Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BBM3411-1
KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN:
TUGASAN INDIVIDU: PENULISAN RENCANA

DISEDIAKAN OLEH:
NURSYAFIQAH BINTI AHMAD TARMIZI

NOMBOR MATRIK:
216596

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. CHE IBRAHIM BIN SALLEH
KERUNTUHAN AKHLAK GENERASI MUDA

Oleh: Nursyafiqah binti Ahmad Tarmizi

Golongan remaja dan belia merupakan aset utama negara untuk terus

menjamin kesejahteraan dan kemajuan negara dari segenap bidang. Remaja kini

perlulah sentiasa digilap dari segi akhlaknya serta ilmu pengetahuan bagi

melahirkan pewaris yang berkualiti pada masa akan datang, terutamanya sebagai

seorang pelajar keunggulan sahsiah sangat dituntut. Hal ini dikatakan demikian

kerana, personaliti seseorang itu dinilai dari segi tingkah lakunya dan adabnya tidak

kiralah Dimana dia. Penampilan sahsiah yang unggul juga dapat mengelakkan

golongan tersebut melakukan sebarang perkara yang membawa kepada impak

negatif terhadap diri mereka. Seperti sedia maklum, tanpa adanya pedoman yang

mampu memupuk sahsiah diri seseorang insan telah menjadi asbab kepada

keruntuhan akhlak seseorang insan.

Sebagai bukti, kini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat

dari masa ke masa sehinggakan perkara-perkara tersebut kini dianggap remeh dan

tidak menimbulkan kebimbangan dalam diri seseorang. Sebagai contoh, keterlibatan

pelajar-pelajar dalam masalah sosial kian meningkat seperti ponteng kelas,

bertingkah laku kurang sopan terhadap orang yang lebih tua, membuli, merokok,

lumba haram dan sebagainya. Namun begitu, lebih kritikal lagi apabila sejak

kebelakangan ini masalah remaja dalam melakukan masalah seksual semakin

meningkat, perkara ini haruslah dipandang serius oleh semua pihak agar tidak

berlarutan dan mampu menjejaskan generasi-generasi muda yang menjadi tonggak

harapan negara. Kenyataan ini bukanlah sebuah lontaran kosong yang digunakan

untuk menakut-nakutkan masyarakat, bahkan perkara ini disokong dengan bukti-


bukti yang kukuh seperti carta statistik jenayah dan kajian-kajian yang telah

dijalankan. Masalah-masalah ini berlaku atas faktor-faktor yang mendorong diri

seseorang pelajar untuk melakukannya.

Secara umunya terdapat pelbagai faktor yang mampu menyumbang kepada

keruntuhan sahsiah seseorang remaja antaranya ialah dorongan rakan sebaya yang

bersifat negatif. Tidak dapat dinafikan bahawa dorongan rakan sebaya mampu

menjadi menyumbang utama kepada keruntuhan sahsiah seorang remaja yang

semakin serius ini. Secara amnya, rakan-rakan juga banyak memainkan peranan

dalam mempengaruhi diri seseorang untuk memilih cara hidup dan cara menilai

kehidupan. Menurut kajian juga, perkembangan emosi, rohani dan membentuk

keperibadian seseorang dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya terutama sekali

bersama individu yang rapat dengannya. Seperti sedia maklum, di usia remaja ini

seseorang itu sangat mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan gaya individu lain

atas sebab ingin mewujudkan keserasian antara meraka. Sebagai bukti, kini di

peringkat sekolah banyak masalah disiplin yang berlaku seperti ponteng sekolah,

merokok, dan membuli atas sebab ajakkan serta tunjuk ajar rakan sebaya. Perkara

ini lebih merisaukan apabila seseorang itu berkawan dengan rakan yang suka cabar-

mencabar keberanian seseorang, di sini pula akan timbul perasaan ingin

membuktikan kehebat masing-masing oleh kerana darah muda yang bersifat

pantang dicabar, natijahnya remaja kini seriang bersaing untuk menunjukkan

kehebatan masing-masing tanpa berfikir panjang tentang impak-impak yang akan

datang.

Faktor kurang didikan agama turut menjadi salah santu punca keruntuhan

sahsiah seorang pelajar. Agama merupakan tunjang utama seseorang dalam

kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana, agamalah menjadi salah satu garis
panduan yang boleh dirujuk semula untuk membentuk kemenjadian diri seseorang,

setiap agama mempunyai pegangannya yang tersendiri dan berfungsi untuk

membentuk seseorang insan ke arah kebaikkan. Tanpa adanya agama sudah tentu

seseorang itu akan terpesong daripada jalan yang benar. Menurut kajian-kajian

sosial yang telah dijalankan membuktikan bahawa masalah kekurangan didikan

agama menjadi salah satu punyumbang terbesar dalam masalah keruntuhan akhlak

seseorang individu di usia muda. Umum mengetahui bahawa tidak semua generasi

muda kini sering menitik beratkan tentang hal keagamaan dan moral walaupun

perkara tersebut merupakan perkara yang perlu diketahui dan diamalkan dalam

kehidupan seseorang. Oleh sebab para pelajar tidak menitikberatkan tentang hal ini

telah menyebabkan mereka berani melakukan perkara-perkara yang kurang baik di

sisi agama tanpa rasa takut dan curiga. Akibat kekurangan ilmu agama inilah

masalah disiplin dan akhlak seseorang pelajar kian merosot serta berlakunya

masalah pelbagai kes jenayah. Jelas menunjukkan bahawa kurang penghayatan

ilmu agama dalam diri dapat menyesatkan seseorang sehingga sanggup melakukan

perkara yang di luar jangkaan.

Selain itu, masalah keluarga turut menjadi punca keruntuhan sahsiah dan

akhlak generasi muda kini. Tidak dapat dinafikan bahawa kesemua anak-anak

memerlukan kasih sayang dan dorongan daripada keluarga dalam kehidupan

mereka. Kini, masalah keluarga terutamanya masalah penceraian ibu bapa menjadi

punca utama kepada keruntuhan sahsiah walaupun masih di peringkat sekolah.

Apabila masalah ini berlaku dalam sesebuah keluarga ia akan menyebakan anak

tersebut berasa kurang kasih sayang dan kasih sayang yang diperolehnya itu kurang

lengkap. Perasaan ini menyabakan anak-anak akan berusaha sedaya-upaya untuk

mendapatkan perhatian dan kasih sayang keluarga meskipun perkara yang


dilakukan tersebut ialah perkara yang mendatangkan masalah. Sebagai bukti, kini di

sekolah kebanyakkan pelajar yang mempunyai masalah disiplin merupakan seorang

pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah. Sekali gus,

masalah ini juga dapat menganggu proses pembelajaran sesorang pelajar

sepanjang menuntut ilmu dan menganggu memikiran mereka. Hal ini dikatakan

demikian kerana, apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang mampu

mendatangkan masalah sudah tentu keluarga mereka akan memberi perhatian

kepada mereka walaupun dengan cara menghukum atau memarahi mereka.

Jelaslah, kasih sayang keluarga terutamanya ibu bapa sangat memainkan peranan

dalam proses kemenjadian seseorang anak dan pembentukkan akhlak mereka.

Di samping itu, bukan sahaja faktor tersebut menjadi punca keruntuhan

akhlak tetapi kemajuan teknologi yang semakin moden turut menjadi pencetus

utama kepada permasalahan ini. Dunia kini telah mengalami evolusi dan kemajuan

bidang teknologi moden yang sangat pesat. Pelbagai jenis kemodenan telah berlaku

dan ciptaan teknologi canggih telah dicipta untuk mempengaruhi gaya hidup

seseorang. Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan ini sangat memberi manfaat

kepada manusia terutamanya untuk melangkah ke alaf baru, namun begitu

kecanggihan ini dapat memberi tampak negatif juga pada panorama global

kehidupan manusia tanpa mengira usia. Seperti sedia maklum kini penggunaan

teknologi seperti gajet dan media lebih mahir digunakan dan dikuasai oleh golongan

muda. Kini, generasi muda sangat mahir untuk mengakses teknologi walapun

mereka masih di peringkat sekolah. Hal ini memang baik untuk mencapai kemajuan

dan kemodenan negara tetapi perkara ini dapat menimbulkan pelbagai masalah

sosial dalam kalangan generasi muda. Tidak semua daripada mereka menggunakan

teknologi tersebut dengan cara yang tepat, ada yang menggunakannya untuk
melihat dan mendalami perkara-perkara yang tidak patut dilakukan. Sebagai bukti,

kini ramai remaja yang rosak akhlaknya akibat penggunaan teknologi tanpa

pemantauan dan berlebih-lebihan. Contohnya kini pelbagai kes jenayah penipuan,

gondaman, masalah seksual berlaku berpunca daripada penyalahgunaan teknologi

yang bersifat dunia tanpa sempadan tersebut. Jelaslah, pendedahan terhadap

teknologi kini secara berleluasa dan tanpa sempadan dapat meruntuhkan akhlak

generasi muda secara dalam diam.

Masalah keruntuhan akhlak generasi muda makin serius dari masa ke masa

sehingg berlakunya pelbagai kes dan masalah yang serius sama ada di alam nyata

mahupun alam maya. Masalah ini berlaku atas pelbagai faktor juga sama ada faktor

dalaman yang datang dari diri sendiri dan faktor persekitaran yang mendorong

mereka melakukan perkara yang mampu merosakkan akhlak mereka. Walau

bagaimnapun, perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan dinormalisasikan dalam

diri seseorang sehinggakan berlakunya pelbagai masalah-masalah serius. Tidak

dapat dinafikan bahawa generasi muda kini kurang dari segi adab dan akhlaknya

oleh sebab persekitaran yang kurang sihat. Peraka-perkara ini turut menyumbang

kepada masalah-masalah sosial yang sangat membimbangkan pelbagai pihak. Oleh

itu, masalah keruntuhan akhlak generasi muda terutamanya yang bergelar pelajar

perlulah sentiasa dititikberatkan dan diberi perhatian untuk melahirkan generasi yang

bebas daripada masalah keruntuhan akhlak dan jati diri seseorang insan.

Anda mungkin juga menyukai