Anda di halaman 1dari 3

Persamaan Kekeluargaan

Semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah
masyarakat yang bertamadun
Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam
membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan
Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia
(konsep li):Anak patuh pada ibu bapa
Adik patuh pada abang
Isteri patuh pada suami
Murid patuh pada guru
Rakyat patuh pada raja
Islam juga menyeru kepada perkara yang sama iaitu pentingkan kekeluargaan
berdasarkan al-Quran hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab
Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan pembinaan keluarga
mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal &
kerohanian serta penerus keturunan
Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam
hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan
kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah
dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan;
- Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna
kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.
- Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana
keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
- Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

Tamadun China
Keluarga merupakan unit asas dalam Tamadun China. Ajaran Confucius menjadi
asas kepada Tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki
kuasa. Konsep li menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:a) hubungan maharaja dengan rakyat
b) hubungan bapa dengan anak
c) hubungan abang dengan adik
d) hubungan suami dengan isteri
e) hubungan kawan dengan kawan
Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.Konsep ketaatan
yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan
upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan
menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah
meninggal.
Komuniti Tamadun Islam
Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam Tamadun Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan
kekerabatan, malah hubungan sesama agama (ukhwah) dan hubungan sesama
manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan
Islam.
Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap
jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.
Asas hubungan individu dalam Islam:
a) ikatan kekerabatan
b) persamaan agama

c) ikatan kemanusiaan
Hubungan

sesama

anggota

masyarakat

berasaskan

konsep

egalitarian

bermaksud sama rata. Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud
sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.
Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.
Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan
yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.
Komuniti Tamadun China
Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan
masyarakat cina.
a) kuasa lelaki dan bapa.
b) Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.
c) Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan
kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai