Anda di halaman 1dari 3

3.

0 ANALISIS SKOP PEMUPUKAN KESEDARAN SIVIK

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mula diperkenalkan sebagai satu mata


pelajaran persekolahan mulai 2005. Sivik merujuk kepada hubungan individu
dengan masyrakat sekelilingnya manakala kewarganegaraan pula merujuk kepada
hubungan individu dengan negara. Melalui subjek ini secara tidak lansung dapat
mengubah cara hidup individu dan juga masyarakat dan lebih bertanggungjawab
dalam pembinaan negara bangsa.

Melalui subjek ini, murid boleh memahami tanggungjawab dan peranan


mereka sebagai anggota yang bertanggungjawab terhadap sebarang kumpulan
sosial. Melalui matapelajaran ini, apa yang cuba diterapkan adalah perasaan empati
dan saling bantu membantu bagi mewujudkan persamaan dalam diri setiap individu,
iaitu sebagai rakyat Malaysia. Melalui subjek ini juga pelajar cuba diterapkan untuk
mengenali diri sendiri dan meghormati orang lain. Apa yang boleh dilihat pada hari
ini kebanyakan individu lebih mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menindas
orang yang dianggap lemah. Ada sesetengah pihak sanggup menyusahkan orang
lain semata-mata ingin memudahkan kerjanya sahaja tanpa mengambil kira
pendapat dan perasaan orang lain.

Pelajar juga diterapkan dengan nilai menghormati orang yang lebih tua
dengan cara memberi salam atau menghulurkan senyuman. Melalui cara ini bukan
sahaja dapat merapatkan hubungan silaturahim malahan bersesuaian dengan adat
orang timur yang penuh dengan kesopanan dan saling meghormati antara satu
sama lain. Selain daripada itu, meghormati jiran merupakan salah satu cara
merapatkan hubungan sesama masyarakat, dengan salaing menghormati semangat
kekitaan juga dapat dipupuk. Jika jiran sekeliling mempunyai masalah maka menjadi
tanggungjawab kita membantu mereka dengan sedaya upaya kita.

Selain daripada itu juga subjek ini merupakan ajen perubahan yang paling
efektif. Dalam era globalisasi yang tiada sempadan kini, pelbagai ilmu dan budaya
dapat disampaikan dengan pantas, sehingga budaya yang tidak bersesuaian yang
tidak patut diamalkan oleh anak muda pada era ini juga turut masuk ke negara kita
dengan mudah. Tanpa pantauan daripada semua pihak gejala ini akan merosakkan
identiti timur sekaligus memadam sedikit demi sedikit nilai moral dalam diri pelajar.
Malalui agen perubahan yang terdapat dalam subjek ini, ia bukan sahaja mampu
menjadikan masyarakat kita sebagai masyarakat yang mempunyai daya pemikiran
yang tinggi malah mempunyai disiplin diri yang tidak dapat digugat disamping
manaikkan semangat cinta dan sanggup berkorban untuk negara. Subjek ini
mengubah sikap masyarakat daripada negatif kepada positif dari pemikiran kelas
kedua sehingga pemikiran kelas pertama, sekaligus menjadi agen kepada kawalan
gejala sosial yang melampau pada ketika ini.

Jika kita lihat di media massa seperti surat khabar contohnya, saban hari kita
akan melihat kes-kes gejala sosial dikalangan pelajar meningkat. Tanpa kesedaran
dalam diri, kita pasti akan mengaggap kita tidak terlibat di dalam masalah tersebut.
Persepsi ini yang harus diubah daripada minda masyarakat kita. Sikap tidak
mengambil peduli bukan alasan untuk kita bersikap lepas tangan daripada kemelut
ini. Selain mengubah kesedaran dalam diri pelajar subjek ini juga sedikit sebanyak
akan mengubah kesedaran dalam diri masyarakat. Walaubagaimanpun harus kita
sedar bahawa usaha yang dilakukan tidak akan membuahkan hasil dengan serta
merta, seperti kita mengambil sebiji benih lalu kita menyemainya. Benih yang
disemai tidak akan terus membuahkan hasil dengan serta merta. Saling mengingati
merupakan baja bagi benih yang kita semai tadi. Jika kita memberi baja dengan
secukupnya saban hari maka benih yang disemai tadi akan membuahkan hasil yang
terbaik.

Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan tempat melahirkan insan yang


bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Jika semua pelajar
mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, maka sekaligus masalah sosial yang tinggi
dalam kalangan remaja dapat dikurangkan malah dapat mewujudkan budaya sosial
yang terpuji dalam masyarakat. Jika masalah sosial dapat dikurangkan maka negara
Malaysia akan terkenal di mata dunia dengan kesopanan dan keramahan
masyarakatnya. Saling berinteraksi antara satu sama lain bukan sahaja dapat dapat
memantapkan hubungan sesama masyarakat malah dapat menaikkan semangat
motivasi dan konstruk sosial.

Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bukan sahaja dapat


memantapkan motivasi dan jatidiri dalam diri pelajar malah dapat mengetahui
dengan lebih lanjut tentang semangat kenegaraan dan selok belok dalam politik
negara Malaysia agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak
yang cuba mencabar keluhuran perlembagaan negara, dimana pada hari ini
sesetengah pihak cuba mencabar keutuhan perlembagaan yang mampu menggugat
keamanan negara. Walaubagaimanapun usaha daripada segelintir pihak sahaja
tidak akan dapat membuahkan hasil dengan sempurna, justeru itu semua pihak
harus berganding bahu bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memupuk
kesedaran sivik di dalam diri dan keluarga masing-masing. Supaya apa yang
disemai dapat membuahkan hasil yang cukup bermutu di mata dunia.

Kandungan matapelajaran sivik ini digubal secara tematik, ini telah


bersesuaian dalam pemupukan kesedaran sivik dan kewarganegaraan dalam
masyarakat yang sentiasa berinteraksi merangkumi maksud diri dan orang lain,
agen perubahan, kawalan dan konstruk sosial serta individu dan negara seperti
yang dinyatakan di atas. Ini adalah disebabkan, penggubalan tema ini mengambil
kira dimensi peribadi dan sosial murid yang berkembang dari diri individu, hubungan
dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luar sekolah, negara, cabaran masa
depan yang juga merangkumi masyarakat global. Klasifikasi maksud diri dan orang
lain, agen perubahan, kawalan dan konstruk sosial serta individu dan negara.

Anda mungkin juga menyukai