Anda di halaman 1dari 22

Definisi dan Konsep Asas

dalam Kajian Keluarga

Dr. Rozita Ibrahim


Pusat Citra Universiti
eta@ukm.edu.my
013-2101331
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan takrifan
keluarga, isi rumah dan
perkahwinan.
2. Memahami fungsi
keluarga dan
perkahwinan.
3. Membincangkan
cabaran dalam keluarga
dan perkahwinan pada
masa kini.
PENGENALAN
• Perkahwinan, keluarga dan isi rumah merupakan konsep yang saling
berkaitan antara satu sama lain. Pada kebiasaannya, perkahwinan
menjadi asas bagi pembentukan sesebuah keluarga dan keluarga pula
tinggal bersama sebagai satu isi rumah.
• Namun begitu, secara realitinya, terdapat pelbagai cara perkahwinan
dan keluarga ditakrifkan dan sesebuah isi rumah tidak semestinya
diduduki oleh sebuah keluarga sahaja.
• Oleh yang demikian, adalah sukar mendapatkan takrifan yang tepat dan
penyelidik bidang keluarga biasanya mengambil takrifan yang sesuai
dengan perspektif yang dipegangnya. Kajian keluarga juga melibatkan
pelbagai aspek dari segi budaya, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
• Di dalam perbincangan kali ini, tumpuan diberikan kepada takrifan
perkahwinan, keluarga dan isi rumah; serta peranan keluarga dan
perkahwinan; dan cabaran institusi keluarga dan perkahwinan masa kini.
TAKRIFAN ISI RUMAH
• Isi rumah adalah konsep yang biasa digunakan
dalam banci penduduk.
• TAKRIFAN: Isi rumah adalah seorang atau beberapa
orang yang mendiami sesebuah unit rumah atau
tempat tinggal.
• Konsep isi rumah selalu bertindan dengan konsep
keluarga kerana kebiasaannya keluarga akan tinggal
mendiami sebuah rumah yang sama.
TAKRIFAN KELUARGA
• TAKRIFAN 1: Keluarga adalah struktur sosial paling asas yang
didasarkan kepada fungsi penukargantian. Hubungan utama
dalam keluarga adalah suami-isteri, anak-ibu bapa dan adik-
beradik.

• TAKRIFAN 2: Keluarga adalah kumpulan sosial yang dicirikan


oleh perkongsian tempat tinggal, kerjasama ekonomi dan
reproduksi. Keluarga terdiri daripada dewasa lelaki dan
perempuan yang merupakan pasangan seksual yang sah, dan
seorang atau lebih anak pasangan itu sendiri atau anak angkat
bagi pasangan tersebut.
• TAKRIFAN 3: Keluarga merujuk kepada kumpulan
manusia yang berkaitan antara satu sama lain
samada oleh ikatan perkahwinan, keturunan, angkat,
atau keakraban. Setiap ahli mempunyai identiti yang
unik dan saling memberi komitmen antara satu sama
lain. Kumpulan ini juga membentuk satu unit
ekonomi yang mana golongan dewasa
bertanggungjawab terhadap ahli-ahli yang lebih
muda.
• TAKRIFAN 4: Dari Dasar Keluarga Negara (LPKKN)
Keluarga adalah sebuah unit asas sosial yang
membekalkan sumber manusia untuk
pembangunan serta menjamin kesinambungan
insan sebagai generasi akan datang.
TAKRIFAN PERKAHWINAN
• TAKRIFAN 1: Suatu kebiasaan atau adat resam yang
kompleks berkisar tentang perhubungan dari segi seksual
antara pasangan dewasa dalam keluarga. Perkahwinan
mentakrifkan bentuk perhubungan, peraturan-peraturan
yang berkaitan dengan tingkah laku dan juga tentang
tanggungjawab antara pasangan sebagaimana yang
ditetapkan oleh masyarakat.
• TAKRIFAN 2: Perhubungan seksual yang disahkan
oleh masyarakat, yang bermula dengan pengumuman
kepada khalayak dan dijangka berkekalan serta
mengikut kontrak perkahwinan yang jelas dengan
menyatakan kewajiban antara pasangan dengan anak-
anak yang bakal dilahirkan.
• TAKRIFAN 3: Ikatan antara seorang atau beberapa orang
lelaki dengan seorang atau beberapa orang perempuan yang
dibenarkan oleh masyarakat berserta dengan jangkaan
mereka melaksanakan peranan sebagai suami dan isteri.
Perkahwinan ditandai dengan upacara khusus, dan
merupakan suatu ikatan yang dibenarkan oleh masyarakat,
yang memberikan pengiktirafan tentang tanggungjawab
terhadap masyarakat yang perlu dilaksanakan oleh individu
yang memasuki perhubungan tersebut.
FUNGSI KELUARGA (DAN PERKAHWINAN)
• Penambahan ahli melalui
kelahiran (procreation) atau
angkat (adoption).
• Sesebuah masyarakat memerlukan
bilangan anggota atau ahli untuk
kelangsungan fungsinya.

• Penjagaan dan pemeliharaan


ahli-ahli.
▫ Termasuk golongan dewasa, kanak-
kanak dan mereka yang memerlukan
bantuan seperti warga emas.
▫ Jika keluarga tidak menjalankan
fungsi ini, maka ahli masyarakat
perlu mengambil alih.
• Sosialisasi kanak-kanak
• Mengajar kemahiran, pengetahuan serta penerapan nilai
murni kanak-kanak membesar sebagai seorang dewasa
yang boleh berfungsi sebagai anggota masyarakat.

• Kawalan sosial dalam kalangan ahli


• Mengawasi tingkah laku dan menjamin keteraturan dalam
masyarakat.
• Memantau dan menilai tingkah laku dan memberi
maklum balas  menjaga reputasi sebagai ahli
masyarakat.
• Berkongsi kasih sayang
• Memenuhi keperluan emosi, memelihara keyakinan dan
harga diri.

• Pengeluaran dan penggunaan serta pengagihan


sumber dan perkhidmatan
• Menjana pendapatan
CABARAN DALAM KELUARGA DAN
PERKAHWINAN MASA KINI
• Realiti semasa yang menggugat
• Maksud keluarga dan perkahwinan
• Fungsi keluarga dan perkahwinan

Beberapa contoh…
Perkahwinan sejenis
(gay marriage) –
Takrifan manakah yang
digunakan? Apa jadi
kepada fungsi
procreation?
Gadget addiction
– Fungsi sosialisasi
anak? Peranan ibu
bapa? Komunikasi
antara keluarga?
India - Wanita 74 tahun jadi ibu tertua di dunia, selepas lahirkan bayi
kembar menerusi IVF, setelah 57 tahun menanti (Jumaat, 6 September
2019).
- Kemajuan sains dan teknologi reproduktif masa kini.
- Konsep keluarga yang ‘lengkap’, stigma masyarakat terhadap wanita yang
tidak boleh melahirkan.
- Persoalan etika – adilkah untuk anak-anak itu?
Laporan UNICEF (2018)
mengenai kemiskinan bandar
dan penafian hak kanak-kanak
terhadap kehidupan yang baik
dan selesa – keluarga tidak
mampu menyediakan sumber
ekonomi yang mencukupi.
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 –
Pengalaman berbeza bagi keluarga dengan sosio-ekonomi berbeza –
ada yang kata PKP menyebabkan lebih makan, yang lain pula tidak
mempunyai makanan yang mencukupi kerana tidak boleh bekerja…
Akta Keganasan Rumahtangga 1994
---------------------------------------------------
Keganasan rumah tangga berlaku
apabila seseorang:
- Menyebabkan kecederaan fizikal
kepada mangsa
- Secara sengaja atau dengan sedar
meletak atau cuba meletakkan
mangsa dalam keadaan ketakutan
kecederaan fizikal
- Memaksa atau mengancam mangsa
untuk melakukan apa-apa
perbuatan berbentuk seksual yang
mangsa berhak untuk tidak
melakukannya
- Mengurung atau menahan mangsa
tanpa kerelaannya
- Melakukan khianat atau
kemusnahan atau kerosakan
kepada harta dengan niat untuk
membuat mangsa sedih atau gusar
Fungsi keluarga sebagai
tempat berlindung dan
mendapat kasih
sayang?
PENUTUP
• Fikirkan…
• Apakah perbezaan perkahwinan pada zaman
dahulu dan zaman sekarang? Dari segi tujuan
berkahwin? Pemilihan pasangan? Umur
seseorang berkahwin?
• Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
pengalaman berkeluarga bagi seseorang (family
experiences)?
• Apakah cabaran yang dihadapi institusi keluarga
masa kini? Bagaimana mengukuhkan peranan
keluarga dalam menghadapi cabaran masa kini
dan masa akan datang?

Anda mungkin juga menyukai