Anda di halaman 1dari 18

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2022

HBIS 3303_V2

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH I

NO. MATRIKULASI : 960601016007001


NO. KAD PENGENALAN : 960601016007
NO. TELEFON : 0197048996
E-MEL : nazrulsalleh@oum.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKS SURAT

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 TUGASAN 1 5-9

3.0 TUGASAN 2 10-12

4.0 TUGASAN 3 13-16

5.0 KESIMPULAN 17

6.0 RUJUKAN 18

2
1.0 PENGENALAN
Pada masa kini, globalisasi merupakan satu perkataan yang hangat diperkatakan oleh
pelbagai pihak tetapi sering disalah tafsirkan. Globalisasi merupakan satu proses untuk
meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan
geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan
dengan ruang udara dan langit sesebuah negara lain, di mana pintu sentiasa terbuka luas untuk
dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media
komunikasi seperti internet, media elektronok dan teknologi siber. Perkembangan ini
memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan
perhubungan sesame manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Proses globalisasi sudah membawa banyak kesan-kesan yang baik yang telah
memperkayakan kehidupan manusia, khususnya kepada masyarakat Malaysia. Di sini, kita dapat
lihat di mana Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan
globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan Kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang membangun dalam era globalisasi jelas kelihatan pada berbagai-bagai
bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar,
persidangan dan forum juga pada penubuhan bergai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor
Raya Multimedia (MSC) misalannya, adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam
menyahut panggilan globaliasi.
Selain memberikan impak yang baik, globalisasi juga mendatangkan kesan yang buruk
kepada peradaban Malaysia, di mana kita dapat lihat konsep globalisasi ini lebih sinonim dengan
maksud peng-amerika-an dunia. Ia merupakan suatu proses untuk menjadikan budaya Amerika
diikuti oleh semua penduduk dunia. Maklumlah globalisasi dikatakan “semua untuk satu”.
Proses ini akhirnya akan merosakkan budaya lain selain budaya Amerika. Perkara ini tidak
menjadi negatif sekiranya budaya Amerika ialah budaya yang baik, bertepatan dengan fitrah
kejadian manusia dan budaya timur serta agama Islam. Namun sebaliknya, budaya Amerika
merupakan budaya yang kebanyakkannya bertentangan dengan akhlak dan norma masyarakat
timur amnya dan Malaysia khususnya.
Terdapat pelbagai kesan globalisasi dari sudut keluarga yang dapat dilihat. Salah satu
adalah kesan positif yang dapat dilihat ialah lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga ataupun
yang belum berkeluarga terlipat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat positif kerana

3
dapat mengurangkan kadar penganguran di Malaysia. Selain itu, peningkatan bilangan wanita
yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di Malaysia.
Seterusnya dapat mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir asing. Namun
begitu, terdapat juga kesan negatif. Salah satu kesan negatif tersebut ialah masalah kekeluargaan
serta gejala sosial yang semakin menular. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes
penceraian sejak akhir-akhir ini. Masalah gejala sosial juga semakin meningkat dan salah satu
penyebab adalah kerana anak-anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malah,
terdapat juga ibu bapa yang bergantung sepenuhnya kepada khidmat pembantu rumah seolah-
olah pembantu rumah juga bertangung jawab dalam memberi asuhan dan didikan kepada anak-
anak mereka. hal ini menjadi punca utama kepada kemusnahan sistem kekeluargaan seterusnya
menjurus kepada berlakunya gejala sosial dikalangan anak-anak bersama kawan mereka.
Disamping itu, berlakunya peningkatan kes penceraian berkemungkinan disebabkan
kurangnya fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang
dicapai, pendidikan agama diketepikan. Selain dari kes penceraian, peningkatan juga dapat lihat
pada kes penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak. Sesungguhnya agama Islam melarang
keras perbuatan tersebut kerana ia bukan sahaja salah di sisi agama, amalahan bertentangan
dengan norma kehidupan manusia.
Umunya, proses globalisasi ini meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan
lain-lain. Namun apa yang jelas didapati pada zaman kontemporari ini, globalisasi budaya yang
paling berpengaruh dakam merubah sifat dan struktur peradaban bukan Barat. Nilai-nilai murni
institusi kekeluargaan adalah institusi yang terjejas dengan fenomena ini. Agen-agen globalisasi
yang meresap ke dalam bidang sosial seperti pakaian, makanan, gaya hidup, hiburan dan
sebagainya telah merubah dan merosakkan insititusi keluarga.

4
TUGASAN 1

1.1 SENARAIKAN PERBEZAAN NILAI-NILAI MURNI YANG HAMPIR DILUPAKAN


PADA VIDEO 1 DAN VIDEO 2

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesame manusia, alam dan tuhan. Menurut kajian yang
dilakukan oleh Wan Mohd. Zahid pada tahun 1988 mentakrifkan nilai murni sebagai :

“ nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada
masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat
biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama untuk membentuk
kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”

Secara keseluruhannya, ianya merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh
masyarakat keseluruhannya.

Senaraikan perbezaan nilai-nilai murni yang hampir dilupakan pada video 1 dan video 2 pada
tugasan 1.

Nilai-nilai murni yang terdapat didalam video 1 ialah :


1. Saling menghormati kepada orang yang lebih tua.
2. Saling memberi kepada orang lain.
3. Sejauh mana kemajuan yang telah dicapai. Jangan pernah dilupakan asal usul dan jati diri
pada setiap bangsa.
4. Jujur dan Amanah

Nilai-nilai murni yang terdapat didalam video 2 ialah :


1. Hubungan silaturahim antara sesama keluarga.
2. Saling menghormati antara satu sama lain.
3. Ikatan kekeluargaan menjadi erat tanpa gajet.

5
1.2 PERBEZAAN NILAI-NILAI YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT PADA
ZAMAN DAHULU (SEBELUM MERDEKA) SEHINGGA TAHUN 1990-AN DENGAN
KINI

Mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat Malaysia amat penting bagi
menangani pelbagai isu dan masalah yang dihadapi. Ketandusan nilai-nilai murni merupakan
salah satu sebab utama meningkatnya gejala keruntuhan moral dan krisis sosial yang begitu
meluas dan sukar untuk dibendung. Walaupun terdapat banyak nilai murni yang menjadi amalan
dan tuntutan, namun terdapat beberapa nilai murni yang utama yang menjadi agenda penting
kepada pembangunan masyarakat dan negeri. Oleh itu, terdapat perbezaan nilai-nilai yang
diamalkan oleh masyarakat pada zaman dahulu dan masyarakat pada zaman kini. Antaranya
ialah nilai kasih sayang, nilai kerjasama dan nilai kesopanan.
Yang pertama, jika mengambil aspek kasih sayang, kita dapat melihat perbezaan yang
ketara antara masyarakat zaman dahulu dan masyarakat zaman kini. Masyarakat zaman dahulu
lebih mementingkan nilai kasih sayang berbanding masyarakat zaman kini. Oleh sebab itu,
generasi muda pada zaman dahulu berakhlak mulia, berdisiplin dam tidak melibatkan diri
mereka dalam masalah sosial. Hal ini kerana nilai kasih sayang ini dipupuk dalam diri mereka
sejak kecil lagi oleh keluarga mereka. mereka tahu bahawa intitusi keluarga yang baik
merupakan tempat yang paling baik bagi merawat masalah sosial. Jika dibandingkan dengan
masyarakat pada zaman kini, mereka lebih mementingkan diri dan terlalu ghairah mengejar
kemewahan sehingga melupakan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa kepada keluarga
mereka. Walaupun mereka mencari duit untuk memberi kehidupan yang sempurna bagi anak-
anak mereka tetapi mereka kurang meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Oleh yang
demikian, anak-anak mereka kurang mendapat kasih sayang yang mencukupi. Dengan ini
peluang bagi mereka untuk melibatkan diri dalam masalah sosial menjadi cerah. Jika zaman
dahulu, hanya salah seorang daripada ibubapa sahaja yang mencari duit untuk keluarga mereka.
oleh itu, salah seorang ketua keluarga dapat mengasuh anak-anak mereka dengan baik. Jika
zaman kini kedua-dua ibubapa mengejar dunia dan isinya. Oleh itu, ibubapa perlu memainkan
peranan yang penting untuk menangani masalah sosial dalam masyarakat bermula daripada
keluarga mereka sendiri.

6
Yang kedua, masyarakat zaman dulu mempunyai nilai kesopanan yang tinggi. Mereka
menghargai dan memuliakan seseorang masyarakat di sekeliling mereka dengan memberi layan
yang sopan dan lemah lembut. Sebagai contoh, mereka menegur apabila bersemuka dengan
orang yang dikenali. Selain itu, mereka juga begitu hormat dan taat kepada ibubapa mereka.
Misalnya, mereka membantu ibubapa mereka walaupun tidak menyuruh mereka berbuat
sedemikian. Di samping itu, mereka mempunyai budi bahasa yang tinggi. Mereka menggunakan
perkataan yang sopan apabila memulakan percakapan dengan orang yang lebih tua daripada
mereka. Pada masa yang sama masyarakat zaman dahulu mempunyai sifat tolak ansur antara satu
sama lain. Mereka tidak bergaduh antara satu sama lain walaupun tidak sehaluan. Sebagai
contoh, remaja dahulu tidak terlibat dalam pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya seperti
zaman kini. Manakala kesopanan yang terdapat pada masyarakat kini sudah banyak berubah dan
berbeza. Ini jelas boleh dilihat daripada cara pemakaian remaja zaman kini yang memakai
pakaian yang menjolok mata di khalayak ramai. Selain itu, sikap taat dan hormat orang lebih tua
daripada kita sudah hilang dalam kalangan masyarakat zaman kini. Contohnya, mereka sanggup
meluahkan perasaaan marah kepada ibubapa jika mereka menegur keselahan mereka.
Masyarakat zaman kini tidak mempunyai sikap tolak ansur. Hal ini disebabkan mereka sanggup
membunuh rakan mereka apabila berlaku pergaduhan atau perselisihan faham kerana tiada
tolerenasi antara mereka. Disamping itu, mereka sanggup mengantar ibubapa mereka yang uzur
ke rumah orang tua tanpa belas ikhsan.
Yang ketiga ialalah nilai kerjasama. Nilai kerjasama juga berlaku perubahan kerana
masyarakat zaman dahulu mempunyai masa lapang untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong, kenduri dan sebagainya. Tetapi pada zaman kini
masyarakat tidak mencukupi masa untuk tidur atau makan disebabkan mereka terlalu sibuk
dengan kegiatan harian mereka dan juga jadual harian mereka yang agak padat sehingga tidak
mengenali jiran mereka. oleh sebab itu, semangat kerjasama dan perpaduan sukar dipupuk dalam
kalangan masyarakat kini. Hal ini dapat membawa kesan yang buruk kepada masyarakat kita.

7
1.3 JUSTIFIKASI PEMILIHAN VIDEO DENGAN MENGAITKAN DENGAN
CABARAN TERHADAP ADAB DAN AKHLAK

Berdasarkan video yang telah dilihat pada tugasan pertama, saya memilih klip video yang
pertama. Dimana pada klip video tersebut banyak nilai murni yang boleh diambil dan
dipraktikkan didalam kehidupan seharian kita. Antara nilai murni yang boleh kita ambil di dalam
video tersebut adalah nilai hormat menghormati. Hormat menghormati merupakan nilai murni
yang perlu dipupuk bagi menguatkan hubungan kemesraan. Masyarakat yang bermoral dan
berhemah ialah masyarakat yang sentiasa menghargai nilai hormat menghormati. Ini bercanggah
dengan sikap angkuh, sombong dan kurang ajar yang boleh menjadi aspek-aspek moral
masyarakat itu rendah dan tidak dapat menghargai pentingnya kemuliaan dalam kehidupan.
Memuliakan orang lain dengan memberi pengormatan tanpa mengira umur, kedudukan, status
dan pengaruh menjadi lambing kekuatan moral sesuatu masyarakat. Menghromati individu-
individu yang penting dalam masyarakat seperti ibubapa, guru, jiran, sahabat, pemimpin dan
tokoh agama merupakan suatu amalan yang perlu dipertahankan dalam masyarakat kita.
Menghormati ibubapa dan guru juga merupakan satu nilai murni yang dapat mengeratkan
perasaan dan sentiment kasih sayang. Nilai-nilai murni ini tidak boleh ditepikan kerana
memuliakan orang lain dalam kehidupan merupakan satu nilai murni yang perlu dihargai. Nilai
hormat menghormati amat penting dalam masyarakat berbilang kaum yang mempunyai
perbezaan dari segi kebudayaan dan agama.
Selain itu, nilai murni kedua yang boleh diambil didalam video tersebut adalah nilai jujur
dan amanah. Jujur dan amanah turut merupakan nilai murni yang amat penting dalam kehidupan
individu dan masyarakat. Masyarakat perlu menghargai dan mempertahankan nilai jujur dan
amanah supaya tidak timbulnya perbuatan dan tingkahlaku yang tidak bermoral dan tidak
berakhlak seperti menipu, mencuri, pecah amanah, tidak boleh dipercayai dan tidak
bertanggungjawab. Masyarakat tidak boleh memandang ringan perbuatan keji yang melanggar
nilai kejujuran dan amanah. Generasi muda perlu dilatih supaya bersifat jujur dan amanah dalam
semua urusan, pekerjaan, perbuatan, hubungan dan tanggungjawab. Nilai jujur dan amanah
merupakan nilai etika yang sangat penting dalam semua profesion yang perlu dipertahankan.
Masyarakat dan negara akan musnah dan hancur sekiranya nilai kejujuran dan amanah tidak lagi

8
menjadi prinsip dalam membina kehidupan dan menegak keadilan. Oleh yang demikian, setiap
individu perlulah bersifat jujur dan amanah dalam melakukan segala tugas dan perbuatan.
1.4 ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERBENTUK INFOGRAFIK

ADAB TERHADAP ORANG TUA DAN RAKAN


Terdapat di dalam pdf yang telah diberikan.

9
TUGASAN 2
MELAPORKAN PENGALAMAN PENEMUAN DALAM BENTUK REFLEKSI

1. Kelebihan

Sebelum
Assalammualaikum saya ucapakan kepada semua. Pertama sekali melihat dan membaca
soalan-soalan berkaitan tentang tugasan HBIS 3303_V2 Adab dan Akhlak Islamiah I, saya
berasa amat gembira dan teruja tentang soalan-soalan yang diberikan. Beradasarkan soalan yang
diberikan ia berhubungkait dengan tingkahlaku diri kita iaitu tentang nilai-nilai murni dan adab.
Saya juga berfikir sebelum memulakan tugasan yang diberikan, banyak nilai-nilai murni yang
boleh diambil didalam kehidupan dan dari sekeliling kita. Seperti contoh hormat menghormati,
tolong menolong dan lain-lain.

Semasa
Saya mula mencari maklumat-maklumat berkaitan soalan-soalan pada tugasan yang
diberikan. Saya mula mencari maklumat menggunakan pelbagai platform seperti internet, buku
ilmiah dan jurnal. Setelah memperoleh malumat daripada internet, buku ilmiah dan jurnal, saya
mula mencatit maklumat tersebut. Banyak maklumat yang saya jumpa berkaitan tentang adab
dan nilai murni ini. Alhamdulilah, segala pencarian maklumat berkaitan tugasan dipermudahkan
oleh-Nya. Selain itu juga, banyak kelebihan yang saya perlolehi semasa menyiapkan tugasan ini,
seperti contoh, sebagai seorang insan kita perlulah mempunyai sifat saling menghormati antara
satu sama lain dan perlulah mempunyai sifat kasih sayang dan tolong menolong antara sesama
manusia.

Selepas
Alhamdulilah, setelah menyiapkan tugasan ini, banyak nilai-nilai murni dan adab yang
boleh kita aplikasikan didalam diri kita. Sekiranya kita sebagai seorang ayah, tunjuklah contoh
tentang adab dan nilai-nilai murni kepada anak kita supaya anak kitab oleh menunjukkan contoh
yang baik kepada masyarakat di luar sana. Beradasarkan tugasan ini banyak perkara yang
menarik dan ia dapat dikongsikan kepada mereka yang berada di luar sana.

10
2. Kelemahan

Sebelum
Walaupun saya dapat menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa kelemahan sebelum,
semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini. Kelemahan yang saya dapat lihat sebelum
melakukan tugasan ialah berkaitan tentang masa. Sikap suka menangguh mengakibatkan saya
membuat tugasan ini pada waktu terakhir.

Semasa
Kelemahan yang saya dapat lihat semasa melakukan tugasan ini adalah ketika mencari
bahan rujukan. Agak sukar untuk mencari bahan rujukan kerana tidak banyak rujukan yang ada
di internet. Oleh yang demikian, saya perlu membuat rujukan pada buku-buku ilmiah bagi
menambah bahan rujukan saya.

Selepas
Selepas melihat semula tugasan yang diberikan, saya mengetahui bahawa kemahiran
pengurusan masa saya perlu dipertingkatkan lagi. Walaupun saya dapat menyelesaikan tugasan
yang diberikan ini.

3. Menarik

Sebelum
Pertama kali menerima tugasan ini, saya merasakan tugasan ini amat menarik untuk saya
laksanakan kerana ia melibatkan adab dan nilai-nilai murni yang wajib ada di dalam diri setiap
orang. Sememangnya adab dan nilai-nilai murni mudah untuk diucapkan namun ia tidak
semudah untuk dilaksanakan. Justeru itu saya amat berbangga dapat mengkaji dan menghasilkan
tugasan atas tajuk yang diberikan ini.

11
Semasa
Saya bermula dengan memahami kehendak soalan yang diberikan. Syukur alhamdulilah
dengan mempunyai sifat tidak berputus asa di dalam diri,saya telah temui banyak maklumat dan
bahan di dalam internet, buku ilmiah dan jurnal bagi menyiapkan tugasan ini. Banyak perkara
yang menarik ketika menyiapkan tugasan ni. Seperti contoh, kita akan memeprlohi ilmu yang
baru ketika kita mencari maklumat. Selain itu juga kita dapat mengetahui lebih dalam lagi
berkaitan maksud adab. Di samping itu juga, kita juga boleh mempraktikkan ilmu yang kita
perolehi di dalam kehidupan seharian kita.

Selepas
Setelah selesai menyiapkan tugasan ini saya bersyukur kerana memperoleh banyak ilmu
yang menarik dan berguna terutama sebagai pelajar dan sebagai hamba Allah. Sebagai seorang
pelajar, adab dan nilai murni perlu dipupuk didalam diri. Ini kerana apabila kita mempunyai adab
dan melakukan nilai murni ia akan mempengaruhi suasana sekeliling kita, seperti contoh kita
akan mempunyai kawan-kawan yang sering menolong kita. Oleh itu, dengan menghayati sifat
yang mulia ini saya lebih disenangi oleh masyarakat sekeliling. Selain itu juga, kita sebagai
hamba Allah perlu lah beradab dalam apa jua perkara seperti contoh beradab dengan orang tua,
beradab dengan rakan, beradab dengan guru dan lain-lain.

4. Syorkan bagaimana saya memperbaiki bahagian Minus

Sebagai seorang pelajar, saya perlu bijak membahagikan masa saya untuk kerja dan
belajar. Saya juga perlu membuat tugasan pada awal waktu bagi mengelakkan kejadian yang
tidak diingini berlaku. Selain itu juga, saya perlu membuang sikap suka menanggguh dalam
membuat tugasa kerana sikap seperti ini akan berbalik kepada saya. Disamping itu juga, saya
perlu mencari lebih awal bahan-bahan rujukan bagi menyiapkan sesuatu tugasan. Saya berharap
selepas ini, saya akan menyiapkan tugasan pada awal waktu dan dapat membahagikan masa saya
antara kerja dan belajar.

12
TUGASAN 3

13
14
15
16
KESIMPULAN

Nilai-nilai murni masyarakat Malaysia perlu dipupuk bagi membentuk masyarakat


Malaysia yang berdaya maju dan harmoni. Pada umunya, nilai-nilai murni mengalami perubahan
dan penyesuaian dan dalam sesetengah keadaan, nilai-nilai murni semakin pupus kerana
masyarakat tidak komited untuk mempertahankan nilai-nilai tersebut. Dilema nilai-nilai murni
berlaku disebabkan pertembungan nilai-nilai murni mengikut perspektif dan motif yang berbeza.
Selain itu, kita juga perlu mengamalkan nilai hormat menghormati antara satu sama lain.
Nilai hormat menghormati amat penting bagi rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum. Setiap rakyat Malaysia mesti menghormati budaya, adat resam dan
agama kaum lain. Sesungguhnya sikap hormat menghormati ini akan dapat memupuk perpaduan
kaum dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman.
Kesimpulannya, sebagai seorang masyarakat, kita perlu mempunyai nilai-nilai murni di
dalam diri kita. Lakukanlah segala kebaikan kepada orang lain tanpa mengira agama dan bangsa.
Disamping itu juga, didiklah anak-anak kita dengan nilai-nilai murni sejak kecil semoga mereka
dapat memberikan manfaat kepada orang diluar sana. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
)Patah Perkataan 2636(

17
RUJUKAN

Internet
1. https://www.researchgate.net/publication/
337144542_Implikasi_Globalisasi_Terhadap_Nilai
2. https://www.scribd.com/doc/233971996/PERUBAHAN-Nilai-Complete
3. https://www.scribd.com/doc/125661973/Nilai-Murni-Masyarakat-Malaysia
4. https://www.researchgate.net/publication/
299398347_Penghayatan_Nilai_Murni_dalam_Pembangunan_Modal_Insan_Melalui_Ke
susasteraan_Melayu_Tradisional
5. http://umiewawa89.blogspot.com/2011/07/adab-terhadap-kawan.html?m=1
6. https://www.slideshare.net/shahakim/adab-dengan-rakan
7. http://greenapplepi4.blogspot.com/2010/12/adab-terhadap-rakan.html?m=1
8. https://dalamislam.com/akhlaq/adab-terhadap-orang/amp
9. https://lamankhaira.com.my/adab-dengan-orang-tua/

Jurnal
1. HBIS3303 ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH I, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

18

Anda mungkin juga menyukai