Anda di halaman 1dari 18

KANDUNGAN

Isi Kandungan
Halaman

1.0 PENGENALAN 1
2.0 PERUBAHAN NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
SELEPAS KEMERDEKAAN 2
3.0 ISU MORAL 8
4.0 REFLEKSI 16











1

1.0 PENGENALAN
Masyarakat Malaysia terkenal sebagai sebuah masyarakat yang tinggi nilai moral, agama dan
budaya. Mempunyai jati diri yang tinggi serta adat resam dan amalan timur yang kental.
Walaupun begitu perkembangan semasa menyaksikan perubahan yang menyumbang kepada
kelunturan nilai agama dan moral. Walaupun perubahan sebegini adalah lumrah kerana apabila
masa berubah situasi juga tentunya bertukar. Ia tidak harus menjadi kebimbangan sekiranya
perubahan itu tidak membabitkan perkara asas dalam masyarakat yang mementingkan nilai
moral, agama dan budaya. Tetapi, sekiranya perubahan itu mengancam kelangsungan nilai ini,
ia adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian dan diberi tumpuan yang sewajarnya. Sebagai
sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju,masyarakat yang perlu
dibina mestilah bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara yang
kuat dan utuh.




















2

2.0 PERUBAHAN NILAI MASYARAKAT MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN
Dewasa ini terdapat pelbagai masalah atau gejala sosial yang telah meracunii masyarakat di
Malaysia. Perkara ini sangat ketara perbezaannya diantara zaman sebelum merdeka dan
selepas merdeka. Setelah melihat kepada tahap kemodenan yang dicapai oleh masyarakat
Malaysia masa kini kita dapat mengaitkan dengan gejala-gejala sosial yang berlaku ini. Bagi
saya, semakin tinggi tahap kemodenan masyarakat Malaysia yang pada asalnya mengamalkan
amalan tradisi, nilai-nilai serta amalan murni agama dan budaya asal, maka akan semakin
menurun nilai agama, moral dan etika yang dipegang sebelum ini. Angin perubahan yang
melanda masyarakat di peringkat global didapati memainkan peranan yang sangat penting
dalam keutuhan sesebuah negara. Kesannya amat dirasai di negara-negara membangun
seperti negara kita Malaysia.
Apa yang saya lihat pada masa kini, masyarakat Malaysia berhadapan dengan pelbagai
masalah sosial iaitu krisis keruntuhan akhlak yang melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa
mengira bangsa, jantina, status sosial, umur dan latar belakang akademik. Permasalahan dan
perubahan ini seringkali dikaitkan dengan ledakan globalisasi yang sangat pesat wujud di dunia
hari ini. Keruntuhan akhlak memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat dan
negara. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi utunhnya
akhlak dalam masyarakat itu sendiri.
Antara faktor yang mendorong ke arah keruntuhan akhlak dalam masyarakat Malaysia
ialah jiwa keagamaan yang rendah. Semakin banyak anggota masyarakat memandang remeh
ajaran dan nilai-nilai agama yang dianggap penghalang untuk mencapai kemodenan, mendapat
kemewahan, keseronokan dan kebebasan. Masyarakat yang tidak mempedulikan nilai agama
mempunyai jiwa dan akhlak yang rosak serta semakin hilang nilai murninya. Nilai murni yang
semakin tidak diamalkan ini telah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku dan semakin
meningkat misalnya jenayah, penipuan, buang bayi, penagihan dadah, pergaulan bebas, seks
bebas, rogol, sumbang mahram dan sebagainya.







3

Hubungan institusi kekeluargaan merupakan salah satu medium yang sangat penting
dalam mengawal individu daripada terlibat dalam masalah sosial ini. Permasalahan akhlak
dalam kalangan anak-anak muda mula berlaku apabila ibu bapa semakin sibuk mengejar
keuntungan material sedangkan kehendak spiritual anak yang inginkan kasih sayang dan
nasihat diabaikan. Kemesraan dan keakraban dalam sesebuah keluarga semakin pupus,
bertambah buruk lagi apabila ibu bapa menghadapi krisis rumahtangga. Akibatnya lunturlah
perasaan rasa hormat, kasih sayang, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa sendiri yang
akhirnya mendorong mereka mencari keseronokan di luar dengan melibatkan diri dengan
kegiatan yang tidak berakhlak. Tanpa keutuhan institusi keluarga, kewujudan negara maju tidak
akan sempurna dan sukar dicapai.
Pengaruh Barat juga telah mengubah nilai-nilai ketimuran masyarakat Malaysia.
Masyarakat di Tanah Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah
Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja
dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, tetapi
juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Pertembungan elemen-
elemen baru yang diperkenalkan oleh orang barat dengan amalan-amalan tradisi kita, banyak
mewujudkan konflik . Ramai remaja Malaysia kini sangat terpengaruhi dengan budaya barat
dan ini menjadi satu isu yang amat kita risaukan. Budaya barat seperti cara berpakaian,
makanan dan minuman segera, hedonis, rokok, dadah dan sebagainya telah dibawa masuk
kepada minda anak-anak Malaysia kini. Adat dan budaya masyarakat Malaysia kian terhakis
dan luntur akibat peredaran zaman secara perlahan-lahan.
Melalui pengalaman dan pembacaan, saya juga mendapati faktor perubahan gaya hidup
masyarakat Malaysia berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan
dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat,
tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Maklumat sangat berharga dalam dunia
globalisasi hingga ia menjadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Sememangnya,
tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegini mempunyai banyak kebaikan dan
kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber,
namun keburukannya kerana penggunaan tanpa kawalan.




4

Golongan muda terutamanya terlalu leka dengan dengan media sosial yang ada seperti
melayari laman web, facebook, instagram, twitter dan sebagainya menyebabkan meluasnya
pengaruh gejala sosial dan terhakisnya nilai-nilai ketimuran. Mereka lebih banyak membuang
masa di hadapan komputer sehingga terabai nilai-nilai keakraban dan kerukunan dalam
sesebuah keluarga sehingga hancur sebuah masyarakat Malaysia yang dahulu saling bertegur
sapa, hormat-menghormati, mengambil berat jiran tetangga, sanak saudara, ziarah-menziarahi
dan sebagainya. Jika dibiarkan keadaan ini berterusan, pasti matlamat kerajaan untuk membina
kekuatan negara melalui perpaduan pelbagai kaum pasti tidak kesampaian.
Faktor ekonomi juga merupakah salah satu penyebab masalah sosial. Taraf hidup
rakyat yang miskin dan tidak dapat menampung kehidupan membuatkan mereka mencari jalan
mudah seperti mencuri, menculik, merompak dan sebagainya Keadaan sosio ekonomi
masyarakat Malaysia telah melenyapkan nilai-nilai-nilai tradisi yang telah berdiri teguh sekian
lama. Jika dilihat pada zaman sekarang, berlaku keadaan di mana si suami menjadi suri rumah
dan si isteri keluar mencari nafkah untuk keluarga. Ini berlaku kerana si suami hilang pekerjaan
atau susah mendapat pekerjaan. Adakalanya si isteri akan bersifat besar kepala dan bebas
pergaulan menyebabkan hilangnya nilai ketaatan, kasih sayang, menghormati dan
tanggungjawab terhadap suami.
Nilai tradisi juga telah tercemar dengan budaya individualistik dan materialistik yang
semakin menebal di kalangan masyarakat Malaysia. Ini mencetuskan budaya khianat-
mengkhianati, pecah amanah, menipu, membunuh dan sebagainya. Keadaan ini amat
membimbangkan kerana keruntuhan nilai yang bermula dari seseorang individu seterusnya
membawa kepada sebuah keluarga, kemudian kepada sebuah masyarakat menyebabkan
kesukaran untuk membentuk sebuah negara yang kuat.
Namun demikian, pelbagai perubahan nilai yang hilang secara perlahan-lahan dek
arus perubahan zaman mutakhir ini dapat di atasi andainya digembleng seluruh lapisan
masyarakat dari pemimpin atasan kepada pekerja bawahan,dan semua institusi sosial seperti
keluarga, tadika, sekolah, maktab, kolej, universiti, media massa dan masyarakat sivil. Sektor
awam dan sektor swasta juga memikul tanggungjawab moral dan sosial untuk sama-sama
berusaha mempertahankan nilai-nilai yang sedia ada dan menggunakan nilai-nilai baru ke arah
yang baik demi keutuhan masyarakat dan negara.



5

Bermula dari rumah, ibu bapa perlu memberi didikan agama dan moral kepada anak
mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral
bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat. Senario ini dapat
membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh,
bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.
Curahan kasih sayang, perhatian sewajarnya dan memahami masalah anak-anak juga
merupakan tanggungjawab dan peranan ibu bapa. Nilai kasih sayang merupakan elemen yang
penting dalam diri anak-anak agar tidak berasa diabaikan dan tidak sayangi.
Peranan masyarakat penting bagi menangani perubahan nilai yang berlaku pada masa
kini. Misalnya, masyarakat setempat perlu prihatin dan bertindak sebagai pemerhati di kawasan
mereka. Masyarakat haruslah membuang sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing dengan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keadaan di
sekeliling mereka. Oleh sebab itu, masyarakat haruslah menanamkan sikap jaga tepi kain
orang untuk mengetahui apa yang telah berlaku di sekeliling mereka terutamanya dalam usaha
membendung gejala-gejala sosial.
Sehubungan itu pula, masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi.
Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling mengambil berat serta mengeratkan lagi
hubungan silaturahim. Perpaduan antara masyarakat dapat dikukuhkan lagi, secara tidak
langsung dapat membantu membanteras gejala sosial daripada berlaku kerana adanya
semangat bersatu-padu dalam kalangan masyarakat.
Keluarga dan masyarakat persekitaran dirasakan tidak mempunyai cukup kekuatan
bagi membentuk adab dan akhlak yang mulia. Maka peranan kerajaanlah yang
bertanggungjawab mengatasi masalah sosial ini melalui pendidikan formal, penguatkuasaan
pemulihan. Sekolah adalah institusi penting dalam pembentukan nilai kerana para pelajar ,
diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses komunikasi setiap hari. Perkara pokok dalam
pembentukan nilai ini ialah pendidikan nilai tidak boleh dihalang oleh sesiapa sahaja walaupun
ia cuba berbuat demikian. Sebaliknya nilai ini perlu didedahkan dengan sebaik-baiknya
menghabiskan masa selama enam hingga lapan jam sehari di situ. Para pelajar tanpa mengira
agama, bangsa dan latar belakang mempelajari nilai-nilai baru setiap hari dalam aktiviti yang
dilakukan bersama. Mereka belajar tentang peraturan, menghormati, kasih sayang, etika dan
kerjasama melalui silibus pendidikan yang dibentuk secara berhati-hati.


6

Kekuatan dan kehebatan sesuatu masyarakat dan negara banyak bergantung kepada
perubahan nilai yang berlaku. Pendidikan adalah faktor utama bagi membina dan menanam
nilai-nilai positif yang akan mendorong kepada kemajuan sosial negara. Pendidikan yang dilihat
sebagai agen perubahan sosial wajar berkembang selari dengan perubahan ekonomi, politik
dan teknologi semasa supaya nilai-nilai yang sedia ada boleh ikut selari dengan perubahan-
perubahan tersebut.
Sebagai sebuah negara yang sedang meningkat maju, Malaysia harus bijak menyusun
pembangunan dan pemodenan supaya masalah sosial ini tidak akan mengganggu
kesejahteraan dan kebahagian masyarakat keseluruhannya. Pelbagai usaha telah dijalankan
oleh pemimpin negara , misalnya penerapan nilai murni merentasi kurikulum dan mata
pelajaran Pendidikan Moral(Pendidikan Islam bagi umat Islam) sebagai mata pelajaran wajib di
semua sekolah.
Selain itu, pemimpin negara juga menerapkan nilai murni menerusi konsep bersih,
cekap dan amanah ke pejabat kerajaan, di samping pengenalan dan pelancaran nilai-nilai
kebangsaan melalui Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar pembangunan Nasional dan
Wawasan 2020. Terbaru, Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan
mampu menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dunia ini.
Selaras dengan wawasan pembangunan negara, perkembangan nilai dalam sesuatu
masyarakat perlu diambil kira bagi menentukan ianya bersesuaian dengan matlamat dan hala
tuju perubahan dan kemajuan negara. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang
merupakan entiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta
mengajak penganutnya agar berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam
masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif.
Sekiranya kita membiarkan kelonggaran-kelonggaran budaya dan penyakit-penyakit
moral ini menjadi lebih tenat, negara kita mungkin akan menerima nasib malang yang pernah
menimpa tamadun-tamadun besar zaman dahulu seperti tamadun Romawi dan tamadun Islam
di Andalusia. Runtuhnya kedua-dua tamadun yang terkenal hebat dari segi pencapaian ilmu,
teknologi dan kebendaan itu didahului oleh proses kelunturan nilai-nilai moral yang berleluasa
dalam masyarakat.



7

Kesimpulannya nilai-nilai agama dan masyarakat merupakan satu khazanah yang
harus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah
kemodenan sehingga menganggap sianya sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus
melihatnya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik
lagi iaitu kemodenan rohaniah dan juga kebendaan.
Jika dilihat dari aspek perkaitan dengan teori pembelajaran, gejala keruntuhan akhlak
yang disebabkan oleh arus perubahan zaman kepesatan pembangunan ini lebih menjurus
kepada teori Pembelajaran Sosial Bandura yang menekankan peniruan dan pemerhatian. Oleh
itu, bagi pembelajaran nilai-nilai moral, peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah amat
penting sekali. Secara teorinya, ia memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia
dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan
(observational learning), dan bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan
menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain
(observational opportunity).
Perilaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah
memperoleh imbalan ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika
kita tidak menirunya. Menurut Bandura, sebahagian besar tingkah laku manusia dipelajari
melalui peniruan (imitation) maupun penyajian contoh tingkah laku (modelling). Dalam hal ini
orang tua dan guru memainkan peranan penting sebagai seorang model atau tokoh bagi kanak-
kanak-kkanak-kanak untuk menirukan tingkah laku serta nilai-nilai moral.
Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif)
dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah mengemukakan teori
pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963)
ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton orang dewasa memukul,
mengetuk dengan tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroodalam video.
Setelah menonton video kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung
seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut
mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video (Ramlah
Jantan & Mahani Razali 2004).,


8

Jika dilihat perhubungan diantara teori dan keruntuhan nilai-nilai yang berlaku, adalah
sangat ketara bahawa kebanyakan gejala-gejala sosial yang berlaku adalah disebabkan oleh
pengaruh-pengaruh dari luar yang masuk ke dalam masyarakat kita melalui pelbagai medium.
Secara perlahan-lahan, masyrakat kita mulai meniru setiap unsur-unsur yang dibawa oleh
pengaruh-pengaruh dari luar ini seperti pengunaan alcohol dengan berleluasa, pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan dan pelbagai lagi gejala yang lain.
3.0 ISU MORAL
Isu Samseng Jalanan
Masalah sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang
tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai mat rempit bukanlah merupakan satu isu
yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara
ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul
sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah
berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan
raya (litar).'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan
pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Saya telah memilih isu ini kerana dewasa ini
saya sering kali bertembung dengan remaja-remaja ini dan pernah hampir terlibat dengan
kemalangna disebabkan oleh samseng jalanan.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan bahawa
keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di
Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar tidak
mengagung- agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan. Pihak Polis
tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai
identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem
aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral
di kalangan belia negara ini.




9

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam
perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan
satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan
seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Kebanyakan motosikal yang
digunakan Mat Rempit tidakmemenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak.
Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan
menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat
Rempit. Dianggarkan di Malaysiasahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.
Istilah Mat Rempit ini turutdigunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang
sama.Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja.
Remaja ini mencuri kunci motosikal ataumemberi alasan membeli barang di kedai berdekatan
atau pergi ke pasarmalam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala
Lumpur. Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di KualaLumpur untuk
mendapat perhatian orang ramai sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan
tahun.
Menurut penulis Al-Islam (Erwanz, 2009) Aksi-aksi yang ditunjukkan oleh mereka tidak
ubah seperti aksi yang ditayangkan di dalam drama dan filem. Mengapa remaja kita memilih
jalan ini? Tidakkah mereka fikir, perbuatan mereka hanyalah sia-sia? Trend menunjukkan aksi
menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia
khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara
menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja
berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian
murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahayadengan basikalnya.






10

Seperti yang kita tahu, remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada
peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja
perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam
kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan
melakukan perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya. Jika perasaan ingin tahu dan ingin
mencuba ke arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan
berfaedah ini perlulah diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik
untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-
orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi
perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa
memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
Selain itu, kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik,
boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan
mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut
menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang
lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih
memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.
Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramai
para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.
Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang
dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta
guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya
menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan
terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian
daripada ibu bapa di rumah.




11

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam
kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu
memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama
yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program reality
televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata mata mempengaruhi para
remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari
nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara
barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran
sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah
diperolehi.
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak
dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas
agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang
tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada
anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-
anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti
dengan anakanak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada
mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka
sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah
mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang
tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan
penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-
ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh
just take for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan
jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.



12

Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu,
sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat
dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak
mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa
ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak. Justeru, bolehlah dikatakan
bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan,
didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti
sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap, berbincang,
berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan
adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap
berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang
tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa
dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan
dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman,
memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja.
Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnyaditumpukan pada golongan remaja ini. Peranan
Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anakanak mereka.
Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak
mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.



13

Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model kepada anak.
Pendekatan secara akademik juga boleh dijadikan sebagai salah satu langkah
mengatasi. Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan
alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Mewujudkan sistem perundangan di
sekolah. Peruntukan undangundang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di
kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah
dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis juga amatlah
berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia
ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak
polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling
di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor
yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.





14

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi
pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru
dengan sikap terbuka dan positif. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan
memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset
utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku
seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan
akhlak mereka.
Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu
mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan
menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri
sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan,
tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab
dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau
apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa,
nescaya gejala ini sukar diatasi.











15

I-THINK (Bubble Map)


Samseng
jalanan
Pengaruh
Rakan Sebaya
Media massa
Tekanan di
sekolah
Peranan
institusi
keluarga
Pendekatan
secara
akademik
Penguatkuasa
an undang-
undang
Peranan PIBG
16

4.0 REFLEKSI
Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral (ELM 3101) merupakan salah satu kursus
yang wajib dalam program yang saya ikuti.. Melalui kursus ini saya telah mempelajari pelbagai
perkara berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Moral.
Secara spesifiknya, melalui kursus ini saya telah memahami dengan lebih mendalam lagi
tentang asas dan konsep-konsep yang terdapat dalam Pendidikan Moral serta nilai-nilai yang
terdapat dalam masyarakat Malaysia.

Tajuk tugasan ini berhubungkait dengan pengalaman dan pengetahuan isu-isu semasa.
Bagaimanapun tajuk ini juga memerlukan saya berbincang bersama rakan-rakan dan melayari
internet untuk mendapat lebih banyak maklumat serta rujukan buku-buku yang berkaitan.
Melalui tugasan ini, ia juga telah menyedarkan saya betapa perubahan nilai di kalangan
masyarakat begitu serius dan perlu diambil berat oleh setiap individu. Walaupun sebelum ini,
pelbagai isu dan peristiwa yang berlaku, tetapi ianya tidak dibebankan ke dalam fikiran kerana
kesibukan dan masa yang terlalu terhad.

Di samping menulis, ia juga memberi banyak input dan manfaat kepada saya sebagai
seorang isteri, ibu dan juga sebagai seorang guru. Sebagai seorang isteri, taat dan hormat
kepada suami menjadi contoh nilai yang baik kepada anak-anak. Sebagai seorang ibu, ia dapat
memberi peringatan kepada saya akan tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak yang
semakin membesar. Tugasan ini juga telah menyedarkan saya akan pentingnya hubungan
kekeluargaan dan ia perlu dipertahankan.
Manakala sebagai seorang guru pula, adalah juga menjadi tanggungjawab saya
mendidik anak-anak murid dengan nilai-nilai yang baik. Sentiasa menerapkan nilai-nilai murni
dalam setiap pengajaran agar murid-murid tidak lupa dan mengadaptasikannya dalam
kehidupan mereka. Murid-murid juga perlu diberi kasih sayang dan perhatian tanpa memilih
agama, bangsa, taraf hidup agar mereka berasa dihargai dan diperlukan.Hakikatnya, seorang
ibu dan seorang guru mempunyai tugas yang sama melahirkan insan yang patuh pada ajaran
agama, intelek, berakhlak dan bersopan santun.


17

Semasa membuat tugasan ini juga, saya telah dapat mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan diri saya. Kekuatannya, saya mampu melakukannya dengan baik walaupun
menghadapi kekangan masa antara tugas di sekolah dan di rumah. Saya dan rakan sekumpulan ,
Puan Zainab dapat bekerjasama dengan baik walaupun hanya berhubungan melalui telefon.
Kelemahannya pula adalah diri saya sendiri kerana masih cetek pengetahuan dan kurang
mengambil berat tentang isu-isu semasa. Ini memaksa saya menggunakan lebih masa mencari
info-info berkaitan dengan tajuk tugasan.

Secara keseluruhannya, tugasan ini membawa banyak faedah kepada saya dalam
pelbagai aspek dan menjadikan saya seorang yang lebih peka dalam pembelajaran. Saya harap
ilmu yang saya perolehi ini tidak saya persia-siakan begitu sahaja. Tuntasnya, saya sekali lagi
mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah, Pn. Siti Juariah bt Tarmuji
dan semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung. Sesungguhnya jasa kalian besar impaknya.

Anda mungkin juga menyukai