Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah, kemudian buat ringkasan.

Panjang ringkasan ialah 80 hingga 100 patah


perkataan.

Gejala Buli Dan Langkah Untuk Mengatasinya

Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap
pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah
semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan
membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain
lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan
pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam semakin . “Banyak fektor
mendorong kepada berlakunya gejala buli ini bah kata pepatah melayu Jika tidak kerana angin
masakan pokok bergoyang”.

Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar tunjang
kepada berlaku gejala negatif seperi ini.Pada masa moden ini,ibu bapa hanya mementingkan bidang
profession dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari pendapatan sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak.Ini menyebabkan ,seseorang anak itu kurang
mendapat perhataian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka.Anak juga tidak
mengetahui perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk akibat
tiada bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti gejala
membuli.Tambahan pula belaian kasih sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa
juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan tidak perikemanusiaan sehingga mereka melakukan
perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa bertimbang rasa dan
belas kasihan.

Selain itu, kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya
gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang disiplin
sekolah serta kelonggaran disiplin member peluan emas kepada para pelajar untuk mengambil
kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli. Kelonggaran disiplin juga
menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil
peluang untuk melakukan apa saja perkara secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang
mengambil peduli sehingga membawa masalah –masalah yang tidak bermoral. Contohnya,dalam
akhbar harian 22 FEBRUARI 2010,Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bintang menunjukkan kes
buli yang terbanyak mengikut kajian dan faktor kelonggaran disiplin di sekolah tersebut merupakan
pemangkin utama gejala ini berlaku.

Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam
gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar yang mempunyai nilai
moral dan agama yang tinggi tidak mudah pengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala negatif.
Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga membentuk remaja yang
kurang berakhlak dan mereka tidak mengetahui perkara yang mereka lakukan adalah baik atau
buruk sehingga terjebak ke alam yang kurang baik kerana mengikutu pengaruh rakan sebaya.remaja
yang kurang penghayatan nilai agama dan moral juga mudah mempengaruhi gerak geri rakan sebaya
,iklan dan sebagainya yang mencetuskan diri mereka untuk mencuba apa saja aktiviti .

Anda mungkin juga menyukai