Anda di halaman 1dari 9

KONSEP PERADABAN DAN

ETIKA

NAMA: AINA SAFIYA BINTI


SYAMSUDIN
KULIAH: KLC1
NAMA PENSYARAH: DR. ROS AIZA
BINTI MOHD MOKHTAR
TOPIK 1 BAHAGIAN 1.

Peradaban dan etika merupakan dua konsep umum


sejagat yang penting untuk memahami dan menghayati
dinamika sesebuah masyarakat. Peradaban berasal daripada
perkataan adab dalam Bahasa Arab yang bermaksud tingkat
kemajuan dalam kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa
atau masyarakat. Ia juga bermaksud kesopanan, budi pekerti
dan akhlak yang semuanya menunjuk pada sifat yang tinggi
dan mulia. Ibn Khaldun menggunakan istilah “umran dan
Hadharah” bagi menjelaskan peradaban.

Pada abad ke-19 Masihi, baru ditemui dalam Bahasa


Inggeris perkataan yang seerti dengan “Umran dan Hadharah”
iaitu civilization. Civilization adalah pencapaian daripada hasil
budi daya manusia mencakupi keseluruhan aspek kehidupan
manusia sama ada secara fizikal ataupun non-fizikal. Dalam
Bahasa Melayu, istilah tamadun turut merujuk kepada
peradaban dan kebudayaan. Berkongsi makna kebudayaan
tinggi, istilah peradaban lebih bersifat pemikiran. Manakala
tamadun lebih bersifat sejarah dan pembangunan fizikal.

Kedudukan strategik semenanjung Tanah Melayu dalam


laluan perdagangan Timur dan Barat telah melahirkan kerajaan
serta Pelabuhan yang penting. Di mana, peradaban majmuk
bertemu dan bergaul. Peradaban yang bermula di Melaka
menjadi titik tolak kepada perkembangan “Peradaban Melayu”
yang berasaskan rumpun bangsa Melayuserta menggunakan
Bahasa rumpun Melayu Indonesia yang merupakan sebahagian
daripada keluarga besar rumpun bangsa ekstronesia.
Peradaban Barat membawa pengaruh ke dalam system
kehidupan sosial, ekonomi dan juga politik serta struktur
pentadbiran dan pemerintahan negara.
Setelah kemerdekaan, peradaban di Malaysia banyak
mewarisi pengaruh Inggeris yang berteraskan ideologi,
materialism, positivism dan individualism. Gelombang
globalisasi telah memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan
peradaban merentasi Benua dan sempadan negara. Akhirnya,
konsep peradaban pascakolonial berlapis dengan peradaban
Melayu-Islam, peribumi, etnik Cina dan Indian Malaysia.
Kacukan peradaban sedunia kontemporari hingga lahir
kerencaman sosial dan masyarakat super-diversity pada masa
kini.
TOPIK 1 BAHAGIAN 2

Sesuai dengan maksud peradaban yang berasal daripada


perkataan adab. Etika dan moral menajdi antara elemen paling
penting bagi sesebuah masyarakat yang berperadaban tinggi.
Istilah etika membawa erti kebiasaan adat, akhlak,
keperibadian dan watak. Istilah moral bermaksud satu cara
perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu
kumpulan manusia kerana telah diterima dan dipersetujui
Bersama oleh kumpulan tersebut. Istilah akhlak pula,
bermaksud budi pekerti, tingkah laku, perangai, perwatakan,
tabiat dan kebiasaan.Sekalipun berkongsi maksud adat
kebiasaan, namun terdapat perbezaan antara etika dan moral.
Etika bersifat reflektif manakala moral bersifat praktikal.

Etika meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia. Sama


ada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial. Adab dikaitkan
dengan akhlak yang memiliki budi pekerti, perangai, tingkah
laku atau tabiat sesuai dengan nilai-nilai agama Islam.
Serapnya adab dalam diri akan melahirkan manusia yang
beradab yang melahirkan individu dan warganegara yang baik.
Bagi masyarakat Melayu, adat dihubungkaitkan dengan adat
dan istiadat. Istilah adat berasal daripada Bahasa Arab yang
bereerti kebiasaan. Adat muncul sebagai struktur dasar dari
seluruh kehidupan dan menegaskan ciri keperibadian sesuatu
masyarakat.
Istiadat pula merupakan peraturan atau cara melakukan
sesuatu yang diterima sebagai adat. Adat dan istiadat memiliki
hubungan yang rapat dan dipandang sebagai alat yang
berupaya mengatur kehidupan masyarakat yang tujuannya
asalah untuk mencapai kesejahteraan dan kerukunan hidup.
Adat istiadat membentuk budaya yang kemudian mengangkat
martabat masyarakat yang mengamalkannya. Interaksi
peradaban antara Melayu dan bukan Melayu tidak banyak
mengubah sistem nilai masing-masing. Begitulah adab, adat
dan istiadat menjadi kebudayaan masyarakat seterusnya
membentuk system etika dalam masyarakat di alam Melayu.
Sumber adat dan adab yang berbeza berdasarkan latar
belakang sejarah telah membentuk satu sistem nilai tempatan
yang unik. Kemudiannya disebut sebagai etika oleh kolonial.

Semasa zaman kolonial, berlaku pemisahan agama dari


politik. Islam hilang peradaban dan pensyariatan ilmu
menguruskan hal ehwal budaya masyarakat dan agama Islam.
Menariknya di Malaysia hari ini, adab, adat, istiadata tetap
berjalan seiring dengan etika. Etika dijadikan sistem nilai dalam
situasi formal, manakala adab dan adat masih diteruskan
sebagai sistem nilai masyarakat terutama dalma situasi
kehidup harian. Namun, globalisasi dan pembaratan membawa
cabaran kepada sistem nilai tersebut. Justeru, suatu perkara
yang penting selain penerusan amalan adab, adat dan istiadat,
etika adalah dari sudut penghayatannya. Etika yang sekadar
wujud tanpa penghayatan yang mendalam akan membawa
kepada masalah yang lebih meruncing dan mengancam
peradaban manusia.
TOPIK 2 BAHAGIAN 1

Bagaimana migrasi membentuk masyarakat, sebelum


datangnya Pra-kolonial, kita tahu bahawa telah wujud putaran
migrasi di Alam Melayu yang telah menemukan peradaban
India, Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu masing-masing
dengan sistem etikanya.

Kita dapat tahu bahawa alunan dan gelombang yang


datang adalah bersifat Asia. Migrasi ini seperti gelombang yang
datang secara berperingkat. Contohnya, gelombang pertama
datangnya daripada peradaban India, gelombang kedua
datangnya daripada peradaban Cina, dan gelombang ketiga
datangnya daripada peradaban Islam. Jadi setiap kali
kedatangan gelombang peradaban yang berbeza itu, ia akan
disimpulkan dalam satu wadah yang majmuk. Ini yang kita
alami semasa zaman pra kolonial, kemudian bila datangnya
barat memperkenalkan yang Barat pula.

Apa yang berlaku di zaman Kolonial itulah yang banyak


mempengaruhi bentuk penghayatan etika dan peradaban pada
hari ini kerana Ketika itu banyak diperkenalkan khususnya ilmu
kolonial iaitu cara berfikir, cara memerintah berasaskan prinsip
undang-undang moden. Jadi konsep moden itu datang
bersama penjajah dan itulah mengubah Kembali gabungan
peradaban-peradaban itu dan disesuaikan dalam kerangka
undang-undang dan peraturan serta perlembagaan yang
diketahui pada hari ini. Era pasca kolonial yang berlanjutan ke
era globalisasi menjadi semakin pekat dan ligat apatah lagi
setelah platform digital terasas membentuk kepelbagaian yang
sungguh kompleks.
Apabila kita membincangkan mengenai etika dan
peradaban, kita sebenarnya membincangkan mengenai
fenomena yang dilalui oleh semua masyarakat di dunia. Namun
setiap masyarakat di dunia mengalami pengalaman yang
berbeza dalam menangani dan menghayati dalam etika dan
peradaban. Dalam konteks kita, kita ada pelbagai bentuk
peradaban itu. Maka, bentuk-bentuk peradaban itu diambil dan
dipilih sesuai dengan keperluan acuan Malaysia. Tiga perkara
asas yang menentukan penyesuaian dalam sesuatu peradaban
adalah struktur sosial seperti sistem beraja dan sistem agama,
sejarah, biografi yang membentuk individua tau masyarakat.

Salah satu perkara yang kita jarang ambil perhatian


adalah bagaimana proses migrasi membentuk kepelbagaian
masyarakat di seluruh dunia. Fenomena migrasi dan
kepelbagaian atau diversiti, tidak dapat dipisahkan dalam
mengupas pembentukan etika dan peradaban dalam
masyarakat kepelbagaian. Peradaban itu ditentukan oleh
empat factor iaitu persekitaran geo fizikal, masyarakat dan
demografi, ekonomi dan pasaran, serta falsafah dan
pemikiran. Ada dua jenis peradaban iaitu peradaban peribumi
yang mana setiap peradaban itu diasaskan dengan peradaban
peribumi (host Society) masyarakat yang menjadi tuan rumah
kepada masyarakat lain. Selain itu, peradaban tetamu iaitu
peradaban yang berhijrah ke peradaban yang lain.
TOPIK 2 BAHAGIAN 2

1. Nyatakan empat faktor peradaban:


- Persekitaran geo fizikal (alam sekitar)
- Masyarakat demografi
- Ekonomi dan pasaran
- Falsafah dan pemikiran

2. Nyatakan dua jenis peradaban:


- Peradaban Asia
- Peradaban Barat

3. Senaraikan contoh adab, adat, adat istiadat dan etika yang


dibawa oleh tiga ras dan etnik di Malaysia:

• Adab
- Adab menghormati orang yang lebih tua

• Adat
- Adat perkahwinan

• Adat istiadat
- Pertabalan sultan

• Etika
- Semangat bermasyarakat
- Saling menghormati
- Keberanian fizikal dan mental

Anda mungkin juga menyukai