Anda di halaman 1dari 38

TOPIK 10:

ISU-ISU KONTEMPORARI
ETIKA DAN PERADABAN
DISAMPAIKAN OLEH:
KUMPULAN PEMBANGUN MOOC CTU554
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
PENDAHULUAN
Secara umumnya topik ke 10 ini adalah sebagai penutup
kepada kursus CTU554 Penghayatan Etika dan Peradaban
Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan penghayatan
etika dan peradaban akan dibincangkan di dalam topik ini
Hakikatnya agama mengajar kita beradab dan beretika
dalam membina sebuah tamadun dan negara bangsa
Kelestarian dan kecemerlangan sesuatu bangsa dan
tamadun bergantung kepada penghayatan dan etika
pemimpin dan rakyatnya
• Etika merupakan elemen penting dalam
kehidupan manusia. Manusia yang beretika
sentiasa dipandang mulia dari kaca mata
masyarakat. Mereka dihormati, pandangan
serta idea mereka menjadi rujukan
masyarakat.
• Etika umpama bunga yang disukai dan
digemari oleh semua, tanpa mengira usia,
jantina, etnik dan status manusia
• Etika boleh didefinisikan sebagai amalan baik
atau prinsip dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Etika begitu luas cabang
pengertiannya sehingga merangkumi bidang
pendidikan, perniagaan, hubungan
kemasyarakatan dan hubungan antarabangsa.
Hegemoni & Globalisasi Barat Menghakis
Etika Dan Peradaban
HEGEMONI & GLOBALISASI BARAT MENGHAKIS
ETIKA DAN PERADABAN
• Hegemoni berasal daripada perkataan Yunani,
hegemonia yang bermaksud pemimpin. Ia bermaksud
penguasaan menyeluruh atau dominasi sesebuah
negara ke atas negara yang lain.
• Barat muncul sebagai kuasa hegemonik dunia selepas
kejatuhan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924M.
• Hegemonik Barat telah memberi kesan besar terhadap
media, ekonomi, sains teknologi, politik dan alam
sekitar.
• Dengan perkembangan teknologi maklumat dan
globalisasi yang pantas dunia seakan mengecil dan tidak
lagi mempunyai sempadan. Ruang udara dan langit
sesebuah negara terbuka luas untuk dimasuki oleh
pelbagai maklumat dari seluruh dunia.
MEDIA
• Hampir keseluruhan media cetak dan elektronik penting dunia hari
ini dikuasai oleh masyarakat Yahudi dan Barat – Cable News Network
(CNN), Associated Press (AP), Reuters dll.
• Justeru semua berita yang disampaikan kepada dunia adalah
berdasarkan persepsi mereka.
EKONOMI
• Syarikat multinational Barat menguasai sepenuhnya perdagangan
antarabangsa. Mereka menguasai penggunaan sumber asli,
pengeluaran hasil perindustrian serta perkembangan sains dan
teknologi
• Wujudkan institusi global di bawah pengaruh Barat seperti
International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta WTO
• Ekonomi negara-negara kecil terpaksa bergantung kepada negara
kuasa besar.
POLITIK
• Kuasa politik dunia dikuasai oleh
blok Barat.
• Berjaya ‘menjajah’ negara yang
lemah dan mundur yang tidak
sehaluan dengan mereka
• Menggunakan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
untuk mengekalkan kuasa mereka
• Undang-undang antarabangsa
yang dicipta , menyebelahi
kepentingan Barat
Hasil daripada hegemoni Barat juga,
ditambah pula dengan pegangan agama
yang longgar dan ilmu yang dangkal
mengakibatkan berleluasanya isu defisit
etika dan peradaban di seluruh dunia
termasuklah Malaysia.

KERUNTUHAN AKHLAK
• Remaja ramai ikut budaya hedonisme
• Hiburan menjadi pilihan utama, artis
menjadi pujaan
• Budaya hip-hop, skin head, hippies,
mafia, gangster, tarian break dance
• Gejala seks bebas
• Memperjuangkan hak kebebasan.
RAPUHNYA INSTITUSI KELUARGA
• Menentang perkahwinan
• Pengabaian tanggungjawab
• Kesibukan mencari kemewahan
• Perceraian
• Perkahwinan sejenis
• Menjual anak
• Sumbang mahram
• Menghindari kelahiran dan menggugurkan anak

Keluarga bukan lagi tempat yang tenang dan


selamat…
KEGELISAHAN JIWA DAN
KECELARUAN AKAL
• Tertekan dan gelisah
• bunuh diri
• dadah dll
• Pesakit mental semakin meningkat

KEGIATAN JENAYAH MENINGKAT


• Dadah
• Rogol
• Ragut, samun, pecah rumah

Statistik kegiatan jenayah semakin meningkat


Jenis dan bentuk jenayah semakin pelbagai
dan menakutkan
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Sosial)
• Sejak awal peradaban manusia,
tamadun-tamadun utama dunia
meletakkan etika setaraf dengan
agama dan kepercayaan. Raja-raja
pada zaman dahulu menitahkan
para sarjana dan pendeta
mengarang pelbagai kitab etika
dan susila sebagai pedoman
kehidupan untuk masyarakat.

• Masa kini isu etika telah


melanda masyarakat dengan
pelbagai penyakit masyarakat yang
mengakibatkan ketidak
tenteraman dalam kehidupan
bermasyarakat. Antaranya ialah
jenayah yang berleluasa,
pengabaian terhadap kanak-kanak,
keganasan rumahtangga,
pertelingkahan antara jiran, konflik
antara etnik dan lain-lain lagi
JENAYAH
• Menurut laman pangkalan data global
Numbeo, Malaysia menduduki tangga
keempat dalam kadar indeks jenayah di
rantau Asia. Bagaimanapun, indeks yang
dikeluarkan setakat pertengahan tahun
2020 itu menunjukkan penurunan kepada
58.55 peratus berbanding 60.66 peratus
pada tempoh sama tahun lalu.
• Walaubagaimanapun jumlah jenayah
yang merupakan natijah daripada
kebejatan etika ini masih tinggi kerana
tidak ada sehari pun berlalu tanpa kejadian
jenayah, Malah jenayah terus berleluasa
dengan kes bunuh, samun, rogol manakala
remaja dikaitkan dengan gejala
Vandalisme, gengsterisme dan buli yang
banyak menimbulkan masalah dalam
kehidupan masa kini.
PENGABAIAN DAN PENDERAAN TERHADAP KANAK
KANAK
• Kadar kes pengabaian kanak-kanak yang berlaku di
Malaysia semakin hari semakin membimbangkan.
Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) sebanyak 2547 kes pada tahun 2016, 2410
kes pada tahun 2017 dan 1318 kes sehingga Jun 2018. Trend
ini menunjukkan peningkatan ketara seolah-olah tiada
langkah penyelesaian yang efektif dan jelas diambil.

• Pengabaian dan penderaan kanak-kanak meliputi kanak-


kanak yang didera dari aspek fizikal, emosi, penganiayaan
seks oleh ibu bapa atau penjaga atau ibubapa/penjaga atau
telah mengabaikan atau keberatan untuk mengadakan
pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang
mencukupi untuk kanak-kanak
KEGANASAN RUMAH TANGGA
Menurut statistik Polis Diraja Malaysia
(PDRM)sepanjang Januari hingga Disember
2020, sebanyak 5,260 kes keganasan rumah
tangga telah dibuka kertas siasatan, manakala
merujuk kepada statistik Talian Kasih KPWKM,
dalam tempoh sama, sebanyak 2,540 kes
keganasan rumah tangga telah diterima.
kebanyakan kes berpunca daripada desakan
ekonomi dan tekanan hidup sehingga ada yang
bertindak mencederakan pasangan atau ahli
keluarga.

Keluarga dan rumahtangga yang sepatutnya


menjadi tempat selamat telah bertukar menjadi
tempat yang penuh dengan kezaliman terhadap
kaum yang lemah. Ini adalah kerana masyarakat
masa kini telah hilang nilai diri mengakibatkan
kecederaan fizikal dan mental kepada isteri dan
anak-anak.
KONFLIK ANTARA KAUM

• Ketamadunan yang gemilang dalam


sesebuah masyarakat merupakan hasil yang
dicernakan oleh adab dan tingkah laku
masyarakat itu sendiri dalam mencorakkan
sesebuah tamadun yang baik serta bersih dari
segala persengketaan dan perpecahan,
terutamanya dalam kepelbagaian etnik dan
budaya seperti negara kita.
• Konflik dalam masyarakat akan berlaku
apabila isu sensitif ditimbulkan, ditambah
dengan pupusnya etika dan peradaban dalam
kalangan masyarakat. Ia boleh menimbulkan
konflik yang berpanjangan dan kedamaian
selamanya tidak akan tercapai. Konflik yang
berlaku dalam negara kita bukan sahaja
datang dari pihak orang bukan Islam kepada
agama Islam, malah ada juga konflik yang
ditimbulkan oleh orang Islam kepada agama
lain.
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Ekonomi)
• Terdapat nilai yang sangat agung dalam aspek
ekonomi Islam dan tidak sama sekali terpisah daripada
nilai ilahiyyah. Setiap Muslim wajar meyakini bahawa
harta dan segala sumber yang ada di muka bumi adalah
milik Allah Ekonomi dan manusia menjadi “wakil” dalam
mengurus harta Allah S.W.T. Islam beri hak samarata
kepada semua manusia peluang mencari dan memiliki
dan menggunakan harta dengan mengharapkan
keredaan Allah.

• Terdapat pengabaian etika dan nilai dalam usaha


manusia menguruskan harta. Terdapat segolongan
manusia mendapatkan harta dengan cara yang salah
seperti merampas harta orang lain atau mendapatkan
harta dengan cara yang tidak dibenarkan undang-
undang seperti menipu, mengambil rasuah dan lain-lain.
Dalam menguruskan harta, terdapat juga ketidakadilan
dalam pembahagian harta di samping penggunaan harta
yang tidak beretika seperti pembaziran dan
mengunakan harta ke jalan kemungkaran yang
merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
RASUAH
• Penerimaan atau pemberian suapan sebagai
upah atau dorongan untuk seseorang individu
kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus,
undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.
• Kesan buruk rasuah terhadap masyarakat dan
negara ialah mengakibatkan ketidak adilan
disebabkan menafikan hak-hak orang tertentu,
melindungi dan menggalakkan jenayah,
menjejaskan kecekapan dan integriti
pentadbiran serta sanggup menggadai
keselamatan negara.
• Amalan rasuah tidak sesekali akan berlaku jika
seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran
agama dan mempunyai nilai etika yang tinggi
walaupun berpeluang untuk melakukannya.
PEMBAZIRAN
• Mengikut Pertubuhan Makanan dan
Pertanian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(FAO), hampir 15,000 tan makanan dibazirkan
setiap hari. Daripada jumlah itu, sebanyak 20
peratus atau 3,000 tan adalah lebihan makanan
tidak disentuh dan masih boleh dimakan. Lebih
menyedihkan, jumlah itu cukup untuk
menampung 5.3 juta orang dengan hidangan
tiga kali sehari, khususnya di negara tertentu
seperti Syria dan Palestin.
• Bagi individu berkemampuan, sememangnya
mereka boleh makan apa saja tetapi bayangkan
golongan berpendapatan rendah yang pasti
sukar untuk mendapatkan hanya sepinggan nasi.
Justeru, isu pembaziran yang lahir daripada
kehilangan rasa kemanusiaan dan etika
menjadikan buadaya pembaziran makanan
menjadi serius dan perlu ditangani segera.
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Politik)
• Etika politik dan moral
kepemimpinan dalam Islam sangat
ditentukan oleh pemimpinnya.
Kedamaian dan keharmonian
sesebuah sebuah pemerintahan
yang adil dan didasari oleh nilai
etika yang diamalkan oleh
pemerintah, sebaliknya sebuah
pemerintahan yang tidak didasari
nilai-nilai etika dan moral yang
baik, akan menimbulkan kekecauan
dan penderitaan kepada rakyat.

• Pemimpin yang korup, tidak


bertanggungjawab, pilih kasih,
mementingkan kumpulan tertentu
akan mengakibatkan huru hara
dalam sesebuah negara. Justeru
setiap parti politik tidak boleh
hanya mementingkan kuasa untuk
kepentingan diri tetapi perlulah
melaksanakan amanah dengan
etika dan moral yang tinggi seperti
amanah, telus, adil dan saksama
demi kesejahteraan rakyat dan
negara.
Islam Dan Etika
ISLAM DAN ETIKA
• Islam sangat memandang serius kepada
isu etika. Banyak ayat-ayat al-Quran dan
hadis di dalam pelbagai metode menyatakan
kepentingan etika dalam kehidupan
individu, masyarakat dan negara. Etika
biasanya dipengaruhi oleh nilai2 yang
diyakini oleh seseorang yang membentuk
perilakunya dalam berhubung dengan Allah
SWT, sesama manusia dan hubungannya
dengan alam.

• Islam telah menggariskan etika dan akhlak


yang mesti dipatuhi meliputi akhlak dengan
Pencipta, diri sendiri, masyarakat dan juga
alam semesta.
Etika terhadap Diri Sendiri
• Jujur dan terbuka serta tidak
memberi dan menyebarkan maklumat
yang tidak benar
• Bertindak dengan penuh
kesungguhan dan ketulusan
• Menghindari konflik kepentingan
pribadi, kelompok, maupun golongan
• Berusaha meningkatkan kualiti diri
dengan pengetahuan dan kemahiran,
keterampilan
• Memiliki daya juang yang tinggi
• Memelihara kesihatan jasmani dan
rohani
• Berpenampilan sederhana dan
sopan.
10 MUWASSOFAT MENURUT
IMAM HASAN AL BANNA

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)


• Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi. Sentiasa muraqabah Allah
dan mengingati akhirat, tidak meninggalkan amalan yang wajib serta memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)


• Perlu melakukan ibadat bagi meninggikan roh dan jiwanya. Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan
mengetahui halal dan haram. Tidak eksterim, melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
• Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan
lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada
keduanya ada kebaikan.
• Pesanan al-Banna supaya setiap diri memeriksa
kesihatan diri,mengamalkan riyadah dan tidak memakan
suatu yang merosakkan badan.

4. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)


• Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi
saw.
• Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam
kewajipan peribadi iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam
perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani,
serius, menjauhi teman buruk dll.
5. Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal
Fikri)
• Perlu berpengetahuan tentang Islam dan
maklumat am supaya mampu menceritakan
kepada orang lain. Perlu bersumberkan kepada
Al-Quran dan Hadis dan pandangan ulama yang
thiqah. Mampu membaca Al-Quran dengan
baik, tadabbur, mempelajari sirah, kesah salaf
dan kaedah serta rahsia hukum yang penting
serta cuba menjadi pakar dalam bidang yang
diceburi.

6. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)


• Perlu bekerja walaupun sudah kaya, tidak
terlalu mengejar jawatan, meletakkan jawatan
dan tempat kerja mengikut keperluan ummah
lebih utama dari gaji dan pendapatan,
melaksanakan setiap kerja dengan sifat ihsan,
menjauhi riba, menabung, menjauhi
pembaziran dan selalu infaq
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala
Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan
kehendak nafsunya dan mengikut perintah
Allah dan kehendak Islam. Tidak
menghiraukan pandangan manusia untuk
laksanakan perintah dan tinggalkan
larangan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)


Waktu adalah kehidupan yang tidak akan
kembali semula. Waktu lebih mahal dari
emas
Sahabat dan ulamak salaf sentiasa berdoa
agar diberkati waktu yang ada pada
mereka.
9. Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun
fi syu'unihi )
Mempunyai kemahiran dalam menyusun segala
perancangan urusan harian serta jangka panjang,
mencatit maratib untuk kelancaran segala urusan.

10. Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li


Ghairihi)
• Menunaikan hak ibu bapa dan keluarga,
membantu orang-orang yang memerlukan dalam
masyarakat, membimbing manusia ke jalan Allah,
berkahwin dengan pasangan yang saling
membantu untuk meraih kebahagiaan dunia dan
akhirat.
• Kegembiraan hanyalah apabila dapat dapat
membantu menyelesaikan permasalahan orang-
orang lain, yang lebih indah semestinya jika
mampu membawa seseorang itu ke jalan yang
diridhai Allah.
• Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat
dan negara tidak dapat dipertikaikan lagi kerana
ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan
kesejahteraan yang berterusan. Masyarakat yang
mengamalkan etika dan nilai yang baik akan
membentuk sifat saling hormat menghormati,
bekerjasama, bertolak ansur dan berkasih sayang
sesama mereka. Masyarakat yang beretika juga
dapat membentuk persekitaran yang sihat dan
menghindari masalah-masalah sosial seperti
pembuangan bayi, rompakan, penyeludupan
barangan haram dan seumpamanya.

• Negara akan bertambah makmur dan maju


apabila warganya mengamalkan nilai dan etika
yang baik seperti mempunyai patriotism dan
cintakan negara.
ETIKA DAN AMALAN PENGGUNAAN SAINS
DAN TEKNOLOGI
• Sains, teknologi dan ICT merupakan tiga
bidang yang sangat penting dalam kehidupan
manusia zaman sekarang. Ketiga-tiga bidang
ini membentuk teras dan dasar yang
memastikan kelangsungan hidup manusia di
alam ini.
• Dalam Islam keimanan kepada Allah
membina konsep, pandangan, sikap, etika dan
nilai, cara gaya berfikir dan sistem tindakan
seseorang individu secara peribadi dan
profesional
• Manifestasi iman dan akhlak inilah
menghasilkan saintis dan teknokrat yang
soleh,berwibawa dan diredhai Allah SWT
ETIKA DAN AMALAN PENGGUNAAN
SAINS DAN TEKNOLOGI
• Sains juga tidak terlepas dari syariat Islam
yang bertujuan menjaga kepentingan manusia
dari kerakusan sains yang mengancam
keselamatan manusia:
• 1. Untuk melahirkan saintis dan teknokrat
yang berdisiplin tinggi
• 2. Untuk menentukan dasar dalam aktiviti
sains
• 3. Untuk mempastikan penggunaan teknologi
secara berhemah.
• Islam menetapkan etika yang perlu dipatuhi
dalam pencarian dan penemuan dalam sains
dan teknologi, pembangunan dan penggunaan
yang tidak selari dengan kehendak islam akan
membawa kerosakan kepada manusia dan alam.
KESIMPULAN
Etika dan peradaban adalah satu elemen yang penting di dalam
kehidupan manusia bagi menjamin keharmonian semua.

Telah berlaku hakisan terhadap etika dan peradaban dunia


akibat daripada hegemoni Barat

Hakisan etika ini telah memberi kesan terhadap semua aspek


kehidupan manusia termasuklah sosial, ekonomi dan politik.

Islam memandang tinggi kepada penghayatan etika peribadi,


masyarakat dan negara dalam membina keharmonian dan
pengabaiannya pasti akan mendatangkan udarat kepada
manusia.
RUJUKAN

• Abdul Latiff Abu Bakar.2012. Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia. Siri
Penyelidikan dan Penerbitan Institut Peradaban Melayu UPSI. Bangungan Persatuan Penulis
Nasional Malaysia.
• Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. m/s 1-20.
• Najjah Najwa Abd Razak & Wan Norhasniah Haji Wan Husin. 2011. Hubungan Sosial antara
komuniti Melayu dengan komuniti bukan Melayu mengikut perspektif peradaban: Satu
pengenalan. Jurnal Pengajian Melayu 22:205- 233.
• Senu Abdul Rahman. 2002. Revolusi Mental. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. m/s
1-3.
• Wan Norhasniah Wan Husin. 2012. Peradaban dan Perkauman di Malaysia: Hubungan Etnik
Melayu-Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
• Winstedt, R.O. 1961. The Malays: A Cultural History. London: Routledge & Kegan Paul. m/s 2-6.
Sekian. Wassalam
KUMPULAN PEMBANGUN MOOC CTU554
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI(ACIS)

1. DR AHMAD SABRI OSMAN


2. ABD SHUKOR MOHD ALI
3. MOHAMAD AFANDI BIN MD ISMAIL
4. MOHD RAZLAN BIN AHMAD
5. FADHILAH ADIBAH ISMAIL
6. MASTURA RAZALI
7. DR EMY SYLVIANA MOHD ZAHID
8. NUR HAFIZAH HARUN
9. NORAZLINA MAMAT
10. ZULAIPA RUZULAN

Anda mungkin juga menyukai