Anda di halaman 1dari 37

TAJUK 10

PENGHAYATAN
ETIKA DAN
PERADABAN II
ISU-ISU KONTEMPORARI ETIKA DAN
PERADABAN
PENDAHULUAN
• Secara umumnya topik ke 10 ini adalah sebagai penutup
kepada kursus CTU554 Penghayatan Etika dan Peradaban
• Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan penghayatan etika
dan peradaban akan dibincangkan di dalam topik ini
• Hakikatnya agama mengajar kita beradab dan beretika dalam
membina sebuah tamadun dan negara bangsa
• Kelestarian dan kecemerlangan sesuatu bangsa dan tamadun
bergantung kepada penghayatan dan etika pemimpin dan
rakyatnya
• Etika merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia.
Manusia yang beretika sentiasa dipandang mulia dari kaca mata
masyarakat. Mereka dihormati, pandangan serta idea mereka
menjadi rujukan masyarakat.
• Etika umpama bunga yang disukai dan digemari oleh semua, tanpa
mengira usia, jantina, etnik dan status manusia
• Etika boleh didefinisikan sebagai amalan baik atau prinsip
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Etika begitu luas cabang
pengertiannya sehingga merangkumi bidang pendidikan,
perniagaan, hubungan kemasyarakatan dan hubungan
antarabangsa.
Hegemoni & Globalisasi Barat Menghakis Etika
Dan Peradaban
HEGEMONI & GLOBALISASI BARAT MENGHAKIS ETIKA DAN PERADABAN
•Hegemoni berasal daripada perkataan Yunani, hegemonia yang bermaksud
pemimpin. Ia bermaksud penguasaan menyeluruh atau dominasi sesebuah negara ke
atas negara yang lain.
•Barat muncul sebagai kuasa hegemonik dunia selepas kejatuhan Turki Uthmaniyyah
pada tahun 1924M.
•Hegemonik Barat telah memberi kesan besar terhadap media, ekonomi, sains
teknologi, politik dan alam sekitar.
•Dengan perkembangan teknologi maklumat dan globalisasi yang pantas dunia seakan
mengecil dan tidak lagi mempunyai sempadan. Ruang udara dan langit sesebuah
negara terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat dari seluruh dunia.
MEDIA
• Hampir keseluruhan media cetak dan elektronik penting dunia hari ini dikuasai oleh
masyarakat Yahudi dan Barat – Cable News Network (CNN), Associated Press (AP),
Reuters dll.
• Justeru semua berita yang disampaikan kepada dunia adalah berdasarkan persepsi
mereka.
EKONOMI
• Syarikat multinational Barat menguasai sepenuhnya perdagangan antarabangsa.
Mereka menguasai penggunaan sumber asli, pengeluaran hasil perindustrian serta
perkembangan sains dan teknologi
• Wujudkan institusi global di bawah pengaruh Barat seperti International Monetary
Fund (IMF), Bank Dunia serta WTO
• Ekonomi negara-negara kecil terpaksa bergantung kepada negara kuasa besar.
POLITIK
• Kuasa politik dunia dikuasai oleh blok Barat.
• Berjaya ‘menjajah’ negara yang lemah dan mundur yang tidak sehaluan
dengan mereka
• Menggunakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk
mengekalkan kuasa mereka
• Undang-undang antarabangsa yang dicipta , menyebelahi kepentingan
Barat
Hasil daripada hegemoni Barat juga,
ditambah pula dengan pegangan agama
yang longgar dan ilmu yang dangkal
mengakibatkan berleluasanya isu defisit
etika dan peradaban di seluruh dunia
termasuklah Malaysia.

KERUNTUHAN AKHLAK
•Remaja ramai ikut budaya hedonisme
•Hiburan menjadi pilihan utama, artis
menjadi pujaan
•Budaya hip-hop, skin head, hippies,
mafia, gangster, tarian break dance
•Gejala seks bebas
•Memperjuangkan hak kebebasan.
RAPUHNYA INSTITUSI KELUARGA
•Menentang perkahwinan
•Pengabaian tanggungjawab
•Kesibukan mencari kemewahan
•Perceraian
•Perkahwinan sejenis
•Menjual anak
•Sumbang mahram
•Menghindari kelahiran dan menggugurkan anak

Keluarga bukan lagi tempat yang tenang dan selamat…


KEGELISAHAN JIWA DAN KECELARUAN AKAL
• Tertekan dan gelisah
• bunuh diri
• dadah dll
• Pesakit mental semakin meningkat

KEGIATAN JENAYAH MENINGKAT


• Dadah
• Rogol
• Ragut, samun, pecah rumah

Statistik kegiatan jenayah semakin meningkat


Jenis dan bentuk jenayah semakin pelbagai dan menakutkan
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Sosial)
Isu Etika dan Peradaban Semasa
(Sosial)
•Sejak awal peradaban manusia, tamadun-tamadun utama dunia
meletakkan etika setaraf dengan agama dan kepercayaan. Raja-raja
pada zaman dahulu menitahkan para sarjana dan pendeta mengarang
pelbagai kitab etika dan susila sebagai pedoman kehidupan untuk
masyarakat.

•Masa kini isu etika telah melanda masyarakat dengan pelbagai penyakit
masyarakat yang mengakibatkan ketidak tenteraman dalam kehidupan
bermasyarakat. Antaranya ialah jenayah yang berleluasa, pengabaian
terhadap kanak-kanak, keganasan rumahtangga, pertelingkahan antara
jiran, konflik antara etnik dan lain-lain lagi
JENAYAH
•Menurut laman pangkalan data global Numbeo, Malaysia
menduduki tangga keempat dalam kadar indeks jenayah di rantau
Asia. Bagaimanapun, indeks yang dikeluarkan setakat pertengahan
tahun 2020 itu menunjukkan penurunan kepada 58.55 peratus
berbanding 60.66 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
• Walaubagaimanapun jumlah jenayah yang merupakan natijah
daripada kebejatan etika ini masih tinggi kerana tidak ada sehari
pun berlalu tanpa kejadian jenayah, Malah jenayah terus
berleluasa dengan kes bunuh, samun, rogol manakala remaja
dikaitkan dengan gejala Vandalisme, gengsterisme dan buli yang
banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini.
PENGABAIAN DAN PENDERAAN TERHADAP KANAK KANAK
•Kadar kes pengabaian kanak-kanak yang berlaku di Malaysia semakin hari semakin
membimbangkan. Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
sebanyak 2547 kes pada tahun 2016, 2410 kes pada tahun 2017 dan 1318 kes sehingga Jun 2018.
Trend ini menunjukkan peningkatan ketara seolah-olah tiada langkah penyelesaian yang efektif dan
jelas diambil.

•Pengabaian dan penderaan kanak-kanak meliputi kanak-kanak yang didera dari aspek fizikal, emosi,
penganiayaan seks oleh ibu bapa atau penjaga atau ibubapa/penjaga atau telah mengabaikan atau
keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang
mencukupi untuk kanak-kanak
KEGANASAN RUMAH TANGGA
Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)sepanjang Januari hingga
Disember 2020, sebanyak 5,260 kes keganasan rumah tangga telah dibuka
kertas siasatan, manakala merujuk kepada statistik Talian Kasih KPWKM,
dalam tempoh sama, sebanyak 2,540 kes keganasan rumah tangga telah
diterima. kebanyakan kes berpunca daripada desakan ekonomi dan tekanan
hidup sehingga ada yang bertindak mencederakan pasangan atau ahli
keluarga.

Keluarga dan rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat selamat telah


bertukar menjadi tempat yang penuh dengan kezaliman terhadap kaum yang
lemah. Ini adalah kerana masyarakat masa kini telah hilang nilai diri
mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental kepada isteri dan anak-anak.
KONFLIK ANTARA KAUM

•Ketamadunan yang gemilang dalam sesebuah masyarakat merupakan hasil yang


dicernakan oleh adab dan tingkah laku masyarakat itu sendiri dalam mencorakkan
sesebuah tamadun yang baik serta bersih dari segala persengketaan dan
perpecahan, terutamanya dalam kepelbagaian etnik dan budaya seperti negara
kita.
•Konflik dalam masyarakat akan berlaku apabila isu sensitif ditimbulkan, ditambah
dengan pupusnya etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat. Ia boleh
menimbulkan konflik yang berpanjangan dan kedamaian selamanya tidak akan
tercapai. Konflik yang berlaku dalam negara kita bukan sahaja datang dari pihak
orang bukan Islam kepada agama Islam, malah ada juga konflik yang ditimbulkan
oleh orang Islam kepada agama lain.
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Ekonomi)
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Ekonomi)

•Terdapat nilai yang sangat agung dalam aspek ekonomi Islam dan tidak sama sekali
terpisah daripada nilai ilahiyyah. Setiap Muslim wajar meyakini bahawa harta dan
segala sumber yang ada di muka bumi adalah milik Allah Ekonomi dan manusia
menjadi “wakil” dalam mengurus harta Allah S.W.T. Islam beri hak samarata kepada
semua manusia peluang mencari dan memiliki dan menggunakan harta dengan
mengharapkan keredaan Allah.

•Terdapat pengabaian etika dan nilai dalam usaha manusia menguruskan harta.
Terdapat segolongan manusia mendapatkan harta dengan cara yang salah seperti
merampas harta orang lain atau mendapatkan harta dengan cara yang tidak
dibenarkan undang-undang seperti menipu, mengambil rasuah dan lain-lain. Dalam
menguruskan harta, terdapat juga ketidakadilan dalam pembahagian harta di
samping penggunaan harta yang tidak beretika seperti pembaziran dan
mengunakan harta ke jalan kemungkaran yang merosakkan diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
RASUAH
•Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan
untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan
terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan,
upah, diskaun.
•Kesan buruk rasuah terhadap masyarakat dan negara ialah
mengakibatkan ketidak adilan disebabkan menafikan hak-hak orang
tertentu, melindungi dan menggalakkan jenayah, menjejaskan
kecekapan dan integriti pentadbiran serta sanggup menggadai
keselamatan negara.
•Amalan rasuah tidak sesekali akan berlaku jika seseorang itu
berpegang teguh kepada ajaran agama dan mempunyai nilai etika
yang tinggi walaupun berpeluang untuk melakukannya.
PEMBAZIRAN
•Mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (FAO), hampir 15,000 tan makanan dibazirkan setiap hari. Daripada
jumlah itu, sebanyak 20 peratus atau 3,000 tan adalah lebihan makanan tidak
disentuh dan masih boleh dimakan. Lebih menyedihkan, jumlah itu cukup
untuk menampung 5.3 juta orang dengan hidangan tiga kali sehari, khususnya
di negara tertentu seperti Syria dan Palestin.
•Bagi individu berkemampuan, sememangnya mereka boleh makan apa saja
tetapi bayangkan golongan berpendapatan rendah yang pasti sukar untuk
mendapatkan hanya sepinggan nasi. Justeru, isu pembaziran yang lahir
daripada kehilangan rasa kemanusiaan dan etika menjadikan buadaya
pembaziran makanan menjadi serius dan perlu ditangani segera.
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Politik)
Isu Etika dan Peradaban Semasa
(Politik)
•Etika politik dan moral kepemimpinan dalam Islam sangat ditentukan oleh
pemimpinnya. Kedamaian dan keharmonian sesebuah sebuah pemerintahan
yang adil dan didasari oleh nilai etika yang diamalkan oleh pemerintah,
sebaliknya sebuah pemerintahan yang tidak didasari nilai-nilai etika dan
moral yang baik, akan menimbulkan kekecauan dan penderitaan kepada rakyat.

•Pemimpin yang korup, tidak bertanggungjawab, pilih kasih, mementingkan


kumpulan tertentu akan mengakibatkan huru hara dalam sesebuah negara.
Justeru setiap parti politik tidak boleh hanya mementingkan kuasa untuk
kepentingan diri tetapi perlulah melaksanakan amanah dengan etika dan moral
yang tinggi seperti amanah, telus, adil dan saksama demi kesejahteraan rakyat
dan negara.
Islam Dan Etika
ISLAM DAN ETIKA
•Islam sangat memandang serius kepada isu etika. Banyak ayat-ayat al-Quran dan
hadis di dalam pelbagai metode menyatakan kepentingan etika dalam kehidupan
individu, masyarakat dan negara. Etika biasanya dipengaruhi oleh nilai2 yang
diyakini oleh seseorang yang membentuk perilakunya dalam berhubung dengan
Allah SWT, sesama manusia dan hubungannya dengan alam.

•Islam telah menggariskan etika dan akhlak yang mesti dipatuhi meliputi akhlak
dengan Pencipta, diri sendiri, masyarakat dan juga alam semesta.
Etika terhadap Diri Sendiri
•Jujur dan terbuka serta tidak memberi dan menyebarkan maklumat
yang tidak benar
•Bertindak dengan penuh kesungguhan dan ketulusan
•Menghindari konflik kepentingan pribadi, kelompok, maupun
golongan
•Berusaha meningkatkan kualiti diri dengan pengetahuan dan
kemahiran, keterampilan
•Memiliki daya juang yang tinggi
•Memelihara kesihatan jasmani dan rohani
•Berpenampilan sederhana dan sopan.
10 MUWASSOFAT MENURUT
IMAM HASAN AL BANNA

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)


•Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi. Sentiasa muraqabah Allah dan
mengingati akhirat, tidak meninggalkan amalan yang wajib serta memperbanyakkan nawafil dan zikir. Menjaga
kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)


• Perlu melakukan ibadat bagi meninggikan roh dan jiwanya. Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan
mengetahui halal dan haram. Tidak eksterim, melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
•Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin
yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
•Pesanan al-Banna supaya setiap diri memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadah
dan tidak memakan suatu yang merosakkan badan.

4. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)


•Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
•Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan peribadi iaitu
sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji,
berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
5. Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
•Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu
menceritakan kepada orang lain. Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan
Hadis dan pandangan ulama yang thiqah. Mampu membaca Al-Quran dengan
baik, tadabbur, mempelajari sirah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum
yang penting serta cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

6. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)


•Perlu bekerja walaupun sudah kaya, tidak terlalu mengejar jawatan,
meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan ummah lebih
utama dari gaji dan pendapatan, melaksanakan setiap kerja dengan sifat
ihsan, menjauhi riba, menabung, menjauhi pembaziran dan selalu infaq
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut
perintah Allah dan kehendak Islam. Tidak menghiraukan pandangan manusia
untuk laksanakan perintah dan tinggalkan larangan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)


Waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Waktu lebih mahal
dari emas
Sahabat dan ulamak salaf sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada
mereka.


9. Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun fi syu'unihi )
Mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian
serta jangka panjang, mencatit maratib untuk kelancaran segala urusan.

10. Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)


•Menunaikan hak ibu bapa dan keluarga, membantu orang-orang yang
memerlukan dalam masyarakat, membimbing manusia ke jalan Allah,
berkahwin dengan pasangan yang saling membantu untuk meraih
kebahagiaan dunia dan akhirat. Kegembiraan hanyalah apabila dapat
dapat membantu menyelesaikan permasalahan oran orang lain,
yang lebih indah semestinya jika mampu membawa seseorang itu
ke jalan yang diridhai Allah.
•Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat dan negara tidak dapat
dipertikaikan lagi kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan
kesejahteraan yang berterusan. Masyarakat yang mengamalkan etika dan nilai
yang baik akan membentuk sifat saling hormat menghormati, bekerjasama,
bertolak ansur dan berkasih sayang sesama mereka. Masyarakat yang beretika
juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-
masalah sosial seperti pembuangan bayi, rompakan, penyeludupan barangan
haram dan seumpamanya.

•Negara akan bertambah makmur dan maju apabila warganya mengamalkan nilai
dan etika yang baik seperti mempunyai patriotism dan cintakan negara.
ETIKA DAN AMALAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
•Sains, teknologi dan ICT merupakan tiga bidang yang sangat penting dalam kehidupan
manusia zaman sekarang. Ketiga-tiga bidang ini membentuk teras dan dasar yang
memastikan kelangsungan hidup manusia di alam ini.
•Dalam Islam keimanan kepada Allah membina konsep, pandangan, sikap, etika dan nilai,
cara gaya berfikir dan sistem tindakan seseorang individu secara peribadi dan profesional
•Manifestasi iman dan akhlak inilah menghasilkan saintis dan teknokrat yang
soleh,berwibawa dan diredhai Allah SWT

Berikut ialah etika yang wajar dimiliki di dalam PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI masa kini
Sains, teknologi dan ICT merupakan tiga bidang yang sangat penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang. Ketiga-
tiga bidang ini membentuk teras dan dasar yang memastikan kelangsungan hidup manusia di alam ini.
Dalam Islam keimanan kepada Allah membina konsep, pandangan, sikap, etika dan nilai, cara gaya berfikir dan sistem
tindakan seseorang individu secara peribadi dan profesional
Manifestasi iman dan akhlak inilah menghasilkan saintis dan teknokrat yang soleh,berwibawa dan diredhai Allah SWT
ETIKA DAN AMALAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
•Sains juga tidak terlepas dari syariat Islam yang bertujuan menjaga kepentingan
manusia dari kerakusan sains yang mengancam keselamatan manusia:
•1. Untuk melahirkan saintis dan teknokrat yang berdisiplin tinggi
•2. Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains
•3. Untuk mempastikan penggunaan teknologi secara berhemah.
•Islam menetapkan etika yang perlu dipatuhi dalam pencarianangunan dan
penggunaan yang tidak selari den dan penemuan dalam sains dan teknologi,
pembgan kehendak islam akan membawa kerosakan kepada manusia dan alam.
Kesimpulan
Kesimpulan
Etika dan peradaban adalah satu elemen yang penting di dalam
kehidupan manusia bagi menjamin keharmonian semua.

Telah berlaku hakisan terhadap etika dan peradaban dunia


akibat daripada hegemoni Barat

Kesimpulan
Hakisan etika ini telah memberi kesan terhadap semua aspek
kehidupan manusia termasuklah sosial, ekonomi dan politik.

Islam memandang tinggi kepada penghayatan etika peribadi,


masyarakat dan negara dalam membina keharmonian dan
pengabaiannya pasti akan mendatangkan udarat kepada
manusia.
Sekian. Wassalam

Anda mungkin juga menyukai