Anda di halaman 1dari 65

PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

TOPIK 1 :
PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA

1. PENGENALAN ETIKA DAN PERADABAN :

(a) Definisi Etika :

Menurut Encyclopedia of Americana, istilah etika diambil daripada bahasa Inggeris iaitu “ethics'
yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud kebiasaan, adat, akhlak,
keperibadian dan watak. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-
prinsip akhlak atau moral; prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dll). Dari segi Sosiologi, etika merujuk kepada satu standard
menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh
manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik.
Menurut Mohd Nasir Omar dalam bukunya bertajuk “Falsafah Etika Barat dan Islam”, etika dalam Islam
adalah akhlak. Ia merujuk kepada nilai-nilai baik atau prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadith
dan dengan melakukannya, seseorang akan mendapat ganjaran pahala.

Etika adalah sifat atau perilaku yang merangkumi setiap lapisan umur, bangsa, etnik, agama dan
negara. Seseorang yang beretika dalam menjalani kehidupan seharian secara tidak langsung akan
membuatkan hidupnya lebih tenteram dan tenang. Kematangan sikap yang ada pada seseorang individu
juga memberi kesan positif kepada orang yang berada di sekelilingnya. Di dalam setiap pekerjaan, akan
ada skop etika dalam melakukan tindakan bagi setiap perkara yang sudah ditetapkan mengikut jenis
pekerjaan tersebut.

Etika adalah satu pegangan yang melibatkan nilai dan moral di dalam diri seseorang ataupun
kumpulan. Etika merupakan satu panduan bagaimana sesebuah tatacara menguruskan sesuatu urusan
atau bidang. Antaranya Etika Bekerja, Etika Mengurus Alam Sekitar, Etika Perniagaan dan sebagainya.
Etika wujud dan menjadi pegangan tanpa mengira sama ada seseorang  bersendirian ataupun berada di
khalayak. Pegangan sesuatu etika yang kukuh di dalam diri seseorang menjadikan seseorang itu
dihormati.

(b) Definisi Adab :

Perkataan adab itu berasal daripada bahasa Arab yang bererti kesopanan, tingkah laku yang baik,
kehalusan budi bahasa dan tatasusila. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adab bermaksud tingkah
laku serta tutur kata yang halus (sopan) ; budi bahasa, budi pekerti yang halus serta cara seseorang
berkelakuan dalam situasi tertentu. Adab dalam Islam bererti akhlak, pengajaran dan pendidikan yang
baik. Dalam konteks penggunaannya dalam masyarakat sekarang maksud adab juga berkait dengan etika
atau tatacara yang baik untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Bercakap kasar dan tidak berbudi bahasa adalah salah satu tindakan yang menunjukkan
seseorang itu tidak beradab dalam kehidupannya. Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang itu
meninggikan suara kepada ibu bapa atau mereka yang lebih tua kan dianggap sebagai seseorang yang
tidak beradab. Pemahaman adab ini haruslah bermula dari rumah mengikut acuan yang diajar oleh ibu
bapa. Oleh itu, adab berkembang daripada individu kepada keluarga, komuniti dan seterusnya kepada
kelompok yang lebih besar iaitu masyarakat.

(c) Definisi Peradaban :

Dalam bahasa Inggeris, istilah peradaban dikaitkan dengan perkataan civilization yang juga
merujuk kepada perkataan tamadun. Perkataan civilized bolehlah dikatakan sebagai keluar daripada
kehidupan primitif atau barbarian kepada kehidupan yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
Istilah civilization dalam bahasa Inggeris itu dikatakan lahir daripada perkataan Latin iaitu civitas yang
membawa maksud city atau bandar. Perkataan peradaban lebih sinonim dengan bandar atas alasan tiap-

2
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

tiap tamadun yang ternama memiliki bandar-bandar yang besar dan ciri-ciri sesebuah peradaban mudah
ditemui di kawasan bandar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peradaban merujuk kepada tamadun
serta keadaan atau tingkat kemajuan kepada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat
dsb). Secara umumnya, peradaban bermaksud sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa,
kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. 

(d) Penghayatan Etika Dan Peradaban :

Agama mengajar kita beradab dan beretika untuk membina sebuah tamadun dan negara bangsa.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat
kepelbagaian etnik di negara ini supaya kita dapat mengamalkan nilai-nilai baik yang terdapat dalam etika
dan peradaban, menjadi warganegara yang terdidik dan bertanggungjawab, menangani kehidupan yang
lebih mencabar serta melangkah ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Selain
itu, etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat supaya melahirkan masyarakat yang
berkeperibadian tinggi, saling menghormati, saling hormani dan dapat mebina negara bagsa.

Penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan
pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Oleh itu, konsep etika dan
peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap penghayatannya berbeza dan dipengaruhi
oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Penghayatan etika dan
peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa
evolusi sejarahnya, iaitu, Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial.

2. SUSUR MASA ETIKA DAN PERADABAN :

(a) Zaman Prakolonial :

Zaman Prakolonial adalah satu era Tanah Melayu belum pernah dijajah oleh mana-mana kuasa
Barat dan belum dikenali sebagai Malaysia. Pada waktu ini, etika telah wujud dan diamalkan sebaiknya
dalam kalangan masyarakat tradisional Melayu. Sebelum kedatangan kolonial, etika dikenali sebagai
adab, adat resam dan adat istiadat yang sudah lama terpasak dalam diri mereka.

Definisi Adat Resam :

Istilah adat adalah satu proses yang dinamik dan ianya sinonim dengan istilah kebudayaan yang
merupakan satu cara hidup suatu masyarakat (Mohd Anuar, 2006). Adat merupakan inti atau nukleus dari
peradaban yang melibatkan interaksi antara manusia dengan alam. Adat merupakan peraturan yang wujud
dan ditetapkan sejak turun-temurun sehingga menjadi satu peraturan dalam satu masyarakat yang harus
diikuiti oleh mereka. Adat sifatnya dinamik iaitu tidak statik dan akan berubah mengikut keperluan semasa
dan masyarakat itu sendiri.

Adat resam ialah adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (Kamus Pelajar Edisi
Kedua). Ia membawa maksud kepada adat, tertib, tatacara dan sistem peraturan sebagai suatu kebiasaan
dalam setiap kelompok etnik dalam masyarakat termasuk masyarakat Malaysia yang mempunyai berbilang
kaum dan agama. Setiap kaum di Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, Siam dan bumiputera
Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai adat resam yang berlainan.

Adat resam (juga dikenali sebagai tradisi) adalah undang-undang atau hak yang tidak bertulis
dalam sesebuah masyarakat dan diamalkan secara turun-temurun sejak sekian lama dan diwarisi oleh
nenek moyang. Ia adalah sesuatu yang ramai orang lakukan, dan telah dilakukan untuk jangka masa yang
lama. Biasanya, datang dari sesebuah negara, budaya, zaman atau agama sama. Jika ada sesuatu yang
biasanya dilakukan dengan cara yang sama, ia mungkin boleh dikatakan sebagai "adat kebiasaan" dalam
melakukan sesuatu.

3
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Definisi Adat Istiadat :

Istiadat adalah cara atau peraturan sejak turun-temurun oleh sesuatu etnik yang diterima sebagai
adat (Muhammad, 2015). Di Malaysia, adat istiadat adalah sesuatu yang sangat penting dan mesti diikuti
dengan tertib, tegas dan betul. Ia banyak digunakan pada upacara rasmi dan majlis-majlis rasmi yang
memerlukan pelbagai protokol yang ketat dan mesti dipatuhi seperti upacara atau majlis-majlis rasmi
diraja, adat perkahwinan, adat makan atau jamuan, adat kematian dan lain-lain lagi. Adat istiadat telah
menjadi satu kebiasaan dan kemestian dalam menyempurnakan sesuatu majlis atau upacara supaya ianya
berakhir dengan sempurna dan tertib. Setiap bangsa haruslah menghormati dan menjaga dengan baik
adat istiadat yang ada di Malaysia supaya ianya tidak luput ditelan zaman dan akan kekal diwarisi zaman-
berzaman.

(b) Zaman Kolonial :

Zaman Kolonial ialah zaman negara kita dijajah. Setelah munculnya Zaman Kolonial, telah
berlakunya percampuran budaya dan adab etika dalam kalangan masyarakat negara kita dengan kolonial
Barat seperti cara berpakaian, percakapan, pentadbiran, ketuanan, cara makan, memberi tabik hormat,
cara berjabat salam dan lain-lain. Kolonial Barat telah membawa adab dan adat resam mereka iaitu etika,
etos dan etiket ke Tanah Melayu. Secara tidak langsung, masyarakat Melayu yang berurusan dengan
kolonial Barat akan memerhati, memahami, menguasai dan seterusnya mengaplikasikan etika Barat dalam
kehidupan mereka. Justeru, bolehlah dikatakan kolonial Barat telah berjaya menyerapkan budaya etika
mereka dalam kehidupan masyarakat tempatan walaupun bukan semua yang menerimanya.

Maksud Etiket :

Etiket menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah  adat dan peraturan berkenaan kesopanan
(terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu). 
Menurut beberapa kamus dwibahasa dari Dewan Pustaka dan Oxford -Fajar, Etiket berasal dari perkataan
Etiquette yang bermaksud peraturan-peraturan formal mengenai tingkah laku yang betul dan sopan dalam
masyarakat atau dengan lebih mudah difahami budi bahasa.
Etiket adalah bagaimana tindak tanduk seseorang apabila berada di khalayak di dalam sesuatu
situasi. Contoh yang paling mudah untuk memahami situasi yang melibatkan  etiket adalah seperti etiket di
meja makan, etiket menghadiri majlis rasmi, etiket menaiki kenderaan awam, etiket membuat panggilan
atau menerima panggilan telefon dan sebagainya.

Maksud Etos :

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Etos ialah sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dan lain-
lain: pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan
masyarakat dan negara kita. Etos ialah perkataan bahasa Yunani bermaksud "watak" yang digunakan
untuk mempamerkan kepercayaan ciri yang menjadi pedoman yang menggambarkan ciri suatu
masyarakat, bangsa, atau ideologi. Dari segi Sosiologi, etos ialah usaha membangunkan bangsa
berdasarkan latar individu, keluarga dan komuniti berbagai serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama,
budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa.

(c) Zaman Pasca-Kolonial :

Zaman Pascakolonial merupakan era moden sehinggalah sekarang. Pada zaman moden ini,
masyarakat telah menerima dan mengekalkan variasi dan percampuran etika dan peradaban tradisional
dalam kehidupan seharian. Ia merangkumi etika, etos, etiket, adab, adat resam dan adat istiadat.
Masyarakat telah menerima kepelbagaian variasi etika ini sama ada secara langsung atau menerusi
teknologi maklumat (IT) zaman kini. Nilai etika bercampur baur ini wujud dalam persekitaran formal dan
tidak formal kehidupan kita. Kemodenan yang dihadapi sekarang menunjukkan berlakunya peralihan
daripada tradisional kepada sesuatu yang baharu dan bertentangan dengan sifat-sifat moral dan adab

4
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

orang Melayu tradisional. Percampuran etika ini berlaku dari setiap sudut kehidupan dan lapisan
masyarakat.

Etika yang telah bercampur aduk ini telah menyebabkan identiti dan jati diri masyarakat dalam
percakapan, pergaulan, pemerintahan dan sebagainya telah berubah mengikut keadaan dan situasi.
Kerisauan kita ialah budi pekerti, tingkah laku dan budi bahasa kita merosot disebabkan kegagalan kita
mempelajari dan menghayati etika dan peradaban negara kita. Oleh itu, masyarakat haruslah mengetahui,
memahami dan menghayati makna etika dan peradaban dengan lebih baik dan mendalam. Kita
seharusnya mampu menilai amalan dan perbuatan manakah yang boleh diikuti atau sebaliknya. Dewasa
ini, masyarakat semakin hilang etika yang betul contohnya seorang pelajar tidak mengetahui bagaimana
etika berkomunikasi dengan guru atau seorang dewasa yang tidak mahu memakai pakaian tradisional
yang sopan dan lebih suka memakai pakaian moden dan kebaratan yang mencolok mata.

Masyarakat kini berdepan dengan perubahan etika yang dilihat lebih terbuka dan moden serta
bercampur dengan etika dan peradaban tradisional. Terdapat sebahagian masyarakat yang mengekalkan
etika dan peradaban tradisional, malah sebahagiannya mengamalkan etika moden sepenuhnya.
Perubahan era moden menyebabkan masyarakat perlu mengadaptasi beberapa perkara baharu,
contohnya keperluan ilmu teknologi maklumat yang diguna pakai dalam aspek pendidikan disebabkan
wabak COVID-19 yang melanda dunia.

Perbezaan antara etnik juga secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada percampuran
etika dalam masyarakat. Contohnya, dalam sajian makanan masyarakat Malaysia yang mempunyai
pelbagai menu masakan harian seperti masakan Melayu, makanan Cina, makanan India, makanan Arab,
makanan Thailand dan sebagainya. Percampuran ini berlaku hasil daripada perkembangan masyarakat
majmuk di negara Malaysia. Hasilnya, masyarakat dapat menikmati juadah daripada pelbagai bangsa dan
etnik. Kebersamaan ini diharap dapat ditanam di dalam jiwa setiap individu untuk membawa mesej
masyarakat Malaysia yang aman dan harmoni.

3. KERANGKA MENGANALISIS ETIKA DAN PERADABAN :

Tahap penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan
sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Ketiga-tiga item tersebut merupakan alat
analisis yang digunakan untuk menghayati etika dan peradaban acuan Malaysia.

(a) Sejarah :

Himpunan peristiwa dan pengalaman lalu yang saling berkait melibatkan individu, keluarga dan
komuniti dalam masyarakat. Meneliti sejarah ialah dengan melihat kembali asal usul seseorang individu itu
di negara ini. Adakah ia merupakan penduduk asal atau ia berlaku kerana sebahagian daripada proses
migrasi dalam wilayah alam Melayu atau migrasi dari peradaban Cina, India, Arab, Eropah dam
sebagainya? Bagaimanakah negara ini dibentuk menjadi sebuah negara?

(b) Struktur Sosial :

Struktur sosial dari segi bahasa ialah sistem sosial. Manakala dari segi sosiologi adalah hubungan
yang dibina dan terjalin dalam sesebuah masyarakat yang berfungsi untuk menggerakkan dinamika
masyarakat. Struktur sosial tradisional diperintah oleh raja, pembesar dan para bangsawan manakala
rakyat jelata dan hamba merupakan golongan yang diperintah. Strukur sosial yang diamalkan kini adalah
struktur sosial moden yang amat berbeza daripada struktur sosial tradisional.
Dari segi individu, aspek ini boleh diambil untuk membentuk jati diri masyarakat yang lebih baik.
Sebagai contoh, seseorang yang berasal daripada keluarga yang serba kekurangan dari segi kewangan
dan pendidikan, maka, dia mampu mengubah struktur sosial dalam keluarganya. Hal ini boleh berlaku

5
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

apabila dia mampu berusaha menambah pendapatan dan mencari sumber kewangan yang bersih dan
halal bagi mengubah nasib sesebuah keluarga itu.
Di Malaysia, struktur sosial moden diperintah oleh kelas atasan dan kelas menengah manakala
kelas pekerja dan kelas bawahan merupakan golongan yang diperintah. Sebagai salah seorang individu
yang berada di Malaysia mahupun mana-mana tempat, kita pasti mempunyai tahap penghayatan berbeza-
beza mengenai etika dan peradaban berdasarkan struktur sosial. Struktur sosial ini melibatkan kumuniti
dan sistem sekeliling sama ada secara formal atau tidak formal.

(b) Biografi :

Biografi dari segi bahasa ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. Dari segi sosiologi, biografi
adalah femomena struktur sosial dan proses sejarah yang mencorakkan pengalaman individu, keluarga,
komuniti dan masyarakat dan ia dipengaruhi beberapa faktor seperti struktur sosial dan proses sejarah.
Pemahaman mengenai bagaimana biografi terbentuk oleh sejarah dan sistem sosial di negara kita adalah
penting bagi membolehkan setiap individu itu mengenali diri masing-masing. Sebagai contoh, seseorang
yang menghayati biografi dirinya, mampu mengetahui bagaimana ia dilahirkan dan dapat meneruskan
kehidupan sehingga kini.’l

Etika dan Peradaban di Malaysia terbina di atas biografi rakyat negara yang teracuan sejak sekian
lama. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga campur, contohnya India
Muslim berkahwin dengan orang Melayu lalu membentuk percampuran antara dua bangsa. Kemudian,
generasi yang dilahirkan itu mempunyai kecenderungan tingkah laku sama ada ke arah Melayu atau India.
Kemungkinan anak yang dilahirkan itu dari segi fizikalnya mengikut genetik dan ciri-ciri orang Melayu. Akan
tetapi, mereka mungkin mempunyai kecenderungan minat ke arah makanan orang India kerana terbiasa
menikmati juadah harian yang disediakan oleh ibu yang berketurunan India.

4. PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MENGIKUT KONTEKS INDIVIDU, KELUARGA,


MASYARAKAT, NEGARA DAN PASARAN :

(a) Konteks Individu :

Etika individu bermaksud kawalan kepada tindakan seseorang apabila berurusan dengan pihak
lain sama ada individu, masyarakat, haiwan, alam sekitar atau hubungannya dengan Tuhan. Ia
dikategorikan sebagai falsafah atau gaya pemikiran yang dipegang oleh oleh seseorang individu mengenai
kepercayaannya terhadap prinsip-prinsip moral seperti prinsip betul atau salah. Dalam dunia sebenar, etika
individu ini amat penting sebagai panduan hidup manusia demi mencapai matlamat masing-masing dan
menjadi asas yang utama kepada pembentukan etika sekelompok individu yang dipanggil masyarakat.

Dalam konteks Individu, sesuatu tindakan diselaraskan di antara kepentingan diri dengan
kepentingan umum. Antara faktor yang mempengaruhi sikap seseorang individu ialah pengaruh keluarga,
pengaruh rakan, keadaan, nilai peribadi dan prinsip moral serta pengalaman hidup. Setiap individu perlu
menekankan amalan positif dalam kehidupan harian dengan cara meningkatkan kemahiran diri,
menyumbang peningkatan kualiti hidup, berusaha mengatasi kelemahan diri dan memupuk sikap kreatif.

6
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Amalan Etika dan Peradaban Harian


i. Amalan positif
 Menyempurnakan tugas dan amanah
 Ikhlas menjalankan tanggungjawab
 Bekerjasama dan saling hormatmenghormati
 Tertib dan baik budi bicara
 Sedia berbakti
 Bersederhana dalam kelakuan
 Bersyukur dan menghargai kebaikan
 Bersih daripada sifat dengki

ii. Amalan negatif


 Berpura-pura dalam tindakan
 Mementingkan diri sendiri
 Membangkang tanpa cadangan positif
 Sombong dan menunjuk-nunjuk
 Mengumpat dan memfitnah rakan
 Mengampu untuk mendapat pujian
 Mungkir janji
 Menghina dan merendahkan usaha orang lain
 Pemarah, berdendam dan hasad dengki

(b) Konteks Keluarga

Dalam keluarga, perbuatan dan percakapan ibu bapa mempengaruhi kehidupan anak-anak.
Tangunggjawab ibu bapa ialah menunjukkan perkara yang beretika. Anak umpama kain putih, ibu bapa
yang mencorakkan. Pengalaman hidup ibu bapa diajar kepada anak-anak untuk berfikir dan bertindak
mengikut keadaan tertentu. Ibu bapa perlu tegas dan menghukum anakanak apabila mereka melakukan
kesalahan sebagai langkah mengajar dan memberi kesedaran. Personaliti, tingkah laku ibu bapa dan
status sosio ekonomi keluarga memainkan peranan dalam pembentukkan etika. Nilai-nilai murni etika dan
peradaban perlu dipupuk dalam kalangan keluarga. Penerapan etika dan peradaban perlu ditekankan
dalam keluarga. Antaranya, penekanan kepada nilai menghormati kebaikan, membenci keburukan, sedia
berbakti, mempunyai disiplin, memiliki amanah dan sentiasa berdedikasi.

(c) Konteks Masyarakat

Etika Masyarakat dirujuk sebagai panduan dan prinsip-prinsip moral yang dipersetujui dan diterima
oleh sesebuah masyarakat dan penting untuk dipatuhi dan diamalkan oleh seseorang individu dalam
sesebuah masyarakat. Etika dalam masyarakat memainkan peranan yang penting sebagai panduan dalam
membentuk tingkah laku individu dalam masyarakat berkenaan

Dalam Masyarakat Tempatan, dialog antara budaya/ peradaban bertujuan untuk menjelaskan
asas-asas kewujudan budaya yang mengambil bahagian dalam pembinaan tamadun Malaysia. Dialog
peradaban diperlukan sebagai wahana dasar tamadun agar boleh disepakati dan dihayati. Kesinambungan
tamadun Malaysia digunakan untuk memastikan pembangunan dan kemajuan material tidak meminggirkan
keperluan “pembangunan insan”. Faktor situasi mempengaruhi perwatakan / tingkahlaku individu dan
masyarakat. Seseorang yang mempunyai etika dan tingkah laku baik boleh bertindak bertentangan dengan
kelakuan disebabkan oleh faktor situasi. Beberapa kualiti etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat
perlu dipatuhi, iaitu kejujuran, kesopanan, kesabaran, kemaafan, keadilan, kebenaran dan empati.

7
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Dalam Masyarakat Global, ketegangan dalam sejarah peradaban manusia seolah-olah


membenarkan ramalan Samuel P. Huntington bahawa dunia akan menyaksikan pertembungan peradaban
pada abad ke-21 dan akan menjadi penentu kepada masa depan politik dunia. Masyarakat perlu menerima
pluraliti budaya dan agama, menghormati perbezaan pandangan, elak mencemuh budaya dan agama lain,
bersopan dan berbudi bahasa dalam berdailog, mengelakkan sinkretisme dalam agama dan menekankan
titik persamaan sepunya dan universal.

(d) Konteks Negara

Etika dalam konteks negara ini didefinisikan sebagai sistem moral, peraturan dan tingkah laku di
mana setiap komuniti dalam negara berkenaan adalah terikat dengannya dan sebarang pelanggaran
terhadapnya akan berhadapan dengan hukuman undang-undang sedia ada di negara berkenaan. (Bello,
1995) Keperluan dan kepentingan etika negara ini dapat dilihat di negara sedang membangun atau negara
maju sebagai indikator atau petunjuk kepada kematangan rakyat negara berkenaan dalam menguruskan
kehidupan seharian daripada peringkat rakyat bawahan mahupun pemimpinatasan.

Dalam konteks negara, beberapa peringkat yang perlu dibentuk dalam meningkatkan etika dan peradaban
negara iaitu :
 Peringkat Penggalakkan - Menggalakkan masyarakat agar sentiasa menjalani kehidupan harian
secara beretika dan beradab.
 Peringkat Diagnosis - Mengenal pasti masalah dan kekangan yang menghalang pembentukan
etika dan peradaban.
 Peringkat Intervensi - Mengatasi masalah dengan kaedah pemulihan dan penyelidikan setempat
secara berkala.
 Peringkat Penilaian – Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan intervensi supaya proses
pembaharuan dapat dilaksanakan.

Kerajaan menerapkan Etika Dalam Perkhidmatan Awam sebagai panduan yang perlu diikuti. Kerajaan
meletakkan hasrat untuk memberikan perkhidmatan awam terbaik.
Teras Utama dalam Perkhidmatan Awam ialah :
 Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
 Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
 Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
 Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
 Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
 Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh negran.
 Berpegang teguh kepada ajaran agama.

(e) Konteks Pasaran

Dalam konteks pasaran, kita perlu menekankan kualiti dalam perkhidmatan/ produk, menerapkan
kepuasan pelanggan, transformasi ke arah masyarakat maju, melibatkan diri dalam hala tuju
pembangunan negara, mengambil kira etika, nilai dan integriti dan memperkukuhkan kedudukan dan daya
saing. Antara nilai kualiti yang perlu dibekalkan dalam pasaran yang beretika dan mempunyai peradaban
adalah integriti (kejujuran dan ketulusan), profesionalisme, kejujuran Intelektual, kepimpinan, neutraliti,
bekerjasama, kreativiti dan inovasi serta orientasi pelanggan.

8
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

TOPIK 2 :
KONSEP ETIKA DAN PERADABAN

1. PERGERAKAN IDEA DAN AMALAN ETIKA DAN PERADABAN Di MALAYSIA

Dalam memahami pergerakan idea dan amalan etika dan peradaban di Malaysia pada hari ini, kita
perlu memahami peradaban, pengaruh dan perubahan yang berlaku dalam persekitaran Alam Melayu dan
Nusantara, khususnya di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Pada asasnya, pensejarahan negara kita
telah dirangka mengikut kronologi zaman yang telah dibahagikan kepada empat zaman utama iaitu Zaman
Prasejarah, Zaman Protosejarah, Zaman Pensejarahan dan Zaman Sejarah Moden.

Zaman Prasejarah terdiri daripada Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman
Logam/ Gangsa Besi. Zaman Prasejarah ialah zaman manusia belum mengenal tulisan. Tinggalan
masyarakat Zaman Prasejarah ini hanya boleh dibuktikan secara penyelidikan arkeologi. Pada Zaman
Paleolitik, Malaysia tidak mempunyai sempadan mahupun negara, bahkan tidak berkerajaan, beragama,
berwang dan sebagainya. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali
sebagai Orang Asli. Kepercayaan animisme merupakan pegangan awal masyarakat tradisi berasaskan
semangat dan roh alam. Kepercayaan ini dalam bentuk adat resam telah mewujudkan elemen nilai dan
tingkah laku berdasarkan kepercayaan terhadap roh dan semangat alam dalam kalangan masyarakat
ketika itu malah masih ada yang kekal sehingga ke hari ini.

Menurut pakar-pakar Antropologi, pada Zaman Mesolitik, terdapat sekumpulan pendatang baru
iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito
(Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah
manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak dan memburu dengan senjata batu yang lebih
maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang. Manakala pada Zaman Neolitik, masyarakat mula
mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sudah mengetahui cara
berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan. Pada Zaman Logam, semakin ramai
manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat
persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Malaysia
termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu
sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas).

Zaman Protosejarah bertitik tolak melalui kewujudan kerajaan Alam Melayu bermula sejak awal
abad pertama seperti Funan, Champa, Langkasuka, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua, Gangga
Negara, Chih-Tu, Lo Yueh dan Tan-Tan. Kerajaan-kerajaan ini telah berjaya membina peradaban yang
gemilang dan agung. Pada kurun pertama hingga kurun ke-6 masihi, kerajaan Funan muncul sebagai
sebuah kuasa terkuat di rantau Asia Tenggara. Kemudian, pada kurun ke-7 masihi, kerajaan Srivijaya
berjaya mengambil alih peranan kerajaan Funan sebagai kuasa politik terkuat. Kerajaan Majapahit pula
muncul kuasa terkuat pada kurun ke-13 masihi selepas kejatuhan kerajaan Singhasari di Jawa.

Zaman Pensejarahan bermula dengan kemunculan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang
telah diasaskan oleh Parameswara atau Raja Iskandar Shah pada awal kurun ke-15 iaitu sekitar tahun
1400. Kehebatan Melaka dapat dilihat melalui terdapatnya Undang-undang Laut Melaka dan Hukum
Kanun Melaka yang menggambarkan Melaka mempunyai peradaban yang tinggi. Kerajaan Melayu Melaka
juga mempunyai sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun khususnya melalui Sistem Pembesar Empat
Lipatan. Sistem pentadbiran yang cekap ini berjaya menjamin keamanan dan kemakmuran negeri Melaka.
Faktor ini telah menjadi tarikan para saudagar dan pelayar untuk menjadikan Melaka sebagai pusat
kegiatan mereka.

9
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Kemunculan Melaka telah menjulang jati diri peradaban Melayu di Tanah Melayu. Melaka digelar
The Venice of East yang menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia seperti dari Asia Tenggara,
Arab, Parsi, China, India dan sebagainya. Pelabuhan Melaka bersifat entrepot, iaitu pelabuhan
perantaraan dan persinggahan pelbagai saudagar yang menyebabkan kehadiran pelbagai bangsa dari
seluruh pelusuk dunia. Faktor ini merupakan faktor penting ke arah pembentukan masyarakat
kepelbagaian di Melaka. Proses interaksi kepelbagaian peradaban dan etnik bermula di Selat Melaka
dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik melalui aktiviti
perdagangan dan perkahwinan. Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuklah interaksi
peringkat tamadun.

Peradaban yang bermula di Melaka menjadi titik tolak kepada perkembangan ‘Peradaban Melayu’.
Di samping itu, kedatangan pedagang asing dan pendakwah agama telah membuka ruang interaksi dan
pertembungan peradaban rentas benua. Mereka bukan sahaja belajar dan memahami budaya masyarakat
Melayu tetapi mereka turut memperkenalkan budaya dan cara hidup mereka kepada masyarakat
tempatan. Interaksi dan pertembungan peradaban rentas benua yang berlaku di Melaka telah menjadi
pemangkin kepada asas kewujudan ‘Peradaban Majmuk’.

Pengaruh peradaban dari luar peradaban Alam Melayu juga perlu dikaji kerana Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah berada di laluan timur-barat melalui Selat Melaka, hinggakan kerajaan-kerajaan di
pesisir pantai timur Sumatera dan pesisir pantai barat Tanah Melayu silih berganti menjadi pelabuhan
sedunia di mana peradaban majmuk bertemu dan bergaul. Pengaruh Peradaban India berlaku setelah
wujudnya hubungan India dengan rantau Asia Tenggara sejak kurun ke-2 masihi lagi. Kegiatan
penyebaran agama Buddha dan Hindu serta pelayaran putera-putera diraja India telah mempercepatkan
hubungan perdagangan serta kebudayaan antara India dengan rantau Asia Tenggara. Nama-nama seperti
Suvarnabhumi (Tanah Keemasan) dan Suvarnadvipa (Pulau atau Semenanjung Emas) digunakan oleh
pedagang India untuk merujuk kepada negeri-negeri di Tanah Melayu yang kaya dengan emas. Namun
begitu, perkembangan pengaruh ‘Indianization’ ke atas penduduk di rantau Asia Tenggara berlaku
sebelum tahun 1500 Masihi. Negara terawal yang mendapat pengaruh India ialah Funan yang bertapak di
Lembah Sungai Mekong.

Pengaruh peradaban India ke atas masyarakat di Tanah Melayu termasuklah dalam adat resam,
pentadbiran, perundangan, bahasa, kesenian, gaya hidup dan sebagainya. Kedatangan agama Hindu ke
Tanah Melayu telah mengubah dan mempengaruhi aspek kepercayaan dan adat resam dalam sosial
masyarakat. Pengaruh yang kuat dapat diperhatikan berdasarkan kepercayaan Hindu ini yang terkesan
dari sudut sistem pemerintahan, kesusasteraan, kesenian dan sebagainya yang membentuk kebudayaan
adat tradisi masyarakat tempatan sehingga lebih 10 kurun lamanya. Pada awal kurun ke-19, masyarakat
India semakin ramai datang ke Tanah Melayu akibat daripada galakan penjajah Inggeris untuk mereka
bekerja di sini terutamanya dalam sektor penanaman getah. Maka, proses pembentukan masyarakat
majmuk dan proses asimilasi semakin berkembang.

Pengaruh Peradaban China juga berlaku apabila wujudnya hubungan China dengan Alam Melayu
sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M.). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang
utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri Melayu yang lain di Tanah Melayu yang telah
mewujudkan hubungan diplomatik. Pada zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya, berlaku kedatangan
para saudagar China dan penuntut agama Buddha secara besar-besaran. Pada zaman Dinasti Tang, tujuh
jalur jalan dagang dengan dunia luar telah dibuka, salah satunya perjalanan laut dari Guangzhou dengan
India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu. Sejak daripada itu hubungan China dengan Alam Melayu
semakin kuat yang lebih tertumpu dalam bidang perniagaan. Kemunculan Melaka telah meneruskan tradisi
hubungan baik dengan kerajaan China yang membuka ruang jaringan yang lebih luas dalam penyerapan
peradaban khususnya pada zaman Dinasti Ming dalam abad ke-15. Antara pengaruh peradaban China ke
atas Tanah Melayu terdapat dalam adat resam, komuniti, kesenian, bahasa, perubatan, gaya hidup dan
sebagainya. Kedatangan pekerja Cina secara besar-besaran ke Tanah Melayu bermula sejak awal abad
ke-19 untuk bekerja di sektor-sektor pertanian dan perlombongan yang diterajui oleh penjajah Inggeris

10
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

mengukuhkan lagi pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia serta berlakunya proses asimilasi yang
lebih pesat dalam beberapa aspek kehidupan.

Pengaruh Peradaban Timur Tengah yang utama ialah pengembangan agama Islam. Terdapat
teori yang menyatakan Islam dibawa terus dari Semenanjung Tanah Arab ke Alam Melayu melalui
hubungan perdagangan. Pengaruh peradaban dari Timur Tengah di Alam Melayu bermula di Perlak
dengan terbentuknya kerajaan Islam pertama pada 840 Masihi, diikuti dengan Kerajaan Samudera-Pasai
pada tahun 1042. Pasai telah muncul sebagai pusat pertama pengajian dan penyebaran agama Islam
yang boleh dianggap sebagai pusat tamadun Melayu Islam yang pertama di Kepulauan Melayu. Kemudian,
Melaka telah menjadi pusat kebudayaan Melayu Islam dan menjadi nadi kegiatan pengajaran serta
penyebaran agama Islam bagi seluruh Kepulauan Melayu. Peradaban Melayu telah menyerap unsur dan
tradisi tamadun Islam yang akhirnya melahirkan pusat tamadun Melayu Islam tahap dunia di Melaka,
Pattani, Acheh dan Johor-Riau-Lingga. Pengaruh dari Timur Tengah telah membawa impak yang cukup
besar dalam keseluruhan sistem kehidupan masyarakat Alam Melayu termasuklah dalam bidang
pentadbiran, perundangan, ekonomi, kesenian, bahasa, gaya hidup dan sebagainya.

Kedatangan dan perkembangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memberi kesan terhadap
pandangan semesta masyarakat tempatan. Pengaruh ajaran Islam berkembang dengan meluas sehingga
mendasari aspek nilai dan peradaban masyarakat setempat dalam segenap aspek kehidupan. Selain
prinsip syariat yang menjadi kerangka asas kepada sistem kehidupan keseluruhan, nilai tradisi terdahulu
akibat pengaruh peradaban India masih diterima dalam ruang lingkup yang dibenarkan mengikut
kesesuaian syariat Islam. Manifestasi kesyumulan Islam ini dapat dilihat melalui nilai moral, akhlak dan
kesopanan yang menjadi elemen penting terhadap pembentukan masyarakat atau warganegara beradab
dan bertanggungjawab

Meskipun hanya dengan pengangkutan air atau kapal laut namun tiada siapa dapat menafikan
sejarah mengenai jaringan dan perhubungan pesat yang berlaku pada zaman dahulu. Ini bermaksud
proses interaksi dan integrasi berlaku dengan meluas melibatkan pelbagai budaya berkaitan kehidupan
dalam masyarakat melalui proses migrasi dalam Kepulauan Melayu dan luar Kepulauan Melayu. Interaksi
dan integrasi ini menyebabkan sesuatu pengaruh itu tersulam dalam masyarakat. Hasilnya unsur etika
telah terjelma dalam tingkah laku serta kehidupan seharian, sama ada formal atau tidak formal dan disebut
sebagai adab, adat resam dan adat istiadat dalam sesebuah masyarakat. Pelbagai unsur budaya dan
tradisi masyarakat berkembang akibat proses interaksi ini seperti kewujudan Baba dan Nyonya, India
Chitti, peranakan India, peranakan Arab dan seumpamanya. Kedatangan penjajah khususnya British telah
menyumbang kepada kehadiran lebih ramai etnik yang mewarnai komposisi kaum dan budaya masyarakat
yang lebih unik serta pelbagai.

Pengaruh Peradaban Barat sejajar dengan kedatangan kuasa kolonial ke Tanah Melayu iaitu
Portugis (1511), Belanda (1641) dan British (1786). Peradaban Barat bukan sahaja membawa pengaruh
dalam kehidupan sosial dan sistem ekonomi masyarakat, tetapi telah membawa implikasi yang besar
dalam struktur pentadbiran dan pemerintahan negara. Walaupun pengaruh dari Portugis dan Belanda tidak
membawa implikasi yang signifikan pada negeri-negeri Melayu keseluruhannya melainkan Melaka, tetapi
secara langsung mahupun tidak langsung, ia membawa implikasi dari segi penerimaan beberapa istilah
dalam penggunaan Bahasa Melayu, pengenalan Tulisan Rumi serta gaya hidup komuniti tertentu. Setelah
kemasukan kuasa Inggeris, pengaruh Barat jelas kelihatan dalam semua aspek kehidupan khususnya dari
segi sistem pemerintahan, perundangan, ilmu pengetahuan, bahasa dan gaya hidup.

Semasa Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris, masyarakat di Tanah Melayu mengalami perubahan
struktur dan organisasi daripada pelbagai aspek kehidupan. Kehadiran mereka pada masa itu lebih
mementingkan ekonomi Tanah Melayu. Namun, perkembangan ini telah berubah kerana penjajah Inggeris
juga campur tangan dalam hal-ehwal politik dan sosial di Tanah Melayu supaya mereka lebih menguasai
ekonomi Tanah Melayu. Dasar- dasar baru yang diperkenalkan oleh penjajahan Inggeris membawa nilai-
nilai baru kepada masyarakat di Tanah Melayu dan menyebabkan elemen-elemen baru ini mewujudkan
konflik dengan amalan tradisi masyarakat tempatan sejak awal masa itu sehinggalah pada masa kini.
Sistem pemerintahan raja berpelembagaan, demokrasi berparlimen, birokrasi barat, ekonomi kapitalis,

11
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

liberalisme, sekularisme, sekolah vernakular, muzik Barat adalah antara elemen-elemen yang telah
diperkenalkan ke dalam masyarakat tempatan.
Peradaban Globalisasi iaitu dalam era “dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan berlaku
interaksi dan jaringan peradaban merentasi benua dan sempadan negara menerusi pemodenan dalam
pelbagai bidang kehidupan. Perkembangan teknologi maklumat melalui internet, komputer, Smart Phone
serta aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter, Telegram dan lain-lain
mempengaruhi etika dan peradaban manusia pada ketika ini. Peradaban globalisasi membawa pengaruh
yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah
perkembangan bidang ilmu dan pemikiran Perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang
kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.

2. KONSEP ETIKA DALAM SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA

(a) Sejarah Pemikiran Eropah

Etika berasal dari perkataan Greek, ethos yang bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak
atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan. Suatu ilmu yang membahaskan
perbuatan baik dan buruk manusia dan sejauh mana ia dapat difahami oleh fikiran manusia. Menurut
perspektif Barat, kayu ukur yang menjadi pertimbangan yang menentukan baik, buruk atau benar dan
salah sesuatu tindakan moral atau etika ialah pemikiran rasional yang berlandaskan akal fikiran manusia
semata-mata. Etika merupakan suatu disiplin ilmu yang telah lama dibincangkan sejak zaman Yunani
melalui ahli-ahli falsafah terkenal seperti Socrates, Aristotle dan Plato. Teori-teori moral dan etika barat
adalah berdasarkan kepada falsafah-falsafah moral yang telah wujud sejak zaman Yunani kuno lagi.
Falsafah-falsafah ini berdasarkan kepada falsafah umum utama seperti idealisme, realisme, pragmatisme
dan eksistensialisme. Prinsip yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran teori moral dan etika barat ialah
pemikiran rasional.

Konsep etika secara umumnya muncul di barat pada Zaman Enlightment (Pencerahan). Sebelum
berlakunya Zaman Enlightment, terdapat Zaman Gelap dan Zaman Renaissance. Zaman Gelap atau
dikenali sebagai The Dark Ages, merupakan zaman kejatuhan Eropah di mana pada zaman ini,
peperangan, kebuluran dan penyakit adalah perkara lumrah. Pada zaman ini, masyarakat Eropah
mengalami kemerosotan dalam bidang politik, sosial, pendidikan dan ekonomi. Pada abad ke-14 hingga
16, telah berlakunya satu fasa yang dikenali sebagai Zaman Renaissance atau kelahiran semula.. Pada
ketika itu, golongan cendekiawan mula mempersoal kewajaran untuk memperoleh ilmu pengetahuan
sekiranya hanya bergantung kepada kepercayaan dan agama semata-mata. Mereka mendalami falsafah
rasionalisme yang dipelopori oleh ahli falsafah Yunani seperti Socrates, Plato dan Aristotle.

Zaman Pencerahan atau juga dikenali sebagai fasa The Age of Reason muncul rentetan daripada
pengaruh dan penyebaran idea-idea berkenaan rasionalisme. Pada abad ke-17 dan 18, corak dan gaya
pemikiran masyarakat mula berubah ekoran daripada kesedaran zaman pencerahan yang berlaku. Melalui
fasa ini, muncul Rentetan itu muncul tokoh pemikir seperti Charles Montesquieu, Voltaire, John Locke dan
Jean Rousseau. Manusia digalakkan berfikir dan membuat penaakulan secara empirikal dan sistematik.
Ajaran agama dan peranan gereja semakin dilupakan bahkan diganti dengan pemikiran atau idea ilmiah
dan saintifik. Zaman ini dikaitkan dengan konsep modenisasi di Eropah dalam pelbagai aspek antaranya
termasuklah politik, ekonomi dan sosial.

Revolusi Perancis yang tercetus pada tahun 1789 merupakan antara puncak kepada era Zaman
Pencerahan dan akhirnya membawa Eropah kepada era moden. Slogan liberty, equality and fraternity
(kebebasan, kesamaan dan persaudaraan) yang mengubah sistem aristokratik di Perancis dan
menegaskan kuasa dan kehendak rakyat. Revolusi industri yang bermula kurun ke-18 telah memberi
perubahan dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan yang memberi impak besar kepada
sosioekonomi dan kebudayaan di Britain sehingga ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai
perindustrian. Revolusi industri pada hari ini merupakan salah satu elemen terpenting yang merancakkan
kemajuan dan mencorakkan landskap dunia moden namun persaingan dalam merebut peluang ekonomi
dan pasaran telah membuka ruang pertembungan antara nilai kebendaan dan kemanusiaan. Revolusi

12
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Digital pula telah bermula semenjak tahun 1950-an lagi di negara-negara maju yang menekankan elemen
pembangunan sistem digital dan komunikasi serta kemajuan komputer yang ditandai kemajuan teknologi
komputer peribadi, Internet dan teknologi maklumat serta komunikasi.

Keraguan mengenai pembinaan suatu ekosistem baharu yang lebih adil dan saksama
bertunjangkan kesejahteraan dengan persekitaran dunia baharu yang adil masih sedang diperbahaskan.
Perubahan ini mampu mentransformasikan bukan sahaja cara hidup, masyarakat, nilai dan norma, tetapi
juga persepsi mengenai manusia itu sendiri. Gangguan perubahan (disruptive change) yang mengiringi
ketangkasan revolusi ini ialah hakikat bahawa jurang ketidaksamaan ekonomi sedia ada semakin meluas
dan mendalam merentas benua, kelas serta gender. Situasi ekonomi tidak berperikemanusiaan (inhumane
economy) dipandu oleh rasa tamak haloba (incessant greed), nilai, prinsip dan polisi yang menghilangkan
sifat kemanusiaan. Keadilan sosial, pengagihan berkeadilan, pembasmian kemiskinan dan yang
terpenting; dimensi akhlak yang terang semakin tempang, teruntai dan terabai. Apa yang pasti,
pemborosan, rasuah, ketirisan dan monopoli terus berleluasa seiring dengan jurang ketidaksamaan yang
kian melebar.

(b) Perspektif Agama dan Kepercayaan

Islam

Etika dalam Islam adalah akhlak. Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang
berdasarkan al-Quran dan Hadith. Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu ‘khuluq’ yang ditakrifkan sebagai
perangai, tingkah laku, tabiat, kepercayaan atau pegangan. Akhlak itu terbahagi kepada dua iaitu akhlak
yang mulia serta terpuji (mahmudah) dan akhlak yang buruk serta tercela (mazmumah). Menurut Imam al-
Ghazali (1985) akhlak bukanlah ilmu atau pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan. Beliau
menegaskan bahawa akhlak itu suatu tabiat peribadi yang menentukan corak tindak tanduk seseorang
dalam hidupnya. Seseorang dianggap berakhlak mulia apabila dia mematuhi segala perintah Allah SWT
dan menjauhi segala larangannya. Nabi Muhammad SAW adalah model terbaik akhlak Islam kepada umat
manusia. Nabi Muhammad SAW berusaha sedaya upaya mengubah masyarakat Arab Jahiliah yang
berakhlak kasar, bengis dan zalim kepada yang berakhlak mulia seperti pemaaf, penyabar, tawaduk dan
adil.

Islam menggariskan akhlak umat Islam seperti akhlak dengan Allah dengan mematuhi segala
perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Kedua, akhlak kepada Nabi Muhammad SAW
sebagai nabi dan rasul akhir zaman, akhlak terhadap diri sendiri dengan menjaga rohani dan jasmani,
akhlak terhadap keluarga dengan menjaga hubungan silaturahim dan tidak melakukan perbuatan yang
mencemar nama baik keluarga, akhlak kepada masyarakat dengan menjaga hubungan kekitaan dalam
masyarakat dan akhlak dengan alam dengan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Pendek
kata, akhlak dari perspektif Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Proses pembelajaran dan
pemantapan akhlak adalah satu proses yang sangat panjang. Pendidikan akhlak bermula sejak manusia
dilahirkan ke dunia sehinggalah manusia dikembalikan ke liang lahad.

Kerangka atau asas dalam agama Islam dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu akidah,
syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini menjadikan Islam agama yang menyeluruh dan disebut sebagai
the way of life . Perbahasan mengenai etika dan adab termasuk dalam kerangka akhlak dalam Islam yang
lebih syumul dan mendalam yang meletakkan keredaan Allah SWT sebagai matlamat akhir setiap tingkah
laku secara zahir dan batin. Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul
perbuatan tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu. Akhlak terpancar melalui nilai dan sikap
daripada tingkah laku yang bertunjangkan akidah (kepercayaan kepada Tuhan) yang dipegang dan
diyakini. Kualiti kerohanian merupakan neraca kepada akhlak terpuji untuk kebahagiaan di dunia dan di
akhirat.

13
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Hindu

Asas ajaran agama Hindu terdiri daripada tattva (falsafah), susila (etika) dan upacara (ritual).
Ketiga-tiga ajaran ini saling berkait antara satu sama lain. Susila berasal daripada kata Sanskrit. Susila
bermaksud norma atau prinsip kehidupan manusia memandu manusia ke arah kehidupan yang baik dan
bagus. Agama Hindu melihat sesuatu yang baik untuk seseorang pasti baik untuk orang lain. Hal ini
demikian kerana sesuatu kebaikan dilihat secara kumulatif dalam konteks masyarakat yang mewakili
persepsi setiap individu. Susila juga dikenali sebagai etika dan moral dalam agama Hindu.

Agama Hindu menjelaskan manusia dan alam saling berhubung antara satu sama lain. Setiap
tingkah laku manusia mendatangkan kesan kepada alam. Konsep susila dalam agama Hindu berkaitan
dengan karma. Karma bermaksud hasil tindakan seseorang akan mendatangkan kesan kepada dirinya.
Dalam erti kata lain, karma adalah pantulan hasil daripada sesuatu tindakan. Mereka percaya manusia
yang meninggal dunia akan dilahirkan semula mengikut karma yang dilakukannya.

Susila dalam agama Hindu juga menitikberatkan hubungan sesama manusia. Manusia adalah
makhluk sosial yang hidup secara berkelompok. Manusia berinteraksi dalam kelompok masyarakat untuk
memenuhi keperluan dan kehendak kehidupan. Dalam hidup bermasyarakat, susila penting untuk
memperkukuhkan hubungan silaturahim, membina keharmonian kehidupan dan mewujudkan keserasian
ketika berkomunikasi. Kepentingan sekelompok masyarakat lebih utama daripada kepentingan seorang
individu. Setiap individu tidak boleh melakukan sesuatu perbuatan yang mengganggu dan menggugat
kesejahteraan masyarakat.

Dalam agama Hindu, nilai moral begitu ditekankan di mana penganut Hindu perlu memerangi
hawa nafsu, mengawal kemarahan, mencegah penyeksaan dan patuh kepada ajaran yang terkandung di
dalam kitab Veda. Kepercayaan kepada hukum karma iaitu balasan balik terhadap tindakan manusia
menunjukkan penekanan terhadap aspek etika dan moral dalam kehidupan. Beberapa aspek berkaitan
nilai-nilai moral dan etika dalam agama Hindu juga boleh dilihat seperti berbudi pekerti, menolak kehidupan
mewah, suami menyayangi isteri, dilarang meminum arak, mentaati ibu bapa, menuntut ilmu dan keadilan
dalam pemerintahan.

Buddha

Buddhisme adalah agama yang diasaskan di India oleh Siddharta Gautama Buddha, seorang
yang kuat berusaha untuk mencapai ketinggian moral dalam kehidupan, mencari keharmonian hidup
dengan usahanya sendiri. Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia
mengenai kehidupan yang bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna. Oleh yang
demikian, matlamat dalam kehidupan mereka ialah untuk mencapai satu tahap yang dipanggil 'Nirwana'.
Untuk itu, seseorang itu perlulah melepasi 'Empat Kebenaran Mulia' (Four Noble Truths) atau tahap
penderitaan dalam kehidupan (Circle of Suffering) iaitu sifat penderitaan (dukkha), punca asas untuk
semua penderitaan, cara mengelakkan penderitaan dan jenis usaha yang diperlukan untuk mencapai
kebahagiaan.

Untuk mencapai kepada 'Empat Kebenaran Mulia' tersebut, seseorang penganut Buddha perlulah
melepasi satu tahap yang disebutkan sebagai 'Jalan Mulia Lapan Lapis' (The Noble Eightfold Path). Ini
adalah jalan yang terakhir merangkumi lapan perkara dalam usaha mengatasi segala masalah kehidupan.
Tiga kelompok moral yang diketengahkan iaitu Akhlak (Sila), perkembangan mental (Samaddi) dan
Kebijaksanaan (Panna) adalah kelompok akhlak sosial yang baik dan dapat diterima oleh segenap lapisan
masyrakat. Bagi memastikan seseorang penganut Buddha itu boleh mencapai ketahap dua perkara diatas,
maka perkara asas yang paling utama perlu diberikan perhatian iaitu asas moral utama atau Panca Sila.
Sila adalah nilai moral yang baik yang lahir berdasarkan kepada sebab dan musabab dan kesannya
sesuatu perbuatan tersebut. Manakala Panca bermaksud lima, membawa erti lima peraturan yang utama

14
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

sebagai asas kepada perbuatan seseorang yang perlu dihayati. Panca sila adalah asas pendidikan moral
yang dapat memupuk dan membina keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat. Lima perkara
utama yang dimaksudkan ialah; larangan membunuh; bersifat jujur; larangan berzina; larangan meminum
arak dan tidak mengkhianati antara satu sama lain.
(c) Kolonialisme dan Pascakolonialisme

Penjajahan British di Tanah Melayu adalah sebahagian proses persaingan kuasa Barat untuk
menguasai tanah jajahan dan kegiatan ekonomi dengan menumpukan kawasan perdagangan dan negeri
yang mempunyai kekayaan hasil bumi seperti bijih timah. Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, penjajah
berdiplomasi dan berhati-hati dengan sultan dan pembesar tempatan bagi mengelak penentangan
daripada penduduk dan tidak merombak keseluruhan institusi politik Melayu tradisional. Kuasa raja amat
terhad khususnya berkaitan bidang agama dan adat istiadat Melayu, selainnya bersifat ceremony sahaja
meskipun dikekalkan kedudukan takhta. Justeru, perkembangan sosiopolitik sekitar pertengahan kurun ke-
19 adalah peringkat paling mundur dalam proses perpecahan dan keruntuhan tamadun sejak zaman
keagungan kerajaan Melayu Melaka. Penjajah menerap sistem politik dan sistem nilai yang berbeza yang
mengubah sistem politik tradisional yang diamalkan selama ini. Perubahan akibat kesan penjajahan ini
turut memberi kesan terhadap pengukuhan etika dan peradaban masyarakat apabila pemisahan berlaku
antara agama dan politik.

Situasi ini berkekalan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaaan yang menjadi titik tolak
kepada pembentukan negara bangsa yang memenuhi aspirasi rakyat majoriti. Hakikatnya Malaysia
mewarisi sistem pemerintahan acuan penjajah namun disesuaikan dengan adat setempat dengan aspek
agama jelas menjadi kuasa negeri-negeri dan berperanan dengan sebaiknya. Negara Malaysia moden
lahir hasil gabungan warisan lama dan baharu termasuk kacukan unsur dalaman dan kebaratan.
Kemerdekaan yang dicapai bukanlah episod pembaharuan kesemua bentuk pentadbiran British namun
diselari dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Dasar Pecah dan Perintah oleh British yang
mewujudkan perbezaan etnik, ekonomi, politik dan sistem pendidikan dapat ditangani dengan beberapa
pelan tindakan untuk perpaduan negara seperti Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar
Pembangunan Nasional (1991-2000), Dasar Wawasan Negara dan sebagainya. Setelah 15 tahun
merdeka, kerajaan mula membangunkan nilai Islam dalam projek modenisasi negara sekali gus menyuntik
unsur nilai yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat seperti Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Negara, Sistem Perbankan Islam dan Etika dalam Perkhidmatan Awam.

3. KONSEP PERADABAN DALAM SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA

(a) Kolonialisme dan Pascakolonialisme

Kolonialisme telah menjadikan Malaysia, sebuah negara kacukan pradaban sedunia dan
kontemporari sehingga melahirkan kerencaman sosial dalam mengurus sub-diversity pada masa kini.
Kesan daripada kolonialisme dan pasca kolonialisme oleh penjajah banyak meninggalkan impak kepada
negara yang dijajah dari pelbagai aspek : Antara impaknya dari perspektif peradaban ialah :

i. Pengenalan sistem persekolahan vernakular. Antaranya ialah sekolah Melayu, Cina dan Tamil.
ii. Gaya dan cara pemikiran masyarakat tempatan lebih terbuka.
iii. Sistem demografi di Tanah Melayu berubah ke arah yang lebih baik daripada kawasan kampung
menjadi kawasan bandar ekoran daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah.
iv. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru bagi merangsang dan merancakkan lagi ekonomi negara.
v. Kemajuan dari aspek pengangkutan seperti pembinaan kereta api telah banyak memberi manfaat
kepada penduduk tempatan seperti pembukaan tanah baru dan proses kegiatan industri bijih timah
menjadi lebih maju.
vi. Unsur kebendaan (materialisme) menjadi keutamaan yang turut menyerlahkan sikap individualistik di
samping pemikiran akal atau kehendak manusia melebihi tuntutan nilai berasaskan kerohanian.
vii. Masyarakat tempatan mengamalkan mula mengamalkan corak hidup barat yang kebanyakannya
tidak selari dengan tuntutan agama dan kebudayaan timur.

15
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

(b) Timur dan Barat

Tanah Melayu sememangnya terdedah dan berinteraksi dengan pelbagai peradaban asing
antaranya daripada India, Arab, Cina dan Eropah. Dengan kata lain, sejarah membuktikan bagaimana
agama-agama beşar dunia telah bertapak dan mempengaruhi budaya masyarakat tempatan dalam
pelbagai aspek kehidupan. Justeru, perkembangan ini menyebabkan masyarakatnya amat dinamik sekali
kerana menjadi tempat pertemuan pelbagai budaya dan tamadun beşar dunia. Terdapat dua bentuk
peradaban di dunia iaitu peradaban Timur dan peradaban Barat. Peradaban Timur sebagai contoh merujuk
kepada masyarakat dari tamadun India, tamadun China dan tamadun Islam manakala peradaban Barat
pula merujuk kepada masyarakat bukan Asia merangkumi Eropah dan Amerika Syarikat.

Pertembungan peradaban dalam konteks ketamadunan manusia di antara Timur dan Barat adalah
sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi. İni berlaku disebabkan pandangan semesta dan kerangka
pemikiran berbeza di antara keduanya. Setiap tamadun mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri
sehingga menjadi asas kepada kewujudan peradaban sesuatu bangsa sama ada di timur mahu pun di
barat. Namun perbezaan ini tidak menghalang proses interaksi berlaku dalam pelbagai tahap dan keadaan
yang merangsang peradaban kacukan bukan sahaja dalam lingkaran ketimuran sahaja malah di antara
barat dan timur. Realiti hari ini menunjukkan pengaruh beşar peradaban Barat tarhadap peradaban Timur
dalam banyak aspek pemikiran, budaya, üngkah laku dan seumpamanya dari sudut politik, ekonomi dan
sosial. Kesannya menghasilkan impak positif dan juga negatif terhadap kelangsungan dan kesejahteraan
masyarakat dalam mengharungi dunia kehidupan yang rencam dan sentiasa berubah. Apa yang penting
ialah penekanan terhadap unsur nilai dan keseimbangan sebagai neraca dalam menyesuaikan tuntutan
manusia ke arah mencapai keharmonian sejagat.

(c) Perspektif Agama dan Kepercayaan

Agama memainkan peranan penting dalam mencorakkan peradaban manusia. Tidak dapat
dinafikan, dalam sejarah timur dan barat manusia membangun dan maju adalah berdasarkan peranan
agama dalam membentuk kehidupan mereka sama ada tingkah laku, akhlak, moral dan peradaban.
Dalam apa jua tamadun manusia, peranan agama menjadi asas pembentukan nilai-nilai murni,
pembentukan dan pembangunan tamadun manusia, mencerminkan budaya dan warisan sesuatu bangsa,
lambang perpaduan dan menaikkan semangat kebangsaan. Sejarah tamadun dunia khususnya dalam
konteks tamadun Asia telah memperlihatkan kemajuan dan peradaban hebat hasil peranan aspek nilai dan
kepercayaan yang memimpin kehebatan sains teknologi. Tamadun India, Cina dan Islam membuktikan
perkembangan tamadun berasaskan nilai dan kepercayaan (Hinduisme, Konfusianisme dan Islam) yang
menjadi teras terhadap sistem kehidupan, peradaban dan kemajuan sosial malah memacu kehebatan
dalam bidang sains dan teknologi.

16
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

TOPIK 3 :
ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN

1. PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI

(a) Definisi Dan Proses Pembentukan Masyarakat Pelbagai Di Malaysia

Masyarakat majmuk yang bermaksud masyarakat pelbagai kaum merujuk kepada suasana
kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sesebuah negara yang
sama. Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara seperti Malaysia pada kebiasaannya terdiri daripada
beberapa kelompok majoriti, disusuli oleh sub-sub etnik (kelompok minoriti) lain yang lebih kecil. Malaysia
merupakan sebuah negara kepelbagaian dengan kelompok Melayu sebagai majoriti, seterusmya kelompok
Cina dan India dan kelompok peribumi di Sarawak seperti Dayak, Bidayuh, Melanau serta peribumi di
Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut dan Bajau.

Proses pembentukan masyarakat di Asia Tenggara dan Malaysia boleh dirujuk melalui 2 konsep
iaitu masyarakat Pluraliti dan masyarakat Pluralistik. Masyarakat Pluraliti ialah istlah untuk merujuk kepada
masyarakat pelbagai bangsa di Alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah Eropah yang
terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya. Mereka datang
secara sukarela disertai oleh kaum keluarga untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Mereka berjaya
mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem. Amalan dan adat resam
pendatang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Masyarakat Pluralistik terbentuk selepas zaman
kedatangan penjajah yang membawa masuk imigran luar ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi.
Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem yang
wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat majmuk
yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama.

(b) Tahap-Tahap Hubungan Etnik Di Malaysia

(i) Segregasi

Segregasi merujuk kepada satu proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial
tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial lain. Pemisahan boleh berlaku
dalam beberapa keadaan merangkumi aspek budaya, ras, agama, kelas sosial, dasar, adat resam,
kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Sebagai contoh,
semasa zaman penjajahan British, kumpulan etnik Melayu, Cina dan India dipisahkan melalui tempat
tinggal yang berasingan mengikut bidang pekerjaan masing-masing. Kumpulan etnik tersebut juga
dipisahkan melalui sistem persekolahan yang berlainan. Pemisahan atau segregasi menyebabkan
kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang mereka untuk saling memahami
menjadi semakin terhad. Segregasi boleh wujud sama ada secara rela atau tanpa rela. Segregasi secara
rela merujuk kepada keadaan dalam golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan untuk
berada dalam kumpulan mereka sendiri sahaja. Segregasi secara tanpa rela timbul kerana paksaan
daripada pihak yang berkuasa seperti segregasi de jure apabila kerajaan memaksa pengasingan atau
pemisahan yang ketat ke atas individu atau kumpulan manusia dengan pelaksanaan undang-undang
seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan, antara tahun 1948-1994. Pemisahan atau pengasingan antara
sebuah etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pengasingan ini boleh terjadi
dalam beberapa keadaan antaranya dari aspek tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam.

17
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

(ii) Akomodasi

Akomodasi merujuk kepada proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Kesedaran ini
akan menyebabkan setiap kumpulan etnik menyesuaikan diri dalam keadaan yang pelbagai budaya
supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati. Pada peringkat pemerintahan, setiap
kumpulan etnik dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi, politik dan
pendidikan. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia terutamanya selepas merdeka. Pembangunan
ekonomi berlaku dengan pesat, penglibatan pelbagai etnik dalam pembangunan sosial dan kerjasama
antara etnik dalam bidang politik telah memberi lebih peluang untuk bergaul dan hidup bersama antara
kumpulan etnik yang berbeza. Oleh hal demikian, setiap kumpulan etnik masih bebas mengamalkan
budaya mereka dalam keadaaan harmoni dan saling menghormati.

(iii) Akulturasi

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok
manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan etnik
lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan
sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia sering berlaku pertemuan atau pertembungan
antara dua atau lebih kebudayaan sehingga menyebabkan proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal,
unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan
sendiri.
Proses akulturasi boleh berlaku sepanjang hayat. Sejak lahir, manusia mula belajar dan mengadaptasi
budaya yang paling dekat dengan mereka seperti ahli keluarga. Proses ini dikenali sebagai sosialisasi
primer, diikuti dengan proses pembelajaran dan penerimaan unsur-unsur baharu. Adaptasi ini akan terus
berlaku dengan masyarakat yang lebih besar yang dikenali sebagai sosialisasi sekunder. Dalam konteks
Malaysia, apabila masyarakat pelbagai etnik sudah lama tinggal bersama di sesuatu kawasan perumahan
yang sama atau sudah lama bekerja bersama di sesuatu tempat, mereka mula pinjam-meminjam budaya
atau bahasa dalam kalangan mereka. Sekiranya semakin kerap peminjaman budaya itu berlaku, maka
semakin rapat hubungan antara etnik itu terjalin. Contohnya, pemakaian baju kurung dalam kalangan
perempuan bukan Melayu, fesyen baju kurung yang disertai dengan potongan dan butang baju Cheong
Sam, pemberian angpau pada Hari Raya Aidilitri, makan nasi ayam di Chicken Rice Shop, mi Wantan di
Old Town Cofee House, budaya memakan makanan ala barat seperti makanan segera McDonald,
perkataan ta pau, tosei dan rojak. Berlaku proses mengolah semula ke atas unsur budaya yang diambil
daripada etnik lain contohnya dalam aspek makanan seperti ‘dimsum’ dan ‘kuetiau’ yang popular bagi etnik
Cina. Makanan ini juga digemari oleh etnik lain yang beragama Islam di Malaysia dan telah dilakukan ubah
suai dalam penyediaan makanan tersebut untuk memenuhi konsep halal. Dalam hal ini akulturasi yang
berlaku dalam sesebuah masyarakat pelbagai etnik memperlihatkan keazaman masing-masing untuk
menyesuaikan dan memanfaatkan kepelbagaian dalam kehidupan harian mereka.

(iv) Asimilasi

Istilah ini merujuk kepada satu proses apabila kumpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu
mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti untuk mengurangkan batas etniknya. Menurut Ting
(1975), asimilasi adalah satu proses yang merujuk kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak
secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi boleh juga
didefinisikan sebagai proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Oleh itu, menurut

18
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Abramson (1980), melalui proses asimilasi ini masyarakat akan menjadi semakin homogeneous. Asimilasi
mutlak atau sempurna akan menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan dan identiti. Contohnya, orang Melayu di Thailand mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan
dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, perkara yang berlaku ke atas masyarakat Jawa,
Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan
serta Baba Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau
agama. Menurut Gordon (1964), asimilasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu asimilasi budaya dan
asimilasi struktur. Asimilasi budaya ialah satu proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri
kebudayaan masyarakat tuan rumah, seperti bahasa, pakaian dan adat resam untuk diamalkan dalam
kehidupan seharian masyarakat. Asimilasi budaya tidak semestinya bermakna bahawa kumpulan minoriti
akan kehilangan identiti etniknya. Manakala, asimilasi struktur pula ialah satu proses apabila anggota
kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan. Proses
asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi
suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Terdapat banyak persamaan
budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik
minoriti. Contoh asimilasi dan akulturasi ialah makanan seperti kuih bangkit yang dibuat daripada
campuran tepung sagu dan bahan-bahan lain yang boleh dimakan bukan semasa Hari Raya sahaja, tetapi
juga semasa Tahun Baru Cina. Muruku bukan saja dihidangkanm semasa perayaan Deepavali, tetapi juga
didapati dijual semasa musim perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Kek buah yang merupakan
signature kek semasa Krismas juga dijual sepanjang tahun. Bagaimanapun, terdapat juga keunikan dalam
jenis-jenis makanan semasa hari-hari perayaan yang tertentu yang memang menjadi simbol perayaan
etnik-etnik tertentu. Antaranya, hidangan lemang dan ketupat serta rendang untuk Hari Raya, Yee Sang
(raw fish salad) untuk Tahun Baru Cina, dan jelebi, laddu, gheeballs semasa perayaan Deepavali. Begitu
juga makanan popular yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti ambuyat, ayam pansoh, umai dan kek
lapis Sarawak.

(v) Amalgamasi

Amalgamasi merupakan istilah yang dikategorikan dalam asimilasi biologi, iaitu satu tahap
asimilasi yang paling tinggi. Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baharu. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Proses ini memakan
masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. Sebagai contoh kumpulan-kumpulan etnik
yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya
baru tanpa menurut budaya asal mereka. Fenomena perkahwinan campur biasa berlaku terutamanya
dalam konteks masyarakat pelbagai etnik.

(c). Faktor-Faktor Pembentukan Etika Dan Peradaban Dalam Masyarakat Pelbagai

(i) Sistem Kepercayaan dan Agama

Penghayatan nilai-nilai murni terkandung di dalam setiap ajaran agama yang wujud di
dunia. Masyarakat Malaysia sering ditakrifkan sebagai masyarakat majmuk. Masyarakat Malaysia
yang terdiri
daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi.
Kesemua agama memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta
pemeliharaan alam. Sekiranya nilai-nilai murni dalam masyarakat dihayati satu persatu maka
masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan
budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya
bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Kehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan satu perkara yang penting
dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat yang seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat

19
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada
kehidupannya sebagai manusia beragama. Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta
seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya
begitu penting. Di sini dapat diperlihatkan bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan
tamadun sebagaimana yang digambarkan oleh tamadun-tamadun silam.

Kemuculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan


beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam
masyarakat ketika itu. Perkara ini dapat dilihat sendiri kepada peninggalan bangunan dan barangan
tamadun-tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan
beragama. Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana
tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan
masyarakatnya. Selain daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai
agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun
Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri daripada kalangan
masyarakat Islam.

(ii) Penempatan Masyarakat

Penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Manakala masyarakat pula merujuk kepada kelompok manusia yang menetap dan tinggal bersama-sama
di sesuatu tempat. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa
kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah. Penempatan masyarakat
yang pelbagai juga turut menghasilkan etika dan peradaban yang tersendiri. Ada yang tinggal di kawasan
seperti pembandaran, pinggir bandar, kampung dan ladang. Kepelbagaian masyarakat juga dikenali
melalui penempatan tempat tinggal berdasarkan negeri-negeri atau zon yang terdapat di Malaysia.
Kesemua ini telah menghasilkan kepelbagaian etika dan peradaban seperti dalam aspek budaya dan
sosial. Justeru kesemua tempat tinggal ini mempunyai ciri etika dan peradaban yang mewarnai hidup
masyarakat pelbagai di Malaysia.

(iii) Peningkatan Kualiti Kehidupan dan Peningkatan Jangka Hayat

Kualiti hidup merujuk kepada pembangunan daripada pelbagai aspek, namun begitu fokus utama
kepada kualiti hidup masyarakat adalah berkaitan dengan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan. la juga
boleh didefinisi sebagai kemajuan potensi individu, kualiti kesihatan yang baik, kebebasan mendapatkan
ilmu pengetahuan dan mencapai tahap kesejahteraan sosial sebagaimana yang dikehendaki oleh negara.
Untuk memastikan kualiti hidup dapat dipelihara, maka amat penting bagi seseorang individu menjaga
kesihatan fizikal dan emosi dengan baik kerana keseimbangan antara beberapa komponen seperti fizikal,
emosi, rohani dan intelektual amat penting dalam menentukan tahap kualiti hidup seseorang individu.
Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya seterusnya terhasil
peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar jangka hayat bagi rakyat Malaysia pada tahun 2019
adalah kekal 74.5% seperti yang dicatatkan pada tahun 2013. Contohnya bayi yang baru lahir biasanya
mempunyai jangka hidup yang lebih lama iaitu sehingga 77.3 % manakala bayi leIakİ adalah sebanyak
72.2%. Didapati bahawa terdapat peningkatan jangka hayat dalam kalangan bayi perempuan iaitu
sebanyak 0.4 tahun, sebaliknya kadar jangka hayat bayi lelaki menurun sebanyak 0.1 dalam tempoh yang
sama (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019).

İni menunjukkan bahawa terdapat sedikit peningkatan jangka hayat dalam kalangan rakyat
Malaysia. Selain itu, hal ini juga dapat memberi kefahaman bahawa kualiti hidup dalam aspek kesihatan
sebagai contoh mampu menambah baik kadar jangka hayat rakyat Malaysia. Justeru, masyarakat
Malaysia perlu mengambil kira beberapa aspek seperti perkembangan pengetahuan mengenai
kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat contohnya. la juga menunjukkan

20
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

peradaban dan sejarah yang membuktikan bahawa peningkatan dalam aspek seperti aspek kehidupan
masyarakat di Malaysia khususnya.

(iv) Sistem Organisasi dan Institusi Sosial yang Teratur

Sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur turut menghasilkan etika dan peradaban dalam
masyarakat yang pelbagai. Sistem organisasi merujuk kepada struktur yang disusun dalam sesuatu
organisasi atau kelompok masyarakat. Institusi sosial merujuk kepada institusi kemasyarakatan. Apabila
wujud institusi sosial yang teratur, maka, ia menunjukkan perkembangan dalam sesebuah masyarakat.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu Tradisional mempunyai dua golongan iaitu yang memerintah terdiri
daripada Raja dan bangsawan manakala yang diperintah pula meliputi rakyat jelata dan hamba sahaya
(Seri Lanang Jaya, Abd. Rahman, Mohd Rashid & Naffi, 2013). Melalui sejarah, kita dapat fahami bahawa
masyarakat mempunyai peranan yang tersendiri dan memainkan peranan masing-masing sama ada
mereka dalam kalangan orang atasan atau bawahan. Susun lapis sosial ini telah menyumbang kepada
terbinanya suatu bentuk organisasi yang cekap dalam sistem politik dan sosial negeri-negeri Melayu
sepanjang sejarah kewujudan ketamadunan Melayu. Manakala dalam konteks moden, masyarakat Melayu
terdiri daripada kelas atasan, menengah dan bawahan di mana fungsinya tidak banyak perbezaan dengan
sistem yang ada pada zaman Melayu Tradisional (Mohd Koharudin, 2005). Pada masa kini, sistem
organisasi dan institusi sosial terbentuk dalam masyarakat melibatkan semua aspek seperti politik,
ekonomi, sosial dan lain-lain.

(v) Bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri

Aspek bahasa dan sistem tulisan juga menggambarkan sesebuah masyarakat yang mempunyai
peradaban yang baik. Ini kerana mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa tertentu.
Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang
tersendiri menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun
dalam pelbagai bidang ilmu. Di dalam mana-mana peradaban dunia, bahasa memainkan peranan besar
dalam pembinaan sesebuah masyarakat berkebudayaan tinggi. Bahasa digunakan sebagai bahasa ilmu
untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan sains dan teknologi kepada masyarakat untuk
mencipta ciptaan-ciptaan yang dapat menjamin kehidupan yang selesa dan selamat. Kepentingan bahasa
dalam membina masyarakat berkebudayaan tinggi banyak telah dibincangkan oleh pakar-pakar dalam
pengajian peradaban..
Carroll Quigley dalam bukunya, The Evolution Of Civilization (1979), “Our tentative definition of a
civilization was “a producing society that has writing and city life”.(The) …definition of a civilization: (is) a
producing society with instrument of expansion” (1979:142). Quigley mendifinisikan peradaban itu pada
peringkat awalnya adalah sebuah masyarakat yang mengeluar dan mempunyai tulisan (bahasa) dan
kehidupan kota. Seorang lagi pakar peradaban islam, Ibnu Khaldun dalam bukunya bertajuk “Mukadimah”
(2002) telah memperkenalkan teori kitaran terhadap perkembangan peradaban Islam. Beliau menyatakan
bahawa ilmu pengetahuan dan bahasa tumbuh dengan pesatnya semasa tinggal menetap dalam kota.
Oleh itu, apabila berkembangnya kerajaan dan empayar Islam, mereka turut meluaskan penggunaan
bahasa Arab di seluruh wilayah yang dikuasai. Kedua-dua pakar peradaban di atas menekankan bahawa
sesebuah masyarakat dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi sekiranya bahasa yang lahir dalam
masyarakat itu dapat memajukan pemikiran dan dapat menyalurkan ilmu bertahap tinggi.

(vi) Sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral

Sistem perundangan merujuk kepada sistem peraturan yang mengurus tingkah laku manusia.
Kewujudan sistem perundangan yang teratur serta sistem nilai dan moral yang baik dikuatkuasa untuk

21
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan. Undang-undang
sangat penting untuk memastikan rakyat hidup aman dan damai, membentuk akhlak seseorang,
menjadikan seseorang individu yang bertamadun dan berperi laku baik, elok di mata masyarakat serta
tidak bertindak di luar kawalan. la juga berkait rapat dengan sistem nilai yang berdasarkan ajaran agama,
iaitu baik dan buruk sesuatu perkara adalah berdasarkan prinsip dan ajaran yang terdapat dalam ajaran
agama.

(vii) Daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan

Peradaban juga diukur melalui daya reka cipta dalam bidang teknologi dan pembinaan. Kemajuan
material selalunya berpunca daripada kemajuan pemikiran atau minda dan keilmuan sesuatu bangsa. Ini
menunjukkan masyarakat mencapai tahap perkembangan daya kreativiti yang boleh membantu ke arah
pembangunan sesuatu tempat. Sebagai contoh, orang Melayu dikatakan memiliki kepandaian untuk
melakukan aktiviti peleburan logam seperti tembaga, besi dan emas dengan menerima teknik peleburan
dari generasi sebelumnya. Penciptaan peralatan pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem
saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian terutama dalam pekerjaan penanaman padi
dan sebagainya. Dalam bidang pembinaan teknologi alam bina, orang Melayu sudah mahir dalam
pembinaan rumah dan masjid (Pisol, 2003).

(viii) Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti

Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti perlu mewujudkan falsafah, kesenian, kesusasteraan
dan nilai estetika yang tersendiri. Kelahiran daya pemikiran membolehkan manusia menghasilkan falsafah,
kesenian dan sebagainya yang membezakan satu tamadun dengan tamadun yang lain. Contoh:
kota/bandar/bangunan yang seni binanya merupakan keagungan dan identiti sesebuah tamadun.

2. KOMPONEN ETIKA DAN PERADABAN

(a) Persekitaran Geo-Fizikal

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, geografi merupakan satu cabang sains yang mengkaji
tentang permukaan bumi, permukaan fizikalnya, iklim, kependudukan dan keluaran, manakala fizikal pula
didefinisikan sebagai keadaan alam semulajadi. Secara umumnya, geo-fizikal ataupun geografi fizikal
adalah satu aspek utama geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. Persekitaran geo-
fizikal berkait rapat dengan etika dan peradaban kerana pembentukan sesuatu etnik adalah melalui
sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Namun, peradaban tidah dipengaruhi secara
langsung oleh persekitaran geo-fizikal kerana ia bersifat universal dan melampaui batasan etnik, bangsa
dan kebangsaan.

Geo-fizikal Tanah Melayu, sebuah semenanjung yang dikelilingi Laut China Selatan dan Selat
Melaka yang menjadi laluan dan tempat pertemuan serta pergaulan dua peradaban besar dunia, China
dan India melalui kegiatan perdagangan. Persekitaran Tanah Melayu memiliki iklim dan kedudukan
geografi yang terlindung dari bencana alam. Sejarah membuktikan kedudukan geografi memainkan
peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun. Geo-fizikal Tanah Melayu antara faktor penarik
kemasukan imigran ke Tanah Melayu.

(b) Masyarakat dan Demografi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama
di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat bermaksud sekelompok manusia yang
membentuk satu sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam

22
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

lingkungan sistem sosial itu lahir daripada individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Antara
ciri-ciri masyarakat ialah mereka berbudaya, berkelompok, berkomunikasi, mempunyai organisasi sosial
dan mempunyai perubahan dalam sesuatu perkara. Demografi pula bermaksud kajian tentang ciri-ciri
perkembangan penduduk dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dan sebagainya dalam
tempoh waktu tertentu.

Sejak dahulu lagi, Malaysia telah menjadi tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran,
peradagangan, persinggahan dan penempatan bagi masyarakat daripada pelbagai kebudayaan dan asal-
usul. Implikasinya ialah terbentuknya masyarakat kepelbagaian di Malaysia. Aspek demografi merupakan
perkara penting dalam mencorakkan kepelbagaian di Malaysia. Ianya bukan hanya memperlihatkan
keunikan komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di
Malaysia.
(c) Ekonomi dan Pasaran

Pada zaman sebelum penjajahan Inggeris, kebanyakan kaum Melayu mempunyai kegiatan
ekonomi yang tersendiri, iaitu ekonomi sara diri yang merupakan kegiatan asas untuk menyara keperluan
diri dan keluarga. Kemudian pada era Kesultanan Melayu Melaka, aktiviti ekonomi dan perdagangan
menjadi semakin meluas dan ia adalah salah satu kegiatan terpenting dalam kalangan masyarakat di
Tanah Melayu.

Pada zaman penjajahan Britush, mereka mengembang dan menaik taraf kualiti ekonomi Tanah
Melayu dengan membuka lombong bijih timah, tanah untuk penanaman pokok getah, dan membawa
masuk tenaga buruh secara besar-besaran dari India dan China. Walaupun ekonomi di Tanah Melayu
terus berkembang maju, namun kerajaan British menggalakkan masyarakat Melayu untuk terus
mengusahakan kegiatan pertanian secara tradisional semata-mata dan tidak memberi peluang kepada
kaum tersebut unutk terlibat dalam sektor Iain seperti perladangan dan perlombongan.

Kesan dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan di Tanah Melayu menyebabkan pembentukan
beberapa kawasan penempatan dan ia dibahagikan mengikut etnik tertentu, contohnya kaum Melayu
bekerja sebagai nelayan dan petani, etnik Cina sebagai pelombong dan peniaga di kawasan bandar yang
lebih maju, manakala kaum India pula terlibat dalam perladangan getah, atau bekerja sebagai penoreh
getah. Pada zaman pascakolonial, pihak kerajaan telah menyusun semula beberapa golongan masyarakat
yang ada di Tanah Melayu agar masalah ketidakseimbangan penguasaan ekonomi ini dapat diatasi.
Kerajaan telah menggalakkan agar setiap kaum dapat bersatu dalam memajukan industri ekonomi dan
jurang yang wujud itu dapat diselesaikan.

(d) Falsafah dan Pemikiran

Falsafah merupakan satu pegangan atau fahaman atau pun prinsip seseorang terhadap sesuatu
perkara, bidang dan sebagainya. Ia wujud hasil pemikiran dan pemerhatian serta pengalaman yang telah
dilalui oleh seseorang dan dalam kehidupan harian. Aspek-aspek dalam falsafah menjadi panduan dan
landasan dalam membuat keputusan. Falsafah dan pemikiran merupakan salah satu komponen yang
membentuk etika dan peradaban masyarakat kepelbagaian. Falsafah dan pemikiran tradisional berbeza
dengan falsafah dan pemikiran moden, Dalam konsep falsafah dan pemikiran tradisional, matlamat telah
pun ditentukan dan ditetapkan, manakala manusia hanya diberi ruang untuk memilih cara bagaimana
untuk mengecapi matlamat tersebut. Falsafah dan pemikiran moden pula memberi ruang untuk manusia
menentukan matlamat hidupnya dan manusia berhak memilih cara dan kaedah untuk mengecapi matlamat
tersebut.

23
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

TOPIK 4 :
PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

Kepelbagaian masyarakat menimbulkan berbagai-bagai cabaran kepada sesebuah masyarakat,


seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan peradaban yang berbeza dan terjelma
dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun, kesemuanya perlu hidup dalam sebuah
masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan.
Kesediaan tawar-menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan
keharmonian di Malaysia semenjak merdeka. Hal ini menunjukkan kesepaduan nasional yang telah wujud,
didukung dan mesti terus-menerus dimantapkan. Hal ini dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang
bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai
dan penyatupaduan yang diusahakan.

Tiga konsep keramat ‘perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan’ adalah permulaan melihat dan
menyusun segala yang rumit dan pelbagai dalam sosiological imagination kita berkait dengan masyarakat
plural/majmuk. Bertolak daripada tiga konsep keramat ini sebagai suatu kerangka besar lagi luas akan
dapat pula nanti kita mengupas satu persatu apakah isu sosial, ekonomi, politik dan lain-lain lagi isu yang
sering menduga kehidupan manusia bermasyarakat.

Sebilangan besar negara-negara di dunia pun menginginkan perpaduan. Oleh kerana untuk
mencapainya sukar dan mengambil waktu, maka segala usaha yang dilaksanakan hanya boleh
membawakan kesepaduan, yang dianggap sebagai tahap sebelum atau prasyarat kepada perpaduan.
dalam tahap ini, banyak perkara yang mesti diselesaikan kerana terdapat berbagai kontradiksi yang

24
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

terkandung dalam kesepaduan itu. Usaha-usaha inilah yang bergerak sebagai proses penyatupaduan.
Proses ini tidak akan berhenti, kerana selagi ada kepelbagaian selagi itu usaha penyatupaduan mesti
diteruskan.

Dalam konteks masyarakat berbilang etnik seperti Malaysia, usaha ke arah mencapai perpaduan
berterusan dilaksanakan walaupun sukar dicapai. Késepaduan sosial yang dikecapi ini adalah hasil usaha
pelbagai pihak yang cinta akan keamanan dan keharmonian. Usaha yang berterusan ini telah menjadi alat
penyatuan masyarakat yang pelbagai sehingga negara kita mencapai keharmonian dan kesejahteraan.

1. KONSEP PERPADUAN

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, perpaduan atau solidariti dapat
didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga
akan tanah air. Definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan,
peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan
sebagainya. Haji Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran,
cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju. Secara umumnya, perpaduan
merujuk kepada satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga
akan tanah air.

Perpaduan amat penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang memerlukan kesatuan
dan kesepaduan dalam kalangan rakyat dalam konteks keunikan Malaysia yang mempunyai rakyat
berbilang bangsa, agama dan budaya. Oleh sebab itu, pentingnya gagasan ‘perpaduan dalam
kepelbagaian’ atau unity in diversity (Kassim Tukiman, 2020). Perpaduan menjadi idaman seluruh
masyarakat Malaysia, tetapi masih belum tercapai. Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan oleh
seluruh rakyat Malaysia namun hal ini sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini
biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam
kehidupan seharian masyarakat. Kesemua ini dilakukan berdasarkan tiga prinsip utama, iaitu tawar
menawar (bargaining), berunding (negotiation) dan perantaraan (mediation). Hasil yang dicapai selama ini
adalah berasaskan platform integrasi yang telah dibina. Perpaduan merupakan matlamat akhir yang
diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik (Shamsul, 2007).

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012), sejarah hubungan kaum di Malaysia berlaku trend
pasang dan surut yang boleh dibahagikan kepada tiga tempoh masa iaitu selepas Perang Dunia Kedua
pada tahun 1945 iaitu fasa konflik (1945-1960), fasa kestabilan tetapi tegang (1961-1970) dan fasa
kesepaduan sosial (1971 hingga kini). Ketiga-tiga fasa tersebut mencerminkan senario hubungan kaum di
Malaysia dan menjelaskan bahawa perpaduan kaum dalam konteks kesepaduan sosial perlu dijaga agar
pengalaman pahit dalam dekad-dekad lalu menjadi pengajaran untuk kebaikan bersama.

Oleh sebab itu, perpaduan nasional menjadi misi penting bagi negara dan memerlukan kerangka
bersifat komprehensif yang mampu menterjemahkan wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia.
Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai
itu perlu digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama dalam mendukung agenda perpaduan
nasional dalam konteks Malaysia. Selain melihat sifat Islam sebagai rahmatan lil alamin atau rahmah
seluruh alam, ciri agama bersifat sejagat sebenamya amat penting dalam memastikan umat Islam kekal
menerajui usaha baik ini. Perlu wujud kesedaran dalam masyarakat, supaya berusaha membina
peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030. Bagi mencapai misi ini, masyarakat perlu mewujudkan nilai persefahaman,

25
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

tolak ansur dan hormat-menghormati. Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat
pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan serta difahami oleh semua pihak.

Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara yang membolehkan masyarakat
berbilang bangsa dan agama hidup bersama dalam suasana harmoni di samping mengekalkan identiti dan
ciri bangsa masing-masing. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan
budaya berbeza, sifat kebersamaan serta cinta akan keharmonian perlu ada bagi merealisasikan matlamat
perpaduan nasional. Justeru, keutamaan kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran
budi pekerti dalam masyarakat perlu diberi perhatian. Maka, peranan individu dan masyarakat memahami
peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.

Detik perpaduan dan detik perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan
seharian masyarakat majmuk di negara kita. Detik perpaduan merupakan detik yang mampu melihat
masyarakat majmuk mencapai kesepaduan melalui nilai kebersamaan, toleransi dan saling menghormati.
Hal ini menggambarkan penerimaan dan kefahaman masyarakat terhadap perbezaan latar belakang sosial
masyarakat Malaysia. Detik perpaduan dapat dilihat melalui detik detik masyarakat ketika pergaulan di
pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika
bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di
pawagam dan sebagainya.

Detik perbezaan pula dilihat berlakunya isu-isu menimbulkan konflik antara kaum. Isu-isu yang
sensitif tidak disantuni oleh sebahagian kecil masyarakat kita antaranya penggunaan bahasa, budaya,
ideologi, agama, tingkah laku sosial, tulisan, rasisme dan sebagainya. Terdapat segelintir masyarakat juga
sering membangkitkan isu-isu sensitif seperti isu agama, bahasa, hak keistimewaan orang Melayu dan
sebagainya (Mohd Anuar et al. 2018). Hal ini sering kali menjadi polemik dalam kalangan masyarakat
Malaysia walaupun hal ini telah jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana perkara
153, perkara 152, perkara 3 (1), perkara 181 (1) dan sebagainya.

Menurut Shamsul Amri Baharuddin, kalaulah perpaduan dalam konteks cogan kata ‘perpaduan
dalam kepelbagaian’ itu masih belum wujud dan merupakan suatu cita-cita, idaman dan harapan yang
terus-menerus diperjuangkan, apakah sebenarnya yang wujud yang dinikmati oleh sekian ramai manusia
di seluruh dunia semenjak kemajmukan menjadi ciri utama masyarakat di seluruh di dunia? Perkara ini
memerlukan kita membuat suatu anjakan imaginasi sosiologikal, daripada yang berpaksikan kepada
‘perpaduan’ kepada ‘kesepaduan’. Hakikatnya, perpaduan yang diidamkan oleh manusia yang masih
belum wujud itu adalah berasaskan suatu matlamat akhir bersifat utopia yang tidak dapat dilaksanakan
iaitu unity is uniformity atau perpaduan ialah kesamaan atau kesatuan, satu bangsa, satu agama, satu
bahasa atau satu negara. Justeru, unity is uniformity hanyalah satu gambaran tentang suatu masyarakat
yang sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan. Keadaan yang wujud dan terus-menerus dinikmati
oleh sebilangan besar anggota masyarakat majmuk di dunia ini ialah ‘kesepaduan’

2. KONSEP KESEPADUAN.

Kesepaduan ialah suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap
perpaduan yang seterusnya mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merangkai pelbagai
ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan. Himpunan usaha ini sering
tanpa disedari telah membawa keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat tetapi belum
membawakan perpaduan idaman. Kesepaduan sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur
sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik. Ia berupaya
memajukan bangsa dengan adanya semangat kekitaan yang kuat yang dilandasi dengan rasa hormat,
tolak ansur dan saling percaya sesama mereka. Tiga elemen yang berkaitan dengan kesepaduan sosial
ialah keterangkuman sosial, sumber bahan atau dana sosial yang dikongsi bersama dan keupayaan
meningkatkan kelas sosial.

26
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Kesepaduan sosial tidak bergantung kepada persamaan sosial, homogeniti nilai, pendapat atau
mengkehendaki setiap orang berkongsi persamaan kepercayaan dan gaya hidup. Kesepaduan sosial ini
melibatkan norma-norma sosial yang melibatkan perlakuan dan tatasusila tertentu dalam masyarakat
seperti kesantunan bertingkah laku dan sikap ramah mesra dalam hubungan seharian antara pihak
berbeza agama dan etnik. Masyarakat dikatakan dapat mewujudkan kesepaduan sosial sekiranya mampu
mengenepikan ketidaksamarataan, keterpinggiran etnik, kelas sosial, kewarganegaraan atau sebarang
perbezaan dan dapat mengurangkan jurang atau kesenggangan sosial, konflik dan ketidakpercayaan.

Himpunan usaha ini umumnya adalah bersifat fenemonologikal kerana berpaksikan prilaku, bukan
bersifat struktural yang berpaksikan institusi. Oleh yang demikian, dalam konteks pembentukan
kesepaduan sosial sebagai suatu fenomena praperpaduan, peranan agensi bersifat ‘takrifan harian’ jauh
lebih penting dan berkesan daripada struktur atau institusi yang bersifat ‘takrifan autoriti’ kerana setiap
anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan, prokeharmonian
dan antikeganasan semi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya.
Sekiranya timbul sebarang konflik, pergeseran dan pertelingkahan oleh kerana perbezaan sosial
yang sedia ada dalam sesebuah masyarakat majmuk, para anggotanya akan segera mencari jalan
penyelesaian melalui rundingan dalam pelbagai cara dan bentuk. Melalui perundingan seperti ini, terhasil
persetujuan, kompromi dan tolak ansur dalam banyak hal. Namun, hal ini tidak bermakna bahawa semua
cabaran, rasa tidak puas hati dan potensi konflik terselesai. Konflik tetap ada tetapi dalam keadaan
terkawal kerana anggota masyarakat amnya menolak keganasan sebagai jalan penyelesaian terhadap
perbezaan sosial.

Perbincangan berkaitan dengan kesepaduan sosial bukan sesuatu yang baharu. Tokoh
Sosiologis, Emile Durkheim telah memperkatakan keadaan kesepaduan sosial dalam karya beliau melalui
konsep kesepaduan mekanikal (masyarakat praindustri) dan kesepaduan organik (dunia moden). Beliau
melihat, bahawa kesepaduan sosial dalam usaha menilai keupayaan masyarakat untuk kekal berhubung
dalam pelbagai peringkat pembangunan. Max Weber pula melihat kesepaduan sosial sebagai idea-idea
yang kolektif dan merupakan nilai-nilai penting dalam pembangunan sosial. Mankala, Judith Maxwell
(1996) melihat kesepaduan sosial dalam dimensi perkembangan ekonomi. Beliau juga menyatakan
bahawa kesepaduan sosial adalah proses yang membina dan mengekalkan perasaan kekitaan dalam
masyarakat dan perasaan yang meletakkan diri seseorang dalam sesuatu komuniti. Jane Jenson (1998)
menyatakan bahawa kesepaduan sosial digunakan untuk menggambarkan proses-proses yang bukan
sahaja melibatkan negeri atau negara, tetapi rasa komitmen, tanggungjawab, keinginan serta keupayaan
untuk hidup bersama dengan harmoni. Di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin telah mengetengahkan
konsep kesepaduan sosial yang diletakkan sebagai formula penting untuk menguruskan masyarakat
majmuk.

Era Kesepaduan Sosial

Terdapat tiga tempoh masa sejarah hubungan kaum di Malaysia iaitu selepas Perang Dunia
Kedua pada tahun 1945 iaitu Era Konflik (1945-1960), Era Kestabilan Tetapi Tegang (1961-1970) dan Era
Kesepaduan Sosial (1971 hingga kini). Era Konflik yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua
memaparkan keadaan hidup rakyat yang sangat daif dengan persekitaran fizikal dan sosial yang
memerlukan pembangunan. Suasana ketika itu sangat kritikal dan terbuka kepada potensi negatif dan
pelbagai masalah antarnya ialah konflik etnik dan ancaman komunis. Dalam Era Kestabilan Tetapi Tegang
pula telah menampakkan kesepaduan sosial sudah mula mekar, terutama apabila terbentuknya Malaysia
pada tahun 1963, namun terpaksa berhati-hati dengan ancaman keganasan komunis dan penentangan
terhadap Pembentukan Malaysia serta Peristiwa 13 Mei 1969.

Dalam Era Kesepaduan Sosial, kesepaduan dikecapi melalui hubungan antara pemimpin dan
rakyat yang mencapai persetujuan dalam banyak hal. Keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera ini
hasil pembentukan tapak integrasi yang dibina berdasarkan prinsip tawar menawar, perundingan dan
pengantaraan. Situasi yang wujud seperti jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan wujudnya
kesepakatan sosial dalam pelbagai bentuk seperti bertolak ansur, saling menghormati dan sebagainya.

27
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Tragedi 13 Mei 1969 memperingat rakyat Malaysia bahawa sebarang perbezaan sosial sesama
kaum mestilah diselesaikan dengan aman kerana kos melepas sebarang konflik terbuka adalah terlalu
tinggi kepada setiap individu, setiap kolektif sosial, setiap etnik, setiap wilayah dan kepada negara
Malaysia keseluruhannya. Dalam Era Kesepaduan Sosial, suasana mula aman, stabil dan harmoni. Kunci
kesepaduan sosial Malaysia ialah kematangan rakyatnya. Jika dulunya selepas setiap pilihan raya umum
di Malaysia, ramai yang berasa gundah kerana kemungkinan mereka yang kalah melepaskan geram
melalui tindakan rusuhan ganas. Namun, sejak Pilihan Raya Umum ke-4, tidak wujud sebarang kekacauan
etnik yang ditimbulkan.

Dari sudut takrifan harian, rakyat Malaysia tidak segan silu untuk menyuarakan rasa tidak puas
hati mereka terhadap sebarang perkara yang mereka tidak suka. Kemudahan internet, SMS dan pelbagai
lagi saluran data siber lebih memudahkan proses penyuaraan mereka. Apatah lagi komentar boleh
disampaikan dalam satu konteks yang selesa dari segi peribadi. Keadaan ini memperlihatkan bahawa
sesiapa pun boleh menyuarakan rasa tidak puas hati tentang segala hal yang tersirat di kalbu masing-
masing, seperti hal peribadi, isu etnik, kualiti hidup serta perkara yang difikirkan tidak betul atau tidak
sempurna yang dilakukan oleh pemerintah, pihak swasta dan para pemimpin. Perkara ini lebih merupakan
satu kegiatan psikososial sihat iaitu lebih suka meluahkan segala yang terbuku di hati daripada disimpan
senyap sehingga ‘meletup’ dalam pelbagai bentuk yang memusnahkan. Sehingga timbul suatu pola yang
menyatakan bahawa rakyat Malaysia ‘suka bertikam lidah, tetapi tidak menggunakan parang’. Keterbukaan
rakyat Malaysia dalam menyuarakan hal-hal ini kadang-kadang menimbulkan salah sangka dan salah
faham oleh pemerhati dari dalam dan luar negara.

Boleh dirumuskan bahawa Era Kesepaduan Sosial adalah era etika berlakunya pemantapan
interaksi antara masyarakat, negara dan pasaran telah disulam erat dengan positif, biarpun turun naik
berlaku akibat pengaruh dan perkembangan globalisasi. Dalam era ini, ekonomi Malaysia masih mampu
bertahan justeru paksi utama kesepaduan sosial adalah kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang
seterusnya mendukung keamanan dan kestabilan politik. Namun begitu, terdapat banyak perkara juga
belum tercapai atau tertangguh penyelesaiannya yang dilabel sebagai ‘Defisit Sosial’.

Defisit Sosial :

Defisit sosial ialah kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatuan
berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan. Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan dari segi
persepsi dan pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan
masyarakat. Defisit sosial dalam masyarakat adalah suatu kerencaman yang tidak boleh dielakkan. Antara
kategori defisit sosial adalah etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender,
politik generalisme, ruang (bandar/desa) dan media (Kartini,2019). Sebagai contoh defisit sosial dari sudut
pembangunan negara adalah golongan miskin tanpa mengira etnik di bandar dan dalam sektor pertanian
sara diri dan estet, negeri-negeri yang masih terperangkap dengan kemiskinan, peluang dan akses kepada
pendidikan dan kesihatan. Manakala, defisit sosial dari segi pembinaan bangsa pula melibatkan isu-isu
berkaitan etnik, bahasa, budaya, agama, kekeluargaan, raja, Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang
Tubuh Negeri, sejarah dan lain-lain.

Kesepaduan Nasional

Kesepaduan sosial merupakan faktor penting dalam membawa pembentukan perpaduan dan
keutuhan masyarakat Malaysia. Kesepaduan sosial yang kukuh akan membentuk kesepaduan nasional.
Kesepaduan nasional dilihat sebagai satu proses dinamik apabila rakyat pelbagai kaum dan etnik dengan
sosio budaya, agama, adat resam, bahasa dan wilayah yang berbeza dapat hidup dalam suasana aman
damai serta harmoni.

Berdasarkan sejarah, ada beberapa isu perbalahan kaum yang agak besar dan rumit pernah
berlaku dalam negara kita. Bagaimanapun, ia dapat ditangani dan tidak merebak ke tempat lain. Kini, isu-
isu sensitif melibatkan hubungan kaum kelihatannya semakin meningkat apabila berkembangnya media

28
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

sosial yang menjadi media utama rakyat menyalurkan perasaan tidak puas hati terhadap orang lain.
Penggunaan media sosial yang begitu terbuka telah mengakibatkan ada pihak yang menggunakan
kesempatan ini untuk menimbulkan rasa kurang senang serta mencetuskan api perkauman. Masyarakat
perlu bijak dalam menerima pakai segala maklumat yang diperolehi di internet agar tidak mudah
terpengaruh dengan sentimen dan mainan segelintir pihak untuk menggugat keharmonian dan perpaduan
yang sudah dibina sejak sekian lama. Perbezaan ideologi politik dalam kalangan rakyat sering
mencetuskan perbalahan yang boleh membawa kepada konflik perkauman yang serius sekiranya ianya
tidak ditangani secara bijak. Setiap pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memastikan
kesepaduan ini dapat dikekalkan dan menjadi bertambah baik demi masa hadapan generasi yang akan
datang

Kaedah Penyelesaian Konflik Di Malaysia

Sejarah masyarakat Malaysia memperlihatkan bagaimana segala bentuk konflik, perbalahan, dan
perbezaan boleh diselesaikan dengan cara melakukan kesatuan dan inovasi sosial. Cara ini bagi
membolehkan mereka yang terlibat dalam politik, dalam organisasi dan masyarakat sivil dapat membantu
dalam mencari strategi-strategi tindak balas yang lebih baik bagi membolehkan penglibatan ahli
masyarakat dalam memperbaiki, mencari kedudukan atau paksi yang betul dan mengukuhkan hubungan
antara satu sama lain berdasarkan rasa, minat atau pengalaman yang dikongsi bersama. Ini penting bag
imenghasilkan konsensus, kompromi dan kebersamaan. Selain daripada itu dalam senario yang lebih luas,
proses-proses akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi menyumbang kepada keseluruhan proses
kesepaduan sosial dan seterusnya perpaduan nasional.

Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang
mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-
dua pihak tersebut. Akomodasi juga dikenali sebagai situasi menang-menang apabila kedua-dua pihak
yang bertentangan pendapat atau matlamat memperolehi faedah daripada satu matlamat baru yang telah
dibina secara bersama dan kolektif. Contohnya, di Malaysia, meskipun Bahasa Melayu diiktiraf sebagai
bahasa kebangsaan, namun bahasa-bahasa lain masih boleh diguna pakai selagi ia tidak bertentangan
dengan prinsip perlembagaan.

Akulturasi adalah proses penerimaan unsur budaya daripada satu kelompok masyarakat kepada
satu kelompok yang lain. Tahap penerimaan bergantung kepada sejauh mana kebudayaan asing tersebut
mampu memberikan kelebihan dan manafaat kepada sesebuah kelompok itu. Lazimnya budaya berunsur
positif yang diterima dalam masyarakat. Budaya yang berunsur negatif biasanya ditolak terutama jika ia
merosakkan kebudayaan asal masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir
kelompok masyarakat yang mungkin terpengaruh dengan unsur budaya negatif dari kebudayaan asing
tadi.

Asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaan masyarakat yang berbeza-
beza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakat yang baru. Proses asimilasi boleh
berlaku apabila golongan minoriti bersedia untuk menyerap budaya golongan majoriti dan golongan
majoriti bersedia menerima golongan minoriti tersebut.

Amalgamasi merupakan suatu tahap asimilasi yang paling tinggi. la merupakan suatu proses yang
terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras yang baharu. Proses
perkahwinan campur antara etnik merupakan suatu contoh proses amalgamasi. Melalui perkahwinan
campur ini satu generasi baru atau budaya baru dilahirkan.

29
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

3. KONSEP PENYATUPADUAN

Penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada peringkat semua
lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-
menawar, perundingan dan mediasi. Shamsul Amri Baharuddin (2015) menjelaskan naratif masyarakat
Malaysia sebenamya berada dalam keadaan kesepaduan sosial. Selain itu, masyarakat juga perlu
berdepan dengan cabaran stable tension yang muncul apabila parti politik, organisasi bukan kerajaan atau
individü memainkan isu-isu sensitif seperti bahasa, agama, pendidikan vernakular, perlembagaan dan hak
yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan bumiputera, hubungan negeri dan persekutuan, spatial
antara bandar dan luar bandar dan sebagainya. Keadaan kesepaduan sosial yang masih belum mencapai
tahap perpaduan ini memerlukan mekanisme penyatupaduan sosial untuk memastikan hubungan
persaingan yang wujud dalam kalangan pelbagai kaum dapat hidup secara harmoni.

Usaha proses penyatupaduan oleh kerajaan apabila terbinanya satu model integrasi kesepaduan
nasional yang dinamakan sebagai Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas). Model ini menyenaraikan tiga
perkara utama sebagai asas dalam menentukan indeks perpaduan iaitu perpaaduan, kesepaduan dan
penyatupaduan. IPNas merupakan rujukan untuk mencipta usaha membina tapak integrasi dengan
menggunakan panduan Mengenalpasti Kategori Defisit Sosial untuk memperbaiki kekurangan tersebut.

Dalam mencapai perpaduan dalam kepelbagaian kaum, tidak dinafikan bahawa usaha-usaha
yang dilakukan oleh pihak kerajaan perlulah dilakukan secara berterusan. Segala bentuk permasalahan
yakni sosial defisit perlu dikenal pasti dan jalan penyelesaian haruslah dicari dan diterokai. Alat
penyatupaduan ialah satu formula dan usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk
menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar, perundingan
dan mediasi. Maksud mediasi di sini ialah satu langkah intervensi bagi menyelesaikan konflik dalam
masyarakat dengan melibatkan pihak ketiga yang bersifat neutral. Ketiga-tiga asas ini digunakan bagi
mencapai kata sepakat dalam mengatasi defisit sosial seperti bahasa, pendidikan, jurang generasi dan
beberapa lagi.

Tapak integrasi ini wujud dalam bentuk dasar, acara sukan, festival budaya, perayaan agama,
seni muzik dan budaya dan sebagainya. Pelbagai ruang dan peluang dicipta dan direka bagi membolehkan
tapak İntegrasi sentiasa ada dan muncul silih berganti. Tapak integrasi ini boleh dilihat dalam bentuk Atas
ke Bawah seperti kewujudan dasar-dasar pembangunan yang direka oleh pembuat dasar seperti
Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru dan aspirasi seperti Wawasan 2020 dan TN50. Tapak integrasi
juga boleh wujud dalam bentuk Bawah ke Atas seperti peranan NGO sebagai agen pemantauan
pelaksanaan program-program untuk kaum minoriti. Ianya juga boleh wujud dalam bentuk Inisiatif Akar
Umbi seperti pelaksanaan acara sukan dari inisiatif kelompok akar umbi tanpa penglibatan pemerintah
secara langsung.

30
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

TOPIK 5 :
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa asal usul sejarah
atau titik permulaan. lanya adalah hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin
melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahului peradaban
Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdłri daripada peradaban India, Cina
serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini akhirnya terus berkembang
dengan pengaruh oleh 'peradaban globalisasi' yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa
sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan


Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan negara bangsa, didahului oleh pembinaan
negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan
beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan pelbagai
inisiatif oleh pihak kerajaan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan bangsa. Oleh itu, pembinaan
bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini
telah wujud beberapa "Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina
peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

1. PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Sebelum kita mengecapi kemerdekaan dan era moden kini, adalah perlu untuk kita memahami
sejarah peradaban Alam Melayu terlebih dahulu. Ia telah wujud hasil keterlibatan masyarakat di pelbagai
rantau, antaranya ialah Nusantara yang melibatkan zaman prasejarah bermula empat dekad sebelum
masihi. Di zaman prasejarah ini belum wujud sebuah entiti politik atau sempadan negara bangsa yang
dikenali sebagai Tanah Melayu mahupun Malaysia. Namun ia telah pun mempunyai sebuah unit geografi
yang dikenali sebagai alam nusantara (Syed Hussein Ali, 2017). Sehubungan itu, dalam konteks binaan
bangsa Malaysia, adalah perlu untuk dalami perkembangan sejarah peradaban yang lalu bagi memahi
etos budaya rantau Melayu sebagai teras penting dalam pembinaan bangsa Malaysia. Rantau alam
Nusantara dalam catatan India disebut dalam bahasa Sanskrit sebagai Suvarnabhumi atau Tanah Emas
(Sailendra & Nath Sen, 1988). Perkembangan sejarah peradaban di Nusantara dan Malaysia moden ini
dapatlah dibahagikan kepada beberapa zaman sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

31
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Pertama : Zaman Prasejarah Kedua: Zaman Protosejarah


Zaman Paleolitik Kewujudan Kerajaan Purba/ Kerajaan Awal:
Zaman Mesolitik Langkasuka
Zaman Neolitik Kedah Tua
Zaman Logam/ Gangsa Besi Phang-Hang
Chih-Tu
Funan
Srivijaya

Ketiga : Zaman Pensejarahan Keempat: Zaman Pembentukan Negara Bangsa


Kerajaan Melayu di Alam Melayu Malayan Union 1946
Pattani Kemerdekaan 1957
Kelantan Persekutuan Malaysia 1963
Pahang Perpaduan - Penyatuan
Brunei Ke Arah Pembinaan Negara Bangsa Malaysia
Melaka
Aceh

(a) Peradaban Pribumi Alam Melayu

Amri Marzali (2017) menyatakan Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh
masyarakat yang berbudaya Melayu. Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik
manakala dari segi politik pada masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno. Tamadun
tersebut terus berkembang dan kini menjadi beberapa negara moden dan maju

Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan
Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa,
Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan juga bahagian kecil daripada
Kampuchea sehingga ke Vietnam). Mereka bertutur dalam keluarga bahasa Melayu-lndonesia. Ciri
seterusnya daripada tamadun Melayu, mereka beragama Islam. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua
franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan. Kesimpulannya tamadun Melayu
adalah tamadun yang dibina, dikembangkan dan dimiliki oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur
dalam keluarga bahasa Melayu, berkomunikasi antara sesama mereka dengan menggunakan bahasa
Melayu sebagai lingua franca.

Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, masyarakat dan budaya Melayu
telah mengalami perubahan khususnya terhadap pengembangan bahasa Melayu. Selain itu, fenomena
yang disebut sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan
strategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan dan pusat aktiviti keagamaan. Walau bagaimanapun,
interaksi yang berlaku adaiah sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan ini,
nemperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka bertakulah
penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya. Antaranya bahasa Inggeris, Arab,
India, Cina, Portugis, Belanda dan lain-lain.

(b) Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)

Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di Malaysia.
Hubungan antara pedagang India, Cina dan Timur Tengah sejak sekian lama telah membawa
kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan
yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat
diperkukuhkan setiap masa.

32
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara pesatnya pada kurun ke-18.
Kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk pekerja asing bagi
memenuhi keperluan ekonomi. Peradaban mereka merupakan waris peradaban asal mereka di negara
asal. Apabiia tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban
Barat dan Melayu.

Peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia masih tidak
banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan. Sebagai contoh adat resam, tabiat
pemakaian dan bahasa ibunda masih dikekalkan dari generasi ke genarasi. Dalam aspek keagamaan juga
demikian, walaupun terdapat dalam kalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama Islam, namun
bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehldupan mereka

(c) Peradaban Barat

Era penjajahan dan peradaban Barat di Tanah Melayu bermula apabila Melaka jatuh ke tangan
Portugis pada tahun 1511. Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oieh negara ini
tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan setiap kolonial dałarn negara khususnya
dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak masyarakat
kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak mendalam. Kedatangan orang
Eropah ke alam Melayu ini telah bermula selepas tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini, tetapi
masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di alam Melayu ini.

Semasa pemerintahan koionial Barat khususnya pemerintahan British, penyebaran agama Kristian
di Tanah Melayu pada zaman tersebut tidaklah begitu ketara. Beberapa kawasan penempatan awal British
dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Peradaban Barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai kedudukan
yang mempunyai prestij di Alam Melayu ini.

Di Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat Iebih kepada pengaruh bidang material
dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. la banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-
institusi sosial sahaja. Namun begitu, ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan. Antara
pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan
masyarakat majmuk, perubahan dari segi budaya, kemunculan bandar-bandar moden dan keperluan-
keperluan asas infrastruktur bandar seperti jalanraya, keretapi, telefon, telegraf, bekalan eletrik dan
bekalan air bersih. Ini semua dinikmati oleh masyarakat bukan Melayu yang tinggal di bandar-bandar
terutamanya para pegawai British dan peniaga Cina.

(d) Peradaban Globalisasi

Globalisali menurut Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia keiihatan kecil dari
segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. la juga merupakan
era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban yang merentasi benua dan
sempadan negara. Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam peibagai bidang kehidupan,
perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai
talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, WhatsApp dan lain-lain.

Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan
merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasukiah perkembangan bidang ilmu dan pemikiran.
Perkembangan peradaban giobal ini turut menjadi penyumbang kepada pembentukan peradaban majrnuk
di Malaysia. Chandra Muzaffar (1998) telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi iaitu:
i. Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di
sebilangan negara.
ii. Peningkatan mobiliti sosiai dan pengukuhan kelas menengah.
iii. Peluang yang Iebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan itrnu pengetahuan
impak daripada teknologi baru komunikasi dan teknologi maklumat.

33
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

iv. Komunikasi yang Iebih mudah dan juga murah.


v. Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama
untuk berinteraksi
vi. Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-
mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.
vii. Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam,
peraturan undang-undang dan hak asasi manusia.
viii. Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Namun disebalik kebaikan ini, ada juga keburukan kesan daripada globalisasi. Antara keburukan
globalisasi ialah:
i. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.
ii. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara
kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.
iii. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara.
iv. Kebanjiran maklumat yang tidak berguna.
v. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah dibendung.

Peradaban Beridentitikan Malaysia

Kemerdekaan Malaysia tanggal 31 Ogos 1957 merupakan asas kepada kemunculan peradaban
bangsa-negara. Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun merupakan satu jangka masa yang
panjang namun di sebaiik tempoh tersebut, negara didakwa masih gagal dalam menjayakan proses
pembentukan negara bangsa. Namun usaha ini perlu diteruskan sebagai meneruskan perjuangan tokoh
kemerdekaan negara untuk melihat bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang harmoni dan
damai sampai bila-bila. Jika usaha ini gagal, anak cucu kita tidak dapat mengecapi Iagi kehidupan yang
aman damai malah tidak mustahil mereka akan menjadi pelarían di negara orang. Pihak berwajib perlu
memainkan peranan mereka agar ruang-ruang memecahbelahkan keamanan negara bangsa dapat
dikawal dan akhirnya tidak merebak hingga bertaku rusuhan seperti yang telah berlaku ada 13 Mei 1969.

Pembinaan identiti negara bangsa sudah banyak diperkatakan dan telah dirungkai oleh para
pengkaji negara kerana ia merupakan sudut sisi yang penting dalam memahami negara bangsa yang
beridentitikan Malaysia. Dalam merangka, merancang dan memahami pembentukan identiti ini, wajar bagi
setiap warganegara untuk memahami dan mengenali negara bangsa yang beridentitilkan Malaysia melalui
kajian-kajian mereka yang pakar dalam perkara ini. Kajian ini adalah penting dalam usaha untuk mengkaji
pembentukan identiti pada masa kini sekaligus dapat membina satu identiti yang kukuh dan unggul pada
masa hadapan. Peradaban beridentitikan Malaysia mestilah suatu peradaban yang mempunyai identiti
kukuh sebagai seorang anggota masyarakat Malaysia yang bertunjangkan budaya, imej, bahasa dan
agama sebagai landasan utama dalam menjalani kehidupan mereka.

2. KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA

Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana Menteri ke-4, Tun Dr.
Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991. Takrif negara dan bangsa menurut Kamus
Dewan ialah frasa ‘negara’ merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan,
mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan manakala frasa 'bangsa' merujuk kepada
suatu kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya,
fahaman,agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep negara bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang
ideal yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa dengan satu identiti tersendiri.

34
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah negara yang mempunyai tanah air,
rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, perlembagaan dan perundangan yang luhur dengan
rakyatnya hidup besatu-padu tanpa wujud sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya,
wilayah dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum. Elemen
yang saling lengkap melengkapi ini akan mengesahkan Iagi sistem kuasa dan autoriti sesebuah negara.

Konsep Negara

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan
yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan
politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain. Manakala rakyat pula memiiíki taraf
kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara
kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbtr negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu
bangsa kepada sesebuah negara.

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan,
kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh sekumpulan
manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar. Secara ringkasnya, untuk
membentuk sebuah negara perlu rnempunyat elemen penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan.

Konsep Bangsa

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahlrnya seseorang individu seterusnya membentuk
satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang
sesebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah dan
keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Waiaupun pelbagai teori berkenaan
bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam
membentuk sesebuah bangsa. Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud
melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

Konsep Negara Dan Bangsa

Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh pengesahan politik; satu entiti
bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat; istilah negara bangsa menyepadukan negara dan
bangsa; dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-
unsur subjektif bersama; ia menandakan bahawa warganya telah bersedia berkongsi satu bahasa - satu
budaya - satu nilai - satu wawasan (Raja Nazrin shah, 2017).

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhl ciri-ciri negara dan
bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa adalah :
(a) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku pemisahan
ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang iain.
(b) Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simboi-simbol keutuhan seperti
bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan sebagainya
(c) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
(d) Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pernerintahan
dan undang-undang negara.

Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam usaha pembinaan negara bangsa,
dan bukannya pendekatan asimilasi seperti yang dilaksanakan di Indonesia. Cara integrasi yang dikenali
sebagai dasar Kesatuan dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity) menjadi pilihan kerana menjamin

35
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

keamanan dalam masyarakat majmuk, sebaliknya cara asimilasi lebih terdorong untuk 'memaksa'
penduduk minoriti untuk menyertai kumpulan majoriti dengan menghilangkan identiti etnik itu, dan cara ini
biasanya berakhir dengan kegagalan (Cheah, 2004).

Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap
sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya. Merujuk kepada
Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Usaha-usaha
secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya
menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran
pengenalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Wawasan yang
menekankan terhadap keperluan wujudnya bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang
lebih serius oleh pelbagai pihak. Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri harus
dilaksanakan melalui pelbagai saluran (Mohd Rodzi, 2009).

IDEA BANGSA MALAYSIA

Idea bangsa Malaysia bertitik tolak dari konsep bangsa idaman, ia bukan sesuatu yang baharu dalam
konteks Malaysia. Malah Shamsul Amri telah membahagikan konsep bangsa idaman ini dalam konteks
Malaysia:
1. Sebelum merdeka, melalui pergerakan nasionalisme yang berjuang dalam kerangka bangsa idaman
yang bersesuaian dengan agenda dan kepentingan ekonomi, politik, sosial dan budaya yang turut
berpaksikan kepada ideologi politik sama ada secara demokratik mahupun secara bersenjata.
2. Selepas merdeka, keinginan untuk mewujudkan persamaan identiti nasional. Contohnya konsep
bangsa idaman Malaysian Malaysia dan masyarakat majmuk pimpinan Melayu.
3. Bangsa idaman selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) bangsa Malaysia, Gagasan 1 Malaysia.
(Shamsul, 2019).

Menurut Abdul Rahman Embong (2000), "Ditinjau dari segi sejarah, bangsa Malaysia adalah satu
konsep baharu bagi rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila Malaya diisytiharkan merdeka pada 31
Ogos 1957, yang dilahirkan ialah sebuah negara, bukan bangsa. Begitu juga, apabila Malaysia terbentuk
pada tahun 1963, yang kita miliki hanyalah negara Malaysia, sedangkan bangsa Malaysia yang utuh dan
bersatu padu masih jauh daripada terwujud".

Dr. Mahathir telah mencetuskan kepentingan pembinaan bangsa Malaysia melalui Wawasan 2020
pada tahun 1991. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam gagasan tersebut dengan jelas meletakkan
matlamat berkenaan; "Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan persamaan
hak dan keadilan."

Manakala menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi (2007) dalam ucapannya sempena sambutan
kemerdekaan Malaysia yang ke-50; "Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha bersama. Negara
Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya
tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak
mengizinkan berlaku ketidakadilan dalam kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang
kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia dalah tempat
bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia, bumi dan langit Malaysia menjanjikan tapak kukuh dan
langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh muafakat."

36
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Najib Razak (2010): Gagasan 1 Malaysia, iaitu satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum yang berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Teras Kepada Pembinaan Bangsa Malaysia

Berikut adalah beberapa teras penting dalam pembinaan bangsa Malaysia:


1. Kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah peradaban dalam pembentuk etos nasional di
Malaysia.
2. Pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub setiap hak setiap warganegara
Malaysia. Berasaskan kontrak sosial yang berkaitan institusi raja berperlembagaan sebagai simbol
perpaduan, Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan hak Melayu
bumiputera Sabah dan Sarawak.
3. Toleransi dan keikhlasan setiap individu yang mengidentifikasikan dirinya sebagai warganegara
Malaysia.
4. Pendekatan integrasi dan inklusif dalam agenda pembangunan sosioekonomi negara yang holistik.

TOPIK 6 :
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Tiang Seri bermaksud tiang rumah yang mula-mula sekali
didirikan yang terletak di tengah rumah. Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai tiang seri kepada
etika dan peradaban di Malaysia kerana ia adalah dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan
dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Sifat Perlembagaan Persekutuan secara simboliknya adalah
sebagai “kontrak sosial” kerana terkandung di dalamnya pelbagai peruntukan yang memenuhi kepentingan
semua pihak dalam masyarakat Malaysia.

Perlembagaan merupakan dokumen bertulis yang mengandungi semua undang-undang tertinggi


yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya. Perlembagaan
menjadi sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan. Semua undang-undang lain tidak
boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan jika bertentangan,
maka undang-undang perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai sebagai undang-undang yang lebih
utama. Undang-undang perlembagaan dengan itu dapat membatalkan mana-mana undang-undang lain
yang bertentangan dengannya (Mohd Salleh 1984).

Perlembagaan lebih daripada apa-apa perkara yang hanya berkenaan dengan urusan kerajaan,
rangka-rangka demokrasi dan perlindungan akan hak-hak rakyatnya. Perlembagaan juga ialah sebuah
dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan
pertimbangan suasana muhibah, penerimaannya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya.
Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang-undang tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah
daripada sejarah, perkembangan dan tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai etnik.

Tiga badan pemerintahan negara iaitu badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat
kuasa daripada perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan
13 Jadual. Secara ringkas, Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif,
kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang
Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Perlembagaan adalah penting kerana kesemua

37
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

perkara dalam perlembagaan adalah sama dengan mana-mana perlembagaan di dunia. Namun,
Perlembagaan Persekutuan adalah unik kerana mengekalkan unsur-unsur tradisi seperti agama Islam,
bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan pemerintahan beraja.

Walaupun begitu, Perlembagaan sering ditafsir oleh pelbagai pihak mengikut kefahaman dan
kepentingan masing-masing sehingga mendatangkan cabaran, bahkan juga perbezaan dan
percanggahan.
Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia.
Walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu
etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara tersebut. Permuafakatan sosial yang dipersetujui
sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika
itu. Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan etnik.

1. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

British telah membentuk Perlembagaan Malayan Union setelah mengisytiharkan Malayan Union
pada 1 April 1946. Dalam perlembagaan tersebut, Malayan Union diperintah oleh Gabenor bagi
memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan
Sarawak. Sultan-sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Manakala majlis yang membincangkan hal
ehwal agama Islam akan dianggotai oleh sultan-sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya.
Perlembagaan Malayan Union juga memberikan hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu
menerusi prinsip jus soli yang bermaksud jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan
Union, seseorang itu berhak menerima kerakyatan dengan mudah. Dari segi pentadbiran, Gabenor
memerintah bersama-sama dengan Majlis Penasihat sehingga dua badan tetap, iaitu Majlis Perundangan
dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dapat ditubuhkan (Zainal Abidin 1979).

Bagaimanapun, hanya sebahagian daripada perlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan.


Malayan Union tidak dapat bertahan lama dan menjelang Februari 1948 ia dibubarkan kerana mendapat
tentangan daripada orang Melayu kerana sebab-sebab berikut:
(a) Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal
agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
(b) Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli.
(c) Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak
memiliki apa-apa keistimewaan.
(d) Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara
paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua, iaitu menandatangani persetujuan
Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan.

Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Menerusi konsep persekutuan
ini, kerajaan pusat berkuasa dalam semua perkara yang penting secara menyeluruh tetapi pada masa
yang sama ia mengekalkan autonomi negeri-negeri serta menghormati kebesaran, martabat dan bidang
kuasa Raja-raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah
diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 meliputi
sembilan negeri Melayu dan dua daripada tiga Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

38
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Singapura terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan. Perlembagaan baharu ini
telah memenuhi kehendak pihak yang terbabit dalam pertikaian tentang idea penubuhan Malayan Union.
Kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan, begitu juga dengan kedudukan istimewa orang Melayu
serta prinsip jus soli telah digugurkan. Pembentukan persekutuan merupakan satu kejayaan kepada orang
Melayu kerana mengiktiraf kedaulatan dan hak negeri-negeri yang dahulunya telah dihapuskan dalam
Malayan Union. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Mohd Aris 1983). Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu,
kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu mula terjalin. Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa
Perhubungan Kaum 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah
masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada
pelbagai etnik.

Pada 1 Januari 1956, satu rombongan telah berangkat ke London bagi membincangkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British. Wakil Raja Melayu terdiri daripada Dato’
Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz Othman, Dato’ Mohd Seth dan Dato’ Nik Ahmed Kamil. Manakala
wakil Parti Perikatan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Dr. Ismail, Tun H.S. Lee dan
Tun Abdul Razak Hussein. Di dalam rundingan tersebut, satu suruhanjaya bebas yang bernama
Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu yang bakal
merdeka. Keahliannya terdiri daripada Lord Reid dari Britain (Lord of Appeal in the Ordinary), Sir Ivor
Jennings juga dari Britain (Master of Trinity Hall, Cambridge), Sir William Mckell dari Australia (bekas
Gabenor Jeneral Australia), B. Malik dari

India (bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Allahabad) dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan (Hakim
Mahkamah Tinggi Pakistan Barat). Menyentuh mengenai keahlian Suruhanjaya ini, Perikatan bersetuju
dengan anggota-anggota Suruhanjaya yang akan dipilih oleh British sendiri tanpa melibatkan rakyat Tanah
Melayu bagi menentukan dan bertanggungjawab merangka perlembagaan. Hal ini disebabkan
perundingan yang dijalankan di London dianggotai oleh pegawai-pegawai British yang ramai, iaitu 35 orang
berbanding dengan wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu seramai lapan orang.

Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang hendak digubal perlu
mengambil kira perkara-perkara pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat,
pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak raja-raja Melayu, pengwujudan jawatan
ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong, pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta
hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain dan pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam
untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini juga mempunyai dua objektif dalam
menyediakan rangka perlembagaan yang baharu, iaitu sestilah ada peluang sepenuhnya untuk
pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik dan mestilah ada kemudahan
lengkap untuk membangunkan sumber negara dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Berdasarkan perkara tersebut, suruhanjaya ini juga meneliti kedudukan perlembagaan unit-unit
dalam Persekutuan, melawat negeri-negeri Melayu dan Negeri Selat, berjumpa Raja-raja, Menteri-menteri
Besar, Penasihat-penasihat British, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Residen serta pegawai-pegawai negeri dan
Negeri Selat. Suruhanjaya ini juga telah membuat pertemuan secara terbuka dan sering mengadakan
mesyuarat tidak rasmi. Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana Suruhanjaya
telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja parti politik tetapi juga orang ramai,
individu dan Raja-raja Melayu.

Hal ini menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mendapat persetujuan
dan pandangan majoriti rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan permuafakatan sosial (kontrak sosial), iaitu
orang Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan
negara. Dalam hal ini, Ahmad (1992) menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
digubal hasil daripada persetujuan bersama yang telah dicapai antara penduduk di Tanah Melayu daripada

39
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

kalangan etnik Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Tanah Melayu bukan sahaja merupakan dokumen
perundangan bahkan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Melalui permuafakatan sosial
ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam perlembagaan dan begitu juga tentang kedudukan agama
Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.

Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perikatan, Raja-raja Melayu dan kolonial British untuk
mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid tersebut bagi menyediakan Kertas Putih. Laporan tersebut
mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh
Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu pada Februari 1957.
Kertas Putih yang mengandungi pindaan ke atas Penyata Reid dan rangka perlembagaan yang disusun
oleh jawatankuasa itu telah diterbitkan pada 3 Julai 1957. Jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh
MacGillivray dan termasuk empat wakil dari Perikatan dan empat wakil dari Raja-raja Melayu. Wakil
Perikatan ialah Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong Yoke lin (MCA) dan V.T
Sambathan (MIC), manakala wakil Raja-raja Melayu ialah Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar
Raja-raja), Shamsudin Nain, Tunku Ismail Tunku Yahya dan Neil Lawson. Ahli lain ialah Ketua Setiausaha
Kerajaan, Sir David Watherston, Peguam Negara, T.V.A Brodie dan E.O laird yang bertindak sebagai
Setiausaha. Draf Perlembagaan Persekutuan diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperbaharui apabila Singapura,
Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu, lalu membentuk Malaysia pada 16 September
1963.

2. PERANAN DAN KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN

Perkataan tradisi mempunyai pelbagai makna. Namun pada amnya, tradisi bermakna pemindahan
dan kesinambungan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Perkara ini menggambarkan
bahawa tradisi mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman sesuatu bangsa dan masyarakat (Abdul Aziz
2002). Dalam konteks politik dan perlembagaan, yang dimaksudkan dengan sistem tradisi merujuk kepada
sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden, iaitu sebuah sistem yang keesahannya
bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya. Terdapat beberapa negara luar yang masih
menekankan kepentingan institusi tradisi sehingga kini. Selain menjadi faktor sejarah dan kesinambungan
sesuatu bangsa, institusi tradisi dapat menampung kekurangan yang sukar diatasi oleh sistem demokrasi.

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan
Persekutuan 1957. Unsur-unsur berkenaan berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan
yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-
faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Mohd Salleh 1984). Keadaan
ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948
dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Bagi rakyat
Malaysia, khususnya etnik Melayu, unsur-unsur ini penting kerana perkara ini menjadi identiti dan
kestabilan negara.

Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh etnik
Melayu dan bukan Melayu. Maknanya, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan
bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuhkan. Prasyarat ini menunjukkan bahawa
pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa
melibatkan konlik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. Disebabkan kepentingan unsur-unsur
tradisi yang mendasari perlembagaan tersebut, maka unsur-unsur ini boleh dianggap sebagai tiang seri
hubungan etnik di Malaysia.

40
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

(a) Kesultanan Atau Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak
berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan
dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnya sebelum
penjajahan British. Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945), sultan merupakan pemerintah yang
berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun berada dalam penjajahan
British. Pada masa yang sama, dalam beberapa perjanjian dengan British, sultan perlu menerima nasihat
daripada pegawai British yang dilantik sebagai Residen atau Penasihat British kecuali yang menyentuh
tentang agama Islam.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi
pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka dikehendaki
menerima nasihat daripada menteri dan bertindak menurut nasihat itu. Sebagai contoh, di peringkat pusat,
Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugasnya menurut nasihat Kabinet. Manakala di peringkat negeri
pula, raja hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mestilah dilantik, iaitu seorang sultan yang
dipilih daripada raja-raja dari sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan,
Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memerintah persekutuan dan baginda dikehendaki bertindak atas
nasihat Kabinet. Yang di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Perse kutuan
dan mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang telah disabitkan oleh
mahkamah tentera dan bagi kesalahankesalahan yang dilakukan di dalam wilayah persekutuan Kuala
Lumpur.

Institusi beraja yang wujud di Malaysia hari ini dilindungi oleh perlembagaan melalui Perkara 38(4)
iaitu tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan
keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan
Majlis Raja-Raja. Seterusnya, tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Hal ini
menunjukkan bahawa amat sukar memperoleh persetujuan seperti itu dan terlindung menurut
perlembagaan.

Selain daripada melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan, Yang di-Pertuan
Agong juga menjadi lambang perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Etnik
Melayu, Cina, India, bumiputra Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa lain menganggap baginda
sebagai pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik di Malaysia. Hal ini kerana di bawah
perlembagaan telah memperuntukkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab dan amanah Yang di-
Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
serta kepentingan sah kaum lain. Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dalam soal pindaan terhadap
peruntukan berkaitan dengan kewarganegaraan.

Institusi beraja juga bertanggungjawab menjaga agama Islam serta sebarang pindaan yang ingin
dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan raja-raja terlebih dahulu. Yang di-Pertuan Agong
juga merupakan lambang keadilan dan kesaksamaan kerana baginda yang melantik semua hakim
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan
Majlis Raja-Raja. Begitu juga perlu dirundingi mengenai pelantikan juruaudit negara, pengerusi dan ahli-
ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Jawatan-jawatan ini penting
dalam menjaga hak rakyat dengan sikap berkecuali iaitu tidak memihak kepada individu mahupun kerajaan
sendiri. Baginda juga boleh dianggap sebagai tonggak kehormatan kerana baginda diberi kuasa untuk
mengurniakan penghormatan, pingat dan bintang kepada pihak berkenaan yang telah memberikan
khidmat cemerlang kepada negara tanpa mengira batasan etnik.

41
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah unsur tradisi yang amat penting di Malaysia.
Mereka adalah harapan dan sebagai lambang perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang etnik kerana
mereka bukan dipilih secara politik dan terkecuali daripada sebarang pengaruh politik. Keadaan ini
membolehkan institusi beraja mempunyai potensi untuk memainkan peranan tanpa mengenakan syarat
seperti yang ditetapkan oleh parti politik. Setiap keputusan parti politik akan terikat dengan sentimen dan
pertimbangan kepartian. Yang di-Pertuan Agong ialah satu-satunya institusi perlembagaan yang bersifat
Melayu dan Islam serta amat penting kerana Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen tidak semestinya
dikuasai oleh etnik Melayu. Secara simboliknya, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai pemegang
autoriti dan kuasa yang diserahkan oleh negeri-negeri Melayu kepada pihak berkuasa pusat.

(b) Agama Islam


Perkara 3 dałam perlembagaan menyentuh secara khusus mengenai agama Islam. Pada masa
yang sama, Perkara 3 ini harus dibaca bersama dengan Perkara 8,12,121,150 dan kedudukan serta
peranan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Walaupun agama Islam diberikan
peruntukan khusus dałam perlembagaan, agama-agama lain tetap diberi perlindungan sewajarnya. Antara
perkara yang dapat dirumuskan berkenaan agama Islam mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan
ialah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, agama Islam berada di bawah bidang kerajaan
negeri, kebebasan beragama yang diamalkan di Malaysia dan pada masa yang sama menghalang
penyebaran agama lain kepada orang Islam.

Menurut Perkara 60, orang Melayu didefinisikan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur
bahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu. Oleh iłu, terdapat hubungan yang jelas di antara
Melayu dan Islam. Yang di-Pertuan Agong pula perlu dilantik daripada kalangan raja di negeri-negeri
Melayu. Malah, setiap Perlembagaan Negeri pula mensyaratkan seorang raja iłu mestilah berbangsa
Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja. Perkara 3 (3) meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai
ketua agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan yang
tidak mempunyai raja. Sementara iłu, Raja atau Sultan pula berperanan sebagai ketua agama Islam bagi
negeri masing-masing.

(c) Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara 152, iaitu memperuntukkan
bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan
seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain kecuali bagi maksud rasmi. Bahasa kebangsaan
diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi
menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa
Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan Perkara 150(6A) dengan terang menyatakan bahawa hal-hal yang berhubung dengan
bahasa Melayu, walaupun dalam keadaan darurat adalah dilindungi oleh perlembagaan. Perkara 150(6A)
ini penting kerana secara umumnya perisytiharan darurat mempunyai kesan menggantung sebahagian
besar peruntukan perlembagaan. Dengan kata lain, perkara berkenaan menyebut pengecualian terhadap
bahasa Melayu kepada kuasa darurat yang luas itu (Abdul Aziz 2005). Kedudukan bahasa Melayu
semakin jelas dalam perlembagaan melalui Perkara 10 (4) yang menjadikan bahasa Melayu adalah antara
perkara sensitif yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan keselamatan dan
ketenteraman awam. Kedudukan ini juga begitu kukuh kerana tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak
mendapat sokongan 2/3 dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 159 (5).

Begitu juga dengan kedudukan sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan baik kerajaan
persekutuan mahupun kerajaan negeri dan termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa awam,
hendaklah menggunakan bahasa Melayu kecuali atas beberapa perkara yang dibenarkan oleh undang-
undang seperti yang termaktub dalam Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan. Antara pengecualian tersebut
adalah bagi tujuan hubungan diplomatik dan latihan yang dijalankan oleh pakarpakar asing. Seterusnya,
perkara ini ditambah lagi dengan peruntukan di bawah Perkara 160(B) yang menjelaskan bahawa jika

42
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

perlembagaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan jika terdapat percanggahan teks
terjemahan dengan teks dalam bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks
bahasa Inggeris.

Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga tidak menjejaskan
penggunaan bahasa ibunda kaum lain malah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sejarah
mencatatkan, sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi
seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,
Jabatan Polis dan sebagainya bagi memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri
daripada pelbagai kaum (Mohd Salleh 1984). Kedudukannya diperkuatkan lagi oleh hakikat bahawa
bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi apabila Johor menerima Penasihat Inggeris pada 1914.

Pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan Kumpulan I perlu mempelajari bahasa
Melayu, mengambil ujian bahasa Melayu dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di Persekutuan
Tanah Melayu pada ketika itu (Mohamed Suian 1987).
Keadaan ini menunjukkan bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa perantaraan rasmi walaupun
pada zaman penjajahan British. Perkara ini telah diiktiraf oleh Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan
Persekutuan, 10 Julai 1957 yang mengatakan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan
berpandangan luas bagi memastikan bahasa Melayu dijadikan alat perpaduan.

Tujuan utama di sebalik menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk
memenuhi keperluan bagi menyatupadukan pelbagai etnik melalui penggunaan satu bahasa yang sama,
iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantara negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi. Hal ini disebabkan semasa perlembagaan digubal, para pemimpin terdahulu telah
memutuskan bahawa sebuah negeri yang merdeka tidak dapat terus menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi jika hendak menyatupadukan penduduknya yang bersifat pelbagai etnik.

(d) Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi
juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadual 13 seperti yang terkandung di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Jika merujuk takrif Melayu, maknanya sangat luas dan jika diambil dalam
pengertian sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu.
Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa dan loghat, namun ahli-ahli bahasa dan budaya
menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan Melayu (Syed Husin 2008).

Jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrikan dalam Perkara 160(2)
sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat
istiadat Melayu, dan:
(a) Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di
Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di
Singapura atau
(b) Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan disentuh dalam perkara


berikut:
Pertama, Perkara 153. Perkara ini menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan
Agong untuk menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain. Kedua,
Perkara 89, yang menyentuh tentang tanah rizab Melayu. Ketiga, Perkara 90 pula menyentuh mengenai
pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta
undang-undang yang ada di Terengganu mengenai tanah pegangan orang Melayu. Keempat, Perkara 8
(5)(f) pula menjelaskan bahawa kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu di-Raja hanya

43
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

diperuntukkan kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka
kepada semua etnik di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan. Kelima, Jadual 13 dalam perlembagaan
menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip yang perlu dipatuhi sebelum penentuan atau penyemakan
semula sempadan pilihan raya dibuat.

PERANAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI ETIKA DAN PERADABAN DU MALAYSIA

1. Mengikat masyarakat untuk merujuk pada satu undang yang sama untuk sesuatu masalah supaya
tidak bercanggah antara satu sama lain.

 Fasal 152 Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963
disebutkan bahawa Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti
yang diperuntukkan oleh Parlimen.
 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi
Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan”.
 Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak
menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasa (4), mengembangkan
ugamanya”.

2. Menjamin kestabilan politik dan sustem pentadbiran negara

 Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan
badan yang dipanggil MKN membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan kawasan keselamatan,
menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawsan keselamatan dan perkara-
perkara berkaitan. Akta ini nampak berkesan ketika pengurusan kes penularan Covid-19 di
Malaysia.

3. Menjamin Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat

 Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukan
Akta Hasutan dan beberapa akta lain. Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat dibenarkan
untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing namun ia masih di bawah undang-
undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian
masyarakat, seseorang masih boleh diambil tindakan.

4. Melindungi kepentingan semua kaum dengan jaminan keadilan sosial antara kaum.

 Contohnya Perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang
memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara ini, disebut bahawa mana-mana perbuatan
atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan
permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin
menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk
memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras
dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 9 (Larangan Buang Negeri
dan Kebebasan Bergerak) Perkara 10 (Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan) atau
Perkara 13 (Hak Terhadap Harta)

44
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

TOPIK 7 :
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) PENGGERAK KESEPADUAN DI MALAYSIA

Teknologi ialah suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya dari masa ke
semasa. Seterusnya maklumat bermaksud data yang tersusun dan komunikasi ialah proses saling
menghantar dan menerima maklumat dari satu pihak ke pihak yang Iain. Teknologi maklumat merujuk
kepada perkembangan teknologi memproses data menjadi maklumat menggunakan komputer, disimpan
dan boleh diguna semula apabila diperlukan untuk sesuatu tujuan. Sebelum ini, maklumat dikongsikan
melalui sistem rangkaian komputer sahaja. Kemudiannya, teknologi komunikasi diperkenalkan bagi
memajukan sistem komunikasi analog kepada digital sehingga membolehkan data, maklumat dan suara
digerakkan melalui jaringan komunikasi berasaskan talian telefon, fiber optik dan satelit.

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan suatu alat perkongsian maklumat yang
berpotensi untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan, ekonomi, politik dan juga sosial, sama ada
digunakan secara formal ataupun tidak formal. Ianya melangkaui batas umur, etnik, gender sama ada
lelaki atau perempuan, orang kurang upaya, muda atau tua, bangsa tanpa ada sempadan masa.
Kemajuan (TMK) berkembang dengan begitu cepat. Perkembangan kemajuan TMK ini sangat memberi
kemudahan kepada manusia. Namun begitu terdapat juga kesan negatif kepada pengguna. Hal ini
bergantung kepada pengguna untuk menggunakan TMK sama ada untuk urusan yang boleh memberi
manfaat atau memberi mudarat. Dalam kontek hubungan antara manusia, TMK tidak boleh dipisahkan.
Boleh dikatakan pada masa ini setiap orang menggunakan TMK bagi berinteraksi dengan orang Iain sama
ada untuk urusan peribadi atau rasmi, perseorangan atau berkumpulan dan jarak jauh atau dekat.

45
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Kebergantungan manusia dengan TMK menunjukkan ia adalah salah satu alat untuk berinteraksi dan
berhubung, seterusnya dapat merapatkan hubungan.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini telah digunakan dalam pelbagai lapangan keilmuan.
Keadaan ini kerana TMK bersifat fleksibel dan mudah suai dengan semua bidang. TMK meliputi semua
teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah alih komputer
dan internet. Selain daripada penyampaian maklumat, TMK juga turut bertindak sebagai teknologi
komunikasi sama ada jarak dekat atau jauh. Secara mudah, TMK mesti bersifat penggunaan teknologi
untuk menyampaikan maklumat dan melibatkan komunikasi antara dua pihak

Dalam konteks kesepaduan nasional di Malaysia, TMK sangat besar peranannya. TMK
berperanan penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan erat dan mengekalkan keamanan yang
berterusan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. TMK memainkan peranan yang penting dalam
revolusi industri 4.0, dengan memperkenalkan pelbagai media seperti saluran maklumat melalui media
sosial Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Telegram, Zooms dan Iain-lain. Semua alat ini boleh
menjadi medium utama dalam mengukuhkan kesepaduan nasional.

Pemantapan kesepaduan nasional berpaksikan etika dan peradaban Malaysia perlu seiring
dengan perkembangan teknologi terkini, khususnya TMK. TMK berperanan penting dalam usaha
memupuk semangat perpaduan erat dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Ia merupakan tapak digital yang memberi ruang kepada masyarakat berinteraksi
dan membina jaringan sosial. Aplikasi digital seperti WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram
dan Zooms contohnya telah menjadi latar hidup masyarakat generasi semasa.

Selain menjadi pemangkin sistem komunikasi, wujud juga isu-isu defisit sosial yang sering
dibahaskan dalam pelbagai ruang sehingga ke dalam ruang digital. Secara fenomenologinya, ekoran tiada
institusi sejagat yang mengawal perkembangan ini, ICT boleh menjadi alat dan sistem komunikasi yang
merapatkan (positif) dan juga menjarakkan hubungan sosial (negatif). Isu berleluasanya berita palsu dan
ucapan kebencian melalui tapak digital, sangat dibimbangi oleh kerajaan dan orang awam. Kini, persoalan
yang perlu dijawab ialah bagaimana kesepaduan nasional di Malaysia mampu dikukuhkan dengan
penghayatan etika dalam penggunaan ICT?

1. EVOLUSI DAN PENGGLOBALAN TEKNOLOGI

Evolusi dan perubahan teknologi akan terus meningkat dan berkembang dari satu masa ke satu
masa yang lain. Umumnya, teknologi sentiasa berevolusi hasil daripada kreativiti dan pengetahuan
manusia yang sentiasa ingin mencipta sesuatu yang baharu. Manusia perlu bersikap terbuka dan mengikut
arus kemajuan teknologi supaya tidak ketinggalan. Ilmu berkaitan teknologi perlu dititikberatkan dan
dikuasai bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran bagi mengikut arus pengglobalan teknologi.
Globalisasi merupakan zaman yang penuh dengan cabaran kerana semua maklumat diperolehi dengan
cepat dan tanpa ada sekatan geografi. Pada hari ini ramai manusİa memperkatakan tentang globalisasi
dan mereka memberi pelbagai tafsiran tentangnya sama ada positif mahupun negatif. Oleh itu, manusia
perlu menggunakan akal yang waras yang berpaksikan ajaran agama bagi menilai sesuatu maklumat dan
bahan yang diperolehi me!alui teknologi. Pada hakikikatnya pengglobalan teknologi sangat memberi
mantaat kepada manusia bagi memudahkan sesuatu urusan dan pekerjaan, contohnya dalam bidang
pertanian, pemakanan, pembinaan, pengangkutan, teknologı maklumat, kewangan, perindustrian,
perhotelan, komunikasi dan sebagainya

Istilah teknologi maklumat muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri
bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga
bidang-bidang teknologi yang Iain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi
membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersial
yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro
Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan
komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Perancangan pengembangan teknologi di Malaysia sudah

46
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

dirangka pada zaman Tun Razak sebagai Perdana Menteri Iagi. la boleh dibuktikan pada kandungan
bahagian pertama Rukun Negara yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada Hari Kemerdekaan
(31 Ogos 1970) yang ke-13. Penggunaan teknologi direkod dan dimaktub sebagai objektif ke-5 dalam
Rukun Negara iaitu: "Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden".

Di Malaysia, perkembangan teknologi maklumat bermula pada tahun 1983 apabila jurutera dan
ahli akedamik Malaysia iaitu Dr. Mohamed Awang Lah memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia
dengan dunia menerusi Internet di makmal Universiti Malaya. Beliau telah membuat hubungan Internet
yang sama di akhir tahun 1984 ketika beliau ditempatkan di MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic
System). Penubuhan MIMOS oleh kerajaan menyediakan peluang kepada warga Malaysia yang cerdik IT
untuk menghasilkan hubungan Internet yang lebih baik. Pada tahun 1989, Rangkaian Komputer Malaysia
(RangKoM) dengan kernudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan oleh Dr. Mohamed Awang-
Lah. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. lanya terus
berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM
ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian
sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia
juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian
komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya. Berdasarkan kepada pengalaman ini,
program JARING (Joint Advanced Integrated Networking) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang
bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh.
Secara praktikya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan dalam projek
JARING.

Perlu dihayati bahawa kepimpinan negara mementingkan kemahiran dalam teknologi maklumat
dan komunikasi sebagai bahantara dalam mewujudkan masyarakat berasaskan pengetahuan.
Pertumbuhan bilangan hos Internet di Malaysia telah bermula sekitar tahun 1996. Syarikat carian dan
portal web pertama (Cari Internet) juga ditubuhkan pada tahun itu. ICT telah menjadi tumpuan kerajaan
dalam era globalisasi dan pengetahuan baharu. Kepimpinan kerajaan seterusnya menjadikan Koridor Raya
Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) pada tahun 1996 sebagai ejen dan bahantara utama
untuk mencapai Wawasan 2020. MSC, berobjektifkan membina Malaysia memiliki persekitaran teknologi
terkemuka di dunia untuk memudahkan kemajuan negara dengan memperkasakan masyarakat dengan
pengetahuan dan menarik syarikat-syarikat terkemuka bertaraf dunia melakukan pelaburan di Malaysia
(Multimedia Super Corridor, 2003).

Rangkaian atau jaringan komputer yang tercipta inilah yang membolehkan berlakunya interaksi
dan perkongsian maklumat di antara penggunanya (Schneider & Evans, 2002). Struktur Internet pula terdiri
daripada talian telefon, kabel, gentian optik, dan alat komunikasi lain yang saling bersambung di antara
satu sama lain merentasi kawasan terpencil, negara, malahan benua (Mohd Juzaiddin Abd. Aziz et al.,
2003). Apps transaksi dan komunikasi berasaskan platform Internet dan digital muncul dalam peranti smart
phone sebagai pengantara teknologi maklumat dan komunikasi terkini. Kini, terknologi digital berasaskan
kecerdasan buatan (Artificial Intelligence (AI)) dan Internet benda (Internet of Things (IOT)) turut
berkembang pesat seiring dengan keperluan pengguna dan perkembangan revolusi industri 4.0.

Evolusi dan pengglobalan teknologi telah memberi banyak manfaat dalam kehidupan manusia.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga wujud situasi penyalahgunaan teknologi oleh pengguna yang
memudaratkan, sehingga mencetuskan kejatuhan ekonomi dunia dan lain-lain Iagi. Teknologi secara
khususnya tidak boleh disalahkan. Sebaliknya, manusia sebagai penghasil dan pengguna teknologi perlu
bertanggungjawab sepenuhnya. Pembinaan kesepaduan nasional yang sekali gus mewujudkan peradaban
majmuk Malaysia sangat dipengaruhi' oléh perkembangan teknologi semasa. ICT sebagai tapak digital
yang wujud dalam bentuk Intemet, aplikasi digital, Facebook, Instagram dan berbagai-bagai Iagi. Manusia
kini menggunakan pelbagai apps dan group media sosial untuk menjalani suatu bentuk kehidupan baharu.

2. KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN TEKNOLOGI

47
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Manusia telah berinteraksi dengan alat ataupun teknologi sejak zaman purbakala lagi. Dunia masa
kini menyaksikan perubahan dan perkembangan sumber teknologi moden. Pelbagai bentuk inovasi dan
ciptaan berteknologi tinggi dihasilkan sehingga memberi impak kepada kepesatan pembangunan teknologi
canggih yang membawa dunia ke alaf baru. Kepesatan perkembangan teknologi moden ini telah memberi
kesan yang amat besar dan mengubah landskap kehidupan manusia sejagat tanpa mengira peringkat
usia. Manusia dengan teknologi tidak boleh dipisahkan kerana banyak manfaat yang diperolehi melalui
teknologi, termasuk dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Secara disedari, TMK adalah konsep bersifat maya yang tidak dapat dilihat. Perkara yang dapat
dilihat secara mata kasar hanyalah alat teknologi seperti komputer, sistem wayar yang saling berhubung
dan sistem komunikasi berperantara teknologi melibatkan telefon, wayar, menara telekomunikasi dan
satelit atau alat pemancar gelombang. Dalam konteks sains sosial, kesemua ini dilihat sebagai alat yang
membantu, memudah dan mempercepatkan pemprosesan dan penghantaran maklumat. Ia menjadi alat
yang menentukan kesempumaan sistem sosial kini. Dengan teknologi ini, banyak penerokaan informasi,
ilmu pengetahuan dan hiburan diperolehi termasuk dalam medium media sosial. Manusia dapat
menjalankan tugas dengan Iebih cepat, mudah dan murah.

Sehubungan itu, manusia perlu bijak menggunakan teknologi yang ada untuk tujuan kebaikan dan
kemaslahatan serta kesejahteraan manusia. Teknologi adalah sebagai alat untuk mencapai kemodenan
dan kemajuan sesebuah tamadun. Manusia adalah sebagai pengawal atau pengguna kepada teknologi.
Oleh itu, jika teknologi dapat diguna dan diuruskan dengan baik dan betul maka hasil matlamat yang
ditetapkan akan berjaya. Sekiranya, teknologi disalahgunakan, matlamat tidak tercapai dan membawa
kerosakan kepada manusia.

Kegagalan manusia menguruskan dan menggunakan teknologi akan menurunkan nilai hubungan
mesra sesama anggota dalam masyarakat, mengurang rasa akrab dalam keluarga, menyebabkan rasa
sunyi dan keseorangan serta bermacam nilai negatif Iain. Aktiviti-aktiviti sosial dalam masyarakat turut
berubah dengan hadirnya teknologi maklumat. Ada di kalangan mereka Iebih suka berada di dalam rumah
dan tidak menghadiri program sosial seperti gotong royong, ceramah, majlis ilmu dan sebagainya. Mereka
Iebih gemar melayari internet untuk mengikuti ceramah dan majlis ilmu dan sebagainya. Secara amnya,
semakin banyak masa digunakan bagi melayari internet di rumah semakin berkurangan masa yang
diluangkan untuk rakan, keiuarga dan masyarakat. Begitulah juga apabila Internet dilayari semasa cuti
hujung minggu sangat berkaitan dengan merosotnya masa berinteraksi dan bersosial.

Namun begitu, penggunaan teknologi juga boleh memberi kesan positif dalam komunikasi antara
rakan, ahli keluarga dan masyarakat. Dengan kehadiran teknologi, dapat mengaktifkan perhubungan
dalam kalangan ahli keluarga, rakan dan masyarakat. Selain itu, teknologi dimanfaatkan untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti sosial di kalangan masyarakat seperti kutipan sumbangan, kempen-kempen
keselamatan dan sebagainya. Terpulang kepada manusia untuk menggunakan kemajuan teknologi sedia
ada untuk menyeimbangkan keperluan individu dan sosial. Manusia yang diberikan akal untuk membuat
pertimbangan secara rasional dan waras bagi menggunakan teknologi sejajar dengan keperluan jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.

Penggunaan media sosial secara berterusan dan tanpa sempadan menjadi polemik kepada
sistem nilai kini. Ia bukanlah suatu yang bersifat negatif atau terlalu positif nilainya. Sebaliknya, ia adalah
alat untuk membina rantaian yang mempunyai akibat positif dan negatif bergantung kepada cara
penggunaan dan niat penggunanya. Media sosial adalah pedang bermata dua yang tajam.
Penggunaannya dapat dilihat dalam analogi pisau yang dapat menjadi alat untuk memotong makanan
(kebaikan), namun dalam masa yang sama juga dapat digunakan untuk melakukan kejahatan.

3. ETIKA DAN PERADABAN DALAM PENGGUNAAN ICT

Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) adalah satu medium untuk menyampaikan mesej
kepada orang ramai. Oleh itu, pengguna pertu menjaga adab dan peraturan dalam menyampaikan
maklumat supaya maklumat tersebut benar dan berkesan. Dewasa ini ramai yang telah menyalahgunakan

48
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

TMK sehingga memberi kesan buruk kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Peraturan dan
undang-undang perlu dikuatkuasakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Sebagai
pengguna yang bijak dan beretika perlu menjaga tatasusila penggunaan TMK.

Pelbagai halaman sesawang terdapat di dalam talian internet. Oleh itu pengguna perlu bijak
memilih halaman yang dapat memberi manfaat serta menghindari daripada terjerumus kepada halaman
sesawang yang merosakkan. Di antara halaman yang boleh dilayari, dilanggan dan diguna adalah
berbentuk akademik dan pengetahuan. Halaman yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan dan yang
boleh menimbulkan atau membawa kepada keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian adalah tidak
dibenarkan sama sekali.

Isu penyalahgunaan internet sangat membimbangkan pada masa sekarang. Ramai yang
menjadikan istilah 'dunia tanpa sempadan' sebagai tempat untuk membuat kerosakan dan kemudaratan
kepada orang lain. Oleh itu, pengguna dilarang mengganggu atau menceroboh halaman web mana-mana
jabatan, organisasi atau negara secara tidak sah. Di samping itu, pengguna dilarang memasuki, menyalin,
plagiat, mencetak dan menyebarkan maklumat daripada internet yang menyalahi undang-undang negara.

Semasa pengguna berkongsi maklumat di media sosial, masalah etika dan integriti harus menjadi
perhatian utama. Apabila pengguna ingin berkongsi sebarang maklumat, maka perlulah memeriksa dan
menyelidiki terlebih dahulu sesuatu isu itu. Ini dibimbangi sekiranya maklumat itu palsu dan boleh
membahayakan individu yang lain. Seseorang mungkin mengatakan bahawa mereka boleh memadamkan
mesej di media sosial pada zaman sekarang. Namun setelah mesej disiarkan, untuk memadamkannya
semula sudah terlambat dan kerosakan mungkin terah dilakukan seperti kata pepatah: sesál dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Akibatnya mungkin melibatkan pihak lain, termasuk keluarga, rakan, rakan sekerja dan juga pihak
berkuasa, terutama jika komen anda atau apa yang anda kongsikan merosakkan reputasi orang lain.
Masih terdapat pengguna media sosial di luar sana yang berpendapat bahawa mereka tidak dapat
dikesan. Tetapi teknologi yang sama yang membolehkan anda tidak dikenali juga memudahkan anda
dikesan. Kini, pelbagai unsur etika dan peradaban ICT boleh ditemui dalam Internet. Namun apa yang
penting yang perlu diketahui ialah bagaimana masyarakat menterjemah ICT sebagai penghayatan dalam
kehidupan seharian.

Para pengguna TMK perlu mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak kerajaan. Pelbagai peraturan boleh ditemui dalam menggunakan komputer, Internet dan media
sosiaL. Peraturan itu diadakan bersekali dengan ada teknologi tersebut oleh pembinanya. Di antara
peraturan dan perundangan yang terpakai kepada pengguna ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;
Akta Rahsia Rasmi 1972; Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; Tatasusila
Profesion Perguruan, Malaysia; Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan sebagainya.

Isunya kini, bagaimanakah masyarakat patut menterjemah ICT sebagai suatu perkara sahaja
dalam pelbagai perkara lain berkaitan kehidupan mereka? Atau dalam maksud lain, bagaimana usaha
menghidupkan komunikasi maya tersebut sebagai alat komunikasi nyata yang boleh dínilai hukum secara
lapangan nyata. Untuk mencapai maksud itu, masyarakat perlu sedar bahawa apabila mereka berinteraksi
melalui ICT sama ada secara forrnal atau tidak formal, mereka perlu mengambil kira empat peraturan:

(a) Komunikasi sesama manusia. Hakikatnya komunikasi yang dilaksanakan adalah 100% melibatkan
hubungan manusia dengan manusia, walaupun sebahagiannya berhubungan dengan perisian dan sistem.
(b) Mengikuti piawai kelakuan online seperti yang diikuti dalam kehidupan sebenar. Walaupun dunia
komunikasi ini bersifat maya, ia adalah sistem yang sama dalam dunia nyata.
(c) Ketahui di mana anda sebagai pengguna berada di dunia siber. Hormati ruang maya komunikasi,
contohnya dalam ruang rakan sekerja mungkin berbeza gaya bahasa dan budi bicara berbanding ruang
keluarga.

49
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

(d) Hormati masa dan privasi orang lain. Masa setiap individu amat berharga. Pengurusan masa perlu
dimanfaatkan sepenuhnya. Justeru, perkongsian bahan yang tidak bermanfaat dan kurang nilai etika dan
estetika akan membazirkan ruang masa pembaca dan ahli berkomunikasi.

4. ICT SEBAGAI TAPAK PENGUKUHAN KESEPADUAN NASIONAL

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berperanan penting dalam usaha memupuk semangat
perpaduan dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan masyarakat. Media cetak, media
elektronik atau media digital serta media dalam talian banyak menyumbang dan memberi kesan positif
dalam menjaga hubungan dan perpaduan masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan
dunia teknologi maya seperti whatsapp, instagram, twitter, facebook, telegram dan sebagainya. Teknologi
maya ini telah menjadi salah satu keperluan masyarakat pada hari ini. Mereka dapat berinteraksi dalam
internet walau pun berada jauh. Perkembangan teknologi maya ini dapat mengeratkan hubungan terutama
mereka yang berada di luar negara. Mereka dapat bertanya khabar melalui jaringan sosial yang cepat,
murah dan mudah.

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) berperanan penting dalam usaha mewujudkan
hubungan yang baik dalam kalangan masyarakat dan salam satu wadah ajen sosial kepada masyarakat.
Selain sebagai alat menyebarkan maklumat, ia juga secara langsung menjaiinkan hubungan yang harmoni
dalam kalangan keluarga dan masyarakat. Kepentingan TMK juga tidak dinafikan mempercepatkan dan
mengukuhkan hubungan antarabangsa di mana dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan
kewujudannya yang membolehkan manusia dapat berkomunikasi di seiuruh dunia. Perkara ini ternyata
sekali mengukuhkan ungkapan dunia tanpa sempadan. Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja
sama ada di laman sembang, e-mel, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), Skype dan sebagainya.

ICT amat perlu dipelajari dan dipupuk sebagai agen kesepaduan sosial. ICT perlu dipelajari dan
dikuasai supaya ia menjadi agen kesepaduan sosial dalam budaya kehidupan moden ini. Masyarakat
pengguna perlu mendidik diri mereka, keluarga dan komuniti mengenai cara mengguna dan mengurus ICT
bagi mengukuhkan kesepaduan sosial masyarakat Malaysia. Budaya berprestasi tinggi perlu dihidupkan,
sama ada daripada sudut akhlak dan tatacara bertutur, berkongsi, menampil diri, berhujah dan menyantuni
orang lain, walaupun sewaktu tidak dapat dilihat secara nyata oleh orang lain. Begitu juga, perlu dijaga
adab, adat dan etika walaupun tindakan atas kesalahan daripadanya belum dibuat terhadap diri manusia
lain. Sebagai contohnya dalam melakukan aktiviti berikut:

(a) Pertuturan: Perlu menggunakan bahasa yang formal, jelas dan teratur. Walaupun berkomunikasi
dengan rakan rapat, kerana ia boleh menambahkan kemesraan.
(b) Perkongsian: Perlu dilakukan mengambil kira implikasi perundangan supaya apa yang dikongsi itu
boleh dipertanggungiawabkan.
(c) Pendekatan nasihat: Perlu berhikmah dan bertatasusila supaya ia boleh memberi kesan positif kepada
si penerima dan sekaligus nasihat yang disampaikan berkesan.
(d) Adat berdebat: Perlu berasaskan kepada fakta dan solusi yang jelas supaya suasana perdebatan dan
diskusi berlaku secara harmoni dan berhemah, serta mencapai kata sepakat yang baik.
(e) Penampilan diri: Perlukan kekemasan dan keteraturan supaya memenuhi tuntutan moral, nilai sejagat
dan hukum beragama.
(f) Tatacara meletakkan gambar: Perlu memastikan gambar bersifat komersial dan sejagat supaya ia
memenuhi tuntutan pengguna yang memuat naik dan memuat turun gambar tersebut. Maksud yang jahat
akan membawa implikasi yang negatif dan buruk.
(g) Kaedah berbudi: Perlu jelas maksud dan tujuan murni tersebut supaya penerima akan menghargai
respon yang diberikan oleh pengirim dan suasana tersebut pastinya mengharmonikan kehidupan sejagat.
(h) Menghormati orang tua dan menyayangi orang muda: Etika hidup sebegini perlu berlaku secara nyata
dan maya dengan jelas kebaikannya. la pastinya menjadi teladan yang baik dan merapatkan hubungan
manusia.
(i) Menyantuni etnik berbeza: Perlu menjaga sensitiviti antara sesama manusia. Pastikan tidak wujudnya
ketegangan yang menyusahkan dan merimaskan semua orang. Sebetulnya tiada pihak yang menang
sekiranya sentimen perkauman ditimbulkan.

50
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

(j) Mengurus privasi diri: Secara fitrahnya semua manusia perlu dihorrnati dan dihargai, baik dalam bentuk
zahir mahupun secara maya. Túntutan kemanusiaan ini akan meninggikan martabat individu yang
memperjuangkan privasi diri dan kalangan mereka.

5. ISU SEMASA ICT

Perkembangan teknologi hari ini semakin mendedahkan kecanggihannya. Teknologi baharu


dicipta bagi memenuhi keperluan kehidupan masyarakat yang semakin berminat untuk bersaing dengan
menggunakan alat canggih itu bagi mendapatkan berita dan maklumat mengenai pelbagai isu di sekeliling
mereka. Media sosial muncul antara platform paling popular. Ciri-ciri interaktif media sosial yang unik dan
meluas membolehkan setiap orang tidak hanya terhad berkongsi maklumat melalui teks, tetapi mereka
boleh mengakses serta memuat turun video, foto, audio dan permainan. Secara tidak langsung, ia
mengubah cara hidup, keperibadian dan identiti manusia. Mengikut Kajian Pengguna Internet oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM, 2019), peratusan pengguna Internet di
Malaysia semakin meningkat. Peningkatan penggunaan Intemet turut menyumbang kepada pelbagai isu
yang timbul ekoran kepincangan pengurusan ICT. Antara impak negatif paling ketara berkaitan isu berikut
ialah:

(a) Keruntuhan akhlak

Keruntuhan akhlak boleh dilihat dalam pelbagai sudut, seperti isu pornografi, buli siber, ketagihan
permainan video dan vandalisme. Banyak kes jenayah berkaitan perkara tersebut. la bukan sahaja
terkesan kepada golongan muda, bahkan gologan tua dan kanak-kanak. Antara aktiviti keruntuhan moral
lain seperti isu hate speech, hate crime dan pembaziran masa yang amat ketara dengan alatan (gadget).
Implikasi lain seperti dalam isu technostress dan technophobia. Technostress merupakan keadaan yang
menyebabkan seseorang berasa tidak selesa dengan perkembangan teknologi. la juga berlaku disebabkan
oleh ketidakmampuan untuk mengadaptasi dengan revolusi teknologi, dan ia memberi kesan kepada
aspek fizikal dan mental (Suryanto & Twista, 2017). Manakala technophobia juga berkaitan dengan
ketakutan yang tidak forrnal dengan perubahan teknologi, sains dan perubahan secara umum (Panji,
2020). Kedua-dua istilah itu saling berkaitan iaitu memberi kesan sampingan kepada mangsa sama ada
daripada segi fizikal atau emosi.

(b) Penipuan

Penipuan menjadi isu besar dalam penggunaan ICT, terutama melibatkan jenayah kewangan seperti
scammer, mencuri maklumat sulit, menggodam atau manipulasi data. Isu monopoli pemiagaan juga
semakin meresahkan,contohnya kehadiran grab car, Food Panda, Shopee, Lazada dan sebagainya yang
dikatakan menutup sebahagian rezeki peniaga yang menggunakan kaedah konservatif. Peipuan jual beli
dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.

(c) Pencerobohan hak privasi

Secara tidak sedar, masyarakat perlu terima hakikat bahawa mereka diintip oleh media sosial. Justeru
pelbagai jenayah sampingan boleh berlaku.

(d) Peperangan bentuk baharu

Negara-negara di dunia sudah mula menggerakkan ketumbuhan tentera dengan ICT yang melibatkan
senjata tanpa manusia. Antaranya dron dan logistik ketenteraan Iain yang dikawal dengan menggunakan
alat kawalan jauh.

51
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

(e) Penyebaran berita palsu

Media sosial adalah sumber berita. Keadaan ini membuat sebilangan pengulas media sosial mengatakan
bahawa itu bukan lagi sumber alternatif untuk berita, tetapi sumber utama bagi beberapa orang. Namun,
berita di media sosial cenderung kepada berita palsu kerana fakta yang dipaparkan tidak menjalani
prosedur kewartawanan dan pemeliharaan gerbang media arus perdana atau konvensional. Berita palsu
telah menjadi duri dalam daging terutama masyarakat awam dan juga pemerintah.

(f) Wujud budaya plagiarism (plagiat)

Plagiarism adalah perbuatan tidak sihat dalam dunia akademik. Hal ini kerana telah mengambil hak cipta
seseorang tanpa izin. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan
mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.

TOPIK 8 :
PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Elemen etika dan peradaban dilihat sebagai faktor penting dalam memacu dan mengekalkan
pembangunan dan keharmonian sesebuah ketamadunan manusia. Pembangunan sesebuah negara yang
seimbang bukan sahaja menawarkan pembangunan ekonomi dan fizikal dengan pelbagai bangunan mega
dan mencakar langit berdiri megah semata-mata tetapi turut mengambil kira masyarakat yang berbudaya
tinggi, berfikiran maju dan mengamalkan gaya hidup berkualiti. Proses membangunkan masyarakat yang
maju bukan suatu usaha yang mudah dan ia memerlukan tempoh masa yang panjang. Kedatangan
pembangunan turut membawa bersama pelbagai kesan baik dan buruk. Antara kesan buruk ialah
mengorbankan jati diri, nilai integriti, budaya dan amanah jika rangka pembangunan yang disusun tidak
mementingkan peranan etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat. Kedua-dua elemen ini
seharusnya dirangka untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Pada masa yang sama, masyarakat perlu menghormati kewujudan percanggahan antara nilai
peribadi atau masyarakat terutamanya dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya seperti di Malaysia.
Kesedaran mengenai perbezaan antara nilai, pengetahuan dan tanggungjawab sosial ini memerlukan
pemahaman dan tolak ansur yang diperoleh melalui pembelajaran dan pengalaman seseorang. Etika dan
peradaban adalah perilaku tanggungjawab sosial yang lahir daripada kesedaran sosial yang digerakkan

52
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

dan diturunkan daripada generasi ke generasi secara berperingkat individu, keluarga, komuniti,
masyarakat dan negara bagi mencapai keadilan dan keharmonian.

1. TAKRIFAN AUTORITI DAN HARIAN


. Realiti sosial yang membentuk pemikiran dan tingkah laku manusia biasanya dipengaruhi oleh
pengalaman hidup yang dilalui dan diterima oleh pelbagai kumpulan dan srata di persekitaran mereka
berdasarkan kepentingan peribadi dan norma hidup sejagat. Sebagai contoh, dahulu ketika kita mula
belajar mengeja dan membaca, kita belajar daripada ibu bapa di rumah. Apabila masuk ke sekolah,
merupakan proses pembelajaran formal. Pengalaman yang dilalui itu boleh dinikmati oleh semua tanpa
mengira kumpulan etnik dan strata, iaitu sama ada seseorang itu kaya, miskin, bangsawan atau rakyat
jelata.Ia juga bertujuan memperoleh ilmu pengetahuan dan dapat mengunakan ilmu tersebut untuk
manfaat masyarakat seluruhnya. Secara umumnya, manusia sentiasa berhadapan dengan dua realiti
kehidupan. Pertama, realiti sosial yang ditentukan oleh pihak berkuasa, selalunya dari atas ke bawah (top-
down) atau disebut juga sebagai takrifan autoriti. Kedua, realiti sosial yang lebih terbuka iaitu, yang
ditentukan oleh setiap individu, keluarga dan komuniti demi keperluan seharian masing-masing atau
dipanggil takrifan harian.

(a) TAKRIFAN AUTORITI

Konsep takrifan autoriti (authority defined) merujuk kepada fenomena dan tingkah laku yang
berkait rapat dengan perundangan, protokol dan perlembagaan yang telah diseragam dan diperakui
bersama. Takrifan autoriti lahir berdasarkan dokumen undang-undang formal yang telah disahkan oleh
pihak berkuasa di dalam masyarakat. Autoriti cenderung bersifat tetap dan rigid. Dengan erti kata yang
lain, setiap perbuatan masyarakat terikat dengan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Konsep top down ini lebih merupakan kehendak kerajaan atau pemerintahan, insitusi atau organisasi
dalam pembentukan sesuatu etika sama ada dipersetujui atau tidak oleh ahlinya. Takrifan ini bersifat
formal, mempunyai tatacara tertentu termasuk adat-istiadat.

Takrifan autoriti tertinggi di Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, takrifan autoriti
berhubungan juga dengan Yang di-Pertuan Agong, raja-raja Melayu dan Perdana Menteri. Adat Istiadat
adalah takrifan autoriti kerana terdapat peraturan bertulis yang menentukan susunan dan pelaksanaan
adat istiadat tersebut. Dalam konteks yang formal, adat istiadat memiliki protokol yang jelas, contohnya
adat istiadat yang diamalkan oleh institusi beraja. Apabila ia melibatkan kerajaan dan negara asing, tahap
formalitinya semakin ketat dan terperinci, termasuk perlunya melibatkan penggunaan pakaian rasmi dari
setiap lapisan masyarakat sebagai bentuk tanggungjawab sosial kepada negara.

Pelaksanaan etika tersebut adalah melalui arahan rasmi atau penguatkuasaan undang-undang
yang perlu dipatuhi oleh seluruh ahli dan masyarakat. Namun, manusia bebas untuk mentafsirkan pula
etika itu berdasarkan personaliti, pemahamannya serta etika yang dipegang. Secara umumnya,
masyarakat tidak boleh melakukan sesuatu perkara mengikut kehendak sendiri sesuka hati sehingga
melanggar undang-undang dan peraturan yang telah dikuatkuasakan. Sekiranya tindakan bersalahan
dengan undang-undang, maka mereka boleh dikenakan hukuman mengikut peraturan yang telah
ditetapkan. Setiap masyarakat inginkan satu kehidupan yang teratur dan berperaturan. Dalam konteks
negara, undang-undang dan peraturan dilaksanakan oleh pihak berwajib adalah untuk mewujudkan
masyarakat aman. Setiap undang-undang dan sistem perundangan secara universal mempunyai tujuan
utama iatu menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli masyarakat. Undang-undang juga
bertujuan mengajak dan menggalakkan ahli masyarakat termasuk pimpinannya untuk melakukan perkara
yang betul. Ia menggalakkan kebaikan bersama dalam masyarakat, menjana kehidupan bersama yang
aman damai dengan menggalakkan toleransi antara kumpulan masyarakat.

(b) TAKRIFAN HARIAN

Takrifan harian (everyday defined) merujuk kepada fenomena dan tingkah laku yang tidak terikat
oleh undang-undang formal tetapi lebih memaparkan dalam perbezaan itu mereka didorong dan memiliki

53
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

norma yang dikongsi dan diterima bersama. Takrifan harian yang bersifat bottom up lebih merupakan realiti
sosial yang dialami dan dipraktikkan sendiri oleh individu atau masyarakat dalam kehidupan seharian
mereka. Justeru, takrifan harian lebih menonjol dalam kalangan anggota masyarakat kerana ia telah sebati
dalam budaya, cara berfikir dan tingkah laku mereka.

Adat resam dan budaya merupakan takrifan harian. Untuk konteks tidak formal, meskipun tiada
peraturan tertulis, tetapi terdapat tanggungjawab sosial dalam bentuk adab dan nilai hormat-menghormati
yang menjadi panduan perilaku individu. Misalnyan, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, kenduri
kematian dan upacara meminang, terdapat adab budaya yang tidak tertulis tetapi dijalankan secara turun-
temurun daripada generasi ke generasi. Setiap bangsa dan agama di Malaysia mempunyai budaya dan
adat resam masing-masing. Masyarakat masih mengamalkan budaya nenek moyang yang terdahulu serta
tetap menghargai adat resam mereka. Ini melambangkan simbol warisan dan kebudayaan masih kekal
walaupun berubah masa dan zaman.

Prinsip kepelbagaian budaya dan adat resam dalam masyarakat majmuk di Malaysia perlu
dijelaskan dan dihayati oleh semua masyarakat bagi memastikan perpaduan dan kehidupan yang harmoni
untuk diwariskan kepada generasi masa hadapan. Bersifat terbuka dan positif dengan kewujudan
masyarakat majmuk adalah kesinambungan hubungan etnik, perpaduan, keharmonian, tolak ansur, saling
hormat dan juga menghindarkan konflik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perkongsian
amalan tradisi dan adat resam terutama bagi kaum yang serumpun, dapat mengurangkan jurang
perbezaan kaum jika hal ini dihayati.

Takrifan harian juga boleh dilihat dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia. Sebagai contoh
dalam bidang sukan. Penyokong dalam pertandingan sukan akan bersatu dan bergabung tanpa
memandang dan mengira kaum, agama, umur, dan budaya. Kita dapat melihat ketikan penyokong dari
pelbagai kaum, agama, dan budaya yang berbeza di Malaysia besama-sama menyokong pasukan negeri
atau kebangsaan sesama bertanding. Pada masa kini, bersatunya kaum muda di Malaysia dapat dilihat
dalam sukan e-sport, daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya bersama dalam satu kumpulan untuk
memenangi pertandingan. Contoh yang lain ialah melalui perang siber semasa negara menerima ancaman
daripada negara lain. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama akan bersama-sama untuk
mempertahankan negara.

2. PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Kehidupan manusia ini tidak boleh hidup bersendirian, tetapi saling memerlukan di antara satu
sama lain. Dengan erti kata lain, manusia perlu hidup bersosial dan bermasyarakat. Tuhan menciptakan
manusia di atas muka bumi ini dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Ada yang dianugerahkan dengan
kekayaan dan kemewahan, dan ada juga yang diuji dengan kesusahan dan kekurangan. Oleh itu. Menjadi
tanggungjawab bagi mereka yang diberi dengan kelebihan nikmat untuk berkongsi dengan yang lebih
memerlukan. Dengan sebab itu, wujud konsep sedekah, wakaf, infak, zakat, sumbangan dan sebagainya.

Konsep tanggungjawab sosial ialah aktiviti seseorang individu atau organisasi yang dijalankan
berasaskan kepentingan dan kebajikan masyarakat. Dengan wujudnya tanggungjawab sosial ini akan
meningkatkan kebajikan masyarakat seperti dalam bidang ekonomi, pendidikan, keselamatan, kebersihan
dan sebagainya. Konsep ini merujuk kepada perbuatan memilih dan mengambil tindakan yang dapat
memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat. Setiap individu dalam masyarakat perlu
mendukung tanggungjawab sosial dan mempunyai kawalan kendiri masing-masing sama ada berbentuk
kesedaran dalaman atau luaran.

54
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Kesedaran dalaman lebih berbentuk kepada kawalan terhadap diri sendiri dengan melibatkan akal
fikiran, hati dan perasaan, nafsu, keterbukaan dan tingkah laku. Kesedaran luaran melibatkan dunia di luar
diri kita seperti individu atau masyarakat lain, unsur-unsur fizikal, pelbagai peristiwa dan pengalaman yang
dilihat atau dialami sendiri. Tanggungjawab dalam konteks takrifan harian serta tidak bersyarat terbentuk
berdasarkan nilai keyakinan dalam diri mereka antara satu sama lain. Nilai-nilai baik yang diamalkan
secara tekal dan sukarela kemudiannya membentuk norma yang positif. Seterusnya norma positif yang
terhasil itu akan membentuk budaya baik, harmoni dan tingkah Iaku bekerjasama dalam kalangan
masyarakat.

Dalam konteks kehidupan yang berbagai-bagai agama dan etnik di Malaysia, perkara yang
berkaitan dengan qetika, akhalak, dan moral amat perlu diberi perhatian untuk memastikan setiap
masyarakat mempunyai teras niai dan peradaban yang betul dalam kehidupan seharian mereka. Sering
kali tanggungjawab sosial yang dimilik oleh masyarakat berteraskan nilai yang bersumberkan kepada
agama, budaya atau falsafah kehidupan yang menjadi pegangan mereka.

Sikap beretika ditunjukkan oleh rakyat Malaysia menjadi cerminan jati diri mereka sebagai
warganegara Malaysia. Jati diri ini tercermin dalam perilaku dan tanggungjawab yang ditunjukkan dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, mereka perlu menyemai sikap bertanggungjawab semasa membawa
kenderaan jalan raya. Selain daripada itu, masyarakat perlu mengambil berat dan membantu mereka yang
mengalami kesusahan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan amalan etika yang betul dalam
kehidupan seharian dan sebagainya yang berkait rapat dengan etika yang betul dan bersesuaian dengan
tempat.

Kemajuan tamadun dan peradaban manusia serta perkembangan teknologi pada masa kini
semakin menambah kesedaran manusia terhadap tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara.
Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap tanggungjawab sosialnya masa kini semakin tinggi. Hal ini
terjadi akibat pemindahan maklumat dan pengetahuan yang pantas melaui teknologi jaringan atas talian
atau internet. Sikap beretika yang dimiliki oleh rakyat Malaysia menyebabkan wujudnya kesedaran dan
perilaku bermoralserta berakhalak dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa kini. Perilaku beretika ini
akan mendorong rakyat Malaysia untuk mengambil berat dan peduli terhadapkehidupan dan permasalahan
yang dihadapi oleh masyarakat lain. Walaupun demikian, wujudnya kesedaran terhadap tanggungjawab
sosial ini tidak terjadi dalam masa yang pantas. Ianya memerlukan sebuah proses yang panjang serta
mengharungi pelbagai peristiwa dalam sejarah kehidupan berbangsa dan bernegara rakyat Malaysia.

Terdapat 12 nilai teras yang perlu dibangunkan untuk mewujudkan kesedaran tanggungjawab
sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Nilai-nilai teras adalah falsafah peribadi yang dipegang kuat oleh
kumpulan atau individu bagi memberi bimbingan, mempengaruhi fikiran, menetapkan matlamat dan
keutamaan hidup, membuat keputusan, membina hubungan dan menguruskan konflik dalam kehidupan
manusia. Kesemua nilai ini adalah nilai universal yang telah lama wujud dan terus dikembangkan dalam
setiap budaya masyarakat di seluruh dunia. Cabaran pengembangan nilai-nilai teras ini adalah pada
tindakan nyata dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.Kesemua 12 nilai teras itu mampu membentuk
tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu:

(a) Enam nilai teras yang berkaitan dengan pengembangan dan pembangunan watak individu iaitu:
 Kesahihan
 Integriti
 Kesedaran
 Keberanian
 Ketabahan
 Iman.

55
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

(b) Enam nilai tindakan teras yang menjadi pemangkin tindakan individu iaitu:
 Tujuan
 Penglihatan
 Fokus
 Semangat
 Perkhidmatan
 Kepimpinan.

Pemupukan Sikap dan Tanggungjawab Sosial :

(a) Memikul Tanggungjawab Bersama :


Kejayaan dalam sesuatu program kemasyarakatan bergantung kepada sikap tanggungjawab semua
ahlinya bagi melaksanakannya dengan jayanya. Penglibatan, sokongan, kerjasama dan rasa
tanggungjawab ini memerlukan komitmen yang tinggi dan pengorbanan semua. la boleh disumbangkan
melalui tenaga, pandangan atau lontaran idea mahupun sumbangan kewangan mengikut kemampuan
seseorang. Apa yang penting di sini ialah adanya kerjasama dan pengorbanan ahli untuk berkhidmat
untuk masyarakat.

(b) Saling Mengenali dan Membina Sikap Ramah Mesra


Seseorang tidak boieh mengasingkan diri daripada persekitaran hidup bersosial. Lantaran itu, menjadi
tanggungjawab setiap individu untuk mengenali masyarakatnya. Sikap ini akan melahirkan sikap cakna
terhadap masyarakat dan melahirkan semangat ingin membantu orang yang memerlukan. Hasilnya
akan memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. ~

(c) Sikap Ambil Peduli


Sikap peka tentang kesusahan orang lain menimbulkan keinsafan dan mencuit naluri keinsanan untuk
menghulurkan bantuan yang sepatutnya mengikut apa yang termampu. Sikap mengambi! peduli ini
juga termasuk sifat terpuji yang digalakkan oieh semua agama tanpa mengira bangsa, darjat,
keturunan, warna kulit, bangsa dan negara. Dengan sikap ini akan menghakis sifat mementingkan diri
sendiri.

(d) Keikhlasan Dalam Memberi Bantuan


Sikap ikhlas atau melakukan sesuatu pekerjaan secara sukareia dan tanpa paksaan sangat diperiukan
datam usaha kera-kerja sosial. Seseorang perlu mengikhlaskan diri dan menyematkan di fikiran
bahawa apa yang dilakukannya merupakan satu ibadah untuk kemaslahatan ummah dan mendapat
ganjaran di sisi tuhan. Tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan perlulah berlandaskan hubungan
yang tulus, suci dan bukan ber!andaskan kepentingan, bersifat kepura-puraan dan bukan beriandaskan
kebendaan.

(e) Sikap Menyuruh Kebaikan dan Mencegah Keburukan


Tanggungjawab amar makruf nahi mungkar wajib dipikul bersama oleh setiap anggota masyarakat
tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun perbezaan bangsa dan agama. Masing-masing
mempunyai tanggungjawab dan amanah serta perlu menyedari ianya untuk kebaikan bersama. la juga
penting untuk mengelakkan jenayah dan kejadian yang tidak diingini dalam masyarakat. Program-
program tanggungjawab sosial seperti rondaan, pemantauan, melaporkan sesuatu kesalahan dan
jenayah kepada pihak berkuasa sangat penting bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian
masyarakat.

3. KESEDARAN NASIONAL DAN KESEJAGATAN DALAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Kesedaran nasional merujuk kepada kesedaran yang wujud dalam kalangan individu dan
kumpulan dalam suatu negara atau dengan kata lain kesedaran yang wujud dalam kalangan rakyat suatu

56
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

negara. Contohnya ketika berlaku krisis mata wang yang menjejaskan hampir seluruh negara di dunia
pada tahun 1998, negara Korea Selatan merupakan salah satu negara yang terjejas teruk. Pada masa itu,
rakyat Korea Selatan telah bersatu padu dengan memberikan sebahagian harta kekayaan yang dimiliki
seperti emas, wang bagi membantu kerajaan keluar dari krisis ekonomi yang terjadi masa itu. İni
merupakan salah satu contoh kesedaran rakyat bahawa permasalahan yang negara sedang hadapi adalah
tanggungjawab mereka sebagai warganegara dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan sahaja.

Di Malaysia, rakyat Malaysia juga memiliki tahap kesedaran yang cukup tinggi terutamanya ketika
berlaku bencana seperti banjir, pandemik penyakit, mereka bersatu padu menyumbangkan tenaga dan
harta untuk meringankan bebanan mangsa dan juga untuk membantu kerajaan menanggung kos
pengurusan bencana. Kesedaran untuk membantu sesama masyarakat yang sedang menghadapi
kesusahan tidak dapat terjadi begitu sahaja. la merupakan sebuah proses yang agak panjang perlu dilalui
oleh rakyat Malaysia. Proses ini bermula di rumah dan diperkukuhkan di sekolah serta universiti dan
dimatangkan di persekitaran hidupnya semasa dewasa. Justeru, proses untuk mewujudkan kesedaran
tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia perlu diajarkan sejak kanak-kanak. la juga boleh
dijalankan melalui aktiviti sederhana seperti memberi derma untuk membantu masyarakat yang dilanda
bencana, terlibat dengan aktiviti persatuan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya.

Tanggungjawab sosial secara umumnya ialah komitmen individu ataus sesebuah organisasi untuk
beroperasi secara ekonomik dan mengambil kira keadaan persekitaran sosial di sekeliling mereka. Dalam
hal ini, individu atau organisasi boleh memainkan peranan dalam pelbagai bidang merangkumi aspek
kesihatan, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar dan ekonomi. Menerusi tanggungjawab
sosial, masyarakat akan mendapat manfaat sosial yang menyeluruh yang dapat dinikmati oleh setiap ahli
dalam komuniti tersebut. Untuk menubuhkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat
Malaysia pada masa kini, kurikulum pengajaran yang berkaitan dengan isu ini patut ditambah baik dan
diperkenalkan sejak tadika dan diteruskan sehingga peringkat pengajian tinggi. Hal ini bagi membolehkan
proses pendidikan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia dapat mencapai
objektifnya.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM DAN LUAR NEGARA

Tanggungjawab sosial adalah kewajipan dan tanggungjawab pihak individu atau pengurusan
untuk membuat keputusan atau mengambil tindakan yang dapat memberikan manfaat, kesehjateraan dan
kebajikan kepada masyarakat dan organisasi. Contoh tanggungjawab sosial adalah program-program
komuniti yang dijalankan oleh pihak pengurusan AEON bagi membantu menjaga kelestarian alam sekitar.
Setiap syarikat besar biasanya memiliki program berbentuk tanggungjawab sosial atau dikenali sebagai
Corporate Social Responsibility (CSR).

Tanggungjawab sosial ini dapat dilakukan oleh individu atau organisasi yang berada di dalam
negeri dan juga di negara luar, Contohnya CSR yang dijalankan oleh syarikat-syarikat antarabangsa
seperti Microsoft, Danone, Nestle, dan sebagainya. Salah satu contoh tanggungjawab sosial yang sangat
terkenal pada masa kini adalah Grameen Bank yang didirikan oleh Muhammad Yunus. Grameen Bank
adalah sebuah bentuk keusahawanan sosial yang bertujuan untuk membantu masyarakat miskin, khasnya
kaum wanita di Bangladesh. Walaupun pada awalnya, Grameen Bank bermula di Bangladesh tetapi pada
saat ini hampir di semua negara terutamanya negara-negara membangun terdapat Grameen Bank atau
organisasi berkonsepkan Grameen Bank, Contohnya Amanah Ikhtiar Malaysia yang banyak membantu
golongan miskin, khasnya kaum wanita di Malaysia. Tanggungjawab sosial ini banyak dijalankan di seluruh
dunia masa kini yang bertujuan untuk membantu mengurangi permasalahan sosial, ekonomi, persekitaran,
kaum, dan sebagainya. Banyak aktiviti berbentuk tanggungjawab sosial dijalankan oleh individu mahupun
kumpulan terutamanya yang berhubungan dengan alam sekitar, hak asasi manusia, kemiskinan,
pendidikan dan sebagainya.

57
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Perubahan iklim merupakan isu global masa kini. Ramai kumpulan pencinta alam bersama
kumpulan saintifik di seluruh dunia menjalalankan aktiviti dan penyelidikan berkaitan perubahan iklim ini.
Perubahan iklim ini terjadi hampir di seluruh dunia pada masa kini disebabkan oleh perbuatan tidak
bertanggungjawab daripada individu mahupun kumpulan tertentu. Perubahan iklim memberi kesan kepada
kesediaan sumber pangan yang mencukupi. Kekurangan sumber pangan dan faktor kemiskinan
menyebabkan berlakunya kes kebuluran. Perubahan iklim yang terjadi di seluruh dunia terutamanya di
kawasan Asia Tenggara telah memberi kesan kepada masyarakat di Malaysia. Keadaan cuaca yang tidak
menentu menyebabkan produksi sumber makanan menjadi tidak stabil dan dapat mengganggu kecukupan
sumber makanan sehingga berlaku kebuluran. Oleh kerana itu kita terpanggil untuk membantu
meringankan bebanan kehidupan mereka dengan menjalankan beberapa aktiviti sosial dan program
keusahawanan sosial.

Selain itu juga, setiap individu di negara ini perlu menjaga kestabilan kehidupan berbangsa dan
bernegara dengan mempertahankan kestabilan politik. Hal ini merupakan salah satu contoh
tanggungjawab sosial seseorang kepada negara, kerana sekiranya keadaan politik tidak stabil sehingga
menyebabkan berlakunya rusuhan maka rakyat yang akan menderita dan sengsara.

Kesukarelawanan

Merujuk kepada Kamus Dewan, perkataan sukarela, bermakna dengan kehendak sendiri, tidak
dipaksa, tidak dikerah dan dengan rela hati. Manakala perkataan kesukarelaan pula bermakna sikap
sukarela. Berdasarkan makna tersebut, kesukarelawanan secara umumnya dapat dimaksudkan sebagai
melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah dengan niat yang ikhlas dan
dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan untuk diri sendiri. Individu yang sanggup berkorban dan
melakukan kerjakerja kesukarelaan ini dikenali sebagai "sukarelawan" bagi lelaki dan "sukarelawati" bagi
perempuan. Akan tetapi dalam konteks penggunaan dan pengamalan harian, istilah sukarelawan ini yang
digunakan untuk mewakili sukarelawan lelaki dan juga perempuan. Contoh NGO yang menjalankan aktiviti
kesukarelawanan di dalam dan Iuar negara adalah Mercy Malaysia, HALUAN, Muslim Care, EZ Qurban
dan Yayasan Sejahtera.

Sikap sukarelawan mendorong seseorang untuk dapat terus hidup secara bermasyarakat dan
berkongsi ukhuwah serta kasih sayang. Pada hakikatnya para sukarelawan adalah insan-insan berbudi
yang dengan ikhlas membantu sesamanya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sekiranya individu
atau kumpulan yang dibantunya berjaya keluar daripada permasalahan mereka, ia merupakan suatu
kepuasan dan kebahagiaan tersendiri bagi para sukarelawan. Seringkali kita tidak mengenali para
sukarelawan ini kerana sebahagian tidak ingin dikenali dan tidak ingin mencari publisiti. Bahkan mereka
telah menabur jasa dan meninggalkan kesan abadi pada jiwa-jiwa manusia Iain yang dibantunya.
Walaupun demikian, terdapat segolongan individu yang mengaku sukarelawan tetapi meletakkan namanya
untuk dikenali oleh masyarakat dan mereka yang ditolongnya. Setiap manusia seharusnya sentiasa
menampilkan sifat sukarelawan yang tulus tanpa mengharapkan balasan atau untuk suatu tujuan tertentu,
serta sentiasa bersedia berkongsi khidmat dan keringat untuk membantu orang Iain.
Bentuk-Bentuk Tanggungjawab Sosial:

(a) Sumbangan Kewangan.


Sumbangan individu, organisasi atau badan-badan korporat boleh memberi bantuan berbentuk
kewangan dan pembiayaan kepada masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan seperti
masyarakat yang miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya dan golongan yang
berpendapatan rendah. Sumbagan kewangan boleh juga diberi kepada negara-negara luar yang
menghadapi masalah seperti bencana alam, peperangan, kebuluran dan sebagainya.

(b) Penjagaan Alam Sekitar.


Tanggungjawab sosial juga boleh diberikan dalam bentuk meningkatkan penjagaan alam sekitar,
mengelakkan sebarang bentuk pencemaran alam seperti penanaman semula pokok, mengutip
sampah di tepi pantai, program gotong royong dan sebagainya. Seminar atau persidangan boleh

58
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

dilaksanakan di peringkat antarabangsa seperti di dalam ASEAN untuk membincangkan masalah


alam sekitar ini.

(c) Bantuan Bencana Alam.


Tanggungjawab sosial juga bertujuan meringankan beban sementara yang ditanggung oleh individu
yang terlibat dengan bencana alam dan musibah seperti kebakaran, banjir ribut dan sebagainya yang
menyebabkan kerosakan atau kemusnahan harta benda. Individu dan organisasi boleh menghulurkan
pelbagai bantuan berbentuk makanan, kewangan, mengemas dan membasuh rumah, membaiki
semula rumah dan sebagainya. Selain bencana alam di dalam negara, pertolongan dari sumbangan
wang dan tenaga juga boleh diberikan kepada negara-negara luar yang mengalami masalah ini
seperti negara yang dilanda tsunami, gempa bumi, banjir dan sebagainya.

(d) Bantuan Dalam Bidang Pendidikan.


Individu, organisasi dan korporat seharusnya memberikan sokongan pendidikan kepada pelajar-
peíajar fakir miskin termasuk membantu siswazah-siswazah untuk menyediakan diri mereka masuk
ke alam pekerjaan dan keusahawanan seperti menyediakan kursus dan latihan yang strategik,
sumbangan peralatan komputer, sumbangan pakaian, beg sekotah, menyediakan kelas tambahan,
membekalkan buku dan naskhah surat khabar Inggeis dan sebagainya. Sumbangan dari aspek
pendidikan juga sangat diperlukan kepada negara-negara yang memerlukan. Negara yang
mempunyai dana yang lebih boleh memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar negara miskin yang
berkaliber supaya mereka ini kelak mampu memajukan negara mereka.

(e) Khidmat Kesihatan.


Tanggungjawab sosial berbentuk kesihatan seperti menganjurkan program pendidikan kesihatan,
kempen menderma darah, pencegahan Aids, kefahaman penyakit kanser, kefahaman Covid 19,
pameran penjagaan kesihatan berkaitan dengan pemakanan sihat dan sebagainya. Bagi negara luar,
pemberian sumbangan peralatan dan kemudahan perubatan sangat diperlukan kepada negara
miskin, negara yang bergolak dengan peperangan dan negara yang ditimpa musibah. Selain itu,
negara maju juga boleh menghantar pakar-pakar mereka ke negara yang ditimpa masalah kesihatan
untuk merancang proses membantu sektor perubatan yang lebih holistik.

(f) Menyediakan Infrastruktur / Kemudahan Awam.


Menyediakan kemudahan rnasyarakat, membantu pernbinaan dan pembiayaan pentadbiran pusat-
pusat ibadah, kawasan-kawasan taman rekreasi kita dapati banyak kerusi atau pondok rehat,
menyumbangkan perigi untuk bekalan air, paip air, pusat-pusat ibadah seperti surau, dewan komuniti,
pentas budaya, gelanggang permainan tradisi seperti gasing dan sepak raga bulatan, gelanggang
futsal, gelangang sepak takraw, gelanggang badminton, dan sebagaînya. Sumbangan wang boleh
diberi untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di negara luar seperti wakaf pembinaan telaga di
Afrika Selatan dan pembinaan hospital di Palestin.

(g) Khidmat Kaunseling.


Mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang psikologi dan kaunseling boleh membantu dan
membmbing klien yang mempunyai masalah untuk membuat keputusan. Hal ini akan mengurangkan
masalah dan kesukaran yang dihadapi. Sokongan dan bantuan kaunseling ini sangat diperlukan bagl
rnernbantu mereka yang menghadapi masalah supaya dapat membuat keputusan yang tepat dan
meningkatkan keyakinan diri.

Kepentingan Tanggungjawab Sosial

 Aktiviti tanggungjawab sosial yang dijalankan secara bersama akan mewujudkan rasa persefahaman
dan pengukuhan jati diri di dalam sesuatu kumpulan.
 Aktiviti yang dirancang dengan baik akan memberikan impak kesihatan daripada segi fizikal dan
rohani.

59
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

 Aktiviti yang dilaksanakan secara bersama dalam sebuah komuniti berbilang kaum akan memberikan
impak toleransi dan ikatan perpaduan yang lebih utuh.
 Mewujudkan rasa bertimbang rasa dan menyayangi orang lain khususnya yang kurang upaya serta
warga tua.
 Aktiiviti khidmat masyarakat dalam bentuk gotong royong akan mengurangkan kos pelaksanaan.
 Mewujudkan rasa kejiranan dan persefahaman yang lebih dalam kalangan masyarakat di sesuatu
kawasan kejiranan.
 Melahirkan warganegara yang berjiwa besar, patriotik dan sayang akan negara, di mana tempat
tumpah darah mereka.

TOPIK 9 :
CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN

1. KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN MALAYSIA

Istilah lestari merujuk kepada pengabdian, pengekalan, persambungan, penerusan,


penyinambungan (Ainon dan Abdullah, 2011). Secara umumnya, kelestarian bermaksud usaha
pengekalan sesuatu perkara atau keadaan terutamanya untuk tujuan mengekalkan serta memelihara
keaslian. Selain itu, perkara atau keadaan yang cuba dikekalkan dan dipelihara semakin bermakna
apabila usaha penambahbaikan (ke arah kebaikan) berlaku dari masa ke semasa. Kelestarian etika dan

60
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

peradaban membawa maksud suatu usaha pengekalan, pemeliharaan serta penambahbaikan kepada nilai
etika dan peradaban. Ini bermakna setiap usaha yang dilakukan oleh manusia sama ada sebagai individu
mahupun ahli masyarakat perlu menerapkan prinsip-prinsip etika dan peradaban serta membudayakannya
dalam kehidupan seharian sebagai sebuah masyarakat bertamadun.

Etika dan peradaban sepanjang sejarah tamadun manusia adalah berciri dinamik, sentiasa
mengukuh, berubah-ubah dan tidak kekal serta sentiasa tercabar dan terkesan oleh proses hakisan sosial.
Perubahan dalam masyarakat berlaku dengan pantas dan sukar dikawal sama ada dari segi sosial,
ekonomi, politik, alam sekitar, teknologi dan lain-lain. Oleh itu, tekad dan usaha memahami dan
menghayati bentuk-bentuk etika serta peradaban ini termasuk inisiatif mengemukakan penjelasan
berdasarkan kerangka yang tepat secara kritis, analitikal, saintifik dan merupakan tugas penting komuniti
terpelajar.

Di Malaysia, konsep kelestarian etika dan peradaban dapat ditelusuri berasaskan inti pati sejarah
dan budaya masyarakat tempatan. Etika dan peradaban Malaysia telah berkembang dari tapak peradaban
alam Melayu dengan kewatanan Melayu dan bumiputera sebagai terasnya. Tapak peradaban peribumi ini
telah bergaul dengan ketamadunan majmuk melalui gelanggang Selat Melaka sebagai pertemuan sedunia
dari China, India, Timur Tengah dan Barat dalam membina negara bangsa dan ketamadunan acuan
Malaysia pada hari ini. Bertitik tolak daripada kerangka peradaban majmuk, Malaysia membina etika dan
peradaban beracuan sendiri dengan menyulam kepelbagaian etika dan peradaban dalam melahirkan
sebuah negara dan ketamadunan yang damai, stabil, maju dan sejahtera. Obama, mantan Presiden
Amerika Syarikat mempotretkan Malaysia sebagai sebuah negara masyarakat Islam yang moderat, maju
dan terkini (Awani, 2015). Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan pula menyatakan bahawa Malaysia
mempunyai masyarakat yang beradab dan bertamadun (Bernama, 2020).

Oleh kerana usaha membina ketamadunan bukan suatu perkara mudah dan dijamin berkekalan,
maka masyarakat kontemporari perlu mengkaji dan mengambil iktibar daripada sejarah lampau dan
menjadikannya sebagai panduan hidup bagi merancang masa hadapan. Sejarah pasti berulang bagi
mereka yang tidak mengkaji dan mengarnbil iktibar. Pengalaman peradaban dalam konteks global dari
zaman purba hingga sejarah kontemporari menunjukkan kedinamikan berlaku dan tiada satu pun
peradaban kekal dan berterusan. Ini termasuklah peradaban Mesopotamia, Mesir, Indus, China, Incas,
Maya hingga Inggeris dan Amerika Syarikat pada hari ini. Sebab dan akibat kejatuhan sesebuah
ketamadunan adalah kompleks tetapi dicelah keruntuhan sistem kehidupan dan keagungan material yang
tercapai muncul dan meluasnya keruntuhan nilai masyarakat yang terangkum di dalamnya pelbagai
konsep seperti etika dan akhlak. Teras utama kepada kerangkan sistem nilai dan etika adalah keadilan.
Jika kezaliman mengambil tempat keadilan dan kesaksamaan, natijahnya, kekejaman dan penganiayaan
akan membawa kehancuran masyarakat sekali gus meruntuhkan sistem nilai kemanusiaan. Akhirnya,
peradaban akan ranap dan runtuh tanpa nisan.

Dalam suasana kedinamikan etika dan peradaban ini, maka masyarakat haruslah sentiasa prihatin
dan secara sedar merancang serta melaksanakan pembaharuan institusi (institutional reform) secara
sistematik dan mendasar. Inisiatif ini amat signifikan bagi memastikan sistem nilai dan etika mendarah
daging dalam setiap jiwa dan sanubari rakyat Malaysia. Etika dan peradaban dari alam Melayu dan Timur
dari China, India dan Timur Tengah adalah berteraskan nilai. Nilai-nilai utama yang menjadi adab dalam
kehidupan bermasyarakat termasuklah nilai tanggungjawab, keprihatinan, amanah, bertolak ansur,
kedamaian, keadilan, kebaikan, disiplin, kerajinan, muafakat dan kemajuan. Setiap peradaban
membangunkan ciri adab, adat, adat resam dan adat istiadat berdasarkan nilai-nilai ini sesuai dengan
persekitaran geografi, ekonomi, sosiobudaya dan politik setempat. Kedatangan penjajah Barat melalui
proses kolonisasi membawa dimensi baharu dalam etika dan peradaban yang bersifat kontradiksi dengan
pemikiran serta amalan masyarakat setempat contohnya pemikiran sekularisme, rasionaliti dan amalan

61
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

yang sangat mementingkan wang dan keuntungan. Kekuatan setiap peradaban ini telah disulam secara
unik ke dalam peradaban Malaysia dengan etika dan peradaban Melayu sebagai terasnya.

2. KEDINAMIKAN ETIKA DAN PERADABAN MALAYSIA

Setiap peradaban merniliki ciri-ciri terbuka kepada kemajmukan dan penerimaan pengaruh luar.
Namun begitu, gelanggang pertemuan dan pergaulan sepanjang Selat Melaka, dari pelabuhan Palembang,
Melaka hingga Kedah dan Acheh menunjukkan hubungan ini menguntungkan, produk tempatan ditukar
dngan produk-produk dari China, India dan Barat. Wujud sekelompok individu dari kumpulan etnik pelbagai
peradaban majmuk ini yang memilih untuk kekal menetap di Tanah Me]ayu dan selepas pengisytiharan
kemerdekaan, golongan ini menjadi sebahagian rakyat merdeka di bawah Persekutuan Tanah Melayu.
Sejarah sosial dari zaman pra, kolonial hingga awal pascakolanial menunjukkan masyarakat plural iaitu
masyarakat majmuk yang bergaul di Tanah Melayu merupakan bentuk utama masyarakat di negara ini.
berlaku ketidakseimbangan sosial dan kehidupan yang terpisah dan terasing oleh perbezaan etnik,
bahasa, budaya, agama, pekerjaan dan tempat tinggal.

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada dekad 1970-an telah berjaya membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat sehingga pembangunan, migrasi dalaman dan perubahan
teknologi mencetus perubahan sosial. Perubahan sosial telah menjadikan pekerjaan sara diri bertani
berkembang kepada ciri komersial-industrial, golongan miskin menjadi kelas menengah dan kehidupan
kampung menjadi kosmopolitan. Perubahan sosial ini menandakan negara sudah berubah dari sebuah
negara mundur kepada negara maju, mentransformasikan masyarakat daripada memiliki budaya
tradisional kepada budaya kemodenan yang mengutamakan keadilan, keterangkuman, demokrasi,
kesepaduan sosial, menolak keganasan dan ketidakstabilan politik. Budaya kemodenan ini telah
mengurangkan salah faham, ketegangan sosial dan pergaduhan dalam pelbagai kumpulan etnik di
Malaysia.

Dewasa ini, kita menyaksikan bahawa batas etnik di antara kumpulan etnik di Malaysia tidak tebal
perbezaannya. Hal ini adalah kerana hubungan di antara pelbagai golongan terjalin dalam suasana
kesepaduan, diikat oleh nilai sivik sejagat seperti keadilan dan kebajikan. Keterangkuman ini juga tidak lagi
meletakkan perbezaan etnik sebagai faktor primer datam penentuan sikap dan mattamat kehidupan
bermasyarakat.

Justeru, etika dan peradaban yang dihayati dan dimiliki rakyat Malaysia, asalnya majmuk, telah
membina perkongsian nilai hidup bersama sehingga pendapat awam disepakati bersama. Bahkan
hubungan di antara pelbagai peringkat rnasyarakat diperhatikan telah merentas batas etnik dan membina
hubungan sosial di antara mereka. Rakyat Malaysia sudah mampu menerima, berkongsi dan meraikan
perbezaan etnik di antara mereka sehingga menyubur kesedaran kolektif bersama etos bangsa Malaysia
sebagai jati diri mereka.

3. HAKISAN SOSIAL KE ATAS KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN

Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban Malaysia semakin serius sejak lahun 2000
dan mencapai kemuncak pada tahun 2018. Situasi ini dapat dilihat dengan wujud insiden-insiden signifikan
membuktikan terhakisnya budaya keadilan, integriti, tolak ansur, kesepaduan dan demokrasi dalam
negara. Sebagai contoh, isu-isu yang ditimbulkan oleh golongan rakyat menunjukkan bahawa mereka
bersuara dengan harapan penambahbaikan berlaku organisasi pemerintah. Selain itu, kepantasan hakisan
sosial yang dipacu pula dengan tsunami maklumat palsu yang berniat membakar sentimen etnik dan
agama di dunia digital tanpa etika dan kesannya dirasai menjarah keharmonian dan kestabilan negara.
Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban akan ditinjau dari aspek-aspek di bawah :

62
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

1. Defisit sosial
Dalam konteks pembangunan negara secara umum, wujud golongan miskin tanpa mengira etnik di bandar
dan luar bandar, dalam sektor pertanian sara diri dan estet. Terdapat juga negeri-negeri yang masih
terperangkap dengan kemiskinan sehingga peluang dan akses kepada pendidikan dan kesihatan masih
lagi terhad dan pada tahap amat rendah. Manakala dalam konteks pembinaan negara bangsa, isu-isu
berkaitan etnik, bahasa, budaya, agama, kekeluargaan, raja, Perlembagaan Persekutuan, UndangUndang
Tubuh Negeri, sejarah dan identiti negara masih lagi memerlukan inisiatif pencerahan berterusan agar
warganegara Malaysia menghayati kepentingan menjulang kesepaduan sosial dalam masyarakat.

2.Tadbir urus dan pembangunan


Dalam konteks tadbir urus dan governan negara, segala unsur yang boleh merosakkan etika dan
peradaban rakyat dari dalam harus dibasmi secara serius. Isu-isu seumpama ini akan menggugat keadilan,
kesaksamaan dan keterangkuman dalam agihan kekayaan negara kepada golongan yang amat
memerlukan. Perihal ini juga termasuklah kegagalan mengurus golongan B40 secara efektif, peranan
media sosial yang cenderung menyebarkan hasutan terhadap etnik dan agama serta kelancangan
segolongan individu mempersoalkan peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.

3. Ekonomi gelap (black economy) dan rasuah


Cabaran moden dalam ekonomi terlalu parah. Isu-lsu strategik nasional dan antarabangsa seperti
pernerdagangan manusia, kewujudan pekerja asing tanpa dokumen, pelacuran, judi, dadah, pembalakan,
kerosakan alam sekitar seperti hutan dan sungai semakin hari semakin sertus. Manusia yang mengurus
alam tanpa nilai akan merosakkan sumber-sumber alam anugerah Tuhan. Akibat yang paling serius adalah
berleluasanya salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan penjawat awam dan golongan yang
berautoriti (Berita Harian, 2020).

4. KELANGSUNGAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN MALAYSIA

Kelangsungan kelestarian etika dan peradaban Malaysia tertakluk kepada pembinaan negara
bangsa yang tersimpul dalam membina bangsa Malaysia berasaskan kerangka Perlembagaan
Persekutuan Malaysia serta tadbir urus dan pembangunan negara dengan adil dan terangkum. Usaha ini
bertujuan untuk mengurangkan defisit sosial dan sekali gus mengukuhkan keterikatan kolektif merentas
etnik dan negeri sehingga terbina kesepaduan nasional. Pembinaan negara bangsa yang meraikan faktor
sejarah dan warisan simbol-etno negara akan melahirkan keharmonian dan kestabilan. Manakala tadbir
urus baik dan pembangunan akan mengukuhkan kualiti hidup dan kesepaduan nasional rakyat.

Kegagalan mengurus kedua-dua aspek ini akan meminggir dan mengabaikan kehidupan rakyat.
Dalam konteks masyarakat majmuk, dimensi etnik dan agama akan digemblengkan untuk
mempertahankan kepentingan masing-masing. Hubungan etnik yang harmoni barangkali boleh berubah
sekelip mata menjadi tegang dan berkesudahan dengan konflik. Perkara ini akan dihuraikan berdasarkan
aspek berikut:

1. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dilancarkan pada 5 Oktober 2019 merupakan
hala tuju baharu pembangunan negara yang jelas dan inklusif bagi tempoh 10 tahun (2021-2030),
merangkumi RMK12 dan RMK13. Matlamat ini memberi fokus kepada penyediaan taraf hidup yang wajar
kepada semua rakyat Malaysia menjelang tahun 2020.

63
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah suatu wawasan yang dibangunkan mengambil kira
ketidakseimbangan sosioekonomi negara berdasarkan keperluan pelbagai peringkat masyarakat termasuk
rakyat Melayu dan bumiputera yang tinggal di luar bandar semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pendekatan
pembangunan ekonomi model Brazil, Rusia, India dan China yang menguntungkan pemilik ekuiti korporat
asing dan golongan T20 Malaysia masih diteruskan tetapi harus diimbangi dengan kesedaran golongan
B40 yang tidak bersuara dan kuasa sering dipinggirkan kepada peluang dan akses kepada sumber
material negara.

Penggubalan RMK-12 seharusnya mengutamakan pembangunan dan pengagihan demi


memastikan rakyat diutamakan sehingga peningkatan kualiti hidup yang baik akan membina budaya
moden dan disulami dengan nilai norma sejagat. Keterlestarian etika dan peradaban Malaysia yang
berpaksikan sistem nilai dan etika yang mengutamakan kesepaduan nasional dan perpaduan dalam
negara pasti akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan damai lantas kelangsungan pembangunan
pasti akan berlaku. Hasilnya, masyarakat akan berkongsi bersama nilai keadilan, keterangkuman,
keadilan, tolak ansur, bertanggungjawab dan prihatin dengan keperluan kebajikan sesama mereka.

2. Kesepaduan nasional dan perpaduan negara

Tadbir urus dan pembangunan yang baik akan membina kesepaduan nasional sehingga wujudnya
elemen-elemen pengukuhan kepada perpaduan negara. Etika dan adab seperti amanah,
bertanggungiawab, prihatin dengan kebajikan dan bertolak ansur pasti akan mendorong masyarakat untuk
hidup aman, damai dan harmoni bersama.

Kegagalan melaksanakan pembangunan dan tadbir urus dengan adil sehingga melebarnya jurang
kaya-miskin, bandar-desa dan kumpulan etnik-agama akan mewujudkan impak berganda dengan
bertambahnya peratus golongan miskin dan terpinggir. Dalam masa yang sama, akan mengakibatkan
lahirnya kumpulan pembangkang yang renggang dengan kerajaan dan mengambil pendirian menolak
dasar-dasar kerajaan. Etika dan adab terhadap negara akan tercalar melalui tanggapan buruk yang
tersebar dalam dunia digital termasuk berita-berita palsu yang memburukkan pemimpin dan parti
pemerintah. Tambahan pula, propaganda politik semasa ditularkan tanpa mengambil kira sensitiviti
terhadap rakyat daripada pelbagai etnik dan agama.

Dalam suasana sosial sedemikian, kepimpinan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) akan
merebut peluang memanipulasi dimensi etnik dan agama demi meluaskan pengaruh serta mendapat
sokongan dan undi rakyat. Dengan kualiti hidup dan ekonomi yang tidak terjamin pasti akan berterusan
kegelisahan dan ketegangan sosial dalam masyarakat. Jika tidak ditangani segera akan melahirkan
perpecahan, ketidakstabilan politik dan membantutkan pembangunan negara.

3. Perkongsian pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi kehamonian, kestabilan dan kemajuan
ketamadunan sejagat

Malaysia adalah sebuah negara tamu pascakolonial dan menerima pelbagai peradaban majmuk
dan anggotanya menjadi warganegara. Pertemuan dan pergaulan peradaban majmuk ini telah
memperkayakan peradaban kewatanan Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak melalui proses difusi
dengan meminjam budaya, pemakanan, bahasa dan budaya kerja di antara mereka. Pengalaman
Malaysia menunjukkan pembangunan setinggi mana kadar pertumbuhan ekonominya jika pengagihan dan

64
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN (MPU 2172) BPLTV KPM

kesejahteraan rakyat tidak dijaga, negara yang makmur dan kehidupan berkualiti tinggi tidak boleh
menjamin kedamaian, kesepaduan, perpaduan dan kestabilan negara. Hasil pembangunan yang hanya
dinikmati oleh kumpulan kecil yang bersuara dan berkuasa sahaja perlu dielakkan. Keadilan dalam
pengagihan kekayaan negara perlu ditegakkan dan dinikmati bersama. Indeks Kualiti Hidup, Indeks
Kesejahteraan Malaysia, Indeks Maqasid Malaysia, Indeks Perpaduan Nasional dan Indeks Kedamaian
Global menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang makmur, damai dan sejahtera. Kejayaan
Malaysia dalam mentadbir urus dan pembangunan negara dengan baik, adil dan terangkum adalah
formula yang boleh dikongsi bersama dengan negara lain.

Malaysia sentiasa berpegang bahawa tadbir urus, pembangunan mapan dan kemajuan negara
bangsa bukan matlamat akhir negara tetapi perpaduan merupakan matlamat akhir yang dihasratkan dan
ingin dicapai bersama. Oleh itu, hasil kesepaduan nasional antara rakyat Malaysia akan melahirkan
perpaduan yang diidamkan oleh bangsa. Kesepaduan ini tercapai melalu proses berterusan dan sistematik
dalam mengurus defisit sosial melalui perbincangan, perundingan, dialog dan mediasi. la juga boleh
dilakukan melalui perbincangan mengenai isu sekolah, agama, kerakyatan, tadbir urus kerajaan dan etnik
minoriti. Selain itu, medium ini dapat memberi peluang, akses dan kesampaian kepada pelaksanaan
program pembangunan agar setiap rakyat mendapat manfaat dengan adil dan saksama.

Dalam dunia digital kini, bukan sahaja tadbir urus dan pembangunan mesti baik tetapi kenyataan
berbaur sensitif, cauvinis dan diskriminasi terhadap etnik dan agama lain perlu diuruskan dengan baik.
Banyak negara di dunia tidak menjadikan kenyataan kebencian sebagai satu jenayah tetapi penular
kenyataan kebencian ini dan dikukuhkan Iagi dengan maklumat palsu pasti melahirkan salah faham,
ketegangan sosial dan pergaduhan di dalam masyarakat.

Pengalaman Malaysia perlu dikongsi secara meluas di peringkat negara-negara jiran, serantau
dan sedunia dalam membina keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat. Potensi
pengupayaan personaliti manusia juga perlu digarap untuk melahirkan individu yang berdikari dan kaya
dengan jati diri yang teguh. Peningkatan keupayaan individu akan mengukuh keupayaan keluarga,
komuniti dan negara serta nilai-nilai etika dan peradaban sejagat.

65

Anda mungkin juga menyukai