Anda di halaman 1dari 6

4.

1 Kesan Perlaksanaan Dasar Penjajahan terhadap Bangsa Moro

Kedatangan dan penjajahan Sepanyol di Filipina telah membawa kepada pebagai


perubahan terutamanya di bahagian Selatan Filipina. Keadaan ini bertambah keruh lagi
apabila kekuasaan ke atas Filipina diserahkan kepada Amerika Syarikat akibat daripada
Paris Peace Agreement yang ditandatangani antara pihak Sepanyol dan Amerika Syarikat
pada bulan Disember 1898 dengan bayaran sebanyak USD20 million. 1 Kedua-dua kuasa
asing yang menjalankan penjajahan di Filipina ini telah memperkenalkan beberapa dasar
mengikut sktuktur pentadbiran mereka. Hal ini telah menimbulkan pelbagai kesan
khasnya kepada bangsa Moro yang berada di Selatan Filipina.

Salah satu kesan perlaksanaan dasar penjajahan kedua-dua kuasa ini dapat
dilihat dari aspek politik iaitu kehilangan kuasa pentadiran Islam khasnya bagi
Kesultanan Mindanao. Hal ini demikian kerana sebelum kemasukan Sepanyol dan
Amerika Syarikat di Filipina, kawasan sepanjang pantai kepulauan Filipina adalah
ditadbir dibawah pemerintahan pemimpin Islam yang digelar Datu (Datuk) atau Raja. 2
Manakala bagi golongan Datu yang dianggap memiliki kekuasaan yang kuat akan digelar
sebagai “Sultan”. Keadaan inilah yang akhirnya telah membawa kepada wujudnya
pentadbiran Islam dan wilayah Islam di Selatan Filipina seperti Kesultanan Sulu dan
Kesultanan Mindanao. Kuasaan Kesultanan Sulu yang bermula dengan pemerintahan
Sharif Abu Bakar3 ini telah bertahan selama 500 tahun bermula pada 1450 Masihi
hinggalah pada tahun 1915.

Sistem pemerintahan Filipina pada peringkat awal dikenali sebagai ‘baragay’.


‘Baragay’ merupakan sebuah kapal laut yang membawa peneroka awal secara
berkumpulan atau kekeluargaan.4 Sistem ini dahulunya diketuai oleh golongan ‘datu’ dan

1
Arndt Graf, Peter Kreunzer, Rainer Werning., (2009), Conflict in Moro Land Prospects for Peace? , Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia. hlm. 2.

2
Lily Rose R. Tope., (1994), Filipina, Kuala Lumpur: Times Editions Pte Ltd. hlm. 30.

3
George, T. J.S., (1980), Revolt In Mindanao The Rise of Islam in Philiippine Politics , New York: Oxford
Univesity Press. hlm. 19.

4
Lily Rose R. Tope., op. cit.
dibantu oleh majlis orang tua-tua untuk memastikan undang-undang dipatuhi. 5
Kekuasaan Muslim Moro di Selatan Filipina ini sememangnya terkenal di Nusantara
khasnya. Kekuatan pentadbirannya dapat dibuktikan apabila pihak Sepanyol yang
merupakan penjajah pertama yang ingin menguasai Selatan Filipina ini tidak berupaya
untuk menandingi semangat jihad dan kekuatan ketenteraan Bangsa Moro.

Walau bagaimanapun, kedatangan Amerika Syarikat telah merubah stuktur


pentadbiran wilayah Islam di Selatan Filipina. Tindakan Amerika Syarikat yang berbaik-
baik dengan pemerintah wilayah Islam di Selatan Filipina telah disambut baik oleh pihak
Kesultanan Sulu mahupun Kesultanan Mindanao. Contohnya, menerusi Perjanjian Bates
yang ditandatangani pada 20 Ogos 1898, pihak Amerika Syarikat memberikan
kebebasan beragama untuk masyarakat Islam di Filipina. 6 Keadaan ini telah
membolehkan Amerika Syarikat melibatkan diri dalam struktur pentadbiran di Selatan
Filipina. Pihak Amerika Syarikat secara perlahan-lahan berjaya menguasai pentadbiran di
Selatan Filipina sehinggalah pada tahun 1920, pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina
telah menghapuskan Kesultanan Islam di kawasan tersebut dan memasukkan kawasan
Mindanao ke dalam sistem pentadbiran Filipina yang diketuai oleh Amerika Syarikat. 7
Bertitik tolak daripada keadaan tersebut, maka berakhirnya pentadbiran Islam
terutamanya bagi Kesultanan Mindanao.

Selain daripada aspek politik, pelaksanaan dasar penjajahan Sepanyol dan


Amerika Syarikat ini juga telah memberi kesan dari aspek ekonomi. Hal ini demikian
kerana sebelum kedatangan Sepanyol dan Amerika Syarikat ke Filipina, kegiatan
ekonomi di Filipina dipolopori oleh masyarakat muslim tidak kiralah di kepulauan Selatan
Filipina seperti di Mindanao dan Sulu mahupun di utara Filipina seperti di Luzon. Akan
tetapi, kedatangan Sepanyol ke Filipina telah menjejaskan kegiatan ekonomi bansa
Moro. Hal ini demikian kerana pihak Sepanyol berusaha untuk menghalang masyarakat
Muslim untuk menjalankan kegiatan perdagangan dengan masyarakat ke sekitar

5
Ibid.

6
Gowing, P. G., (1968), Muslim – American Relation in the Philippines, 1899-1920, Asian Studies, 6: 372 –
382. hlm. 373.

7
Ibid., hlm. 381.
Nusantara.8 Melalui sistem pentadbiran Sepanyol di Filipina, pihak Sepanyol telah
megurangkan tenaga buruh Kesultanan Sulu dan Mindanao. Kekurangan buruh ini telah
menyebabkan aktiviti perdagangan kesultanan di Selatan Filipina semakin berkurangan.
Sumber barang dagangan yang berteraskan kepada aktiviti pertanian terjejas akibat
daripada kekurangan tenaga buruh untuk menjalankannya. 9 Kegiatan ekonomi bangsa
Moro di Selatan Filipina ini semakin merosot apabila Amerika Syarikat mula
menunjukkan minat mereka terhadap kawasan tersebut. Amerika Syarikat yang
mempunyai keinginan besar untuk membangunkan kawasan di Selatan Filipina telah
mendatangkan kesan yang negatif kepada orang Islam yang mendiami kawasan
tersebut. Berdasarkan buku Harper’s History of the War in the Philippine (1900)
menyatakan bahawa:

If the land of the Sulu Group and Mindanao prove the land of promise
that some hope – if American enterprise and capital gradually change the
country from a jungle to a paradise of tobacco, hemp and coffee
plantations – then the Moro and his institutions will gradually be shoved
out, succumbing, as our North American Indians succumbed, to the
superior race.10

Berdasarkan petikan tersebut, jelas bahawa Amerika Syarikat mempunyai keinginan


untuk mengambil alih aktiviti ekonomi di Selatan Filipina. Berdasarkan kepada peraturan
tanah baru yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat, kebanyakan masyarakat Muslim
di kawasan tersebut tidak memahami sepenuhnya mengenai peraturan baru yang
diperkenalkan itu. Oleh hal yang demikian, pihak Amerika Syarikat telah berupaya untuk
menguasai hampir keseluruhan kawasan di Selatan Filipina khasnya di bahagian
Mindanao. Buktinya, sekitar tahun 1912, terdapat 159 kawasan pertanian yang
merangkumi 100 hektar tanah dan sebayak 66 daripadanya dikuasai oleh orang merika,
39 dikuasai oleh orang Filipina yang beragama Kristian, 27 kawasan dikuasai oleh orang

8
Hernandez, M. B., (2017), The Phlippines’ Moro Conflict: The Problems and Prospects in The Quest For a
Sustainable Peace, Washington: Georgetown University. hlm. 17.

9
Ibid.

10
Arndt Graf, Peter Kreunzer, Rainer Werning., op. cit., hlm. 3.
Eropah dan Cina.11 Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat Muslim khasnya
Bangsa Moro telah kehilangan tanah yang merupakan punca pendapatan mereka akibat
daripada pengenalan peraturan tanah oleh pihak Amerika Syarikat.

Dari aspek sosial pula, kesan pelaksanaan dasar penjajahan oleh pihak Sepanyol
dan Amerika Syarikat di Selatan Filipina telah membawa kepada wujudnya gerakan
pemberontakan dan penentangan daripada bangsa Moro. Hal ini bertitik tolak daripada
dasar yang diperkenalkan oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat yang dilihat menindas
masyarakat Muslim yang berada di Filipina. Contohnya pada tahun 1903, Amerika
Syarikat telah memisahkan masyarakat Filipina kepada dua kumpulan iaitu masyarakat
Kristian (Chirstian) dan Bukan Kristian (Non-Christian)12. Hal ini terbukti apabila terdapat
dokumen rasmi kerajaan yang menggunakan istilah “uncivilized” dan “civilized”13 yang
merujuk kepada kedua-dua kumpulan masyarakat itu. Daripada istilah tersebut dapat
dilihat bahawa pihak Amerika lebih mengiktiraf kedudukan orang Kristian di Filipina
berbanding dengan orang Islam walaupun masyarakat Islam itu sendri telah lama wujud
di Filipina sebelum kedatangan Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Penindasan terhadap bangsa Moro ini juga dapat dilihat melalui sistem
pendidikan kolonial. Pihak kerajaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan untuk
bangsa Moro menghantar anak mereka ke sekolah yang diwujudkan oleh Amerika.
Kurikulum sekolah tersebut adalah berteraskan kepada bahasa Inggeris. Pihak kerajaan
Amerika Syarikat telah menghantar beberapa orang guru yang beragama Kristian
Filipino ke bahagian selatan untuk mengajar kanak-kanak di kawasan itu. Akan tetapi
Bangsa Moro melihat tindakan ini sebagai seuatu yang bersifat “Filipinization” dan
“Christianization”14 sekaligus ingin menghapuskan masyarakat Islam di Filipina. Oleh hal
yang demikian, dalam era kolonial Sepanyol, penentangan daripada Bangsa Moro ke
atas dasar Kristianisasi yang dijalankan oleh Sepanyol telah membawa kepada satu

11
Sylvia Concepsion, Larry Digal, et. al., (2003), “Breaking the Links between Economics and Conflict in
Mindanao”, Discussion Paper presented at the ‘Waging Peace’ Conference. hlm. 7.

12
Hernandez, M. B., op. cit., hlm. 25.

13
Ibid.

14
Ibid., hlm. 26.
keadaan atau konflik yang dikenali sebagai “Moro Wars”.15 “Moro Wars” atau Perang
Moro ini adalah disebabkan ketidakpuasan hati bangsa Moro terhadap tindakan
Sepanyol yang menafikan kekuasaan Islam di Selatan Filipina. Konflik ini dikatakan
berlaku di antara masyarakat Muslim dan masyarakat Kristian di Filipina. Bangsa ini ingin
mempertahankan agama dan budaya mereka daripada pihak kolonial. 16

RUJUKAN
15
Baybaro, Jr. P. A., (2017), Beyond Colonization: The Impact of History in Philippine Interreligious Dialogue,
The Journal of Interreligious Studies, 20: 38-53. hlm. 43.

16
Ibid.
Arndt Graf, Peter Kreunzer, Rainer Werning. (2009). Conflict in Moro Land Prospects for
Peace?. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Baybaro, Jr. P. A. (2017). Beyond Colonization: The Impact of History in Philippine
Interreligious Dialogue. The Journal of Interreligious Studies. 20: 38-53.
George, T. J.S. (1980). Revolt In Mindanao The Rise of Islam in Philiippine Politics . New
York: Oxford Univesity Press.
Gowing, P. G. (1968). Muslim – American Relation in the Philippines, 1899-1920. Asian
Studies. 6: 372 – 382.
Hernandez, M. B. (2017). The Phlippines’ Moro Conflict: The Problems and Prospects in
The Quest For a Sustainable Peace. Washington: Georgetown University.
Lily Rose R. Tope. (1994). Filipina. Kuala Lumpur: Times Editions Pte Ltd.
Sylvia Concepsion, Larry Digal, et. al, (2003). “Breaking the Links between Economics
and Conflict in Mindanao”. Discussion Paper presented at the ‘Waging Peace’
Conference.

Anda mungkin juga menyukai