Anda di halaman 1dari 39

DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH SEMAKIN MEROSOT

PENGENALAN Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, Buli gugat semangat belajar dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali Black Metal. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.

KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur

lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisocial (peraturan), bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, disiplin didefinisikan sebagai: is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan. Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Rogers 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah latihan dan dendaan (Training and punishment).

Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan.

PONTENG SEKOLAH Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada

diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

PONTENG SEKOLAH Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan

mereka cubaponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan

tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah. Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; " Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi." (Utusan Malaysia 20 Feb 97) Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor. Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah: Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional. Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi

sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan. Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan. Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas. Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu:

a.Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka. b.Perasaan komitmen dan "sense of belonging, dikagumi dan kekuasaan. c.Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti. d.Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai. e.Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan. FAKTOR-FAKTOR UTAMA Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin pelajar pada masa kini berlaku. Punca utama ialah pengaruh media massa. Filem, suratkhabar, majalah, dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah.

Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu bermula di rumah. Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah. Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa. Guru memang ingin membantu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas. Hukuman atau denda yang dikenakan kepada sesesorang pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun begitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar merosot. Ada pelajar yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan untuk menarik perhatian. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Oleh itu, tidak wajar jika sesetengah pihak sahaja yang dipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan guru mestilah memainkan peranan mereka masing-masing. Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana fenomena ini mungkin menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar 4:6. (Berita Harian :19 Julai 1999) . Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah dan menurut Kementerian

Pendidikan, fenomena kekurangan guru lelaki akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Begitu juga di peringkat universiti , di mana kaum lelaki amat tidak begitu berminat untuk menceburi bidang pendidikan. Sememangnya hal disiplin pelajar biasanya diserahkan kepada guru lelaki yang bermisai lebat dan berwajah garang. Apabila orang lelaki semakin menghindari profesion ini, ada pendapat yang menyatakan bahawa tahap disiplin pelajar hari ini semakin merosot. KESAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993). Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah. Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka. Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur

pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh. CADANGAN 1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini. 2. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenisjenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya. 3. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang. 4. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur. 5. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang

paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. PENUTUP Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas

dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar. SENARAI RUJUKAN Amir Hasan Dawi 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjong Malim. Ee Ah Meng1995, Pendidikan Sebagai Satu Proses, Fajar Bakti Sdn. Bhd.Kuala Lumpur. Kamarudin Hj.Husin1994, Asas Pendidikan 1, Longman Malaysia Bhd. Kuala Lumpur. Noraini Ahmad 1995, Kaunseling Remaja, Budaya Ilmu Sdn.Bhd. Petaling Jaya. Ting Chew Peh 1997, Konsep Asas Sosiologi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Wan Azmi Ramli1978, Masyarakat Satu Kajian Ilmiah Dalam Kontek Kebajikan Am, Utusan Printcorp Sdn. Berhad, W.S Winkel 1987, Psikologi Pengajaran, Penerbit PT Gramedia, Jakarta. Lain-lain rujukan:

Utusan Malaysia 14 Ogos 1996 Utusan Malaysia 17 Julai 1999 Berita Harian 19 Julai 1999 Berita Harian 7 April 2001 Berita Harian 7 September 2001 Berita Harian 11 September 2001 Berita Harian 12 September 2001 Berita Harian 17 September 2001 Berita Harian 22 Oktober 2001 Sumber Internet

KESAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993). Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah.

Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka.

Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.

Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.

CADANGAN 1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini. 2. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenisjenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya. 3. Perkhidmatan Bimbingan & KaunselingGuru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang. 4. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur.

5. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. PENUTUP Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

http://iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/Papers/524734/Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komu nikasi_Dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/soffiya_f5be45110b9c455886b69f49003d5c03/epis ode_1_1bb43c0725804ca2b36e9f49003d5c2d http://notapismp.blogspot.com/2011/02/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html http://www.scribd.com/doc/54728251/assigment-psikologi ( tingkah laku bermasalah) http://beritasemasa.com/kes-tumbuk-guru-pelajar-atau-ibu-bapa-yang-bersalah http://beritasemasa.com/bongkar-punca-masalah-disiplin-pelajar-di-sekolah http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/SAIDIBP050166D2008TTP.pdf (jurnal) http://novandri.blogspot.com/2008/02/masalah-disiplin-pelajar-satu.html

http://blog.azhad.com/2008/01/masalah-disiplin-pelajar-sekolah.html http://tuanmat.tripod.com/disiplin.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli (buli)

Berlaku di daerah Dungun, Seorang guru lelaki tidak menyangka tindakannya menerima pelawaan bapa muridnya ke rumah membawa padah apabila ditumbuk dua kali di muka selain disepak.Guru berusia 43 tahun itu juga diacukan pisau berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa menampar anaknya. Penyebab bagi insiden tersebut adalah kerana guru terbabit menampar pipi dan memulas telinga pelajar terbabit yang didakwa memberikan isyarat lucah kepada salah seorang murid tahun 6 di sekolahnya selepas keluar dari makmal. Atas sebab tindakan ingin mengajar anak murid, guru yang tidak mahu dikenali pula dibelasah bapa pelajar tersebut.Apakah rasionalnya tindakan bapa pelajar itu? Kejadian ini bukan baru pertama kali terjadi,dan dari senario yang kami lihat, kebanyakan ibu bapa lebih banyak menyokong tindakan luar kawalan anak mereka dengan menganggap anak mereka berperwatakan baik di sekolah dan bukan sebaliknya. Ini membuatkan pelajar-pelajar sekolah semakin naik lemak apabila mengetahui keluarga mereka akan menyokong mereka walau apa-pun terjadi atas sebab perbuatan pelajar tersebut di sekolah. Takkan tak tahu, guru adalah umpama bapa atau ibu kepada pelajar semasa di sekolah.

Wajarlah jika mereka melakukan kesalahan, mereka menerima hukuman. Namun sekarang, guru-guru tidak lagi dihormati.Tidak semasa zaman kami dahulu.Ibu-bapa pada zaman dahulu lebih menitik beratkan perasaan hormat dan memandang tinggi profession guru sebagai pendidik anak-anak mereka. Pada masa dahulu, usahkan hendak membalas, hendak mengadu kepada keluarga bila kena hukum dengan guru pun, tidak berani untuk diluahkan.Kerana, ibu bapa beranggapan sekiranya anak mereka dihukum, ini bermakna anak mereka memang melakukan kesalahan. Tidak ada guru yang ingin menghukum anak muridnya tanpa ada asas-asas yang kukuh. Dalam kes di atas, menunjukkan isyarat lucah bukanlah sesuatu yang boleh dibiarkan. Lebih-lebih lagi, perbuatan anak menjadi cermin kepada sikap dan keperibadian keluarga pelajar tersebut sendiri. Jika kita sendiri sebagai ibu-bapa, melihat anak kita yang berusia 8 tahun sudah pandai memberi isyarat lucah, adakah kita hanya akan tersenyum gembira dengan perbuatan mereka? Anda fikirkanlah sendiri. Pada pendapat kami, KPM selepas ini patut mewujudkan silibus atau modul mempertahankan diri untuk guru-guru mereka.Pada zaman ini, berkemungkinan ianya amat diperlukan. Masalah disiplin pelajar di sekolah makin menjadi-jadi itu belum ditambah lagi keruntuhan akhlak dan masalah sosial dikalangan remaja umumnya. Sebenarnya ia

melibatkan kerjasama pelajar itu sendiri, guru-guru dan juga ibubapa. Masalah disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah. Kerenah pelajar dahulu dengan sekarang tidak sama. Masalah disiplin pelajar di sekolah dahulu tidak sama berbanding sekarang 1. Adakah ini disebabkan anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa? 2. Guru-guru pula pula terikat tidak boleh mendenda atas kesalahan yang mereka lakukan? Kalau kasar sedikit, ada sesetengah ibubapa yang mula membuat laporan kononnya anak mereka tu baik, alim, pijak semut pun tak mati, buah hati intan payung mereka. Sedangkan

dalam mendisiplin anak-anak hari ini perluanya ada PENEGASAN dalam erti kata untuk mendidik mereka semua. 3. Pelajar hari ini hilang rasa hormat dan tidak tahu di mana batas antara seorang yang bergelar pelajar dengan guru mereka sendiri? Saya lihat pelaksanaan untuk memperbaiki disiplin pelajar sekarang ini ala-ala carca merba sahaja. Sekejap tidak boleh, sekejap boleh. Kemudian sekarang ini guru-guru tidak dibenarkan merotan pelajar. Bagi saya sendiri merotan adalah cara paling berkesan dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Untuk mengatasi masalah disiplin yang kian berleluasa ketika ini, kita perlu mengambil langkah dari peringkat akar umbi lagi. Saya ingin mengajak pembaca untuk balik ke zaman 30 atau 40 tahun lalu. Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dahulu dan masih ingat kawalan disiplin dilaksanakan. Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagai cara paling berkesan menangani masalah disiplin pelajar ditambah dengan sesi kaunseling dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar terbabit. Adakah tindakan guru merotan pelaksanaan pelajar boleh mengakibatkan pelajar itu cedera parah atau mati? Saya tidak percaya guru-guru sanggup berbuat sampai begitu sekali. Guru diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan pelajar bersalah. Ia ditambah dengan sokongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan. MEROTAN bukannya tindakan menghukum semata-mata, tetapi sebagai satu PERINGATAN kepada pelajar. Situasi pada masa dahulu : Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Bagusrasakan. Memang patut pun cikgu rotan. Pergi ambil roti panjang ayah atas almari. Ayah ada nak kasi hadiah. Situasi pada masa sekarang : Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Takpe anakku, esok ayah pergi sekolah jumpa cikgu adiktu. Kasihan anak ayah kena rotan ye..(lebih kurang macam itula) Nampak???? Cuba waktu dulu kalau kita dirotan, tidak berani rasanya mengadu kepada ibu bapa bahawa telah dirotan kerana kita tahu ayah kita akan merotan lagi. Ia terjadi disebabkan

pendirian ibu bapa bahawa guru tidak akan merotan tanpa sebab. Keadaan sangat berbeza pada hari ini. Hukuman rotan dilihat sebagai tindakan mendera, kasar dan tidak sesuai dilaksanakan dalam proses mendidik pelajar. Hukuman rotan di khalayak dimansuhkan dan guru tidak dibenarkan merotan pelajar kecuali pengetua atau guru besar dan guru disiplin. Ramai juga pelajar dahulu yang telah berjaya. Sebagai alternatif, pendekatan secara nasihat, kursus dan kaunseling digunakan bagi mengawal masalah disiplin. BERKESAN? Tidak perlu dinyatakan keberkesanan cara itu kerana masalah disiplin pelajar sekolah pada hari ini tetap pada tahap membimbangkan malah semakin hari semakin meruncing. Berjayakah cara itu? Kita tahu jawapannya Kadang-kadang ibubapa hari ini janganlah nak berlagak samseng di sekolah. Kononnya ingin menjadi HERO kepada anak sediri yang telah lakukan kesalahan. Hari ini, pemikiran sesetangah ibu bapa tidak lagi seperti dulu. Anak terlalu dimanjakan. Mereka bukan saja tidak mengakui hakikat tingkahlaku negatif anak mereka di sekolah, malah jika anak mereka dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan, pihak sekolah dipersalahkan. Tidak memeranjatkan hari ini, tindakan ibu bapa yang membuat laporan polis dan menyaman pihak sekolah ialah senario yang biasa hari ini. Ia antara faktor yang menyebabkan guru, pengetua dan pihak sekolah terpaksa menyembunyikan kes disiplin pelajar di sekolah. Selain ada sesetengah sekolah yang bertindak begitu kerana ingin menjaga nama baik sekolah masingmasing. Dengan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul di samping tidak ada pihak yang membela jika pengetua dan guru disaman oleh ibu bapa maka mereka seolah-olah menutup mata terhadap masalah disiplin yang berlaku di depan mata. Yabetul menjadi guru adalah suatu pekerja yang sangat mulia dan bukan mudah sebenarnya lebih-lebih lagi berhadapan dengan kerenah pelajar di sekolah pada hari ini. Kadang-kadang dilihat guru dilihat hanya mampu menangis dalam hati melihatkan : Anak-anak yang terbiar ini dan yang datang dari keluarga yang tidak berapa ambil berat tentang pendidikan anak-anak.. Yang mewah dengan pelbagai harta benda tetapi teramat miskin perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa sendiri.

Mak ayah yang hanya turunkan anak dari kereta-kereta mewah di pintu pagar sekolah, terus meluncur pergi tanpa sempat singgah di majlis khas untuk ibu bapa, kerana ada urusan kerja!!! Pastinya guru lebih gembira sehingga menitis air mata melihat : Seorang ayah yang hanya datang dengan basikal buruk disambut gembira oleh anak yang sedia menunggu di sekolah. Apabila ada perjumpaan antara ibubapa dengan guru, ayah yang seperti inilah yang menghadirkan diri. Peranan ibu bapa cukup besar untuk mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kerana sebahagian besar masa mereka sepatutnya bersama ibu bapa. Di sekolah masa yang terhad perlu diagih antara memberi pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian dan dalam pada masa yang sama membentuk perangai pelajar. Dalam pada masa yang sama, anak itu juga perlu ada kesedaran diri, disiplin diri. Pada pandangan saya, cikgu-cikgu yang mengajar bukannya mengharapkan anda semua jadi jurutera, doktor, peguam atau apa sahaja jawatan tinggi. Cukuplah sekadar menjadi insan yang berguna. Sememangnya kejayaan anak didik adalah kebanggaan semua guru-guru dan warga pendidik. Namun ingatlah guru hanya memberikan kunci dan andalah yang akan menentukan penggunaan kunci itu setakat mana. Guru dan ibu bapa adalah sebahagian dari kejayaan anda, namun anda sahaja yang dapat menentukan dan mencorakkan kejayaan anda sendiri. Tanpa usaha anda, ilmu yang dicurahkan tidak akan kemana, ibarat menuang air ke daun keladi. Terima kasih kerana menghargai jasa guru dan seluruh warga pendidik. Ini saya kongsikan beberapa aktiviti yang sering mengundang masalah disiplin pelajar di sekolah : 1. Kalau waktu prep malam, akan ada yang fly(keluar daripada kawasan sekolah tanpa kebenaran) untuk makan malam dan ada juga yang turun ke bandar 2. Ada sesetengah masa pada waktu prep malam, pelajar -pelajar menggunakan masa tersebut untuk mengadakan sparing (berlawan/bergaduh) antara dua orang pelajar yang tidak berpuas

hati antara satu sama lain. Kebiasaan aktiviti seperti ini diadakan di lokasi kelas yang jauh daripada perhatian warden. 3. Pada waktu rehat, cuba lihat sendiri di tandas-tandas sekolah berkepul-kepul asap rokok pelajar yang berani melepaskan gian di sana. Itu waktu-waktu kebiasaan. Selain waktu selepas makan tengahari di asrama sekolah. Tidak percaya? Cuba lihat sendiri nanti 4. Hujung minggu, pelajar-pelajar asrama kerap akan fly pada waktu malam melalui pagarpagar yang sudah digunting atau melalui kawasan yang gelap dan tersorok daripada perhatian warden. 5. Pada hujung minggu juga, di waktu awal pagi (antara 2 hingga 3 pagi) ada pelajar yang ada berbuat silap/kesalahan dengan kumpulan pelajar senior atau pun daripada rakan-rakan sendiri yang mempunyai pengaruh untuk membelasah pelajar tersebut. Budaya ini banyak berlaku di sekolah berasrama yang mengandungi pelajar daripada tingkatan 1 hingga 5. Kerana adanya istilah junior dan senior 6. Bagi sekolah berasrama yang mempunyai pelajar lelaki dan perempuan, ada sesetengah pasangan pelajar (couple) yang menggunakan masa yang ada untuk melepaskan rindu 7. Bagi ibubapa rajin-rajinkanlah diri semak apa yang terkandung dalam telefon bimbit anak anda, komputer anak anda, apa yang ada di bilik anak anda. 8. High Council pernah dengar? Budaya High Council pernah menggemparkan negara dengan tertangkap pelajar tingkatan lima dari Sekolah Sains Tunku Abdul Rahman, Perak yang dibuang sekolah kerana mengamalkan High Council. Sekarang ini pun, masih ada. 9. Dan banyak lagi.anda boleh tambah sendiri di ruangan komen bawah Masih ingat lagi, kes disiplin pelajar di mana lapan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato Klana Petra Maamor di Seremban didapati bersalah atas

tuduhan membelasah sehingga mati seorang pelajar tingkatan empat sekolah yang sama, Muhammad Farid Ibrahim, 16, yang telah berlaku pada 28 Mac 2004. Allahyarham telah diikat kedua-dua tangan dan kaki, dipukul secara bertubi-tubi di seluruh badannya hingga menyebabkan tengkorak kepala retak, usus dan hati serta pundi kencingnya juga turut pecah. Masalah disiplin di sekolah bukan perkara baru. Cadangan demi cadangan dikemukakan dan pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah disiplin tetapi rata-rata banyak pihak menuding jari ke arah guru dan pihak sekolah jika masalah disiplin gagal

dibendung. Kita juga tahu jawapannya. Masalah disiplin tetap berlaku dan kadarnya makin meningkat. Kita sudah nampak perbezaan keberkesanan antara pendekatan lama dan baru. Jika kita terlalu memanjakan dan membela anak atau pelajar bermasalah, maka inilah yang akan merosakkan mereka pada masa akan datang. Update pada 27 April 2010 !! KAJANG: Lapan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah agama di Seremban yang didapati bersalah membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah sama, tujuh tahun lalu dilaporkan kini sudah dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang. Kumpulan pelajar itu baru saja dibebaskan bulan lalu selepas berada di penjara itu hampir tujuh tahun dan dikatakan sedang menyambung pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan. Katanya, mereka sebelum ini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat di Sekolah Integriti Kajang (SIK) adalah perintis program pemulihan penjara itu. Lapan pelajar, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan, dituduh secara bersama-sama membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat, pada 28 Mac 2004. Semua mereka yang kini berusia 23 tahun itu dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 10.30 pagi dan 4.15 petang di Asrama Putera sekolah itu. Menurut sumber, walaupun sejarah hidup mereka pahit, mereka pandai dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Pada 6 Ogos 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azhar Maah memerintahkan lapan pelajar itu ditahan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kelapan-lapan pelajar itu pesalah juvana dan berdasarkan hakikat itu mereka dihukum mengikut Seksyen 97, Subseksyen 2 (b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu boleh ditahan dipenjara berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana kesalahan berkenaan dilakukan di Negeri Sembilan. Perbicaraan kelapan-lapan pelajar itu bermula sejak 14 Jun 2004 dan sepanjang 18 hari perbicaraan, 25 saksi dipanggil untuk memberi keterangan. Sementara itu, jurucakap Istana Negeri Sembilan ketika dihubungi mengesahkan berhubung pembebasan lapan pelajar itu selepas

rayuan terakhir mereka diluluskan oleh Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), tetapi enggan mengulas lanjut. Sumber Berita Harian

Masyarakat yang serba kompleks ini sebahagian besar adalah hasil daripada perkembangan teknologi, mekanisasi dan industrialisasi yang menyebabkan perubahan berlaku dalam semua aspek kehidupan manusia. Kemajuan yang dicapai banyak memberi manfaat kepada negara namun, pada masa yang sama ia menyumbang kepada masalah-masalah sampingan yang terpaksa dihadapi oleh sesebuah negara yang kian membangun. Masalah besar dikalangan remaja ialah salah laku, iaitu perbuatan yang menyimpang daripada amalan biasa dalam masyarakat. Salah laku remaja boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Umumnya ia dapat diletakkan ke dalam dua kategori yang utama iaitu salah laku biasa akibat daripada tekanan sosial ( persekitaran ) dan keduanya ialah salah laku luarbiasa iaitu akibat daripada tekanan psikologi atau tekanan mental ( jiwa ). Salah laku biasa ialah tingkah laku menyimpang daripada yang biasa dalam masyarakat yang dilakukan oleh remaja normal akibat tekanan sosial. Mengikut kajian-kajian ia terhasil daripada tiga asas berikut:1. Keadaan diri pelajar yang tidak mendapat latihan dan kawalan disiplin sehingga tidak sanggup mengikut norma hidup biasa. Contohnya ialah perhubungan seks bebas dan homoseksual. 2. Keadaan keluarga yang kucar kacir dan tidak harmonis yang menyebabkan timbulnya rasa kecewa di kalangan pelajar. Contohnya lari dari rumah, berpeleseran, mencuri dan penyalahgunaan dadah.

3. Keadaan sekeliling yang merangsang keinginan diri untuk mengikut gaya dan meniru sesuatu kumpulan. Contohnya ialah merokok, berkelahi dan gangterisme. Salahlaku luarbiasa ialah seseorang yang menderita sakit jiwa ( psikologi ) akibat daripada tekanan sosial yang hebat yang tidak dapat diatasinya. Ia melibatkan masalah-masalah kejiwaan yang perlu diambil perhatian yang serius bagi membantu pelajar memahami diri mereka. Salahlaku ini dapatlah dibahagiakan kepada tiga bahagian iaitu :1. Salahlaku neurotic, iaitu salahlaku yang timbul akibat daripada penderitaan kerana gangguan mental yang menyebabkan penginapnya sentisa merasa terancam, takut, bimbang, bersalah dan berdosa. Pelajar neurotic memiliki rasa rendah diri yang mendalam dan suka mengasingkan diri. Ia boleh meletus menjadi histeria. 2. Salahlaku psikopatik, iaitu salahlaku yang terjadi akibat daripada kekalutan mental sehingga tidak dapat mengitegrasikan dirinya. Penginap mempunyai sikap yang selalu berkonflik dengan norma-norma sosial, sangat egoistik, fanatik, kasar dan suka menyakiti hati orang lain. Ia akan merasa puas jika dapat menganggu, mencetuskan perkelahian dan melihat orang lain menderita. 3. Salah laku cacat moral, iaitu salahlaku disebabkan sakit mental atau sakit jiwa ( psikologi ) sehingga pengidapnya tidak mampu mengenal, memahami dan mengendalikan dirinya. Ia tidak memiliki harga diri atau emosi dan sikapnya sangat dingin, antisosial dan tidak siuman.

Kita sedang hangat memperkatakan isu masalah disiplin pelajar-pelajar. Yang pastinya masalah ini masih lagi berleluasa sehinggalah ke detik ini. Bermacam- macam persoalan timbul yang semuanya memerlukan penyelesaian yang konkrit dan segera.

Kenapakah berlakunya kepincangan pemikiran pelajar-pelajar ini? Dimanakah salahnya pendekatan kita selama ini ? Tidak adakah suatu mekanisme yang wujud untuk menyalurkan rangsangan emosi negatif pelajar-pelajar ini agar dapat dikurangkan atau kepada sesuatu yang lebih berfaedah dan masuk akal ? Apakah kerana kes-kes yang berlaku ini isolated dan hanya melibatkan segelintir pelajar, maka segala usaha yang dijalankan untuk membenterasnya masih lagi di dalam peringkat perancangan demi perancangan ? Sampai bilakah berlakunya segala masalah disiplin pelajar-pelajar ini ?

Peraturan

Kita mesti sedar bahawa manusia adalah lemah dan selalu lalai di dalam menjalankan tanggungjawab dan gagal untuk mengawal emosi dan nafsu. Disebabkan kelemahan ini, maka terciptalah peraturan-peraturan alam ataupun ciptaan manusia itu sendiri agar segala tindakan manusia di sesebuah kumpulan ataupun situasi, tidak lari dari landasan kehidupan norma mereka. Jika di rumah, peraturan alam menentukan tanggungjawab ibubapa dan anak-anak mereka. Jika di luar rumah, contohnya di jalanraya, kita dengan automatik, mesti mematuhi segala undangundang jalanraya ciptaan kita sendiri agar tindakan kita tidak membahayakan diri dan pengguna jalanraya lain. Justeru itu, pelajar-pelajar sepatutnya dengan spontan, mematuhi segala peraturan sekolah yang dicipta khas untuk mereka. Peraturan ini perlu untuk memastikan mereka tidak mempunyai agenda lain di sekolah selain daripada menumpukan perhatian kepada pelajaran dan segala aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.

Peranan Keluarga Keluarga adalah merupakan satu kumpulan manusia yang bertalian darah dan mempunyai susunan yang tertib. Ibubapa bertindak sebagai ketua yang bertanggungjawab mencorakkan perangai dan tingkah laku anak-anak. Jika tidak baik didikannya, maka buruk perangai anakanaknya, dan begitulah sebaliknya. Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik

huraian Pattterson (1982; Patterson et al 1989) yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal di dalam keluarga yang dianggapkan sebagai breeding grounds kepada tingkah laku anti-sosial dan hostile. Keluarga ini selalunya beratmosferakan coercive home environment di mana anak-anak berinteraksi dengan ibubapa dan sesama sendiri dengan menggunakan kekerasan ataupun dengan teknik-teknik anti-sosial yang lain. Tekanan yang berterusan ini akan mengakibatkan anak-anak ini, secara tidak langsung, terpaksa mempelajari teknik-teknik tersebut untuk terus survive di dalam keluarga mereka. Anak-anak akan mulai berani menentang ibubapa dan keluarga sendiri untuk mengurangkan tekanan yang dirasai oleh mereka.. Lama-kelamaan perangai dan tingkah laku akan sebati dengan jiwa mereka. Sikap inilah yang akan memperkenalkan mereka kepada masyarakat nanti.

Rentetan permasalahan anak-anak ini bertambah signifikan apabila di bangku sekolah. Kerap kali berlaku masalah disiplin dan juga lemah di dalam pelajaran di kalangan anak-anak ini. Akibatnya anak-anak ini sering dihukum dan gagal di dalam peperiksaan yang seterusnya akan menyebabkan ibubapa berasa malu, bertambah berang ataupun terus tawar hati. Sikap ini pula akan menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk mengawal atau mengambil kisah hal ehwal dan segala aktiviti anak-anak mereka. Jadi persoalannya sekarang ialah, jika ibubapa bertanggungjawab mencorakkan perangai dan tingkah laku anak-anak, kenapakah masalah disiplin pelajar-pelajar tertumpu di suasana dan persekitaran sekolah? Ini adalah kerana, jika diamati dengan teliti, subjek-subjek yang terlibat, masa contact, tindakan dan tindakbalas subjek itu dirangsang oleh sesuatu atau situasi tertentu di sekolah itu.. Peristiwa-peristiwa seperti bakar sekolah, peras ugut ataupun gangsterisme sebenarnya mempunyai sumber provokasi (provocation) yang bermula atau tertumpu di masa sekolah itu dan bukannya di rumah pelajar-pelajar.

Peranan Sekolah Feldman & Weinberger (1994) di dalam buku di atas menerangkan bahawa penampilan sikap negatif yang persisten oleh pelajar-pelajar hasil daripada keluarga yang bermasalah ini, akan menyebabkan beberapa respon negatif, tanpa disedari, oleh masyarakat sekolah.

Pelajar-pelajar

lain

yang

lebih

pandai

akan

menjauhi

diri

daripada

mereka.

Pelajar-pelajar ini juga akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru-guru.

Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar-pelajar yang sama taraf akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap anti-sosial.

Penolakkan masyarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka. Sesetengah daripada mereka membentuk geng-geng ataupun deviant cliques. Kumpulan ini akan

menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, anti-sosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang berbau jenayah(Thomas Dishion & Associates, 1991).Kajian tersebut bertepatan dengan senario kita hari ini. Biasanya unsur-unsur negatif yang besar magnitudnya seperti peras ugut, hooliganisme, gangsterisme dan membakar sekolah melibatkan penyertaan lebih daripada satu pelajar. Terdapat juga golongan pelajar yang memencilkan diri, hilang pegangan role model mereka iaitu ibubapa dan guru dan sebagainya. Sikap destruktif ini akan menyebabkan mereka sangat senang terpengaruh dengan anasir-anasir kurang sihat di kalangan masyarakat. Mereka yang selama ini hilang tempat mengadu dan kasih sayang, merasakan bahawa dengan mengikuti anasir-anasir ini, mereka akan dapat lari ataupun melupakan segala masalah mereka. Kitaran Hidup Jika kita amati dengan teliti, terdapat satu kitaran lengkap tindakan dan tindakbalas yang terjadi di antara pelajar-pelajar bermasalah ini dan orang dewasa iaitu ibubapa dan guru. Kitaran ini telah diutarakan oleh. Doherty & Mynatt di dalam buku mereka yang bertajuk Understanding Human Behaviour (1998). Ianya di istilahkan sebagai Positive Feedback Loop. Istilah ini menerangkan fenomena rangsang - merangsang dan ganda-mengganda yang sering bergolak di antara jiwa pelajar bermasalah ini dan persekitaran sosial mereka. Jika di rumah pelajar bermasalah ini, ahli-ahli keluarga mempunyai masalah dengan sikap masing-masing. Apabila anak-anak ini sering melakukan kesalahan ataupun gagal di dalam peperiksaan, ibubapa akan menjadi lebih malu, lebih marah ataupun lebih tawar hati. Ini akan mengakibatkan tindakbalas anak-anak terhadap ibubapa akan digandakan juga. Begitulah seterusnya fenomena ganda-mengganda dan rangsang-merangsang yang persisten di antara anak-anak dan ibubapa, Jika fenomena ini kekal dan berterusan, maka akan terjadilah peristiwaperistiwa seperti lari dari rumah, berpeleseran, bohsia, bergaduh dan sebagainya.

Begitu juga yang terjadi di sekolah, di mana penolakkan masyarakat sekolah akan menggandakan sikap hostile dan benci mereka terhadap masyarakat sekolah. Penentangan berlebihan pelajar-pelajar ini akan menyebabkan guru-guru terpaksa melaksanakan hukuman yang lebih berat ataupun mengalah dengan membiarkan sahaja mereka ini. Begitulah seterusnya senario ganda-mengganda dan rangsang-merangsang yang persisten di antara pelajar-pelajar

dan masyarakat sekolah . Jika senario ini kekal dan berterusan, akan menyusullah kejadiankejadian tidak sihat seperti bakar sekolah, peras ugut dan sebagainya.

Dulu Lain Sekarang Lain Di dalam perbincangan isu masalah disiplin pelajar ini, saya rasa elok juga kita membincangkan perbezaan ketara di antara zaman sekarang dengan zaman bapa dan datuk kita dulu. Dahulu masyarakat memandang tinggi guru-guru sekolah. Guru-guru ketika itu dianggap sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu ilmu pelajaran adalah hak eksklusif guru-guru. Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru-guru ataupun cara mereka menghukum pelajar-pelajar diterima baik oleh ibubapa. Mereka percaya bahawa guru-guru melakukannya supaya anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara tidak langsung, pengiktirafan tinggi masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat dan bangga menjadi seorang guru. Dahulu, kita mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi.. Ibubapa mempunyai masa dan tidak perlu sangat memikirkan soal wang. Mereka berjaya bertindak sebagai penyerap kepada permasalahan anak-anak mereka samada di rumah mahupun di sekolah. Dalam masa yang sama, sebahagian besar ibubapa tidak berpelajaran, maka dengan itu anakanak yang berkebolehan untuk belajar di sekolah ketika itu adalah sesuatu yang amat dikagumi dan dibanggakan oleh mereka. Bagi mereka, nilai sekolah rendah dan menengah ini dirasakan amat tinggi dan sangat penting.. Justeru itu, jika dibandingkan dahulu dengan sekarang, banyak yang berubah. Di zaman sekarang, berlaku perubahan dari segi keperluan fizikal dan mental masyarakat.

Sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telahpun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur formal ilmu sahaja. Sebab itulah guru-guru dan pihak sekolah

mempunyai

masalah

kes

saman

dan

kurangnya

penglibatan

ibubapa

di

sekolah.

Institusi sekolah hari ini juga dirasakan tidak istimewa dan eksklusif lagi. Sebagai contoh, sekarang ini telah wujud kelas-kelas tuisyen yang mempunyai tenaga-tenaga pengajar yang mempunyai masa untuk memberikan penumpuan yang bersifat individual, berkesan dan berjaya membantu pelajar-pelajar di dalam peperiksaan mereka. Perkembangan yang telah bertapak lama ini menunjukkan seolah-olah guru-guru tidak berupaya lagi untuk mengajar dengan berkesan di sekolah

Sekarang, ibubapa tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengetahui hal ehwal emosi dan pelajaran anak-anak mereka. Ataupun, mungkinkah ibubapa berpura-pura tidak ada masa untuk mengetahui pelajaran anak-anak mereka kerana ego dan takut dicop kurang pandai apabila ditanya oleh mereka? Ataupun, mungkinkah ibubapa tidak mempunyai tahap kesabaran mengajar seperti ahli-ahli profesional yang bergelar guru ini?

Penyelesaian

Patterson (1982; Patterson et. al 1989) mengatakan bahawa sikap anak-anak dan persekitaran keluarga yang destruktif ini tidak mungkin boleh dipulihkan jika mereka tidak mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Malah jika kepincangan ini berterusan sehingga ke peringkat dewasa, segala kaedah membetulkan sikap pelajar ketika itu terasa mustahil dilaksanakan kerana ianya juga perlu membetulkan mind sets masyarakat sekeliling yang terlalu ramai dan bebas. Ketika itu para pelajar akan berdepan dengan pelbagai jenis dan karakter masyarakat yang selama ini telah mendukung persepsi kukuh tetapi serong terhadap mereka

Perlu ditekankan juga, bahawa masa contact sosial pelajar-pelajar di dalam sekolah adalah yang kedua lamanya selepas di rumah. Masa contact ini dan kajian-kajian di atas jelas menunjukkan betapa mustahaknya peranan sekolah. Peranan institusi sekolah ini adalah setaraf dengan peranan institusi kekeluargaan di dalam membentuk mental dan rohani pelajar-pelajar. Malah atmosfera di dalam sekolah akan menentukan kesudahan corak jiwa pelajar di peringkat remaja ini .

Disebabkan itulah segala usaha perlu disegerakan di masa pelajar-pelajar berada di institusi yang kecil dan terkawal ini iaitu di sekolah. Kita perlukan suatu kaedah pencegahan untuk memastikan nilai-nilai negatif ini dapat dibendung daripada terlepas dari kawalan kita. Di samping itu, perlu diwujudkan satu tindakan susulan untuk menghilang atau mengurangkan masalah sebenar pelajar-pelajar.

Justeru itu, pihak-pihak berkuasa perlu lebih proaktif dan bersegera di dalam menangani masalah ini. Sistem-sistem pendidikan sekarang mestilah dikemaskinikan agar lebih fleksibel dan sesuai dengan orde masyarakat hari ini dan masa hadapan.

Hukuman

Buku Developmental Psychology: Childhood & Adolescence (4th edition, 1996) telah menggariskan beberapa cara pencegahan untuk permasalahan di atas. Di antaranya ialah:-

Penumpuan lebih dan membantu pembelajaran pelajar bermasalah ini agar setanding dengan pelajar-pelajar lain di sekolah. Bukannya dengan mengkritik atau menyisihkan mereka.

Mengadakan suatu stimulus yang dapat menimbulkan rasa minat dan berguna mereka di sekolah.

Mendekati dan memahami mereka secara ikhlas dan mendalam. Guru-guru keseluruhannya hendaklah juga mengajar mereka sikap-sikap yang baik agar mereka dapat berinteraksi kembali dengan pelajar-pelajar keseluruhannya. Bukannya dengan membebankan masalah pelajar-pelajar kepada guru disiplin atau unit kaunseling sahaja.

Membantu

ibubapa

mempelajari

teknik

pengurusan

anak

yang

lebih

efektif.

Kaedah di atas amat perlu diutamakan di dalam pengubahsuaian sistem institusi sekolah. Biarpun hasil perlaksanaannya mengambil masa yang lama tetapi ianya lebih kekal dan berjaya mengurangkan respon negatif dan masalah sebenar pelajar ini(Mynatt & Doherty, 1998).

Pendekatan sistem hukuman (punishment) sekarang, mesti diubah dan dianjakkan kepada memfokuskan usaha-usaha murni bagi mengisi kekosongan jiwa pelajar-pelajar malang ini. Kaedah hukuman atau punishment yang dipraktikkan selama ini seperti merotan, gantung sekolah dan lain-lain sebenarnya akan menghasilkan respon yang dikehendaki dengan cepat tetapi ianya bersifat sementara dan kerap tidak berjaya menyelesaikan masalah sebenar pelajar ini.

Sayangnya, walaupun kaedah ini sudah tidak sesuai lagi sekarang, ianya terus menjadi pilihan utama. Ia adalah disebabkan oleh desakan sistem yang inginkan respon yang cepat dan juga oleh persepsi fixed ideas masyarakat sendiri. Guru-guru pula perlu lebih tangkas mengesan perubahan sikap pelajar, mengenalpasti masalah, prihatian dan membantu menyelesaikan masalah pelajar mereka. Guru-guru perlu

mengenengahkan sikap-sikap lain yang ada di dalam peribadi pelajar-pelajar ini. Pelajar-pelajar bermasalah ini pasti mempunyai sikap-sikap murni yang boleh diterima umum tetapi selama ini terpendam akibat dibayangi oleh sikap anti-sosial yang terlalu dominan di dalam personaliti mereka ataupun yang terbantut disebabkan persepsi negatif masyarakat ke atas mereka. Sikapsikap murni ini perlu dikembangkan agar ianya dapat menguasai kembali jiwa mereka.

Pendekatan Lain Pengasingan pelajar-pelajar di dalam kelas-kelas yang berdasarkan kepada kepandaian dan merit kini perlu dikaji semula. Kelas sepatutnya mempunyai pelajar-pelajar yang dipilih secara rawak. Dengan cara ini akan berkuranglah terbentuknya geng-geng jahat seperti sekarang ini. Dalam masa yang sama guru-guru akan dapat mengajar dengan lebih saksama dan semangat sihat seperti berlumba-lumba untuk mencari ilmu akan tercapai di antara pelajar-pelajar.. Saya rasa perlu juga dislotkan masa perjumpaan dengan guru kelas di dalam jadual waktu

sekolah sekarang.. Masa ini bukan untuk mengajar dan belajar tetapi satu slot khas untuk pelajarpelajar menanyakan masalah mereka agar dapat dikongsi bersama guru-guru. Cara ini amat baik kerana ianya akan menimbulkan rasa minat dan bergantung pelajar-pelajar kepada guru . Bila masalah disiplin pelajar terjadi, guru-guru diberikan keistimewaan untuk berjumpa dan berbincang dengan ibubapa pelajar tersebut, di slot masa perjumpaan dengan guru kelas tersebut.

Guru-guru juga perlu diringankan tugas mereka. Saya rasa perlu ditubuhkan satu organisasi profesional lain yang bertanggungjawab untuk menyediakan mode-mode rangka pelajaran yang canggih dan menarik, menyediakan dan memeriksa kertas peperiksaan . Dengan cara ini, teknik pengajaran guru-guru akan menjadi tersusun, menarik dan dikagumi oleh pelajar-pelajar dan ibubapa. Di samping itu, guru-guru akan mempunyai lebih masa bersama-sama pelajar untuk mengulangkaji pelajaran . Sekolah-sekolah perlu berkonsepkan mini universiti. Peperiksaan di sekolah perlu meniru sistem Cummulative Grading Points Average (CGPA) di mana setiap markah yang diperolehi daripada setiap ujian, projek, persatuan dan peperiksaan akan menyumbang kepada markah akhir pelajar tersebut. Sistem ini akan memaksa pelajar-pelajar lebih aktif di dalam aktiviti sekolah dan juga belajar dengan lebih konsisten. Jika diamati dengan teliti, guru-guru kelas yang juga mengajar matapelajaran tertentu, terpaksa berpindah-randah di antara kelas-kelas untuk mengajar subjek tersebut. Saya rasa mungkin telah tiba masanya untuk kita menterbalikkan senario ini. Jadi konsep mencari ilmu yang ditekankan selama ini bukan setakat hadir di sekolah sahaja, tetapi juga berusaha mencari guruguru mereka. Kelas-kelas yang dahulunya diberikan nama seperti 3 Biru, 3 Hijau dan sebagainya, perlu dispesifikkan kepada setiap mata pelajaran, contohnya Makmal Bahasa Malaysia, Makmal Matematik dan sebagainya. Guru-guru yang mengajar subjek-subjek tersebut akan diberi penghormatan untuk menggunakan kelas tersebut sebagai bilik utama mereka dan bukannya meja-meja kecil seperti di bilik guru sekarang. Bilik guru ini nanti boleh digunakan sebagai bilik rehat eksklusif untuk mereka yang lengkap dengan peralatan media dan komputer bagi meningkatkan professionalisme dan motivasi mereka.

Di masa yang sama, perlu diadakan badan profesional yang lain yang dapat memberikan kaunseling dan berupaya menyelesaikan masalah keluarga pelajar-pelajar tersebut. Ibubapa akan diberi tunjuk ajar dan semangat baru untuk memimpin keluarga mereka dengan lebih efektif. Kaedah-kaedah yang bersifat superficial seperti Kelab Cegah Jenayah, pelajaran mencegah jenayah atau cadangan menambah kuasa kepada guru-guru, guru disiplin dan guru besar mungkin tidak akan tercapai matlamatnya. Kaedah-kaedah ini hanya mampu membantutkan (suppress) ransangan emosi negatif tetapi tidak akan dapat menyelesaikan masalah sebenar pelajar-pelajar ini. Jika tersilap langkah dan tidak tepat kesasarannya, kaedah-kaedah ini mungkin akan menjadi sumber provokasi terbaru di dalam kekusutan fikiran pelajar-pelajar ini.

Kesimpulan

Saya percaya yang kita tidak dapat menyalahkan satu pihak sahaja di dalam hal ini tetapi saya pasti kesalahannya adalah terletak di bahu semua orang dewasa yang selama ini leka, tidak prihatin dan sensitif. Orang dewasa bersalah kerana gagal memanipulasikan sistem keluarga, pelajaran, sekolah dan masyarakat untuk kebaikan pelajar-pelajar ini. Akibatnya, pelajar-pelajar ini yang terpaksa menanggung kekecewaan dan kesengsaraan sendirian, semata-mata angkara kesilapan orang dewasa itu sendiri! Jambatan Pulau Pinang, kereta nasional Malaysia ataupun perlaksanaan sekatan matawang di masa kegawatan ekonomi, yang dulunya dirasakan tidak orthodoks, telah berjaya menampakkan hasil dan keuntungan. Maka saya fikir telah tiba masanya untuk kita melaksanakan pendekatan radikal di dalam membenteras kepincangan pemikiran pelajar-pelajar ini. Kaedahnya mungkin dirasakan radikal atau berlainan dari kebiasaannya sekarang, tetapi dengan berpandukan kajian, pegangan agama dan logik, ianya akan berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang berintelek lagi berakhlak tinggi di masa hadapan. Kita mesti sedar bahawa negara kita masih di dalam tahap negara membangun lagi. Kita masih lagi berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan dan kerelevanan negara kita di dunia ini. Untuk itu, penggemblengan usaha diperlukan dari setiap rakyat Malaysia. Kita tidak mampu untuk membazirkan tenaga rakyat sendiri walaupun hanya satu, biarpun ianya seorang manusia yang bergelar pelajar bermasalah.

Sessi sekolah bagi tahun ini baru sahaja bermula 3 minggu tetapi sudah ada beberapa kes masalah disiplin pelajar. Difahamkan seramai lebih 3,500 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun lepas dan lebih 7,500 orang pelajar lagi telah digantung persekolahan mereka di seluruh negara. Sebahagian besar daripada yang dibuang sekolah ini adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan ponteng sekolah. Seorang pelajar tingkatan tiga, K.Yazhovan telah mati selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya baru-baru ini. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut walaupun begitu mereka akan tetap melakukan siasatan. Beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong yang menyaksikan kejadian itu akan dipanggil untuk memberi keterangan. Yashovan yang berumur 15 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat dua sekolahnya pada pukul 10:30 pagi dan mengakibat dia cedera parah di kepala telah dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum dipindahkan ke Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur. Dia meninggal dunia selepas langsung tidak sedarkan diri semenjak dimasukkan ke hospital. Beberapa persoalan telah timbul dengan kejadian yang menimpa anak tunggal ini. Pertamanya adakah kejadian ini merupakan satu kemalangan atau memang disengajakan? Lebih-lebih lagi Yashovan ada mengadu dia pernah dibuli semasa di sekolah. Sementara itu beberapa pelajar yang melihat kejadian itu memberitahu bapa Yashovan bahawa anaknya telah dibiarkan terbaring hampir sejam sebelum seorang kakitangan sekolah bertindak menelefon ambulan. Satu lagi kejadian di Gombak seorang ketua pengawas telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sehingga cedera anggota badan dan menerima beberapa jahitan di kepala. Difahamkan ketua pengawas ini telah mengambil nama pelajar ini yang datang lewat ke sekolah pada pagi kejadian. Selepas tamat waktu persekolahan pada hari itu, pelajar ini bersama-sama beberapa rakannya yang menaiki motor telah menahan ketua pengawas berkenaan di luar pagar sekolah. Mereka telah beramai-ramai memukul dan ada yang menggunakan besi pengunci motor. Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Di Sungai Buloh pula seorang pelajar tingkatan satu telah dibelasah oleh sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga. Kejadian berlaku semasa Muhammad baru sahaja keluar sekolah untuk pulang ke rumah bila dia tiba-tiba dikerumuni, ditengking dan dipukul beramai-ramai. Muhammad telah dipukul dan ditendang sehingga lebam-lebam dan pakaian sekolahnya koyak. Pelajar-pelajar ini menuduh Muhammad menjeling mereka dan mengugut supaya tidak melaporkan kejadian itu jika tidak mahu mereka memanggil pelajar tingkatan lima pula memukul dia. Walaupun begitu mangsa dan ibunya telah membuat laporan polis sebelum mendapatkan rawatan di hospital. Apabila ibu Muhammad memberitahu hal itu kepada pengetua sekolah, beliau berkata tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku di luar kawasan sekolah. Ini seolah-olah menunjukkan suasana di sekolah dan perjalanan balik dari sekolah tidak selamat. Satu kajian dan tindakan susulan perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca asal kelemahan tahap disiplin para pelajar masa kini. Mungkin ada mengatakan, ini kejadian terpencil tetapi jika dibiarkan pasti menjadi barah yang boleh merosakkan keseluruhan institusi pendidikan.
Rencana ini adalah tentang jenayah buli. Untuk Filem Buli, sila lihat Buku Buli.

Kulit buku Buli.

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Isi kandungan

1 Siapakah yang sering membuli dan dibuli

o o

1.1 Pembuli 1.2 Dibuli

2 Kenapakah mereka sering membuli? 3 Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli? 4 Jenis-jenis buli

o o

4.1 Buli fizikal 4.2 Buli mental

5 Kesan buli

5.1 Pembuli

5.1.1 Kesan luaran:

5.2 Dibuli

5.2.1 Kesan luaran 5.2.2 Kesan dalaman

6 Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?

o o o

6.1 Tahap sekolah 6.2 Tahap kelas 6.3 Tahap individu

7 Rujukan 8 Pautan luar

[sunting]Siapakah

yang sering membuli dan dibuli

[sunting]Pembuli Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam. Bertubuh besar, tegap, dan tinggi. Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak. [sunting]Dibuli Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah. Bertubuh kecil. Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran. Pelajar baru di sekolah. [sunting]Kenapakah

mereka sering membuli?

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah: Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar. Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka. Mereka pernah menjadi mangsa buli. Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan. Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain. Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin. Akibat perceraian ibu bapa. Terlalu dimanja oleh ibu bapa. Sekadar mahu berseronok. Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan. Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.

Ingin menunjukkan kekuatan sendiri. Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja. [sunting]Adakah

perempuan terlibat dalam perbuatan buli?

Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut. Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung. Buli di kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ejekan. Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki. [sunting]Jenis-jenis

buli

Buli mengancam kesihatan dan perkembangan pelajar. [1]

Pelajar menolak sesama sendiri.

[sunting]Buli

fizikal

Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian. [sunting]Buli

mental

Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah. [sunting]Kesan

buli

[sunting]Pembuli [sunting]Kesan luaran: Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah. Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri. [sunting]Dibuli [sunting]Kesan luaran Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli. Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian. [sunting]Kesan dalaman Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna. [sunting]Apa

yang patut dilakukan sekiranya dibuli?

Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu: [sunting]Tahap

sekolah

Sesetengah sekolah dengan masaalah buli telah menanganinya dengan memasang kamera CCTV.

1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan. 2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774. 3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli. 4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster. 5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.

6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah. [sunting]Tahap

kelas

1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya. 2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah. 3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa. [sunting]Tahap

individu

1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka. 2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

Anda mungkin juga menyukai