Anda di halaman 1dari 13

ANALISIS MEDAN KEKUATAN (FORCE FIELD ANALYSIS) NELAYAN DIBELENGGU KEMISKINAN

1) LATAR BELAKANG DAN PERNYATAAN MASALAH Kemiskinan adalah suatu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kekurangan dari segi memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dari segi ekonomi pula, kemiskinan digambarkan dengan situasi di mana seseorang itu tidak mempunyai modal ataupun daya pengeluaran yang mana ianya boleh menjana kekayaan mahupun pendapatan. Bagi masyarakat moden kini, kemiskinan biasanya digambarkan serta dikaitkan dengan masalah kekurangan dari segi kewangan. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, kemiskinan berasal dari kata dasar miskin yang bermaksud tidak berharta benda, serba kekurangan (dalam barangbarang keperluan hidup), melarat, papa (terlalu miskin). Manakala, kemiskinan pula membawa maksud perihal miskin, kekurangan dan kepapaan (Kamus Dewan 2007 : 1037).

Masyarakat di luar bandar sering dikatakan miskin dan mundur kerana pembangunan yang mereka rasai tidak seperti masyarakat bandar. Sesebuah isi rumah itu dikatakan miskin sekiranya pendapatan bulanan mereka adalah kurang daraipada Paras Garis Kemiskinan (PGK), iaitu pendapatan bulanan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat. Pelbagai cara telah dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan kemiskinan ini dapat dibasmi ataupun dikurangkan. Bagi memastikan kemiskinan dan ketaksamaan ini dapat dikurangkan, pelbagai program yang berteraskan kepada pembangunan luar bandar dilaksanakan. Misalnya dalam aspek pendidikan, kerajaan Malaysia telah menyediakan sejumlah peruntukkan yang besar untuk membangunkan tahap pendidikan pelajar di kawasan luar bandar. Di samping itu, Malaysia pada hakikatnya secara berterusan mengambil langkah dalam memastikan kemajuan pendidikan di bandar seiring dengan pendidikan di luar bandar.

Di Malaysia, masyarakat yang mendiami kawasan pesisir pantai sering dikaitkan dengan kemiskinan terutamanya golongan nelayan. Walaupun nelayan kini mendapat pelbagai bantuan seperti skim mahupun bengkel kemahiran yang dianjurkan oleh kerajaan mereka tetap berada di takuk kemiskinan yang lama. Kemiskinan ini biasanya disebabkan oleh beberapa faktor seperti tahap pendidikan yang rendah, ketiadaan kemahiran dalam pekerjaan serta dipengaruhi oleh keturunan. Faktor-faktor ini antara penyumbang utama mengapa para nelayan masih dibelenggu kemiskinan sehingga kini. Para nelayan harus mengubah taraf hidup mereka ke arah yang lebih mampan dalam semua aspek. Oleh itu, pihak yang berkenaan, masyarakat setempat serta para nelayan sendiri harus mencari jalan bagi mengubah nasib mereka.

2) PERNYATAAN SEMULA MASALAH

a) Situasi semasa Kemiskinan hidup yang membelenggu golongan nelayan mengakibatkan mereka tidak dapat meningkatkan serta memperbaiki taraf dan kualiti hidup mereka dari pelbagai aspek seperti pendidikan, kemahiran, pendapatan dan sebagainya.

b) Situasi yang dikehendaki Golongan nelayan dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan seterusnya dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup mereka dari pelbagai aspek seperti pendidikan, kemahiran, pendapatan dan sebagainya yang seterusnya memacu kearah kemampanan hidup.

3) RAJAH ANALISIS MEDAN KEKUATAN (FFA)

Faktor Pendorong Faktor luaran

Faktor Penghalang Faktor Luaran

Bantuan kerajaan

Pencerobohan dan pengeksploitasian sumber perikanan

Teknologi menangkap ikan

Pemasaran Hasil Tangkapan

Undang-undang kerajaan

Faktor semulajadi cuaca

Faktor Dalaman

Faktor Dalaman

Motivasi diri

Kekurangan peralatan menangkap ikan

Produk hiliran

Faktor Demografi

Kaedah penangkapan yang tidak mampan

4) SENARAIKAN

DAN

GARISKAN

FAKTOR PENDORONG

DAN

FAKTOR

PENGHALANG YANG PENTING FAKTOR PENGHALANG 1. Pencerobohan serta pengeksploitasian sumber perikanan yang berlebihan boleh mengakibatkan berlakunya pengurangan sumber. 2. Pemasaran hasil tangkapan dengan harga di bawah harga pasaran menyebabkan para nelayan memperolehi pendapatan yang kurang dari sepatutnya. 3. Faktor semulajadi cuaca yang tidak dapat dielakkan seperti musim tengkujuh, ribut dan sebagainya mempengaruhi hasil tangkapan dan pendapatan nelayan. 4. Faktor demografi seperti usia, tahap pendidikan, pengalaman dan kemahiran mempengaruhi nelayan dalam memilih untuk menjadi nelayan tempatan ataupun moden. 5. Kekurangan kelengkapan peralatan untuk menangkap ikan di laut dalam menyebabkan nelayan tempatan hanya menangkap ikan di pesisir pantai. 6. Menggunakan kaedah penangkapan ikan yang tidak mampan seperti bom ikan dan pukat yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.

FAKTOR PENDORONG 1. Bantuan, kerjasama dan sokongan antara badan kerajaan,swasta serta masyarakat setempat dalam apa jua situasi bagi meningkatkan taraf hidup petani. 2. Perubahan teknologi daripada cara tradisional kepada cara moden seperti menggunakan bot laut dalam, radar pengesanan ikan, system telekomunikasi canggih, jentera penarik, pukat tunda, pukat harimau, pukat Apollo, kemudahan dingin beku dan kemudahan memproses ikan yang ditangkap. 3. Melaksanakan undang-undang serta peraturan yang sedia ada demi memperjuangkan hak para nelayan seperti Akta Persatuan Nelayan. 4. Motivasi diri untuk keluar dari kepompong kemiskinan berpandukan pengalaman dalam kehidupan seharian. 5. Menjana pendapatan sampingan dengan membuat produk hiliran seperti belacan, budu dan sebagainya.

5) SENARAI DAN GARISKAN LANGKAH PELAKSANAAN YANG PENTING BAGI FAKTOR PENGHALANG Faktor Penghalang A : Pencerobohan serta pengeksploitasian sumber perikanan yang berlebihan boleh mengakibatkan berlakunya pengurangan sumber. Langkah Pelaksanaan : 1) Pihak berwajib melakukan rondaan dengan kerap di kawasan perairan supaya nelayan asing tidak dapat menceroboh dan mengganggu sumber perikanan nelayan tempatan. 2) Pihak berkenaan harus memastikan para nelayan mengetahui kawasan penangkapan yang sebenarnya. Contohnya, nelayan laut dalam tidak dibenarkan menangkap ikan di pesisir pantai kerana itu adalah kawasan nelayan kecil. 3) Untuk mengelakkan daripada berlakunya pengurangan sumber secara berterusan, Jabatan Perikanan harus meneruskan lagi program pembinaan tukun tiruan ke kawasan-kawasan pesisir pantai yang lain. Selain itu, program pelepasan benih-benih ikan di perairan muara-muara sungai yang dikenalpasti mengalami kekurangan sumber juga harus diteruskan bagi menambahkan lagi stok perikanan yang terjejas akibat pengeksploitasian ini.

Faktor Penghalang B : Pemasaran hasil tangkapan dengan harga di bawah harga pasaran menyebabkan para nelayan memperolehi pendapatan yang kurang dari sepatutnya. Langkah Pelaksanaan : 1) Pihak berkenaan seperti Persatuan Nelayan harus mengambil inisiatif supaya para nelayan tidak ditipu oleh orang tengah. Ahli persatuan boleh melakukan pemantauan dan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap orang tengah jika mereka mengambil kesempatan terhadap para nelayan. 2) Bagi mengelakkan para nelayan bergantung kepada orang tengah, kerajaan boleh menyediakan bantuan modal, subsidi bot ataupun pukat supaya nelayan boleh mengusahakan sendiri kegiatan perikanan mereka.

3) Pihak berkenaan boleh mengenakan syarat untuk menjadi orang tengah mereka harus mendaftar dan wajib memiliki kad pendaftaran orang tengah bagi membolehkan para nelayan menjual hasil tangkapan kepada mereka.

Faktor Penghalang C : Menggunakan kaedah penangkapan ikan yang tidak mampan seperti bom ikan dan pukat yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan. Langkah Pelaksanaan : 1) Kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap nelayan yang menggunakan kaedah ini seperti menggantung lesen yang dimiliki buat sementara waktu ataupun denda. 2) Kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) harus mengenalpasti golongan sasaran nelayan yang benar-benar tidak mampu dan memberi bantuan peralatan menangkap ikan yang lengkap dan mengajar mereka menggunakannya dengan cekap. 3) Pihak berkenaan boleh menganjurkan kempen kesedaran akibat penggunaan kaedah yang tidak mampan ini akan mengakibatkan kekurangan sumber perikanan yang mana akan menyebabkan mereka pendapatan mereka berkurangan. Ini kerana sesetengah nelayan tidak mengetahui akibat daripada perbuatan mereka.

6) SENARAI DAN GARISKAN LANGKAH PELAKSANAAN YANG PENTING BAGI FAKTOR PENDORONG Faktor Pendorong A : Bantuan, kerjasama dan sokongan antara badan kerajaan,swasta serta masyarakat setempat dalam apa jua situasi bagi meningkatkan taraf hidup nelayan. Langkah Pelaksanaan : 1) Badan kerajaan, badan bukan kerajaan serta pihak yang berkenaan boleh menyalurkan sumber bantuan atau kebajikan kepada nelayan samada dalam bentuk kewangan ataupun kemudahan asas ataupun kemudahan menangkap ikan.

2) Pihak kerajaan perlu memberi pendedahan tentang teknologi penangkapan ikan yang terkini, latihan serta berpengetahuan. 3) Apabila sesuatu program telah dijalankan, pihak berkenaan harus melakukan pemantauan secara berkala terhadap nelayan yang terlibat. Pemantauan ini harus dijalankan sehingga mereka benar-benar mampu mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dengan cekap. bengkel kemahiran kepada nelayan supaya mereka lebih

Driving Force B : Perubahan teknologi daripada cara tradisional kepada cara moden seperti menggunakan bot laut dalam, radar pengesanan ikan, sistem telekomunikasi canggih, jentera penarik, pukat tunda, pukat harimau, pukat Apollo, kemudahan dingin beku dan kemudahan memproses ikan yang ditangkap. Langkah pelaksanaan : 1) Kerajaan memberi dana kepada nelayan untuk membeli keperluan serta peralatan moden supaya hasil tangkapan mereka lebih memberangsangkan. Ini kerana peralatan tersebut memerlukan kos yang tinggi. 2) Kerajaan memberi latihan, kemahiran, bengkel serta kursus berkenaan teknologi penangkapan terkini. Penerangan tentang kelebihan menggunakan teknologi ini juga harus diberikan kepada para nelayan.

Driving Force C : Memjana pendapatan sampingan dengan membuat produk hiliran seperti belacan, budu dan sebagainya. Langkah Pelaksanaan : 1) Kerajaan memberi bantuan kepada nelayan dari segi kemudahan pemasaran. Contohnya, Jabatan Pertanian boleh memasarkan produk hiliran nelayan ini dalam program Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Contoh produk seperti keropok kering, belacan dan budu.

2) Kerajaan boleh menyalurkan modal secara pinjaman atau subsidi kepada nelayan untuk membuat perikanan akuakultur secara individu sebagai salah satu langkah untuk menambah pendapatan keluarga secara sampingan.

7) SENARAIKAN LANGKAH PELAKSAAN YANG PENTING SERTA SUMBER YANG SEDIA ADA

Faktor Penghalang Langkah Pelaksanaan 1. Untuk mengelakkan daripada berlakunya Sumber Sedia ada 1. Sokongan kerajaan/NGO 2. Nelayan 3. Pembangunan dan Penyelidikan (R&D)

pengurangan sumber secara berterusan, Jabatan Perikanan harus meneruskan lagi program pembinaan tukun tiruan ke kawasan-kawasan pesisir pantai yang lain. Selain itu, program pelepasan benih-benih ikan di perairan muaramuara sungai yang dikenalpasti mengalami kekurangan sumber juga harus diteruskan bagi menambahkan lagi stok perikanan yang terjejas akibat pengeksploitasian ini.

2. Pihak berkenaan boleh mengenakan syarat untuk menjadi orang tengah mereka harus mendaftar dan wajib memiliki kad pendaftaran orang tengah bagi membolehkan para nelayan menjual hasil tangkapan kepada mereka.

1. Persatuan Nelayan 2. Sokongan Kerajaan/NGO. 3. Mewujudkan skim atau badan yang khas untuk menjadi orang tengah ataupun peraih.

3. Kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap nelayan yang menggunakan kaedah ini seperti menggantung lesen yang dimiliki buat sementara waktu ataupun denda.

1. Sokongan kerajaan. 2. Nelayan. 3. Penambahbaikan polisi dan undangundang yang sedia ada.

Faktor Pendorong Langkah Pelaksanaan 1. Apabila sesuatu program telah dijalankan, pihak berkenaan harus melakukan pemantauan secara berkala terhadap nelayan yang terlibat. Pemantauan ini harus dijalankan sehingga mereka benar-benar mampu mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dengan cekap. Sumber yang sedia ada 1. Sokongan kerajaan/ NGO 2. Tenaga Pengajar 3. Nelayan

2. Kerajaan memberi dana kepada nelayan untuk membeli keperluan serta peralatan moden supaya hasil tangkapan Ini mereka kerana lebih

1. Sumber Kewangan 2. Peralatan menangkap ikan 3. Sokongan Kerajaan 4. Nelayan

memberangsangkan.

peralatan

tersebut memerlukan kos yang tinggi.

3. Kerajaan memberi bantuan kepada nelayan dari segi kemudahan pemasaran. Contohnya, Jabatan Pertanian boleh memasarkan produk hiliran nelayan ini dalam program Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Contoh produk seperti keropok kering, belacan dan budu.

1. Sokongan kerajaan 2. Isi rumah nelayan 3. Produk keluaran nelayan 4. Mengadakan karnival khas untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk keluaran nelayan

8) PELAN TINDAKAN KOMPREHENSIF Faktor Penghalang Langkah Pelaksanaan 1. Untuk mengelakkan daripada berlakunya Sumber Sedia ada 1. Sokongan kerajaan/NGO 2. Nelayan 3. Pembangunan dan Penyelidikan (R&D)

pengurangan sumber secara berterusan, Jabatan Perikanan harus meneruskan lagi program pembinaan tukun tiruan ke kawasan-kawasan pesisir pantai yang lain. Selain itu, program pelepasan benih-benih ikan di perairan muaramuara sungai yang dikenalpasti mengalami kekurangan sumber juga harus diteruskan bagi menambahkan lagi stok perikanan yang terjejas akibat pengeksploitasian ini.

2. Pihak berkenaan boleh mengenakan syarat untuk menjadi orang tengah mereka harus mendaftar dan wajib memiliki kad pendaftaran orang tengah bagi membolehkan para nelayan menjual hasil tangkapan kepada mereka.

1. Persatuan Nelayan 2. Sokongan Kerajaan/NGO. 3. Mewujudkan skim atau badan yang khas untuk menjadi orang tengah ataupun peraih.

Faktor Pendorong Langkah Pelaksanaan Sumber yang sedia ada

1. Apabila sesuatu program telah dijalankan, pihak berkenaan harus melakukan pemantauan secara berkala terhadap nelayan yang terlibat. Pemantauan ini harus dijalankan sehingga mereka benar-benar mampu mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dengan cekap.

1. Sokongan kerajaan/ NGO 2. Tenaga Pengajar 3. Nelayan

2. Kerajaan memberi bantuan kepada nelayan dari segi kemudahan pemasaran. Contohnya, Jabatan Pertanian boleh memasarkan produk hiliran nelayan ini dalam program Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Contoh produk seperti keropok kering, belacan dan budu.

1. Sokongan kerajaan 2. Isi rumah nelayan 3. Produk keluaran nelayan 4. Mengadakan karnival khas untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk keluaran nelayan

9) PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

Rajah 1 : Model Logik Perancangan dan Penilaian Program Nelayan

Keperluan Asas / Masalah

Penilaian Program

Aktiviti / Program / Tindakan

Objektif

Sumber

Hasil / Kesan

Model di atas di gunakan untuk menilai keberkesanan program tindakan yang dibina menggunakan Analisis Medan Kekuatan (FFA). Model ini adalah sebagai asas dan panduan untuk mengkaji dan mengenalpasti apakah polisi, undang-undang dan langkah-langkah yang sedang dan bakal dijalankan berkesan untuk membasmi kemiskinan para nelayan di pesisir pantai.

10) PELAKSANAAN DAN PENILAIAN Masalah kemiskinan para nelayan diselesaikan dengan mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi mereka. Seterusnya berdasarkan masalah tersebut, suatu program, aktiviti ataupun tindakan akan dibentuk dan dilaksanakan menggunakan sumber yang sedia ada. Apabila pelaksanaan telah dijalankan, maka hasil dan keberkesanan program tersebut dapat dilihat. Jika hasilnya telah mencapai objektif program, maka program tersebut dikira berjaya.

Anda mungkin juga menyukai