Anda di halaman 1dari 41

TOPIK 1 :

PENGENALAN PENGHAYATAN
ILMU ETIKA DAN PERADABAN
DALAM ACUAN MALAYSIA
DISAMPAIKAN OLEH:
KUMPULAN PEMBANGUN MOOC CTU554
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
TOPIK 10
(Topik Akhir)
TOPIK 10:
ISU-ISU KONTEMPORARI
ETIKA DAN PERADABAN
DISAMPAIKAN OLEH:
KUMPULAN PEMBANGUN MOOC CTU554
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
Kelestarian Etika Dan Peradaban
01 Malaysia
Kedinamikan Etika Dan Peradaban
02 Malaysia

DEB Pemangkin Sharing Poverty Tetapi Gagal


03 membawa Shared Prosperity

Hakisan Sosial Ke atas Kelestarian Etika dan Peradaban


a) Defisit Sosial
04 b) Tadbir Urus dan Pembangunan
c) Black Economy dan Rasuah

Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia bagi Pembangunan Negara Bangsa
05 dan Ketamadunan Malaysia
a) Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan Pembangunan
Lestari
b) Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara
c) Perkongsian Pengalaman Etika dan Peradaban Malaysia Demi Keharmonian,
Kestabilan dan Kemajuan Ketamadunan Sejagat
MINGGU INI: TOPIK 10
ISU-ISU KONTEMPORARI
ETIKA DAN PERADABAN
DISAMPAIKAN OLEH:
KUMPULAN PEMBANGUN MOOC CTU554
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
PENDAHULUAN
i. Secara umumnya topik ke 10 ini adalah sebagai penutup
kepada kursus CTU554 Penghayatan Etika dan Peradaban
ii. Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan penghayatan etika
dan peradaban akan dibincangkan di dalam topik ini
iii. Hakikatnya agama mengajar kita beradab dan beretika dalam
membina sebuah tamadun dan negara bangsa
iv. Kelestarian dan kecemerlangan sesuatu bangsa dan tamadun
bergantung kepada penghayatan dan etika pemimpin dan
rakyatnya
i. Etika merupakan elemen penting dalam kehidupan
manusia. Manusia yang beretika sentiasa dipandang mulia
dari kaca mata masyarakat. Mereka dihormati, pandangan
serta idea mereka menjadi rujukan masyarakat.

ii. Etika boleh didefinisikan sebagai amalan baik atau prinsip


dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

iii. Etika begitu luas cabang pengertiannya sehingga


merangkumi bidang pendidikan, perniagaan, hubungan
kemasyarakatan dan hubungan antarabangsa.
Hegemoni & Globalisasi Barat Menghakis
Etika Dan Peradaban
HEGEMONI & GLOBALISASI BARAT MENGHAKIS
ETIKA DAN PERADABAN
•Hegemoni berasal daripada perkataan Yunani, hegemonia yang
bermaksud pemimpin. Ia bermaksud penguasaan menyeluruh atau
dominasi sesebuah negara ke atas negara yang lain.

•Barat muncul sebagai kuasa hegemonik dunia selepas kejatuhan


Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924M.

•Hegemonik Barat telah memberi kesan besar terhadap media,


ekonomi, sains teknologi, politik dan alam sekitar.

•Dengan perkembangan teknologi maklumat dan globalisasi yang


pantas dunia seakan mengecil dan tidak lagi mempunyai sempadan.
Ruang udara dan langit sesebuah negara terbuka luas untuk dimasuki
oleh pelbagai maklumat dari seluruh dunia.
MEDIA
• Hampir keseluruhan media cetak dan elektronik penting dunia hari ini
dikuasai oleh masyarakat Yahudi dan Barat – Cable News Network (CNN),
Associated Press (AP), Reuters dll.
• Justeru semua berita yang disampaikan kepada dunia adalah berdasarkan
persepsi mereka.
EKONOMI
• Syarikat multinational Barat menguasai sepenuhnya perdagangan
antarabangsa. Mereka menguasai penggunaan sumber asli, pengeluaran
hasil perindustrian serta perkembangan sains dan teknologi
• Wujudkan institusi global di bawah pengaruh Barat seperti International
Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta WTO
• Ekonomi negara-negara kecil terpaksa bergantung kepada negara kuasa
besar.
POLITIK

• Kuasa politik dunia dikuasai oleh blok Barat.

• Berjaya ‘menjajah’ negara yang lemah dan


mundur yang tidak sehaluan dengan mereka.

• Menggunakan Pertubuhan Bangsa-bangsa


Bersatu (PBB) untuk mengekalkan kuasa
mereka.

• Undang-undang antarabangsa yang dicipta,


menyebelahi kepentingan Barat
Hasil daripada hegemoni Barat juga, ditambah pula
dengan pegangan agama yang longgar dan ilmu yang
dangkal mengakibatkan berleluasanya isu defisit etika
dan peradaban di seluruh dunia termasuklah
Malaysia.

KERUNTUHAN AKHLAK

•Remaja ramai ikut budaya hedonisme


•Hiburan menjadi pilihan utama, artis menjadi pujaan
•Budaya hip-hop, skin head, hippies, mafia, gangster,
tarian break dance
•Gejala seks bebas
•Memperjuangkan hak kebebasan.
RAPUHNYA INSTITUSI KELUARGA . . .

i. Menentang perkahwinan
ii. Pengabaian tanggungjawab
iii. Kesibukan mencari kemewahan
iv. Perceraian
v. Perkahwinan sejenis
vi. Menjual anak / isteri
vii. Sumbang mahram
viii. Menghindari kelahiran dan menggugurkan anak

Keluarga bukan lagi tempat yang tenang dan selamat…???


KEGELISAHAN JIWA DAN
KECELARUAN AKAL
• Tertekan dan gelisah
• bunuh diri
• dadah dll
• Pesakit mental semakin meningkat

KEGIATAN JENAYAH MENINGKAT


• Dadah
• Rogol
• Ragut, samun, pecah rumah

Statistik kegiatan jenayah semakin


meningkat.
Jenis dan bentuk jenayah semakin
pelbagai dan menakutkan
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Sosial)
•Sejakawal peradaban manusia, tamadun-
tamadun utama dunia meletakkan etika setaraf
dengan agama dan kepercayaan. Raja-raja pada
zaman dahulu menitahkan para sarjana dan
pendeta mengarang pelbagai kitab etika dan susila
sebagai pedoman kehidupan untuk masyarakat.

•Masa kini isu etika telah melanda masyarakat


dengan pelbagai penyakit masyarakat yang
mengakibatkan ketidak tenteraman dalam
kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah
jenayah yang berleluasa, pengabaian terhadap
kanak-kanak, keganasan rumahtangga,
pertelingkahan antara jiran, konflik antara etnik
dan lain-lain lagi
JENAYAH
•Menurut laman pangkalan data global Numbeo,
Malaysia menduduki tangga keempat dalam kadar
indeks jenayah di rantau Asia. Bagaimanapun, indeks
yang dikeluarkan setakat pertengahan tahun 2020 itu
menunjukkan penurunan kepada 58.55 peratus
berbanding 60.66 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

• Walaubagaimanapun jumlah jenayah yang merupakan


natijah daripada kebejatan etika ini masih tinggi kerana
tidak ada sehari pun berlalu tanpa kejadian jenayah,
Malah jenayah terus berleluasa dengan kes bunuh,
samun, rogol manakala remaja dikaitkan dengan gejala
Vandalisme, gengsterisme dan buli yang banyak
menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini.
PENGABAIAN DAN PENDERAAN TERHADAP KANAK KANAK
•Kadar kes pengabaian kanak-kanak yang berlaku di Malaysia
semakin hari semakin membimbangkan. Berdasarkan statistik
yang dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
sebanyak 2547 kes pada tahun 2016, 2410 kes pada tahun
2017 dan 1318 kes sehingga Jun 2018. Trend ini menunjukkan
peningkatan ketara seolah-olah tiada langkah penyelesaian
yang efektif dan jelas diambil.

•Pengabaian dan penderaan kanak-kanak meliputi kanak-


kanak yang didera dari aspek fizikal, emosi, penganiayaan
seks oleh ibu bapa atau penjaga atau ibubapa/penjaga atau
telah mengabaikan atau keberatan untuk mengadakan
pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang
mencukupi untuk kanak-kanak
KEGANASAN RUMAH TANGGA
Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)sepanjang Januari
hingga Disember 2020, sebanyak 5,260 kes keganasan rumah tangga
telah dibuka kertas siasatan, manakala merujuk kepada statistik
Talian Kasih KPWKM, dalam tempoh sama, sebanyak 2,540 kes
keganasan rumah tangga telah diterima. kebanyakan kes berpunca
daripada desakan ekonomi dan tekanan hidup sehingga ada yang
bertindak mencederakan pasangan atau ahli keluarga.

Keluarga dan rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat selamat


telah bertukar menjadi tempat yang penuh dengan kezaliman
terhadap kaum yang lemah. Ini adalah kerana masyarakat masa kini
telah hilang nilai diri mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental
kepada isteri dan anak-anak.
KONFLIK ANTARA KAUM
•Ketamadunan yang gemilang dalam sesebuah masyarakat
merupakan hasil yang dicernakan oleh adab dan tingkah laku
masyarakat itu sendiri dalam mencorakkan sesebuah tamadun
yang baik serta bersih dari segala persengketaan dan
perpecahan, terutamanya dalam kepelbagaian etnik dan budaya
seperti negara kita.

•Konflik dalam masyarakat akan berlaku apabila isu sensitif


ditimbulkan, ditambah dengan pupusnya etika dan peradaban
dalam kalangan masyarakat. Ia boleh menimbulkan konflik yang
berpanjangan dan kedamaian selamanya tidak akan tercapai.

• Konflik yang berlaku dalam negara kita bukan sahaja datang


dari pihak orang bukan Islam kepada agama Islam, malah ada
juga konflik yang ditimbulkan oleh orang Islam kepada agama
lain.
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Ekonomi)
ISU ETIKA DAN PERADABAN SEMASA (EKONOMI)

•Terdapat pengabaian etika dan nilai dalam usaha manusia menguruskan harta.
Terdapat segolongan manusia mendapatkan harta dengan cara yang salah seperti
merampas harta orang lain atau mendapatkan harta dengan cara yang tidak dibenarkan
undang-undang seperti menipu, mengambil rasuah dan lain-lain.

•Dalam menguruskan harta, adakala terdapat juga ketidakadilan dalam pembahagian


harta di samping penggunaan harta yang tidak beretika seperti pembaziran dan
mengunakan harta ke jalan kemungkaran yang merosakkan diri, keluarga, masyarakat
dan negara.

•Contoh nilai yang sangat agung dalam aspek ekonomi Islam dan tidak sama sekali
terpisah daripada nilai ketuhanan. Setiap Muslim wajar meyakini bahawa harta dan
segala sumber yang ada di muka bumi adalah milik Allah. Ekonomi dan manusia
menjadi “wakil” dalam mengurus harta yang dikurniakan Allah S.W.T. Islam beri hak
samarata kepada semua manusia peluang mencari dan memiliki dan menggunakan
harta dengan mengharapkan keredaan Allah.
RASUAH

•Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan


untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan
terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan,
jawatan, upah, diskaun.

•Kesan buruk rasuah terhadap masyarakat dan negara ialah


mengakibatkan ketidak adilan disebabkan menafikan hak-hak
orang tertentu, melindungi dan menggalakkan jenayah,
menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran serta sanggup
menggadai keselamatan negara.

•Amalan rasuah tidak sesekali akan berlaku jika seseorang itu


berpegang teguh kepada ajaran agama dan mempunyai nilai etika
yang tinggi walaupun berpeluang untuk melakukannya.
PEMBAZIRAN

•Mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), hampir 15,000 tan makanan
dibazirkan setiap hari. Daripada jumlah itu, sebanyak 20
peratus atau 3,000 tan adalah lebihan makanan tidak disentuh
dan masih boleh dimakan. Lebih menyedihkan, jumlah itu
cukup untuk menampung 5.3 juta orang dengan hidangan tiga
kali sehari, khususnya di negara tertentu seperti Syria dan
Palestin.

•Bagi individu berkemampuan, sememangnya mereka boleh


makan apa saja tetapi bayangkan golongan berpendapatan
rendah yang pasti sukar untuk mendapatkan hanya sepinggan
nasi. Justeru, isu pembaziran yang lahir daripada kehilangan
rasa kemanusiaan dan etika menjadikan buadaya pembaziran
makanan menjadi serius dan perlu ditangani segera.
Isu Etika dan Peradaban Semasa (Politik)
•Etika politik dan moral
kepemimpinan dalam Islam sangat
ditentukan oleh pemimpinnya.
Kedamaian dan keharmonian
sesebuah sebuah pemerintahan
yang adil dan didasari oleh nilai
etika yang diamalkan oleh
pemerintah, sebaliknya sebuah
pemerintahan yang tidak didasari
nilai-nilai etika dan moral yang
baik, akan menimbulkan
kekecauan dan penderitaan
kepada rakyat.

•Pemimpin yang korup, tidak


bertanggungjawab, pilih kasih,
mementingkan kumpulan tertentu
akan mengakibatkan huru hara
dalam sesebuah negara. Justeru
setiap parti politik tidak boleh
hanya mementingkan kuasa untuk
kepentingan diri tetapi perlulah
melaksanakan amanah dengan
etika dan moral yang tinggi seperti
amanah, telus, adil dan saksama
demi kesejahteraan rakyat dan
negara.
Islam Dan Etika
ISLAM DAN ETIKA
•Islam sangat memandang serius kepada isu etika.
Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis di dalam
pelbagai metode menyatakan kepentingan etika
dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.

•Etika biasanya dipengaruhi oleh nilai2 yang diyakini


oleh seseorang yang membentuk perilakunya dalam
berhubung dengan Allah SWT, sesama manusia dan
hubungannya dengan alam.

•Islam telah menggariskan etika dan akhlak yang


mesti dipatuhi meliputi akhlak dengan Pencipta, diri
sendiri, masyarakat dan juga alam semesta.
ETIKA TERHADAP DIRI SENDIRI

•Jujur dan terbuka serta tidak memberi dan menyebarkan maklumat yang tidak benar

•Bertindak dengan penuh kesungguhan dan ketulusan

•Menghindari konflik kepentingan pribadi, kelompok, maupun golongan

•Berusaha meningkatkan kualiti diri dengan pengetahuan dan kemahiran,


keterampilan
•Memiliki daya juang yang tinggi
“Wahai orang-orang yang beriman!
•Memelihara kesihatan jasmani dan rohani
Peliharalah diri kamu dan keluarga
•Berpenampilan sederhana dan sopan. kamu dari neraka..”
(Terjemahan Surah At-Tahrim: 6)
10 MUWASSOFAT
MENURUT IMAM HASAN
AL BANNA
1. Akidah yang sejahtera
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, tidak meninggalkan amalan yang
wajib serta memperbanyakkan nawafil dan zikir. Menjaga kebersihan hati, bertaubat,
istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul


• Perlu melakukan ibadat bagi meninggikan roh dan jiwanya. Perlu belajar untuk
membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram. Tidak eksterim, melampau
atau berkurang (pertengahan).
3. Kuat tubuh badan
Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih
dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada
keduanya ada kebaikan.
•Pesanan al-Banna supaya setiap diri memeriksa
kesihatan diri,mengamalkan riyadah dan tidak memakan
suatu yang merosakkan badan.

4. Akhlak yang mantap


•Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi
SAW.
•Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam
kewajipan peribadi iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam
perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani,
serius, menjauhi teman buruk dll.
5. Fikiran yang berpengetahuan
•Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am
supaya mampu menceritakan kepada orang lain. Perlu
bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan pandangan
ulama yang thiqah. Mampu membaca Al-Quran dengan baik,
tadabbur, mempelajari sirah, kesah salaf dan kaedah serta
rahsia hukum yang penting serta cuba menjadi pakar dalam
bidang yang diceburi.

6. Mampu berusaha
•Perlu bekerja walaupun sudah kaya, tidak terlalu mengejar
jawatan, meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut
keperluan ummah lebih utama dari gaji dan pendapatan,
melaksanakan setiap kerja dengan sifat ihsan, menjauhi riba,
menabung, menjauhi pembaziran dan selalu infaq
7. Mampu melawan nafsu
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak
nafsunya dan mengikut perintah Allah dan
kehendak Islam. Tidak menghiraukan pandangan
manusia untuk laksanakan perintah dan
tinggalkan larangan.

8. Menjaga waktu
Waktu adalah kehidupan yang tidak akan
kembali semula. Waktu lebih mahal dari emas
Sahabat dan ulamak salaf sentiasa berdoa agar
diberkati waktu yang ada pada mereka.
9. Tersusun dalam segala
Mempunyai kemahiran dalam menyusun segala
perancangan urusan harian serta jangka panjang,
mencatit maratib untuk kelancaran segala urusan.

10. Bermanfaat Kepada Orang Lain


Menunaikan hak ibu bapa dan keluarga, membantu
orang-orang yang memerlukan dalam masyarakat,
membimbing manusia ke jalan Allah, berkahwin dengan
pasangan yang saling membantu untuk meraih
kebahagiaan dunia dan akhirat.

•Kegembiraan hanyalah apabila dapat dapat membantu


menyelesaikan permasalahan orang-orang lain, yang
lebih indah semestinya jika mampu membawa
seseorang itu ke jalan yang diridhai Allah.
•Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat dan
negara tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia dapat
memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan
yang berterusan. Masyarakat yang mengamalkan etika
dan nilai yang baik akan membentuk sifat saling hormat
menghormati, bekerjasama, bertolak ansur , saling
menghargai dan berkasih sayang sesama mereka.

•Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk


persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-
masalah sosial seperti pembuangan bayi, rompakan,
penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.

•Negara akan bertambah makmur dan maju apabila


warganya mengamalkan nilai dan etika yang baik seperti
mempunyai patriotism dan cintakan negara.
ETIKA DAN AMALAN PENGGUNAAN SAINS DAN
TEKNOLOGI
•Sains, teknologi dan ICT merupakan tiga bidang
yang sangat penting dalam kehidupan manusia
zaman sekarang. Ketiga-tiga bidang ini
membentuk teras dan dasar yang memastikan
kelangsungan hidup manusia di alam ini.

•Dalam Islam keimanan kepada Allah membina


konsep, pandangan, sikap, etika dan nilai, cara
gaya berfikir dan sistem tindakan seseorang
individu secara peribadi dan professional.

•Manifestasi iman dan akhlak inilah


menghasilkan saintis dan teknokrat yang
soleh,berwibawa dan diredhai Allah SWT
ETIKA DAN AMALAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

•Sains juga tidak terlepas dari syariat Islam yang bertujuan


menjaga kepentingan manusia dari kerakusan sains yang
mengancam keselamatan manusia:

i. Untuk melahirkan saintis dan teknokrat yang berdisiplin


tinggi
ii. Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains
iii. Untuk mempastikan penggunaan teknologi secara berhemah
dan mematuhi landasan agama

•Islam menetapkan etika yang perlu dipatuhi dalam pencarian


dan penemuan dalam sains dan teknologi, pembangunan dan
penggunaan yang tidak selari dengan kehendak Islam akan
membawa kerosakan kepada manusia dan alam.
KESIMPULAN
Etika dan peradaban adalah satu elemen yang penting di dalam kehidupan manusia
bagi menjamin keharmonian semua.

Telah berlaku hakisan terhadap etika dan peradaban dunia akibat daripada hegemoni
Barat

Hakisan etika ini telah memberi kesan terhadap semua aspek kehidupan manusia
termasuklah sosial, ekonomi dan politik.

Agama memandang tinggi kepada penghayatan etika peribadi, masyarakat dan negara
dalam membina keharmonian dan pengabaiannya pasti akan mendatangkan mudarat
kepada manusia.
RUJUKAN

• Abdul Latiff Abu Bakar.2012. Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia. Siri Penyelidikan dan
Penerbitan Institut Peradaban Melayu UPSI. Bangungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia.
• Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. m/s 1-20.
• Najjah Najwa Abd Razak & Wan Norhasniah Haji Wan Husin. 2011. Hubungan Sosial antara
komuniti Melayu dengan komuniti bukan Melayu mengikut perspektif peradaban: Satu pengenalan.
Jurnal Pengajian Melayu 22:205- 233.
• Senu Abdul Rahman. 2002. Revolusi Mental. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. m/s 1-3.
• Wan Norhasniah Wan Husin. 2012. Peradaban dan Perkauman di Malaysia: Hubungan Etnik Melayu-
Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
• Winstedt, R.O. 1961. The Malays: A Cultural History. London: Routledge & Kegan Paul. m/s 2-6.
KUMPULAN PEMBANGUN MOOC CTU554
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI(ACIS)

1.DR AHMAD SABRI OSMAN


2.ABD SHUKOR MOHD ALI
3.MOHAMAD AFANDI BIN MD ISMAIL
4.MOHD RAZLAN BIN AHMAD
5.FADHILAH ADIBAH ISMAIL
6.MASTURA RAZALI
7.DR EMY SYLVIANA MOHD ZAHID
8.NUR HAFIZAH HARUN
9.NORAZLINA MAMAT
10.ZULAIPA RUZULAN
TERIMA KASIH

TS SITI FATAHIYAH MAHAMOOD

012-3917175

Siti Fatahiyah

Siti Fatahiyah SFM

sitif006@uitm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai