Anda di halaman 1dari 1

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era

globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Selain itu, ibu bapa yang megabaikan
tanggungjawab mereka dan gagal memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka
seterusnya akan mengakibatkan anak-anak yang berfikiran kurang matang dan tidak mampu
membezakan antara betul dan salah. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan
melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.
Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Selain itu, tidak dijangkal lagi bahawa media massa juga menyemai benih-benih salah laku dalam
golongan remaja. Perkara ini disebabkan rancangan-rancangan yang tidak bermoral dan berunsur
keganasan serta seks yang melampaukan. Akibatnya, penyiaran tersebut akan mempengaruhi dan
menguningkan minda para remaja secara negatif dan membangkitkan perasaan ingin cuba dalam
diri mereka. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa tindakan-tindakan melanggar disiplin merupakan satu
cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton di media massa seperti filem dan televisyen.
Memang tidak dapat dinafikan bahasa media massa mempunyai kaitan signikan dengan masalah
keruntuhan kebejatan moral kini.

Rakan sebaya turut menjadi salah satu punca yang mendorong gejala sosial dalam kalangan remaja.
Hal ini adalah kerana para remaja sanggup beranggapan bahawa rakan sebaya mereka merupakan
rakan yang benar dan boleh dipercayai kerana merekalah yang akan mendengar dan mengorban diri
untuk mereka, berbanding dengan ibu bapa yang bersikap tidak pemedulian terhadap mereka.
Akibatnya, para remaja akan lebih gemar menceritakan perasaan dan masalah mereka kepada
rakan sebaya mereka. Ekoran, pengaruh rakan sebaya amat besar. Jika para remaja terlibat dengan
rakan-rakan yang bersikap negatif, sudah pasti dia akan dipengaruhi dan jejak langkah mengikut
contoh-contoh negatif yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sebaya yang mereka beranggapan mulia.
Mereka akan turut mengikut melakukan tindakan melanggar disiplin supaya dipandang mulia dan
mendapat pujian. Secara tidak langsung, hala tuju kehidupan mereka musnah.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi
faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah
disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada
pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak
sekolah. Selain itu, mereka juga tidak akan menyedari akan kesan buruk tindakan mereka. Sikap
acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani
melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut
menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

If Punca dadah:
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata.
harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam
pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di
sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian,
seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak
mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh
mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari
ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan
yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

Anda mungkin juga menyukai