Anda di halaman 1dari 41

MPU21032

PENGHAYATAN
ETIKA &
PERADABAN
Mohamad Faisal Jumri
SINOPSIS
 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ini
menjelaskan tentang konsep etika daripada
perspektif peradaban yang berbeza. Ia bertujuan
bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan,
kemajuan dan kebudayaan merentas bangsa
dalam mengukuhkan kesepaduan sosial.

 Selain itu, perbincangan dan perbahasan berkaitan


isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik,
sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif
etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang
bermoral dan profesional.

 Penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi


(HIEPs) yang bersesuaian digunakan dalam
penyampaian kursus ini.
HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir kursus ini pelajar akan dapat:
CLO1 : membentangkan konsep etika dan peradaban dalam kepelbagaian
tamadun. ( A2 , CLS 5 )

CLO2 : menerangkan sistem, tahap perkembangan, kesepaduan sosial dan


kebudayaan merentas bangsa di Malaysia. ( A2 , CLS 5 )

CLO3 : mencadangkan sikap yang positif terhadap isu dan cabaran


kontemporari dari perspektif etika dan peradaban. (A3 , CLS 4 )
BAB 1
PENGENALAN
PENGHAYATAN ETIKA &
PERADABAN DALAM
ACUAN AMALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN:
 Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan etika
dan peradaban

 Menganalisis etika dan peradaban dari segi


individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Brillatesque Studio | 2020


1.1 PENGENALAN E&P
PENGENALAN
 Etika dan peradaban amat penting dalam masyarakat
dan ditítikberatkan dalam kehidupan kita seharian.
Sebagai seorang manusia, kita bermula dengan
kehidupan yang berpandukan pengajaran dan
pembelajaran yang kita perolehi secara formal atau
tidak secara formal, malahan kita membina kehidupan
diri kita berdasarkan pengalaman yang dapat kita
ambil ikhtibar dalam hidup kita seharian.

 Manusia dijadikan Tuhan dengan keupayaan belajar


dengan berbagai cara seperti mendengar, melihat,
berfikir dan akhirnya dizahirkan dalam tingkah laku
bagi menjalani kehidupan setiap hari. Menguasai etika
dan menghayati peradaban bermakna penting bagi
kita untuk belajar, mendengar, melihat, berfikir dan
bertingkah laku sebagai seorang manusia yang baik.
 Justeru, menghayati etika dan peradaban dalam negara
kita ini dapat menjadikan kita kenal asal usul adab, adat
istiadat dan adat resam kita, etnik dan masyarakat asal
di Malaysia yang telah diwarisi dari generasi terdahulu,
menghayati etika dan peradaban yang kita sulam dan
adaptasi dari wilayah alam Melayu yang lain dan zaman
kolonial yang dilalui oleh negara kita.

 Mereka yang mempunyai penghayatan yang tinggi


terhadap etika dan peradaban akan menjadikan diri
mereka memiliki keperibadian yang tinggi, saling
hormat menghormati, dapat hidup dalam keadaan
harmoni, dan akhirnya dapat membina negara bangsa
yang hebat sebagai satu bentuk peradaban yang baik.
ETIKA
Etika berasal daripada perkataan Yunani
iaitu Ethos yang membawa makna hukum,
adat resam, kebiasaan dan budi pekerti,
Etika Ethos Etiket
[Bahasa) prinsip moral atau [Bahasa) sifat ciri sesuatu Adat dan peraturan bkn
nilai-nilai akhlak yang rnenjadi bangsa, budaya, era, dll: kesopanan (terutamanya dlm
pegangan seseorang individu pelukis Malaysia boleh kehidupan sosial atau dlm
atau sesuatu kumpulan menghasilkan karya yg benar- profesion tertentu): wanita
manusia (Kamus Pelajar Edisi benar mencerminkan aspirasi, bangsa kita belum mahir
Kedua). falsafah dan masyarakat dan tentang yg Iazim di rumah-
negara kita. (Kamus Dewan rumah orang besar. (Kamus
[Sosiologi] satu standard Edisi Keempat). Dewan Edisi Keempat),
menyeluruh mengenai benar
atau salah yang menjelaskan [Sosiologi] Usaha
apa yang sebenarnya perlu membangunkan bangsa
dilakukan oleh manusia dalam berdasarkan latar individu,
konteks apa yang benar, keluarga dan komuniti
tanggungjawab, manfaat berbagai serta berbeza sejarah,
kepada masyarakat atau sifat etnik, bahasa, agama, budaya
baik. dan latar geografi melebihi
kesepakatan ciri asas negara
atau bangsa.
 Etika boleh juga diterjemahkan sebagai peraturan
masyarakat yang terdiri daripada tatasusila dan
tatatertib masyarakat.

 Peraturan masyarakat dimaksudkan sebagai


tradisi, norma, kebiasaan, adat, pantang larang
dan nilai masyarakat.

 Namun begitu, penghayatan tentang peraturan


masyarakat berbeza-beza antara kita kerana kita
dipengaruhi
 perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi
kita.

 Etika berkaitan keperibadian, sifat perangai dan


ciri watak yang mulia (Aristotle (384-322 s.M)
PERADABAN

 Istilah peradaban dalam bahasa Inggeris


disebut Civilization. Istilah peradaban
sering dipakai untuk menunjukkan
pendapat dan penilaian kita terhadap
perkembangan kebudayaan.

 Definisi peradaban menurut


Koentjaraningrat menyatakan bahawa
peradaban merupakan sebahagian dari
unsur kebudayaan yang halus, maju, dan
indah seperti misalnya kesenian, ilmu
pengetahuan, adat sopan santun
pergaulan, kepandaian menulis, organisasi
kenegaraan, kebudayaan yang
mempunyai system teknologi dan
masyarakat kota yang maju dan kompleks.
 Peradaban pula membawa maksud sistem dan tahap
perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan
kebudayaar sesuatu bangsa. Tinggi rendahnya peradaban
suatu bangsa sanga dipengaruhi oleh faktor pendidikan,
kemajuan teknologi dan ilm pengetahuan.

 Tiap-tiap masyarakat atau bangsa di manapun selalu


berkebudayaan, akan tetapi tidak semuanya telah memiliki
peradaban yang tinggi.
Pelbagai istilah perkataan yang dirujuk daripada Kamus Pelajar Edisi kedua.
Antaranya:-

Kurang
Adab Beradab
Adab
budi pekerti yang baik budi bahasanya; Berkelakuan kasar;
halus; tingkah laku sopan; orang yang Tidak tahu adab;
yang baik; budi beradab tidak akan Kurang sopan.
Bahasa. meninggikan suara .
apabila berkata-kata
dengan ibu bapanya..

Beradab = telah maju


tingkat kehidupannya
Peradaban sistem dan
tahap perkembangan
sosia sesuatu bangsa;
kemajuan sosial dan
kebudayaa sesuatu
bangsa.
SUSUR MASA ETIKA DAN PERADABAN
BERDASARKAN PRAKOLONIAL,
KOLONIAL DAN PASCA-KOLONIAL

PENDAHULUAN

 Bab ini meneliti susur masa bagi melihat bagaimana konsep adab,
adat istiadat, adab resam, etika, etos dan etiket ini wujud dalam
peradaban kita.

 Konsep adab, adat istiadat dan adat resam telah ada dalam
masyarakat di Tanah Melayu (merujuk kepada Semenanjung
Malaysia pada masa itu).

 Kesemua konsep etika tradisional ini diamalkan dalam kepulauan,


wilayah atau habitat alam Melayu.
Adab
telah ada Adat
Prakolonial
Istiadat
(Tradisional)
Adat
Resam

Kolonial datang Etika


(moden) Etos
Etiket

Etika Moden
bercampur gaul
(Adab, Adat
Pascakolonial Istiadat,Adat
(Gabungan) Resam,Etika,
Etos, Etiket
Biografi
*Individu
Sejarah
*Keluarga
*Komuniti

Struktur Sosial
*Masyarakat Membentuk &
Tersulam
*Negara Mentakrif

*Pasaran
 Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia
boleh dihuraikan dan difahami mengikut 'acuan
Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarah
negara ini, iaitu zaman Pra-kolonial (tradisional),
kolonial (semasa penjajahan) dan Pasca-kolonial
(pasca penjajahan, moden, hari ini)

 Sifat dan kefahaman mengenai etika berciri


moden diperkenal dan dilaksanakan semasa era
kolonial Eropah ke seluruh dunia termasuk
negara kita. Sebelum kedatangan kolonial telah
wujud etika dalam masyarakat yang disebut
adab, adat istiadat dan adat resam.

 Proses migrasİ dalam Kepulauan Melayu dan luar


Kepulauan Melayu menjadikan adab, adat
istiadat, dan adat resam bercampur baur akibat
proses pinjam meminjam dan tersulam dalam
masyarakat Malaysia, dulu dan sekarang.
Adab

 Dari sudut bahasa, adat yg menjadi kebiasaan kpd


sesuatu kaurn, daerah atau agama. (Kamus Pelajar
Edişi Kedua).

 Adab merujuk kepada makna perilaku, perbuatan,


kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun,
kesusilaan, kemanusiaan.

 Sementara tafsiran skop dan perincian Adab


mungkin berbeza dalam kebudayaan yang
berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-
tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang
melalui kepatuhannya terhadap beberapa kod
kelakuan. Sebagai contoh, masyarakat melayu
terkenal dengan adab sopan, adab berpakaian
serta adab tutur kata yang berpaksikan kepada
ajaran agama İslam.
Adat Istiadat
 Menurut Kamus Pelajar Edişi Kedua adat istiadat berbagai-bagai
adat yang diikut atau berbagai-bagai adat dan kebiasaan. la juga
merujuk kepada majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa
seperti pertabalan atau perkahwinan.

 Adat istiadat juga membawa maksud ritual-ritual yang sering


mengiringi sesuatu majlis yang dianggap rasmi seperti adat cukur
jambul, adat berkahwin, adat berkhatan, adat pertabalan raja dan
sebagainya.

 Adat istiadat adalah bentuk peraturan yang diikuti dengan tertib dan
cermat. Biasanya diamalkan dalam majlis-majlis rasmi yang
melibatkan susun atur protokol yang tinggi. la mempunyai susun
atur langkah demi langkah yang melambangkan bahawa negara
kita ini sebenarnya mempunyai peradaban yang tersendiri yang
diwarisi dan perlu dihormati oleh semua pihak sama ada kita yang
lahir dişini, tinggal tetap dan membesar atau pihak yang datang
bekerja di negara ini.

 Contoh adat istiadat yang terdapat dalam negara kita iaıah adat
istiadat Majlis Pertabaıan Dilli Yang Maha Mulia seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong.
Adat Resam

 Adat resam juga dikenali sebagai tradisi, undang-undang


atau hak yang tidak bertulis dalam sesebuah masyarakat dan
diamalkan Şecara turun-temurun sejak sekian lama dan
diwarisi oleh nenek moyang.

 Adat resam juga membawa maksud sesuatu yang ramai


orang lakukan dan telah dilakukan untuk jangka masa yang
lama. Biasanya, datang dari sesebuah negara, budaya, zaman
atau agama yang sama. Jika ada sesuatu yang biasanya
dilakukan dengan cara yang sama, ia mungkin boleh
dikatakan sebagai "adat kebiasaan” dalam melakukan
sesuatu.

 Adat resam adalah lebih mengenai amalan kebiasaan


manakala budaya adalah lebih lanjut idea atau sekumpulan
adat secara keseluruhan dalam sesuatu kaum atau bangsa.
(Wikipedia)
 Dalam negara kita mengandungi pelbagai etnik seperti
etnik Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, Bumiputera Sabah
dan Sarawak. Setiap etnik ini mempunyai adat resam
masing-masing. Sebagai contoh adat resam Melayu
seperti tarian Mak Yong, tarian Kuda Kepang, Pakaian
Baju Kurung Teluk Belanga, Baju kebaya dan perayaan-
perayaan bagi setiap kaum.

 Secara keseluruhan, setiap kaum utama samaada di


Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak
mempunyai identiti dan pengelompokan masing-
masing. Mempelajari, memahami dan menghayati adat
resam sesuatu etnik adalah satu kemestian supaya kita
dapat menjalani kehidupan dalam komuniti etnik
tertentu dengan baik. Saling hormat-menghormati dan
saling menjaga hubungan baik antara individu, keluarga
dan komuniti adalah sikap yang harus dipuji demi
menjaga keharmonian dalam hidup bermasyarakat.
PRAKOLONIAL KOLONIAL
(ZAMAN SEBELUM PENJAJAHAN) (ZAMAN PENJAJAHAN)
Populasi utama penduduk semasa zaman prakolonial Semenanjung Tanah Menurut Fieldhouse (1981), istilah kolonial boleh dikatakan perkembangan zaman
Melayu terdiri daripada masyarakat Melayu. Kebanyakan masyarakat melayu pada abad ke-19 itu merujuk kepada keadaan penguasaan politik, ekonomi dan
tinggal di sekitar kawasan pedalaman, dengan kelompok mereka yang lebih intelektual terhadap negara yang dikuasai. Kolonialisme secara amnya merupakan
besar menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau di pinggir pembentukan sebuah koloni oleh kuasa kolonial yang lebih kuat iaitu bentuk
sungai. penjajahan yang menguasai dan mengambil kesempatan terhadap sebuah
kerajaan yang lebih lemah. Ronald J. Horvath menyatakan bahawa, kolonialisme
Sebelum kedatangan penjajah Eropah (iaitu pra-kolonial), orang Melayu telah adalah satu bentuk penguasaan iaitu kawalan ke atas wilayah atau tingkahlaku
mengamalkan adab sopan yang tinggi seperti berjalan menundukkan sedikit kumpulan lain oleh kumpulan lain yang asing (Ronald J. Horvath, 1972:46)'
tubuh badan apabila lalu di hadapan orang lebih tua serta menundukkan
sedikit tubuh ketika berjabat tangan dengan orang lebih tua adalah di antara Micheal Adas dalam penulisannya mengenai imperialisme dan kolonialisme pula
adab sopan yang telah diamalkan sejak sekian lama. membahaskan kolonialisme sebagai proses Pertapakan dan perkembangan
penguasaan yang memberikan kesan terhadap masyarakat dan budaya tempatan
(Micheal Adas, 1998, 371), "Kolonialisme" menggambarkan hubungan yang tidak
Pada zaman ini, masyarakat luar memang banyak yang merantau ke Alam
seimbang di antara kuasa kolonial dengan tanah jajahan dan selalunya antara
Melayu, termasuklah bangsa Eropah.Mereka terlibat secara aktif sebagai
penjajah dan orang-orang tempatan.
pedagang kecil-kecilan yang dikenali sebagai pedagang tempatan di kawasan
Alam Melayu. Terdapat barangan dagangan seperti hamba, candu dan senjata
api yang diniagakan. Kebanyakan barangan dagangan ini boleh mendatangkan Dasar-dasar British sepanjang perang juga menjaga hubungan yang baik dengan
kerosakan dan kemudaratan pada adab, adat istiadat dan adat resam raja-raja Melayu. Sokongan raja-raja Melayu sangat penting dalam
memperkukuhkan kolonialisme British terutamanya pada zaman perang. British
masyarakat melayu sedia ada.
sedar bahawa masyarakat Melayu sangat patuh terhadap raja-raja mereka dan
melalui sokongan raja-raja kepada British, masyarakat Melayu akan dapat dikawal
Etika terbentuk dalam kalangan masyarakat melayu melalui tingkah laku dengan lebih mudah. Kesan daripada penjajahan ini, pentadbiran negeri-negeri
serta urusan kehidupan seharian samaada formal atau tidak formal sebagai naungan British berada di bawah nasihat kerajaan British.
adab, adat resam dan adat istiadat orang melayu.
PRAKOLONIAL KOLONIAL
(ZAMAN SEBELUM PENJAJAHAN) (ZAMAN PENJAJAHAN)
Kolonialisme di Tanah Melayu dengan perluasan pengaruh British dan kesannya
budaya daripada kuasa kolonial terus berkembang kepada masyarakat tempatan.
Kolonial membawa adab, adat resam mereka yang kita selalu sebut sebagai etika,
etos dan etiket yang mereka hayati dalam kehidupan mereka dan mereka
laksanakan dalam urusan pemerintaham mereka.

Masyarakat kita semasa zaman kolonial yang mempunyai hubungan langsung


dengan pihak kolonial British telah memerhati, menyulam dan mengadaptasi
secara tidak langsung dalam kehidupan seharian. Dalam sistem pemerintahan,
kita melaksanakan sepenuhnya acuan pemerintahan kolonial pada masa itu
seperti cara menghormati, berjabat tangan, memberi salam dan sebagainya
dengan mengikut etika formal kolonial ketika berurusan dengan mereka. la
meninggalkan kesan ke atas Masyarakat Melayu dengan kehilangan jati diri serta
berlakunya percampuran versi etika dalam berpakaian, percakapan, pentadbiran,
ketuanan, cara makan, memberi tabik hormat yang dipengaruhi oleh kuasa
penjajah
ZAMAN PASCAKOLONIAL
(ZAMAN PENJAJAHAN)

Pascakolonial membawa makna penjajahan yang berlaku terhadap budaya, iaitu Setiap generasi yang hidup dalam era globalisasi 1CT, perlu menghayati
dari mula berlakunya era penjajahan hingga kini. Zaman pascakolonial juga boleh makna etika dan peradaban yang telah diacuankan dalam negara kita
diserupakan dengan era moden. Zaman pasca-kolonial (moden), telah sejak sekian lama.
mengekalkan kita dengan etika dan peradaban tradisional dan bercampur.
Mempelajari, menguasai, menghayatinya supaya kita akan tetap
Pertembungan di antara penjajah dengan yang dijajah menghasilkan satu natijah mempunyai identiti dan jatidiri Malaysia walau dimana sekalipun kita
yang membawa perubahan yang melibatkan seluruh susuk pemikiran dan nilai berada. Tidak dapat dinafikan budi pekerti, tingkah laku dan budi
yang dibawa oleh kolonial. Masyarakat telah menerima variasi dan percampuran bahasa kita merosot disebabkan kegagalan kita mempelajari dan
versi etika secara langsung atau melalui teknologi. Nilai etika bercampur baur ini menghayati etika dan peradaban negara kita.
wujud dalam persekitaran formal dan tidak formal kehidupan kita.

Variasi ini ditambah bukan sahaja hasil tinggalan kolonial, tetapi di kembang luas
dengan globalisasi teknologi ICT. Adab, adat, etika, etos dan etiket kita telah
bercampur baur sehingga mengubah identiti dan jati diri kita dalam keadaan,
suasana, tindakan dan tingkah laku berbezabeza.
1.3 KERANGKA MENGANALISIS ETIKA DAN PERADABAN
ACUAN MALAYSIA MELALUI SEJARAH, STRUKTUR SOSIAL
DAN BIOGRAFI

Etika sangatlah berpengaruh dalam kehidupan manusia. Dengan adanya etika maka
manusia akan dapat menjalani aktiviti kehidupan seharian dengan mampu
membezakan antara perlakuan yang baik dan salah serta membatasi perlakuan
dalam kehidupan manusia.

Amalan etika yang baik akan terbinanya sebuah negara yang bertamadun.
Hari ini banyak berlakunya pelanggaran etika
kerana kurangnya penghayatan tentang
kepentingan beretika ke arah acuan Malaysia
yang aman, tenteram dan sejahtera. Antara
contoh etika yang menjadi acuan Malaysia
seperti:-

 Mengucapkan salam apabila memasuki


rumah orang Jain

 Mencium tangan ke dua ibu bapa

 Membuang sampah ke dalam tong sampah

 Menggunakan kemudahan awam dengan


cara yang betul dan berhikmah

 Beratur ketika berurusan di kaunter premis


kerajaan.
 Etika dan peradaban saling berkait antara satu sama
lain. Sebagai contoh, bahasa merupakan warisan
peradaban yang menjadi simbol penting dalam
masyarakat Melayu.

 Tanpa bahasa, manusia tidak dapat berkomunikasi


serta berinteraksi dengan baik antara satu individu
dengan individu yang lain.

 Dari sudut etika dan peradaban acuan Malaysia,


apabila individu ingin memulakan komunikasi,
mereka perlu menggunakan bahasa yang sopan atau
merendahkan suara sebagai tanda saling hormat
menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
kaum dan bangsa.
 Penggunaan teknologi juga merupa warisan peradaban
yang tidak miliki waktu yang banyak untuk beristirahat.
Teknologi terus bekerja tanpa henti serta menggantikan
keseluruhan pekerjaan manusia.

 Teknologi sedia ada perlulah digunakan dengan penuh


etika untuk terus membina ketamadunan negara Malaysia
yang lebih utuh.

 Tahap penghayatan etika dan peradaban setiap individu


dengan individu yang lain adalah berbeza dan dipengaruhi
oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi
masyarakat berkenaan.

 Pembentukan etika dan peradaban acuan Malaysia juga


seharusnya berasaskan kepada agama, nilai dan tamadun
bangsa Malaysia.
 Sarjana Sosiologi bernama C.Wright Milis, telah
mengemukakan idea beliau untuk memahami masyarakat
melalui konsep "imaginasi sosiologikal" iaitu penelitian
berdasarkan tiga kompenan penting iaitu sejarah, struktur
sosial dan biografi.

 Sejarah ialah himpunan peristiwa dan pengalaman lalu


yang saling berkait melibatkan individu, keluarga dan
komuniti dalam masyarakat.

 Meneliti sejarah ialah dengan melihat kembali asal usul


individu di negara ini sama ada penduduk asal atau
sebahagian daripada proses migrasi dalam wilayah alam
melayu atau migrasi dari peradaban Cina, India, Arab,
Eropah dan sebagainya.
 Struktur sosial dari segi bahasa ialah sistem sosial.
Manakala dari segi sosiologi adalah hubungan yang
dibina dan terjalin dalam sesebuah masyarakat yang
berfungsi untuk menggerakkan dinamika masyarakat.

 Tahap penghayatan antara individu dengan individu


yang lain tentang etika dan peradaban di Malaysia
adalah berbeza-beza kerana ia bergantung kepada
struktur sosial. Struktur sosial ini melibatkan komuniti
dan sistem sekeliling samaada secara formal atau tidak
formal seperti tempat tinggal,

 Pendidikan dan pekerjaan. Pemahaman tentang


lapisan-lapisan struktur sosial bagi setiap individu dapat
membantu menghayati etika dan peradaban yang ada
dalam negara.
Rajah : Struktur Sosial
Biografi dari segi bahasa ialah riwayat atau kisah
hidup seseorang. Dari segi sosiologi biografi adalah
fonomena struktur sosial dan proses sejarah yang
mencorakkan pengalaman individu, keluarga,
kornuniti dalam masyarakat dan sebaliknya, boleh
pula mencorakkan struktur sosial dan proses sejarah.

Memahami bagaimana biografi terbentuk oleh


sejarah dan sistem sosial di negara kita akan
membolehkan kita mengenali siapa diri kita sekarang
ini serta biografi orang yang penting bagi negara kita.

Menghayati biografi diri sendiri — bermula dari


kelahiran sehingga kini, bagaimana seseorang
individu menjalani kehidupan seharian,
pembentukan diri berdasarkan daripada sejarah
kehidupan yang dilalui sehinggalah ia
mempengaruhi struktur sosial yang membentuk diri
individu. Etika dan peradaban Malaysia terbina di atas
etika dan peradaban biografi rakyat negara ini yang
teracuan sejak sekian lama.
 Sebagai nilai tambahan penghayatan atau pembentukan
nilai etika dan peradaban acuan Malaysia seharusnya
berpaksikan kepada ajaran agama.

 Nilai-nilai etika dan peradaban tidak seharusnya


dipisahkan dengan nilai-nilai agama. Nilai-nilai etika dan
peradaban seperti hikmah, keberanian, kesederhanaan
dan keadilan tidak akan dapat dipraktikkan pada tahap
tinggi jika dibangunkan semata-mata atas sejarah,
struktur sosial dan biografi atau falsafah peribadi.

 Oleh itu, institusi undang-undang agama perlu dilihat


secara sepadu dan saling kait mengait. Sebagai contoh
nilai hak kebebasan bersuara seharusnya difahami dalam
konteks nilai kepercayaan kepada Tuhan.

 Menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menghina


kepercayaaan agama, menabur fitnah atau mencaci maki
orang lain adalah bertentangan dengan nilai-nilai etika &
peradaban. .
 Justeru, mana-mana nilai yang bercanggah dengan
prinsip kepercayaan kepada Tuhan atau nilai-nilai
kesejagatan Islam seharusnya ditolak dan tidak sesuai
dengan warganegara Malaysia.

 la sangat penting supaya nilai agama menjadi asas


kepada pegangan nilai-nilai murni yang lain. Nilai-nilai
agama inilah yang dikatakan sebagai nilai-nilai abadi dan
mutlak yang akan bertindak sebagai pemandu dalam
memahami nilai-nilai yang lain.

 Penghayatan etika & peradaban yang berlandaskan nilai


ketuhanan dan akal yang sihat dilihat lebih
berkemampuan dalam mengawal tingkah laku manusia
berbanding dengan moral dan etika yang hanya
berlapikkan asas-asas rasional dan nurani yang gersang
dengan nilai keagamaan.
1.4 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MENGIKUT PERINGKAT INDIVIDU, KELUARGA,
KOMUNITI DAN MASYARAKAT
 Etika ialah disiplin yang mengkaji pertimbangan moral oleh
manusia dan peraturan serta prinsip yang menjadi asas
pertimbangan moral. Menurut Robbin (1998), etika sebagai
peraturan dan prinsip yang menentukan samaada sesuatu
perlakuan itu betul atau salah.

 Individu, Keluarga dan Komuniti adalah struktur sosial asas sebuah


masyarakat.Kita boleh meneliti etika yang telah terbina dalam diri
kita, etika dalam keluarga kita dan etika dalam komuniti.

 Penghayatan etika dalam kalangan individu adalah sangat perlu ke


arah membina peradaban yang tinggi dalam sesebuah negara.
Sebagai contoh mudah untuk difahami, kita mengambil contoh
etika dalam amalan perniagaan. Terdapat dua individu utama yang
terlibat dalam urusan perniagaan, iaitu peniaga dan pengguna.
Untuk memastikan urus niaga berjalan dengan baik, ke dua-dua
golongan ini mesti mengamalkan etika yang baik.
 Peniaga sebagai individu seharusnya memberi layanan
dan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna.
Harga mestilah berpatutan dan barangan yang dijual
perlu berkualiti. Ini adalah perlakuan yang betul dan
dilihatkan sebagai seorang peniaga yang beretika.

 Seorang peniaga yang menjual barangan dengan kadar


harga yang tinggi serta tidak berpatutan dianggap
sebagai individu yang tidak beretika dan
bertanggungjawab.

 Setiap peniaga juga mempunyai pekerja dan pemodal


yang dianggap sebagai satu keluarga atau komuniti
dalam perniagaan. Seorang peniaga yang beretika baik
harus menjaga kebajikan pekerja dengan baik seperti
menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat
serta sanggup menerima teguran dan cadangan pekerja.
Pekerja juga perlu bertanggungjawab dalam memberi
perkhidmatan yang baik kepada majikannya.

 Nilai-nilai etika ini amat perlu dijaga untuk melahirkan


perasaan saling hormat menghormati dan bagi tujuan
mencapai kesejahteraan dan keamanan negara.
 Peniaga perlu sedar tentang tanggungjawabnya
terhadap masyarakat. Untuk menghargai sumbangan
masyarakat kepada pemiagaannya, peniaga seharusnya
mematuhi akta dan undang-undang berkaitan
pemiagaan dan membayar cukai yang ditetapkan Oleh
kerajaan untuk disalurkan kepada pembinaaan
kemudahan untuk kegunaan masyarakat.

 Secara kesimpulan, Individu, keluarga, komuniti dan


masyarakat yang beretika sudah pasti mewarnai
peradaban Malaysia yang baik. Etika yang tidak baik perlu
ditolak oleh masyarakat kerana yang memusnahkan
peradaban kita dalam jangka panjang.
1.5 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MENGIKUT KONTEKS MASYARAKAT, NEGARA DAN
PASARAN
 Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum meliputi Melayu, Cina dan India.

 Keunikan masyarakat Malaysia ialah mereka hidup dalam keadaan


yang harmonis dan aman berlandaskan kepada kebudayaan
nasional. Biografi negara kita adalah berdasarkan faktor masyarakat,
negara dan pasaran.

 Biografi masyarakat yang beretika dan mempunyai peradaban yang


baik akan membentuk dan meletakkan negara dalam kedudukan
peradaban yang tinggi serta dihormati.

 Idea-idea untuk pembangunan pengurusan yang beretika adalah


dituntut semua bangsa, budaya dan agama.
 Sistem nilai dan etika yang mantap akan memastikan
masyarakat membangun dalam konteks yang
berpedoman serta melahirkan akhlak yang baik.

 Akhlak yang baik membentuk masyarakat yang


mempunyai peradaban tinggi seda pemerintahan negara
yang hebat. membolehkan hal perekonomian negara
berkembang dengan lebih pesat.

 Ini membolehkan hal perekonomian negara berkembang


dengan lebih pesat.
TAMAT BAB 1
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai