakan nilai peribadi atau nilai personal yang

terdapat dalam diri seseorang yang mempunyai cita-cita dan perjuangan yang mulia.

Nilai berhemah tinggi ini dapat menguatkan keazaman seseorang untuk memajukan

diri agar dihormati dan disanjungi oleh orang lain. Dengan idealisme dan nilai-nilai

murni yang dimiliki, kita dapat mengangkat diri kita ke puncak kejayaan dan

kegemilangan.

Masyarakat yang berhemah tinggi mempunyai idealisme dan falsafah hidup untuk

membina kebaikan. Mereka berjuang ke arah kebaikan dan menolak sebarang

kemungkaran atau kejahatan. Pendidikan perlu untuk membentuk individu supaya

mempunyai nilai berhemah tinggi. Orang yang berhemah tinggi mempunyai kualiti

akhlak dan juga keperibadian yang baik. Ciri-ciri seseorang yang berhemah tinggi

ialah berbudi bahasa dalam berinteraksi, berkelakuan sopan, peramah, mudah


menyesuaikan diri dalam situasi baru dan tidak memilih status dalam pergaulan

kerana budi bahasa adalah budaya kita.

5.3 Jujur dan Amanah

Nilai jujur dan amanah juga merupakan salah satu nilai yang perlu diamalkan untuk

konsep keluarga Malaysia. Nilai ini sangat penting dalam kehidupan rakyat, individu

serta masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengelakkan daripada

timbul perbuatan dan tingkah laku yang tidak bermoral seperti mencuri, menipu,

pecah amanah, tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab. Jadi, masyarakat

perlu menghargai dan mempertahankan nilai jujur dan amanah ini supaya tidak

berlaku perkara tersebut.

Golongan muda tanpa mengira kaum terutamanya perlu dilatih untuk bersikap jujur

dan amanah dalam semua transaksi, pekerjaan, perhubungan dan tanggungjawab.

Pengaruh kebendaan, ketamakan, dan keinginan untuk cepat kaya menyebabkan

golongan peniaga sanggup bersikap tidak jujur dan melanggar etika dalam urusan

perniagaannya. Kejujuran dan amanah perlu dipertahankan dalam setiap profesion

pekerjaan. Masyarakat dan negara akan musnah sekiranya nilai kejujuran dan amanah

tidak menjadi prinsip dalam membina kehidupan dan menegakkan keadilan. Oleh itu,

institusi pengurusan, kewangan dan institusi sosial lain yang bertanggungjawab

menjaga kepentingan orang ramai dan negara hendaklah bertindak berasaskan kepada

lunas-lunas kejujuran dan amanah.

5.4 Patriotisme / Semangat Cinta Akan Negara

Nilai cinta akan negara adalah dikaitkan dengan satu perasaan mengutamakan negara

dalam tindakan dalaman atau luaran seseorang itu. Nilai patriotisme yang menjadi
sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik

mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah

tinggi dan berakhlak mulia. Sikap berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri akan

menghancurkan semangat patriotisme. Oleh itu, kita perlu mengamalkan falsafah

hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata, kepentingan negara

hendaklah diambil kira bersama kerana kepentingan negara akan membawa kebaikan

yang lebih baik kepada diri sendiri.

Agenda patriotisme perlu disemarakkan di kalangan rakyat Malaysia dan bukan hanya

bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab

mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu

dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu

suburkan kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang

dikecapi kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-

baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan

bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat patriotisme sejati. Sesungguhnya

patriotisme akan membentuk sebuah negara yang lebih mementingkan kepentingan

negara berbanding kepentingan etnik. Dengan wujudnya perpaduan kaum, kerajaan

akan dapat melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan yang memberi

kemudahan kepada rakyat. Selain itu, suasana harmoni antara kaum akan tercipta.

Seterusnya, suasana harmoni ini akan dapat merangsang pembangunan pelancongan

negara.

Anda mungkin juga menyukai