Anda di halaman 1dari 13

Jurnal Melayu

Isu Khas Disember 2020 517

KOMUNIKASI LISAN DIALEK MELAYU JUGRA


NORFAZILA AB. HAMID
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
norfazila@kuis.edu.my

ABSTRAK

Makalah ini membicarakan salah satu varian Dialek Melayu Jugra (DMJ) yang terdapat di Jugra
iaitu Varian Kelanang (VKLNG) dan Bandar (VBDR). Dialek ini dikatakan sebagai dialek yang
hampir pupus. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin mengumpul data yang semakin hilang
penggunaanya. Data yang dapat dikumpulkan ini dicerakinkan semula aspek-aspek fonologi yang
masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DMJ terutamanya dalam
menentukan jumlah inventori fonem dan penentuan varian dalam DMJ. Justeru, kajian dalam
makalah ini akan menyentuh Varian Kelanang dan Bandar yang dikenalpasti varian yang terdapat
dalam DMJ. Kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara
mendeskripsikan sistem fonologi VKLNG dan VBDR dengan memaparkan penyebaran bunyi
vokal, diftong dan melihat keberadaan alternasi. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai
objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VKLNG
mempunyai 8 fonem vokal /i, u, e, o, , , , a/ dan memiliki 2 diftong iaitu /-aw, -aj/ dan VBDR
mempunyai 6 fonem vokal /i, u, e, o, , a/ serta memiliki 2 diftong iaitu /-aw, -aj/ yang digunakan
dalam ucapan seharian mereka. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat merungkai segala
permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan dapat memelihara jati diri warisan
bangsa Melayu Jugra melalui bahasa.

Kata kunci: Fonem; fonologi; struktural; varian Kelanang (VKLNG); varian Bandar (VBDR);

VERBAL COMMUNICATION MALAY DIALECT JUGRA

ABSTRACT

This paper discusses one of the Malay Jugra Dialect variants (DMJ) found in Jugra, Varian
Kelanang (VKLNG) and Bandar (VBDR). This dialect is said to be an almost dying dialect.
Therefore, this study generally wants to collect data that is getting lost its use. The data collected
could be reassessed the phonological aspects which have yet to be clarified on some of the DMJ
studies especially in determining the amount of phoneme inventory and variation determination in
the DMJ. Therefore, this study aimed to affect aspects of phonetics and phonology to describe
how the phonological system VKLNG and VBDR with displays spread vowel, diphthong and see
the presence of alternation. The approach used to achieve the objectives of this study is the
structural approach. The results prove that the VKLNG has 8 vowel phonemes /i, u, e, o, , , ,
a/, two diphthongs /-aw, -aj/ and VBDR has 6 vowel phonemes /i, u, e, o, , a/ two diphthongs /-
aw, -aj/ used in their daily speech. Therefore, it is hoped that this study will solve all the problems

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 518

that have arisen in the past studies and to preserve the identity of the Jugra Malay heritage through
language.

Keywords: Phonem; phonology; structural; Varian Kelanang (VKLNG); varian Bandar (VBDR);

PENGENALAN
Bahasa di dunia tidaklah sama antara satu sama lain. Dalam satu negara, pelbagai bahasa yang
digunakan apatah lagi dalam suatu daerah atau negeri. “Bahasa Jiwa Bangsa” dengan jelas
menunjukkan bahawa bahasa mencorakkan sesebuah masyarakat. Malaysia mempunyai
kepelbagaian dialek yang terdapat dalam sesebuah negeri dan secara tidak langsung boleh
dibanggakan bagi melambangkan jati diri sesebuah bangsa. Dialek yang diturukan dalam sesebuah
negeri atau daerah ini merupakan kekayaan bangsa yang juga harus dibina, dikembang dan
dikekalkan supaya jati diri kita dapat dikenali seanterio dunia. Sehubungan itu dialek-dialek
setempat ini wajar dikekalkan sebagai khazanah warisan Melayu melalui bahasa yang boleh
dimanfaatkan oleh generasi akan datang.
Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Bahasa
disifatkan mempunyai perkaitan erat dengan budaya. Oleh itu, bahasa mempunyai hubungan yang
signifikan dengan sesebuah masyarakat. Bahasa juga lambang bunyi bahasa yang digunakan
masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengindentikasikan diri. Setiap daerah
mempunyai dialek masing-masing dan mereka hanya dapat berkomunikasi dengan mudah apabila
bertembung dengan penduduk setempat yang digunakan dalam situasi yang tidak formal.
Realitinya, penggunaan dialek sebenarnya tidak mematuhi peraturan tatabahasa, sebutan
tidak tepat dan hanya disampaikan melalui lisan. Penggunaan dialek perlulah bersesuaian dengan
situasi dan keadaan masyarakat sekeliling. Hal ini demikian kerana jika bahasa dialek ini
digunakan dalam majlis atau upacara yang formal, hal ini mungkin akan menimbulkan salah faham
atau boleh menyebabkan satu pihak tidak memamhami perkara yang ingin disampaikan oleh
penutur kerana merekan bukan penutur dialek tersebut. Selain itu, penggunaan dialek dalam majlis
formal juga boleh dianggap sebagai tidak menghormati bahasa ibunda negara sendiri iaitu bahasa
Melayu.
Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai budaya, sejarah dan masyrakat yang
berbilang kaum. Selain kaya dari segi budaya, makanan, tempat-tempat menarik, Malaysia turut
dikenali dengan bahasanya. Dialek adalah satu bahasa yang mudah difahami bagi sesebuah tempat.
Dialek-dialek yang terdapat di Malaysia melambangkan jati diri sesebuah masyarakat dan menjadi
identiti sesebuah negeri.
Keunikan dialek-dialek telah ditonjolkan melalui lagu-lagu yang liriknya menggunakan
dialek daerah. Contohnya lagu “Ayam Den Lopeh” yang menggunakan dialek negeri Sembilan
dan lagu “Terengganu Kita” yang menonjolkan dialek Terengganu. Selain itu, terdapat juga filem
yang menggunakan dialek daerah seperti filem “hantu kak Limah Balik Rumah” yang
memperkenalkan dialek Perak. Dengan kewujudan lagu atau filem yang menggunakan dialek
daerah ini, masyarakat dapat mengenali kepelbagaian dialek dan keunikan bahasa yang terdapat di
negara ini.
Selain itu, Program Penghayatan Cerita Rakyat yang dianjurkan oleh jabatan Warisan
Negara untuk pengembangan dan pengekalan warisan dengan menyatukan beberapa penggiat
cerita tradisi lisan dari seluruh Semenanjung Malayisa yang kini semakin sukar ditemui. Antara
yang diundang adalah tokoh-tokoh yang terdiri daripada Tn. Haji Ali Badron Bin haji Sabor

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 519

sebagai penglipurlara, En. Ramli Mahmud sebagai Awang Batil, En. Berahim Kadir sebagai Tok
Kelampit dan Dr. Rosli bin Haji Salaudin sebagai Tukang Teromba. Mereka telah
mempersembahkan cerita lisan dari negeri masing-masing dengan menggunakan dialek mengikut
negeri yang diwakilinya iaitu Johor, Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Melalui program ini, kita dapat memastikan identiti atau jati diri sesebuah tempat atau
negeri terus wujud sebagai unsur penting. Melalui pelbagai dialek dalam masyarakat telah
membawa kekuatan terhadap dialek negeri masing-masing. Situasi ini secara langsung membawa
identiti sesebuah masyarakat di kawasan tersebut seiring dengan latar belakangnya yang membawa
ciri-ciri budaya.
Seterusnya, suasana alam dan sekitar dan kehidupan masyarakat Malaysia dari segi
ekonomi dan sosial membolehkan mereka menghasilkan variasi bahasa. Malahan, dengan adanya
pelbagai suku etnik di Malaysia, masyarakat mewarisi kekayaan khazanah tradisi lisan yang amat
berharga. Penggunaan bahasa dialek berkembang sebagai tradisi lisan yang diperturunkan dari satu
generasi kepada satu generasi sebagai usaha mempertahankan tradisi. Melalui tradisi lisan ini, kita
dapat memahami dan menyelami pemikiran dan falsafah bagi sesebuah masyarakat. Penggunaan
dialek ini mempunyai fungsi dan kepentingannya tersendiri dalam masyarakat.
Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya dialek sosial
dalam bahasa. Faktor tersebut terdiri daripada faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan,
masa dan seumpamanya (Abdul Hamid Mahmood 1994:1). Dari segi geografi, dialek ini muncul
hasil daripada wujudnya perbezaan dari segi udara, keadaan negara, suasana, bukit-bukau, sungai-
sungai dan laut dimana faktor-faktor ini telah menyebabkan manusia menetap di tempat-tempat
tersebut. Hal ini secara tidak langsung telah menjana penyumbang kepada perkembangan bahasa
yang tersendiri di sesetengah tempat. Kita mengambil contoh di Malaysia, bentuk muka buminya
yang terdiri daripada bukit-bukau, hutan rimba dan sungai telah menjadi satu halangan kepada
penduduknya untuk berhubung dengan masyarakat di tempat lain.
Maka penduduk yang terhad perhubungannya itu akan mencipta satu gaya bahasa atau gaya
pertuturan yang tersendiri bagi kawasan yang mereka diami itu yang mana faya pertuturan itu
bersifat tersendiri dan tidak sama dengan gaya pertuturan di tempat lain. Misalnya di negeri kedah,
penduduknya menuturkan dialek Melayu Kedah sementara di Pahahang pula, penduduknya
menuturkan dialek Melayu Pahang. Seperti yang kita tahu Kedah dan Pahang terpisah oleh bentuk
muka bumi yang dipanggil Banjaran Titiwangsa. Faktor inilah sebenarnya yang telah
menyebabkan dialek masyarakat di negeri Kedah dan masyarakat di negeri Pahang ini berbeza.
Faktor yang berikutnya adalah politik. Di Malaysia, dasar politiknya telah membahagikan
negara Malaysia kepada unit-unit politik yang lebih kecil iaitu negeri. Unit-unit kecil yang disebut
inilah yang akhirnya telah menimbulkan pelbagai dialek dalam bahasa Melayu di Malaysia. Antara
dialek yang wujud berdasarkan unit yang dipanggil negeri ini adalah seperti dialek Melayu Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan
Sarawak. Setiap dialek ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri dari segi sebutan tetapi
mempunyai maksud yang sama. Sebagai contoh, jika dalam bahasa Melayu standard perbuatan
membaling disebut membaling, tetapi berbeza di negeri Sarawak, perbuatan membaling di negeri
itu disebut sebagai menikam, begitu juga dengan perkataan cantik, di Sarawak masyarakatnya
menyebut cantik sebagai kacak. Perbezaan sebutan ini jelas menunjukkan bahawa faktor politik
sesuatu negeri itu juga memainkan peranan dalam proses kewujudan dialek-dialek sosial ini.
Faktor seterusnya adalah penjajahan. Melalui penjajahan, penjajajh akan
meninggalkan warisan linguistiknya semasa sesuatu kawasan dijajah. Sebagai contoh di negara
India, kebanyakan masyarakatnya lebih fasih bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding dalam

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 520

bahasa India itu sendiri. Hal ini kerana, penjajah British yang menjajah India dahulu telah
menyemai dan meninggalkan warisan linguistik mereka di India adalah wujud dialek Standard
English Indian dalam cabang bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya, faktor-faktor inilah yang
telah menyebabkan wujudknya perbezaan dari segi latar belakang masyarakat di sesuatu tempat
yang mana masyarakat inilah seterusnya telah mencipta dialek sebagai identiti mereka.
Hasil bacaan yang dilakukan oleh pengkaji terhadap kajian perpustakaan, kajian linguistik
yang melibatkan DMJ hanya ada tiga sahaja kajian yang dilaksanakan oleh ahli linguistik iaitu
Collins (1996), Asmah Haji Omar (2008) dan Mumad Chelaeh et al. (2017). Kajian-kajian ini telah
dirujuk bagi menilai dan mencari kelompongan yang perlu diisi oleh pengkaji untuk mendapatkan
satu hasilan kajian yang baharu. Himpunan penyelidikan kajian lampau terhadap dialek yang dikaji
turut memberikan gambaran awal kepada pengkaji untuk menghasilkan satu kajian baharu dan
menghasilkan pendeskripsian yang lebih berpada. Oleh itu, dialek Melayu yang diketengahkan
dalam kajian ini ialah Varian Kelanang (VKLNG) dan varian Bandar (VBDR).
Oleh itu, pada asasnya objektif kajian dalam makalah ini ialah mendeskripsikan aspek-
aspek fonologi yang belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DMJ. Justeru,
kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi (lihat juga kajian Mohd Tarmizi
Hasrah, Rahim Aman & Shahidi A.H, 2010; Saidatul Nornis Hj. Mahali, 2010; Kaharuddin &
Rahim Aman, 2011, Norfazila Ab. Hamid & Rahim Aman, 2016.) dengan cara mendeskripsikan
sistem fonologi VKLNG dan VBDR dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal dan diftong
dalam kata berlandaskan pendekatan struktural (lihat juga kajian yang sama dalam Norfazila Ab
Hamid & Rahim Aman, 2015, Norfazila Ab Hamid et al. 2017, Norfazila Ab. Hamid & Rahim
Aman, 2017 dan Norfazila Ab Hamid 2019).

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Richards & Rodgers (Henry, 1991: 1) pula, mengatakan metodologi mencakupi sukatan,
pendekatan, strategi atau teknik, dan prosedur. Oleh itu, bolehlah dikatakan metodologi merupakan
cara atau tatacara gerak kerja dalam sesuatu penyelidikan. Metod atau kaedah yang baik dan sesuai
akan menghasilkan dapatan kajian yang baik. Dalam melakukan sesuatu kajian, beberapa kaedah
tertentu boleh digunakan untuk memungut, menganalisis, serta mentafsir data. Dalam bahagian ini
secara khususnya membincangkan metodologi dan pendekatan yang dimanfaatkan bagi
mengenalpasti inventori fonem yang wujud dalam DMJ. Kajian ini memanfaatkan dua kaedah
kajian utama iaitu kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan (pemilihan senarai kata/soal
selidik, pemilihan kawasan dan batasan kajian, pemilihan informan, pengumpulan data dan
pemaparan data serta analisis data). Kedua-dua kaedah ini dimanfaatkan bagi menghasilkan satu
output kajian yang lebih telus.

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Kajian kepustakaan, merupakan kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk
mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod (Mohd Sheffei 1991: 41).
Dalam kajian ini, kajian kepustakaan dilakukan untuk mencari maklumat-maklumat penting,
seperti latar belakang masyarakat DMJ. Maklumat tentang latar belakang masyarakat ini penting
sebelum pengkaji ke lapangan kerana dapat memberikan gambaran awal kepada pengkaji tentang
corak kehidupan masyarakat tersebut. Melalui kaedah kepustakaan juga, pengkaji memperoleh
kosa ilmu utama berhubung kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu tentang topik

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 521

yang hendak dikaji. Maklumat kajian terdahulu ini dapat mengelakkan pengkaji daripada membuat
kajian yang sama. Sehubungan itu, kaedah kepustakaan juga adalah satu kaedah utama dalam
memperoleh maklumat tentang selok-belok ilmu perbandingan dan dialek. Dasar ilmu
perbandingan bahasa mesti kuasai lebih awal. Melalui aktiviti pembacaan ini, maklumat terkini
tentang ilmu dialektologi dapat diketahui sekaligus dapat menambahkan kejituan penyelidikan.

KAJIAN LAPANGAN

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1980: xv), kajian lapangan atau kajian luar dalam pengertian
umum merujuk kepada apa sahaja penyelidikan yang dilakukan oleh seseorang di luar kongkongan
fizikal, tempat, atau ruang seperti di luar bilik, di luar bilik pejabat, di luar kampus, di luar negeri,
dan sebagainya. Dalam bidang linguistik, kajian lapangan digunakan untuk mendapatkan data
yang diperlukan. Salah satu aspek penting dalam kajian lapangan ialah strateginya untuk
memantapkan sesuatu hasil kajian. Oleh itu, dengan kata lain kerja lapangan ini adalah penting
untuk pengkaji mendapatkan maklumat serta data yang kukuh, bertetapan objektif kajian. Dalam
kajian lapangan ini, aspek yang di sentuh ialah pemilihan senarai kata/soal selidik, pemilihan
kawasan dan batasan kajian, pemilihan informan, pengumpulan data dan pemaparan data serta
analisis data.

PEMILIHAN SENARAI KATA

Dalam kajian ini, soal selidik yang digunakan merupakan senarai kata yang digunakan oleh Rahim
Aman (1997), dalam kajiannya yang bertajuk ‘Perbandingan fonologi dan morfologi bahasa Iban,
Kantuk, dan Mualang’. Walaupun, senarai kata ini pada asasnya diambil daripada senarai kata
tersebut, namun dalam kajian ini, senarai kata tersebut telah diubahsuai supaya bersesuaian dengan
masyarakat yang dikaji (lihat Mohd Tarmizi Hasrah et al. 2010, Kaharuddin & Rahim, 2011,
Norfazila Ab. Hamid, 2014, Norfazila & Rahim, 2016 dan 2017, Norfazila et al. 2017 dan
Norfazila Ab Hamid 2019). Senarai kata ini terdiri daripada 477 perkataan yang terdiri daripada
12 domain makna ini diambil dan diuji sendiri oleh pengkaji di kawasan lapangan terhadap DMJ.
Dua belas domain makna tersebut dapat dilihat seperti di bawah.

1. Tubuh Badan 7. Alat Pertanian

2. Kata Kerja 8. Makanan

3. Alat Rumah 9. Waktu dan Cuaca

4. Nama dan Ganti Nama 10. Kata Ukuran

5. Binatang 11. Pakaian

6. Persaudaraan 12. Kata Bilangan

PEMILIHAN KAWASAN DAN BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, komuinkasi lisan yang diketengahkan adalah berkisar di negeri Selangor iaitu
dialek Melayu Jugra. Negeri Selagor mempunyai sembilan buah daerah seperti Sabak Bernam,

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 522

Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
Jugra merupakan salah sebuah mukim yang berada dalam daerah Kuala Langat dan berada
berhampiran dengan lembangan Sungai Langat. Muara sungai ini dikatakan bercabang menjadi
dua sungai yang besar iaitu sungai Jugra dan sungai Langat dan dipercayai merupakan antara
petempatan terawal di negeri Selangor. Jugra dipercayai dibuka oleh orang-orang Bugis yang
datang dari Johor pada abad ke-18 untuk menjalankan aktiviti perdagangan dengan Melaka.

PETA 1. Kawasan Kajian Mukim Jugra

Peta 1 menunjukkan Peta Mukim Jugra yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor.
Antara lokasi yang berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung Kanchong Darat, Jenjarum dan
Sungai Buaya dan Bandar Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan dengan muara Sungai
Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, Pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan
Kampung Chodoi. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri
Selangor dari tahun 1859- 1898, Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor.
Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut dan mengadap perairan
Selat Melaka dan digelar sebagai Kota Maritim.Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan
kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera disini iaitu dari pelbagai jenis
primate hutan pantai. Dalam kajian DMJ ini Kampung Kelanang dan Kampung Bandar dijadikan
salah satu varian yang dikenal pasti wujud dalam DMJ dan dibincangkan dalam kajian ini.

PENGUMPULAN DATA

Dalam menentukan kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data, seseorang pengkaji
haruslah pandai memilih kaedah yang sesuai semasa menjalankan penyelidikan. Ini disebabkan,
penggunaan kaedah yang sesuai akan menentukan data yang diperolehi adalah tepat. Dalam kajian
ini, pengkaji telah menggunakan metode cakap. Menurut Mahsun (2005:93), metode cakap
disebabkan cara percakapan antara peneliti dengan informan. Adanya percakapan antara peneliti
dengan informan mengandungi erti terdapat kontak antara mereka. Oleh itu, data diperoleh melalui
penggunaan bahasa secara lisan. Teknik yang akan diguna pakai semasa mengumpul data ialah
temu bual, rakaman dan pemerhatian ikut serta.

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 523

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1980:7), temu bual ialah satu proses interaksi antara
penemu bual dengan responden yang bertujuan mendapatkan maklumat. Dalam kajian ini, kaedah
temu bual ini digunakan oleh pengkaji. Soalan yang ditanya kepada informan ialah berkait dengan
senarai kata yang telah disediakan oleh pengkaji. Semasa sesi temubual, pengkaji telah
menggunakan pelbagai cara dan gaya bagi melancarkan sesi temu bual. Salah satu cara yang
digunakan bagi mengajukan soalan yang berkait dengan anggota tubuh badan, contohnya
perkataan ‘kuku’, pengkaji menggunakan cara dengan bertanyakan “Pak cik, ini panggil apa?”
sambil pengkaji tunjukkan kuku. Cara ini sejajar dengan cara yang pernah digunakan oleh Dieth
dan Orton (Trudgill, 1990:33): “Apakah yang ada dalam poket saya? [Dengan menunjukkan poket
yang kosong] (tidak ada, tiada).
Bagi mengelakkan informan daripada merasa bosan pengkaji cuba beralih topik dengan
menyuruh informan bercerita tentang sejarah hidupnya. Berkait dengan penceritaan sejarah hidup
ini, contohnya informan di kawasan Balingian menceritakan bahawa penduduk awal Balingian ini
merupakan penduduk yang berasal daripada Penan dan bahasanya pula bercampur dengan Punan.
Sekiranya pengkaji melihat informan merasa letih, pengkaji mengajak informan berehat dengan
cara mempersilakan informan minum minuman yang disediakan. Selepas berehat selama 8 hingga
12 minit, pengkaji membawa informan kembali ke topik asal iaitu menanyakan soalan yang berkait
dengan senarai kata. Tempoh sesi soal jawab ini mengambil masa selama 2 hingga 3 jam.
Semasa pengkaji menemu bual informan, pengkaji turut menggunakan kaedah rakaman.
Kaedah rakaman adalah kaedah yang paling baik digunakan dalam sesuatu kajian. Ini disebabkan,
dengan menggunakan kaedah ini maklumat yang diperolehi ini akan dapat disimpan dengan lebih
lama untuk dibuat rujukan. Menurut Labov (1972:13), untuk memperoleh data yang bermutu dan
lengkap daripada perbualan individu adalah dengan cara merakamkan perbualan yang disertai
pemerhatian ikut serta. Dalam kajian ini, rakaman dilakukan secara sedar iaitu informan diajukan
soalan dan setiap perbualan itu dirakam. Segala rakaman perbualan yang berkait dengan data
kajian ini kemudian ditranskripsikan dalam bentuk fonetik. Transkripsi data menggunakan
lambang fonetik antarabangsa (IPA). Teknik transkripsi ini digunakan semasa proses temu-bual
berlangsung dengan informan.
Bagi melengkapkan data, pengkaji turut menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta.
Kaedah ini digunakan oleh pengkaji bagi memastikan apa yang diujarkan oleh informan ini
terhadap sesuatu perkara yang dibicarakan adalah benar. Dalam perbualan ini, pengkaji turut ikut
serta dalam perbualan dan mencatatkan serba sedikit tentang maklumat yang berkaitan dengan
tajuk kajian pengkaji. Perkataan yang kurang jelas didengar dicatatkan ditanya kembali oleh
pengkaji kepada informan terbabit. Kaedah ini sesuai digunakan memandangkan percakapan
adalah spontan dan bersifat natural.

PEMAPARAN DAN ANALISIS DATA

Menurut Mahsun (1995:14) kaedah pemaparan data melibatkan dua cara iaitu i) perumusan data
dengan menggunakan istilah biasa dan istilah teknikal linguistik antaranya fonologi; dan ii)
perumusan menggunakan simbol atau lambang tertentu. Kedua-dua cara ini diterapkan dalam
menganalisis data dalam kajian ini. Perumusan data menggunakan istilah biasa dan teknikal seperti
fonetik, fonologi, fonem, fonemik, alternasi, rekonstruksi, retensi, inovasi, pengelasan, refleks dan
lain-lain lagi. Istilah teknikal ini berkait dengan tertentu sesuai dengan kajian yang dilaksanakan
oleh pengkaji contohnya dalam bidang dialektologi dan ilmu bandingan ini. Antara simbol yang
digunakan dalam kajian ini ialah:

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 524

i) (/ /), kurungan miring ini bermaksud mengapit unsur fonologi;


ii) (/), melambangkan di persekitaran;
iii) ([ ]), kurungan siku mengapit unsur bunyi;
iv) (#), simbol dalam lingkungan tertentu;
v) (K), lambang konsonan;
vi) (V), lambang vokal;
vii) (), lambang perubahan kosong;
viii) (), konsonan nasal velar;
ix) (), konsonan nasal palatal;
x) (), konsonan plosif glotal tidak bersuara;
xi) (d), konsonan afrikat palatal bersuara;
xii) (), konsonan frikatif velar bersuara;
xiii) (),vokal tengah (schwa);

PENDEKATAN STRUKTURAL

Kajian ini, adalah berlandaskan pendekatan struktural. Struktural merupakan satu fahaman yang
wujud di Eropah berikutan kebangkitan struktural linguistik yang dipelopori oleh Ferdinand de
Saussere. Pendekatan struktural ini berasaskan prinsip-prinsip teori strukturalisme. Teori ini mula
berkembang pada tahun 1960-an sebagai satu usaha untuk menerapkan kaedah dan wawasan
Ferdinand de Saussere pengasas linguistik moden kepada kesusasteraan (Terry Eagleton,
1983:106). Saussere yang merupakan seorang ahli falsafah Swiss (1857-1913) percaya bahawa
bahasa mempunyai struktur dalaman yang tersendiri dan mempunyai peraturan-peraturan yang
sistematik (Charles, E. Bressler, 1999:89). Oleh itu, dalam analisis data yang berkait rapat dengan
bidang fonologi, pendekatan struktural digunapakai dalam menganalisis data. Pemilihan
pendekatan ini sebenarnya didasarkan pada beberapa hipotesis umum yang terdapat dalam
pendekatan ini. Pertama, kaedah yang dipakai dalam pendekatan ini adalah bersifat empiris
(induktif). Berdasarkan kaedah ini, sejumlah korpus bahasa yang diperoleh digeneralisasikan
secara sistematik. Kedua, bahasa itu adalah ujaran dan kemudian barulah tulisan. Jadi, yang diteliti
dan dicatat ialah bahasa lisan. Ketiga, bahasa merupakan satu produk yang terdiri daripada unsur
bunyi dan makna. Keempat, pengelasan bunyi berdasarkan distribusinya. Pemilihan pendekatan
ini adalah wajar kerana sesuai dengan objektif kajian.
Dalam pendekatan struktural, kaedah deskriptif sesuai digunakan untuk memerihalkan
aspek bunyi-bunyi bahasa, konsonan, vokal, dan diftong yang terdapat dalam kawasan kajian ini.
Menurut Abdullah Hassan (1980:66), analisis deskriptif terbit dari kaedah tradisi yang
menghuraikan struktur bahasa, termasuklah bunyinya. Bunyi-bunyi yang didengar itu
dipenggalkan dan diberi lambang. Kemudiannya bunyi-bunyi tersebut digolongkan kepada sesuatu
jenis atas dasar persamaan ciri fonetiknya. Kaedah ini hanya memerlukan penjelasan, huraian atau
tafsiran data tentang ciri bahasa sebagaimana ciri itu wujud dan digunakan oleh para penuturnya.
Dalam kajian ini, data dipecahkan kepada dua iaitu bunyi dan kata. Setiap kata
ditranskripsikan ke dalam bentuk fonetik. Menurut Samarin (1993:220), transkripsi fonetik adalah
penting kerana ia dapat menentukan sama ada sesuatu kajian itu berjaya atau tidak. Dalam kajian
linguistik, transkripsi fonetik digunakan untuk menunjukkan secara tepat bunyi atau ciri-ciri bunyi
yang terdapat dalam ujaran yang telah dianalisis. Transkripsi fonetik dilakukan menggunakan

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 525

lambang fonetik antarabangsa (International Phonetic Alphabert (IPA)). Setiap bunyi yang wujud
dalam kawasan kajian ini dipaparkan dalam bentuk rajah. Seterusnya, penyebaran bunyi konsonan,
vokal, dan diftong dalam kata sama ada pada awal, tengah, atau pada akhir kata dipaparkan
mengikut kawasan.

ANALISIS SISTEM FONEM DMJ VKLNG DAN VBDR

Secara umumnya, terdapat beberapa ciri fonologi yang terdapat dalam varian ini hasil penemuan
kajian awal ini. Hasil penemuan ini diteliti daripada beberapa aspek fonologi daripada daftar kata
Swadesh yang telah dipilih. Oleh itu, dalam makalah ini bahagian ini hanya akan memaparkan
inventori dan penyebaran sistem fonem vokal dan diftong dalam kata bagi kawasan kajian.
Penyebaran sistem fonem ini memperlihatkan keberadaan fonem berdasarkan posisinya dalam
perkataan, iaitu di posisi awal, tengah atau akhir. Varian DMJ yang diketengahkan dalam kajian
ini merujuk kepada VKLNG dan VBDR.

SISTEM FONEM VOKAL DIALEK MELAYU JUGRA VARIAN KELANANG

DMJ VKLNG mempunyai lapan fonem vokal /i, u, e, o, , , , a/ yang terdiri daripada tiga vokal
depan, dua vokal tengah, dan tiga vokal belakang. Jadual 1memaparkan inventori fonem vokal
tersebut.
JADUAL 1. Inventori Vokal DMJ VKLNG

Bahagian Depan Tengah Belakang


Kedudukan
Tinggi i u
Separuh Tinggi e o
Separuh Rendah   
Rendah a

Berdasarkan Jadual 1, terdapat 2 fonem vokal tinggi iaitu vokal tinggi depan /i/ dan vokal
tinggi belakang /u/ yang dibunyikan sebagai [i] dan [u], hadir dalam semua lingkungan kata iaitu
pada awal, tengah, dan akhir kata. Sehubungan itu, terdapat dua fonem vokal separuh tinggi iaitu
vokal separuh tinggi depan /e/ yang dibunyikan sebagai [e] dan vokal separuh tinggi belakang /o/
yang dibunyikan sebagai [o]. Fonem /e/ dan /o/ hadir pada semua posisi iaitu awal, tengah dan
akhir kata. Seterusnya, terdapat 2 fonem vokal separuh rendah iaitu vokal separuh rendah depan
// dan vokal separuh rendah belakang // yang dibunyikan sebagai [] dan []. Fonem // hanya
hadir pada posisi tengah kata manakala// hadir pada semua posisi kata. Seterusnya, fonem vokal
separuh rendah tengah // yang dibunyikan sebagai [] pula hanya hadir pada semua posisi iaitu
awal, tengah dan akhir kata. Seterusnya, fonem vokal rendah tengah /a/ yang dibunyikan sebagai
[a] hadir pada semua posisi iaitu awal, tengah dan akhir kata. Contoh kesemua penyebaran fonem
vokal DMJ VKLNG yang hadir pada posisi kata tertentu ini boleh dilihat dalam Jadual 2.

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 526

JADUAL 2. Penyebaran Fonem Vokal dalam DMJ VKLNG

Jenis Vokal Penyebaran Vokal Pada Posisi Kata


Awal BMS Tengah BMS Akhir BMS
/i/ [id] hidung [siku] siku [gi] pergi
/u/ [ula] ular [kutu] kutu [susu] susu
/e/ [ekor] ekor [kulet] kulit [pike] berfikir
/o/ [oa] orang [poko] pokok [tlo] telur
// - [kn] kemaluan lelaki -
// [a] orang [kn] kemaluan lelaki [tl] telur
// [sma] semak [pah] perah [kual] kuala
/a/ [ajam] ayam [datuh] jatuh [paga] pagar

Seterusnya, berdasarkan kajian yang dilakukan, DMJ VKLNG memiliki dua diftong iaitu
/-aw, -aj/ yang dibunyikan sebagai [-aw, -aj]. Dua diftong ini hanya hadir pada posisi akhir kata
sahaja. Dua diftong ini hanya hadir pada posisi akhir kata. Contoh data yang diutarakan ialah
seperti dalam Jadual 3.

SISTEM FONEM DIFTONG DIALEK MELAYU JUGRA VARIAN KELANANG

JADUAL 3. Penyebaran Diftong Dalam DMJ VKLNG

Jenis Diftong Penyebaran Diftong Pada Posisi Kata


Awal BMS Tengah BMS Akhir BMS
/aw/ - - [idaw] hijau
/aj/ - - [suaj] sungai

SISTEM FONEM VOKAL DIALEK MELAYU JUGRA VARIAN BANDAR

Selain DMJ VKLNG, dalam kajian ini turut diketengahkan DMJ VBDR. VBDR mempunyai enam
fonem vokal /i, u, e, o, , a/ yang terdiri daripada tiga vokal depan, dua vokal tengah, dan dua
vokal belakang. Jadual 4 memaparkan inventori fonem vokal tersebut.

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 527

JADUAL 4. Inventori Vokal DMJ VBDR

Bahagian Depan Tengah Belakang


Kedudukan
Tinggi i u
Separuh Tinggi e o
Separuh Rendah 
Rendah a

Berdasarkan Jadual 4, terdapat 2 fonem vokal tinggi iaitu vokal tinggi depan /i/ dan vokal
tinggi belakang /u/ yang dibunyikan sebagai [i] dan [u], hadir dalam semua lingkungan kata iaitu
pada awal, tengah, dan akhir kata. Selain itu, terdapat dua fonem vokal separuh tinggi iaitu vokal
separuh tinggi depan /e/ yang dibunyikan sebagai [e] dan vokal separuh tinggi belakang /o/ yang
dibunyikan sebagai [o]. Fonem /e/ dan fonem /o/ hadir pada semua posisi iaitu awal, tengah dan
akhir kata. Manakala, fonem vokal separuh rendah tengah // yang dibunyikan sebagai [] pula
hanya hadir pada semua posisi iaitu awal, tengah dan akhir kata. Seterusnya, fonem vokal rendah
tengah /a/ yang dibunyikan sebagai [a] hadir pada semua posisi iaitu awal, tengah dan akhir kata.
Contoh kesemua penyebaran fonem vokal DMJ VBDR yang hadir pada posisi kata tertentu ini
boleh dilihat dalam Jadual 5.

JADUAL 5. Penyebaran Fonem Vokal Dalam DMJ VBDR

Jenis Vokal Penyebaran Vokal Pada Posisi Kata


Awal BMS Tengah BMS Akhir BMS
/i/ [ipa] ipar [kii] kiri [gigi] gigi
/u/ [usus] usus [tula] tulang [dbu] debu
/e/ [eko] ekor [bseh] bersih [tglinte] tergelincir
/o/ [ota] otak [mulo] mulut [tlo] telur
// [mpat] empat [bti] betik [kual] kuala
/a/ [aka] akar [masa] masak [paga] pagar

SISTEM FONEM DIFTONG DIALEK MELAYU JUGRA VARIAN BANDAR

Selanjutnya, DMJ VBDR memiliki dua diftong iaitu /-aw, -aj/ yang dibunyikan sebagai [-aw, -aj].
Dua diftong ini hanya hadir pada posisi akhir kata sahaja. Dua diftong ini hanya hadir pada posisi
akhir kata. Contoh data yang diutarakan ialah seperti dalam Jadual 6.

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 528

JADUAL 6. Penyebaran Diftong Dalam DMJ VBDR

Jenis Diftong Penyebaran Diftong Pada Posisi Kata


Awal BMS Tengah BMS Akhir BMS
/aw/ - - [pisaw] pisau
/aj/ - - [smaj] semai

KESIMPULAN
Dalam makalah ini, pengkaji telah mendeskripsikan aspek-aspek fonologi yang belum mendapat
penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DMJ. Analisis data bermula daripada penyebaran
fonem dan bunyi yang terdapat dalam kawasan kajian berdasarkan bunyi vokal dan diftong.
Hasilnya, paparan data komunikasi lisan yang digunakan dalam ucapan seharian mereka melalui
DMJ ini memperlihatkan VKLNG mempunyai mempunyai 8 fonem vokal /i, u, e, o, , , , a/
yang terdiri daripada tiga vokal depan, dua vokal tengah, dan tiga vokal belakang dan memiliki 2
diftong iaitu /-aw, -aj/ yang dibunyikan sebagai sebagai [i, u, e, o, , , , a] dan [aw, aj].
Manakala, VBDR pula mempunyai enam fonem vokal /i, u, e, o, , a/ yang terdiri daripada dua
vokal depan, dua vokal tengah, dan dua vokal belakang dan memiliki dua diftong iaitu /-aw, -aj/
yang dibunyikan sebagai [i, u, e, o, , a] dan [aw, aj].
Hasil penemuan ini diharap dapat memberikan satu penemuan yang baharu yang dapat
membantu merungkai permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan secara tidak
langsung kajian ini memperlihatkan DMJ ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Keunikan ini
secara tidak langsung sebagai lambang jati diri setiap negeri dan kemadirian jiwa Malaysia dalam
masyarakat setempat. Dialek juga boleh dijadikan sebagai kebangggan untuk negeri masing-
masing serta dapat membezakan masyarakat dari negeri tersebut atau tidak. Sehubungan itu, dialek
ini juga boleh merapatkan lagi hubungan antara masyarakat setempat dan sebagai salah satu tarikan
tarikan pelancong untuk datang ke negara ini. Kepelbagaian dialek ini menyebabkan pelancong
luar negara datang ke negara kita untuk mempelajari dialek-dialek yang terdapat di Malaysia.
Kedatangan pelancong secara tidak langsung akan menyebabkan pendapatan negara kita
meningkat.

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood & Nor Aina Dani. 1994. Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Proses
Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Dusun. Jurnal Dewan Bahasa, 38 (9),
772-775.
Asmah Haji Omar. 2008. Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Collins, James. T. 1996. Khazanah Dialek Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Information Malaysia 1992-93 Year Book. 1992. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.
Bhd.
Kaharuddin & Rahim Aman. 2011. Hukum Bunyi dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa

ISSN 1675-7513
Jurnal Melayu
Isu Khas Disember 2020 529

Makassar. Jurnal Melayu, 7, 287-302.


Henry Guntur Tarigan. 1991. Metodologi Pengajaran Bahasa 1. Bandung: Angkasa
Bandung.
Labov, W. 1972. Sociolinguistic Patterns. Philadelphia: University of Pensylvania.
Mahsun. 1995. Dialektologi Diakronis Sebuah Pengantar. Yongyakarta: Gadjah Mada
Universitas Press.
Mahsun. 2005. Metode Penelitian Bahasa. Jakarta: Raja Grafindo Persada.
Mumad Chelaeh, Rahim Aman, Shahidi A. Hamid, Nazihah Najwa Othaman, Suhailah
Ruslan, Nooraniza Abu Bakar, Rusydiah A. Salam, Fatin Hakimah M. Fadzil & Miss Deela
Sinur. 2017. Penerokaan Maklumat Linguistik dalam Dialek Melayu Jugra: Penelitian
Fonologi Struktural. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 12 (3), 1-29.
Mohd. Sheffei Abu Bakar. 1991. Metodologi Penyelidikan untuk Ekonomi dan Bidang-
bidang Berkaitan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman & Shahidi A.H. 2010 . Variasi Dialek Pahang:
Keterpisahan Berasaskan Jaringan Sungai. Jurnal Melayu, 5: 315-332.
Norfazila Ab Hamid & Rahim Aman. 2015. Menentukan Inventori Fonem Varian Melanau
Oya dengan Menggunakan Pendekatan Struktural. Kertas kerja ini dibentangkan
dalam Seminar Linguistik Kebangsaan 2015 (SliK) (berprosiding). Anjuran
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka
dan Universiti Kebangsaan Malaysia, 20-21 Januari, 63-78.
Norfazila Ab. Hamid & Rahim Aman. 2016. Varian Melanau Sarawak: Tinjauan di Melanau
Mukah. Jurnal Melayu, 15 (1), 99-112.
Norfazila Ab. Hamid & Rahim Aman. 2017. Varian Dialek Melayu Tioman-Aur-Pemanggil:
Analisis Linguistik Bandingan. Gema Online, 17 (2), 219-244.
Norfazila Ab. Hamid, Norhasliza Ramli & Rahim Aman. 2017. Sistem Jaringan Komunikasi
Langkawi varian Kedawang. Jurnal Melayu Isu Khas 2017, 407-418.
Norfazila Ab Hamid. 2019. Inventori Fonem Dialek Melayu Jugra di Permatang Pasir. Jurnal
Melayu, 18 (1), 29-42.
Rahim Aman. 1997. Perbandingan Fonologi dan Morfologi Bahasa Iban. Tesis Sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2010. Perbandingan Dialek Bajau Kota Belud dan Bajau
Semporna, Sabah. Jurnal Melayu, 5, 333-374.
Trudgill, P. & Chambers, J.K. 1990. Dialektologi. (Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Wan Hashim Wan Teh. 1980. Kaedah Penyelidikan Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Biodata Penulis:

Norfazila Ab. Hamid (PhD) adalah Pensyarah Kanan di Unit Bahasa Melayu, Jabatan
Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS). Kini memegang jawatan sebagai Dekan, Pusat Pengajian Teras,
KUIS. Lulusan Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkhususan beliau ialah
dalam bidang Linguistik Bandingan Sejarawi & Dialektologi.

ISSN 1675-7513

Anda mungkin juga menyukai