Anda di halaman 1dari 3

Berdasarkan kepada etika dalam peradaban China, bagaimana 'Lima

Hubungan' (wu-lun) boleh diaplikasikan ke dalam masyarakat Malaysia supaya


terbentuknya perpaduan kaum demi kemakmuran negara? (5 markah)

Dalam kehidupan dalam masyarakat berbilang etnik seperti Malaysia, salah satu
perkara yang menjadi asas kehidupan adalah keamanan, kebahagiaan dan
kesejahteraan. Semua ini berpunca daripada kerjasama dan perpaduan antara
masyarakat. Oleh itu, sejarah Malaysia mencatatkan pentingnya perpaduan dalam
penubuhan negara-bangsa. Hakikatnya adalah bahawa setiap negara mempunyai cara
tersendiri untuk membina semangat perpaduan sosial. Walau bagaimanapun, konsep
"lima hubungan" cukup menarik yang merupakan etika masyarakat Cina. Konsep ini
berakar umbi dari tradisi konfusianisme. Konsep ini ditekankan untuk masyarakat
Cina kerana ia dianggap sebagai medium agar keamanan dan perpaduan dapat
diamalkan secara moral. Sudah tentu, bagi sebuah Malaysia yang dihuni oleh
masyarakat berbilang etnik, konsep "lima hubungan" sangat penting bagi
pembentukan keseluruhan masyarakat dalam pembangunan dan materialisme.

Hubungan yang pertama menggambarkan hubungan antara pemimpin dan rakyat


sebagai tonggak kestabilan, dan keselamatan. Ajaran Konfucius menekankan kepada
hubungan kerana ia menggariskan tentang cara pemimpin memerintah negaranya.
Keamanan dan kesejahteraan negara akan terjamin jika rajanya merupakan seorang
yang adil, jujur serta berwibawa. Malah, keperibadian pemerintahan yang baik dapat
dicontohi oleh rakyatnya. Secara tidak langsung melahirkan masyarakat yang
berakhlak mulia, bermoral tinggi dan budaya maju. Di Malaysia, keperibadian Yang
Di-pertuan Agung dan perdana menteri merangkumi keperibadian yang jujur dan
kepemimpinan yang berwibawa, terutama pada saat kritikal untuk mengatasi wabak
covid-19. Kepemimpinan yang jujur seperti ini menunjukkan keperibadian yang
terpuji dan memikat hati masyarakat. Di samping itu, perhatian para pemimpin negara
juga tercermin dalam pelbagai langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah
ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.

Hubungan kedua adalah antara ibu bapa dan anak-anak. Ia menekankan prinsip
filial piety (ketaatan dan bakti kepada ibu bapa). Dalam kalangan anak dewasa,
pengabaian tanggungjawab adalah suatu kesalahan yang akan memberikan imej buruk
terhadap anak. Mereka dianggap menderhaka kepada ibu bapa dan ia aib besar bagi
seseorang individu dalam kepercayaan masyarakat Cina. Ketaatan ini tidak hanya
terbatas kehidupan di dunia sebaliknya dituntut untuk memupuk rasa hormat serta
menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang taat dengan melakukan upacara
sumbangan kepada ibu bapa serta nenek moyang yang sudah meninggal dunia. Konsep
ketaatan ini dapat dipupuk dalam masyarakat Malaysia, yang terkenal dengan nilai-
nilai moral dan penghormatan yang terpuji. Ia tidak hanya terhad kepada ibu bapa,
tetapi juga merangkumi seluruh masyarakat madani. Jelas sekali, rakyat Malaysia
perlu menganggap semua orang sebagai sebuah keluarga.

Hubungan ketiga adalah hubungan antara suami dan isteri. Konsep Wu Lun
menunjukkan bahawa suami perlu menyediakan keperluan asas seperti makanan,
tempat tinggal, dan kewangan kerana dia memikul tanggungjawab besar sebagai ketua
keluarga. Sebaliknya, isteri memilik sifat yin iaitu lebih pasif yang menuruti kata
suami serta menghormati suaminya. Kedua-duanya harus saling mencintai, saling
menghormati dan saling melengkapi, agar keharmonian perkahwinan dapat dijaga. Ini
penting untuk memupuk warganegara yang baik untuk keluaraga dan negara, kerana
keperibadian yang baik adalah titik permulaan sosialisasi di rumah. Sekiranya suami
dan isteri dapat menjaga perkahwinan yang harmoni, maka gejala sosial keluarga yang
mengancam kebahagiaan keluarga, seperti penderaan fizikal, keganasan rumah tangga,
dan gangguan emosi, dapat dielakkan. Ia juga dapat membendung masalah sosial lain
yang berpunca dari keluarga yang tidak stabil dan porak-peranda.

Hubungan keempat adalah hubungan antara adik beradik. Sikap sopan santun,
bermuafakat dan saling tolong-menolong antara adik-beradik amatlah dituntut
masyarakat China. Adik-beradik perlu prihatin terhadap satu sama lain supaya
keharmonian keluarga dapat dipelihara. Sikap dengki dan permusuhan mestilah
dielakkan agar dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama dalam menyelesaikan
masalah yang timbul. Bak kata pepatah “air yang dicincang tidak akan putus”,
begitulah kepentingan menjaga hubungan adik beradik demi keharmonian keluarga.

Hubungan yang terakhir adalah hubungan antara kawan seperti mana menjaga
hubungan antara adik-beradik. Hubungan antara kawan kita perlu menerapkan sikap
hormat, menghormati saling bekerjasama dan tolong-menolong. Masyarakat Cina
secara umumnya terkenal sikap setia kawan dan amat menjaga kebajikan kawannya
terutama jika mereka mengalami kesusahan. Mereka mempunyai konsep kongsi
sebagai suatu wadah untuk saling membantu antara satu sama lain tidak kira dari segi
kewangan, tenaga dan masa.

Kesimpulannya, semua perkara dibincangkan di atas amatlah relevan untuk


dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum Malaysia supaya
terbentuknya perpaduan kaum demi kemakmuran negara. Nilai murni terkandung
dalam Wu Lun perlu diperhatikan masyarakat Malaysia agar dapat menghindari sikap
perkauman, prejudis dan sebagainya. Masyarakat Malaysia digalakkan mempromosi
penyatuan dalam kepelbagaian bagi mengukuh dan mengekalkan keharmonian dalam
kehidupan. Dengan ini, kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia mampu
membentuk bangsa yang harmoni, makmur dan bersatu padu.

Anda mungkin juga menyukai