Anda di halaman 1dari 3

Tugasan Harian Etika dan Peradaban

Nama Muhammad Izzudin Bin Mohamad


No. Matrik A20SC0168
Pensyarah En. Azlah bin Md. Ali
Tarikh 20/04/2021

Berdasarkan kepada prinsip Lima Hubungan 'Wu lun' dalam etika China, bagaimana ianya
boleh diaplikasikan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
membantu pembangunan negara?

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu Cina dan India. Ini menunjukkan
masing-masing mempunyai pelbagai budaya dan juga agama. Setiap kelompok masyarakat mempunyai
peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dasar-dasar kerajaaan jelas seperti yang terkandung dalam
wawasan 2020 iaitu Dasar Integrasi Nasional memperlihatkan usaha kerajaaan untuk membina bangsa
Malaysia agar lebih cemerlang gemilang dan terbilang. Walaupun demikian banyak kejadiankejadian
menjurus ke arah yang negatif di mana gejala sosial dikalangan masyarakat amat membimbangkan
terutama kes zina, seks sejenis dan akhlak yang semakin merudum ini menunjukkan masyarakat seolah-
olah kehilangan pedoman dan arah tuju yang sebenar. Oleh itu, nilai-nilai mulia perlu diterapkan dalam
diri supaya masalah sosial dapat dikurangkan ke tahap yang minimum.

Prinsip yang pertama ialah hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Keamanan dan kestabilan
negara adalah bergantung kepada kewibawaan pemimpin dalam memimpin negara. Jika seseorang
pemimpin itu melakukan salah laku sama ada kecil ataupun besar seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah
dan sebagainya ia akan mencerminkan sikap yang buruk kepada masyarakat. Sebagai contoh, dikala
pandemik covid 19 masih menular dalam negara kita, terdapat beberapa ahli parlimen yang masih lagi
melompat parti dari parti pembangkang kepada kerajaan. Sedangkan seorang wakil rakyat perlu
bertanggungjawab atas kawasan yang telah dimenanginya atas tiket parti dan rakyat memilih calon
tersebut dengan penuh bertanggungjawab. Tetapi apakan daya, amanah rakyat dikhianati disebabkan
kuasa, pangkat, harta dan sebagainya. Ini sudah pasti membawa kesan yang amat negatif kepada
hubungan rakyat dengan pemimoin. Seharusnya, pemimpin mengamalkan sikap bertanggungjawab,
jujur, amanah dan setia dengan perjuangan. Janganlah alpa dan leka apabila duit, harta dan pangkat
mula mengaburi dan membawa kepada sifat pemimpin yang dibenci rakyat. Rakyat juga perlu bersikap
baik dengan memilih pemimpin yang adil dan saksama janganlah termakan dengan hasutan dan fitnah
semata-mata. Jika tidak kepimpinan dalam mentadbir negara akan haru-biru. Oleh itu, sebagai
pemimpin haruslah mempunyai sikap yang baik dan janganlah terlalu bersikap perkauman sehingga
mempunyai jurang layanan yang keterlaluan.

Kedua, hubungan antara ibu bapa dan anak perlulah sentiasa dalam keadaan yang baik. Sikap taat-
mentaati antara ahli keluarga amatlah digalakkan kerana setiap keluarga pasti inginkan kebahagiaan
dan keharmonian. Apabila sikap-sikap yang baik subur dalam kekeluargaan, maka sudah pasti masalah
sosial dalam anak-anak di tahap yang amat minimum. Ingatlah kepimpinan melalui tauladan. Jika ibu
bapa sendiri tidak mendidik anak-anak dengan baik, siapa lagi? Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Didiklah anak-anak dengan sikap bertanggungjawab, hormat-menghormati,
jujur dan amanah kerana ia merupakan asas kepada wadah bangsa yang berjaya. Sebagai contoh,
memberi nafkah dengan suber yang halal dan berkat kepada keluarga. Amatlah rugi jika ibu bapa leka
dan membiarkan guru-guru di sekolah mengajar anak-anak meraka kerana mereka juga perlukan
didikan daripada ibu bapa. Anak- anak juga seharusnya berbakti kepada ibu bapa. Janganlah jadi seperti
kacang melupakan kulit. Ibarat anak tak sedar di untung. Kita sebagai anak mesti ada sikap
tanggungjawab kerana disitulah kita dinilai sebagai seorang anak yang baik ataupun tidak. Dengan itu,
ibu bapa dan anak-anak masing-masing memainkan peranan yang penting dalam membina sebuah
keluarga yang harmoni seterusnya membantu negara dalam memupuk sikap kesejahteraan masyarakat
yang bermula daripada sebuah keluarga yang kecil. Walaupun asasnya dari kitaran yang kecil tetapi
impaknya cukup besar kepada negara dan masyarakat.

1
Tugasan Harian Etika dan Peradaban

Ketiga, hubungan antara suami dan isteri haruslah diambil kira dalam aspek membina bangsa yang
berjaya. Hal ini kerana, tunjang sesebuah keluarga adalah ibu bapa. Jika salah satu mula mengabaikan
tanggungjawab masing-masing, maka pelbagai masalah akan mula timbul. Suami merupakan ketua
keluarga menjadi nahkoda dalam memandu keluarga dalam keadaan yang baik seperti memberi nafkah,
menjaga keselamatan keluarga dan lain-lain lagi. Tugas yang diamanahkan cukup besar dan jika
diabaikan sistem kekeluargaan sudah pasti dalam masalah. Isteri pula perlu taat kepada suami secara
rasional bukan seperti lembu dicucuk hidung. Rasional dan bertindak mengikut situasi. Sebagai contoh,
jika suami pendapatannya hanya cukup-cukup makan, isteri perlulah membantu kewangan keluarga
supaya masing-masing membantu. Jika sikap toleransi dan semangat saling memahami sudah pasti kes
penceraian akan berkurangan. Hal ini kerana, ramai pasangan muda belum setahun jagung mendirikan
rumah tangga sudah mula roboh. Ini menunjukkan satu situasi yang tidak baik dan menakutkan. Jika
perkara ini berterusan berlaku, keharmonian tidak akan berlaku dan pertengakaran mula bertapak dan
menghakis sikap perpaduan dalam diri. Oleh itu, sebagai suami isteri haruslah toleransi dan salig
membantu antara satu sama lain. Janganlah ego dan pentingkan diri kerana ia akan merugikan dan tidak
membawa apa-apa makna dalam kehidupan.

Seterusnya, hubungan antara adik beradik perlu dijaga dalam memupuk keharmonian dalam
kekeluargaan. Jika dari mula kita sudah mengamalkan sikap suka pentingkan diri dan tidak tolak ansur
maka hubungan akan mula renggang. Sikap sopan santun perlu diterapkan antara satu sama lain iaitu
adik hormat abang atau kakak dan abang atau kakak menyayangi adik-adik. Jangan amalkan sikap
membuli dalam adik-beradik kerana ia adalah amalan yang tidak baik. Jika dari dalam kalangan adik-
beradik sudah mula ada sikap membuli makai a akan dibawa ke dalam masyarakat seterusnya membawa
kepada gejala sosial yang akan memadam semangat perpaduan dalam negara. Kesannya, generasi akan
datang akan mula menganggap membuli satu perkara biasa dan ini adalah satu kegagalan kepada sistem
kekluargaan dari segi adik beradik. Justeru itu, bersatu-padu lah dalam hubungan adik-beradik ibarat
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Selain itu, dalam adik beradik janganlah suka membanding-
banding ia satu amalan yang tidak baik kerana masing- masing mempunyai kekuatan dan kelemahan
tersendiri. Oleh itu, perpaduan dalam kalangan masyarakat bermula daripada hubungan kita dengan
darah daging kita sendiri jika itupun kita gagal, jangan mimpi dengan skop yang lebih besar dalam
menjayakan agenda perpaduan kaum di Malaysia ini.

Akhir sekali, hubungan antara kawan perlu dijaga sebaiknya. Kawan merupakan orang yang rapat
dengan kita. Berbuat baiklah kepada kawan-kawan yang kita ada. Mereka merupakan satu ujian kepada
kita adakah kita boleh menghormati mereka dalam setiap perkara mereka lakukan. Tanpa kawan, kita
mungkin bersendirian. Sebagai contoh, kita mempunyai kawan berbilang bangsa dan kaum hendaklah
menghormati adat dan agama mereka. Selain itu, belajar daripada mereka apa yang patut kita hormat
dan beri perhatian. Ini semua keprihatinan dalam memghormati sesama kita. Alangkah baiknya, kita
bersama-sama kawan menuju kejayaan. Bukan mudah untuk kita menghormati rakan jika dia tidak
hormat kita, tetapi tunjuklah sikap yang baik kerana ia mungkin menurunkan sikap ego dalam diri.
Kawan saling memerlukan tidak elok diputuskan, berkawan biar seribu, musuh jangan dicari. Tetapi
adalah lebih baik berteman biar rapat, tidak menikam saling jujur. Jika prinsip-prinsip dalam adab
berkawan diamalkan seperti menjaga aib dan jujur dalam persahabatan maka kesannya amatlah besar
dalam membina satu perpaduan yang amat utuh.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia haruslan mencontohi lima prinsip itu tadi sebagai pedoman dalam
diri kita. Kunci kejayaan dalam setiap hubungan ialah kesetiaan. Jangan kita bertikam lidah sesama
sendiri kerana ia merugikan dan tidak membawa sebarang faedah, Sesungguhnya Penghayatan nilai-
nilai mumi oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung
serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang
merupakan entiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta mengajak
penganutnya agar berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat
menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani
permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan
percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu
setiap warganegara Malaysia perlu mengbayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-

2
Tugasan Harian Etika dan Peradaban

masing. Setiap hubungan perlu dijaga dengan dua hala bukan hanya satu hala atau satu pihak tetapi
kedua-duanya barulah perpaduan itu wujud.

Anda mungkin juga menyukai