Anda di halaman 1dari 53

KEPERLUAN ASAS

DAN interaksi
MANUSIA
KUMPULAN 3

Nurul Ellina bt. Ramli


Nurul Ain Zubaidah bt.
Mohamad Khalid
Ummu Fasihah Husna bt.
Zamri
KEPERLUAN
INTERAKSI
MANUSIA
KONSEP INTERAKSI SOSIAL
Ensiklopedia Sosiologi Pendidikan
(1992)-interaksi sosial ditafsirkan
sebagai proses saling bertindak atau
tindak balas di antara individu
dengan individu, atau individu
dengan kumpulan individu, atau
kumpulan individu dengan kumpulan
individu, termasuk proses tindak
balas individu dengan dirinya.
K. Mark- masyarakat, walau apa bentuk
pun, ialah hasilan interaksi di antara
manusia mereka.
G. Simmel- “kewujudan masyarakat
adalah kerana hubungan interaksi di
antara beberapa orang manusia.
Mead- manusia mempunyai perasaan
kendiri. Maka manusia boleh berinteraksi
dengan dirinya sebagaimana dia
berinteraksi dengan orang lain.
Interaksi manusia berbeza
daripada bentuk interaksi
lain.
Melibatkan alat komunikasi
seperti bahasa dan simbol,
untuk membolehkan individu
bertukar-tukar makna dan
buah fikiran di antara satu
sama lain.
Ciri- ciri interaksi sosial
Sekiranya konflik berlaku secara terbuka di
antara definisi situasi, teknik rundingan akan
diamalkan oleh kedua-dua pihak yang terlibat.

Ini untuk mengatasi konflik yang timbul dan


mencapai konsensus melalui pengubahsuaian
definisi masing-masing.

demi meneruskan interaksi sosial mereka atau


menghentikan proses interaksi itu dengan
menolak diri dari situasi sosial tersebut.
Hubungan sosial
Komunikasi
Iaitu seseorang memberi tindak
balas pada perilaku orang lain,
perasaan-perasaan apa yang ingin
disampaikan orang tersebut.

Orang yang terlibat kemudian


memberi reaksi terhadap perasaan
yang ingin disampaikan oleh orang
tersebut.
Keperluan
Asas
Biologi
Pernafasan
Sebagai benda hidup ,manusia memerlukan
proses pernafasan untuk hidup.

Manusia menyedut oksigen dari tumbuhan


dan melepaskan karbon dioksida untuk
tumbuhan.

Manusia menjalankan proses pernafasan


untuk meneruskan hidup.
Makan & Minum
Manusia turut memerlukan makan dan minum
untuk meneruskan kehidupan.

Dengan makan dan minum , mereka dapat


memperoleh tenaga dan khasiat daripada makanan
dan minuman tersebut untuk menjalani kehidupan
seharian.

Apabila kekurangan keperluan asas ini kehidupan


manusia akan menjadi tidak seimbang dan
bermasalah.
Perlindungan
Manusia turut memerlukan perlindungan
sebagai salah satu perkara penting dalam
kehidupan mereka.

Perlindungan ini adalah daripada ahli


keluarga dan masyarakat sekitar mereka.

Sebagai contoh seorang bapa yang


melindungi keluarganya dan seorang polis
menjaga keamanan kawasannya.
Perlindungan juga bermaksud tempat tinggal.

Tempat tinggal adalah tempat untuk berlindung


daripada panas dan hujan serta menjalankan
aktiviti kekeluargaan.

Sesebuah tempat tinggal harus mempunyai sebuah


organisasi keluarga.
Pakaian
Manusia memerlukan pakaian untuk
meneruskan kehidupan seharian mereka
untuk menutup badan.

Pakaian sangat penting untuk melindungi


daripada keadaan cuaca.

Selain itu , ia turut berperanan sebagai


untuk menjaga maruah diri.
PERKAHWINAN

Ikatan antara dua individu berlainan jantina.

Ini adalah untuk mewujudkan sebuah


organisasi keluarga .

Membawa kepada pertambahan bilangan ahli


keluarga.

Mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan.


KEPERLUAN KERJASAMA
KEPERLUAN KOMUNIKASI
KEPERLUAN DISAYANGI
KEPERLUAN DIHORMATI
Perkembangan
zuriat
keluarga
Fungsionalisme

• Keluarga telah dianalisis daari segi fungsinya


dalam masyarakat
• Antara fungsi tersebut :
kawalan tingkah laku sosial
menambahkan zuriat
mensosialisasikan anak
memberi sokongan emosi
mengenakan kawalan sosial
memberi jagaan terhadap anak-
anak
memberi kerjasama ekonomi
Kawalan tingkah laku seksual
• Setiap masyarakat mengawal tingkah laku
seksual ahli-ahlinya.
• Terdapat isbat agama dan undang-undang
yang melarang perhubungan jenis di luar
perkahwinan.
• Dalam kajian Murdok(1949) beliau mendapati
kurang 5% daripada 250 masyarakat yang
dikajinya mempunyai sikap liberal terhadap
kebebasan seks di luar perkahwinan.
Menambahkan zuriat
 Keluarga berfungsi menambahkan bilangan
ahli ke dalam masyarakat.
 Keluarga juga menentukan peranan ibu dan
ayah dalam pengasuhan anak.
 walaupun kanak-kanak boleh dilahirkan
tanpa pernikahan, keadaan seperti ini tidak
mendapat persetujuan sepenuhnya daripada
masyarakat.
sosialisasi
• Proses sosialisasi bermula dari keluarga.
• Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada
kedua ibu bapa mereka untuk mendapat
makan minum, perlindungan dan kasih
sayang.
• Mereka mudah dipengaruhi oleh sikap ibu
bapa mereka.
• Keluarga mempunyai fungsi menyalurkan
kebudayaan-kebudayaan masyarakat kepada
generasi muda seperti nilai, norma,
kepercayaan, sikap dan juga bahasa
masyarakat tersebut.
Sokongan emosi
• Secara keseluruhan manusia ialah insan yang
suka berinteraksi.
• Manusia bukan sahaja memerlukan
persahabatan tetapi juga memerlukan jagaan
dan kasih sayang.
• Manusia memerlukan kasih sayang bagi
perkembangan normal.
• daripada peringkat bayi hingga peringkat
tua, manusia memerlukan keluarga masing-
masing untuk mendapat kemesraan.
Kawalan sosial
• Ibu bapa mengajar anak-anak apa yang betul dan
membezakan dengan apa yang salah.
• setiap masyarakat memerlukan kawalan sosial,
iaitu mekanisme yang menentukan ahli-ahlinya
mematuhi peraturan.
• Tanpa kawalan sosial yang berkesan, sesebuah
masyarakat akan porak peranda.
• Di mana sahaja, kanak-kanak mula mempelajari
tentang peraturan daripada ibu bapa mereka.
• Melalui kawalan sosial ini, keluarga mengekalkan
rukun dan damai dalam masyarakat.
Jagaan terhadap anak
• Orang dewasa juga mempunyai
tanggungjawab menjaga dan mendidik
kanak-kanak sehingga mereka dewasa.
• Ibu bapa memberi tempat perlindungan
untuk keselamatan anak-anak .
• Tidak ada institusi lain dalam masyarakat
yang melaksanakan kkedua-dua fungsi
melahirkan anak dan kemudian menjaga
mereka dengan sempurna, setakat yang
boleh.
Kerjasama ekonomi
• Setiap keluarga memainkan peranan
ekonomi.
• Dalam keluarga tani, setiap orang ahli
mempunyai peranan untuk memberi
sumbangan kepada kerja di ladang.
• Pekerjaan itu mengikut kriteria jantina dan
umur.
• Keluarga peniaga kecil, setiap ahli dalam
keluarga peranan utama untuk
memaksimumkan keuntungan dalam
perniagaan.
Keperluan kerohanian

Agama
dan
kepercay
aan
Pengertian agama
Mentakrifkan agama sebagai
satu sistem kepercayaan dan
amalan di mana satu
kelompok manusia
mempunyai tafsiran dan
gerak balas yang tersendiri
kepada apa yang mereka
anggap suci dan kudus.
Ciri-ciri agama
Sumber pengertian
• Terdapat ahli sosiologi yang mempercayai
bahawa agama cuba menerang atau memberi
justifikasi kepada cabaran-cabaran hidup.
• Kepercayaan manusia dalam sesuatu agama
membantu mereka mengubah suai diri
masing-masing sama ada secara intelektual
atau emosional
• Kepercayaan dalam agama dapat
mengurangkan ketegangan, memberi garis
panduan kepada identiti peribadi dan
mmengukuhkan identiti masyarakat.
Integrasi sosial
• Menurut Durkhein, agama mencerminkan
struktur sesuatu kelompok atau masyarakat.
• Melalui upacara-upacara agama, penganut-
penganutnya mengukuhkan struktur tersebut.
• Beliau percaya kesan masyarakat yang amat
kuat terhadap individu.
• Ia mempengaruhi manusia dan akhirnya
menjadi sebahagian daripada manusia.
• Agama boleh membawa kepada perpaduan
masyarakat.
Perubahan agama bukan sahaja
membawa kepada perubahan
ekonomi, tetapi juga kepada
perubahan dalam bidang sains,
undang-undang dan pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai