Anda di halaman 1dari 7

BAB 2

SOROTAN LITERATURE
2.1 PENGENALAN
Berdasarkan

kepada pemerhatian terhadap kajian- kajian lepas, kajian yang berkaitan

dengan pemilihan bahasa telah banyak dilakukan para pengkaji. Namun, setiap hasil kajian
itu berbeza mengikut kepada konsep kajian itu sendiri. Hal ini kerana, setiap konteks kajian
itu pastilah berbeza antara satu kajian dengan kajian yang lain walaupun matlamat yang
ingin dicapai melalui kajian itu adalah sama iaitu untuk mengenal pasti bahasa yang dipilih
oleh sesuatu komuniti di suatu kawasan.
2.2 KOSA ILMU
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang aspek pemilihan bahasa
berdasarkan kepada kajian lepas yang pernah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini. Pengkaji
telah menjumpai enam kajian lepas yang mempunyai beberapa persamaan terutamanya
bidang lapangan kajian yang berkaitan pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat.
Kajian mengenai bahasa yang sering digunakan semasa proses jual beli telah
banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Kajian mereka sebelum ini telah banyak
mempengaruhi dan membantu kajian pengkaji baru. Antara kajian yang telah dilakukan
sebelum ini termasuklah kajian mengenai ragam bahasa yang sering digunapakai dalam
kehidupan seharian.
Menurut pengkaji pertama iaitu Nurlaila Djamali (2005) :
Sebuah bahasa mempunyai sistem dan subsistem yang difahami oleh semua
penutur bahasa itu. Namun, oleh kerana penutur bahasa tersebut, merupakan bukan
kumpulan manusia yang homogen, maka wujud bahasa yang konkrit tidak menjadi
seragam. Bahasa itu menjadi bervariasi. Variasi bahasa terjadi bukan hanya disebabkan
oleh para penuturnya yang tidak homogen, tetapi juga kerana kegiatan interaksi sosial yang
mereka lakukan sangat berlainan. ketidakseragaman ini akan semakin bertambah kalau
bahasa tersebut digunakan oleh penutur yang ramai, serta wilayah yang sangat luas.
Pengkaji memberi definisi variasi bahasa adalah pengunaan bahasa formal dan tidak
formal. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. Antara contoh

bahasa formal adalah bahasa baku dan bahasa istana. Selain itu, bahasa tidak formal pula
digunakan dalam situasi yang tidak rasmi misalnya bahasa slanga, bahasa basahan,
bahasa mesra, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar dan dialek.

Seterusnya, bahasa rojak atau pencampuran kod di Malaysia merupakan fenomena


masa kini. Selepas menjalankan kajian perpustakaan selama empat bulan, pengkaji
mendapati bahawa latihan ilmiah ijazah sarjana muda, laporan penyelidikan serta disertasi
ijazah sarjana dan doktor falsafah yang membincangkan fenomena percampuran kod di
Malaysia

adalah

sangat

kurang.

Sebaliknya,

kebanyakan

kajian

FENOMENA

PERCAMPURAN KOD DALAM Laporan Penyelidikan MMLS IKLAN PERNIAGAAN


BAHASA CINA DI MALAYSIA 32 yang dijalankan adalah berkenaan dengan fenomena
penukaran kod. Antara pengkaji pengkaji yang meneliti fenomena penukaran kod di
Malaysia termasuklah Md Yazid (1995), Mohamad Ghazali (1998), Gan (2000), Mascitah
(2001), Zaiton (2004), Zainab (2004) dan Mamat (2005).1 Tambahan pula, penyelidik
Malaysia seperti Kuang (1999, 2002), David (2003), Jariah (2003), Kow (2003) dan Zuraidah
(2003) telah menjalankan banyak penyelidikan yang berkenaan dengan fenomena
pengalihan kod (code-switching) di Malaysia. Kajian mereka lebih memberi fokus kepada
fenomena pengalihan kod dalam bahasa pertuturan dalam kalangan pengguna-pengguna
bahasa di Malaysia. Sebaliknya, tidak ramai penyelidik Malaysia yang mengkaji fenomena
percampuran kod. Didapati bahawa Awang (2004) dan Kang (2001) telah menjalankan
penyelidikan untuk mengkaji fenomena percampuran kod dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Percampuran kod sentiasa disamakan dengan bahasa rojak atau bahasa campur
aduk. Berdasarkan kepada Wikipedia, bahasa rojak merupakan sejenis cara percakapan di
Malaysia yang menggunakan pelbagai jenis bahasa dalam satu pertuturan, di mana ia
adalah lebih kurang sama dengan pijin, Singlish dan Manglish. Bahasa rojak telah wujud
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka ketika satu entrepot antarabangsa dibina oleh
Parameswara di Melaka pada tahun 1402. Pelabuhan Melaka telah menarik ramai
pedagang yang secara keseluruhannya menggunakan lebih kurang 80 jenis bahasa dari
bangsa dan budaya yang berlainan. Pedagang-pedagang dunia kerap mencampurkan kod
apabila

berkomunikasi

dengan

penduduk

setempat

dalam

proses

menjalankan

perdagangan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_rojak, 22/8/2006. Menurut ahli linguistik


Malaysia, Awang (2004) yang mengkaji bahasa rojak, beliau menyatakan bahawa bahasa
rojak merupakan satu bentuk keracunan bahasa dalam bidang linguistik. Awang (2004)
berpendapat bahawa sebenarnya istilah bahasa rojak bukan istilah linguistik. Istilah
bahasa rojak diwujudkan kerana kewujudan fenomena percampuran bahasa Melayu

dengan bahasa asing (khususnya bahasa Inggeris) di Malaysia. Fenomena percampuran


bahasa sebenarnya bukan satu fenomena yang baru walaupun istilah bahasa rojak itu agak
baru. Dalam konteks masyarakat di Malaysia, masyarakat Cina Baba cenderung
menggunakan satu ragam bahasa Melayu yang memperlihatkan percampuran unsur
bahasa Melayu dengan dialek Cina. Walau bagaimanapun, ragam bahasa masyarakat Baba
ini masih dianggap sebagai variasi bahasa Melayu. Fenomena menggunakan bahasa
Melayu yang bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris dalam ayat atau wacana telah
diterima sebagai kenyataan dalam kehidupan harian (Awang, 2004). Namun, Awang (2004)
berpendapat bahawa penggunaannya FENOMENA PERCAMPURAN KOD DALAM Laporan
Penyelidikan MMLS IKLAN PERNIAGAAN BAHASA CINA DI MALAYSIA 34 hanya terbatas
dalam suasana yang tidak formal dan tidak rasmi, misalnya dalam perbualan, gurau senda
dan sebagainya. Namun, apabila fenomena percampuran bahasa ini berlaku dalam wacana
yang rasmi seperti dalam mesyuarat di jabatan kerajaan, maka ini dipandang sebagai
kesalahan memilih ragam bahasa yang sesuai. Menurut Awang (2004) lagi, apabila
percampuran antara bahasa Melayu dengan unsur bahasa asing sering berlaku dalam
wacana yang rasmi seperti mesyuarat, ucapan, penyiaran dan sebagainya, maka
percampuran kod sebegini akan menjejaskan budaya berbahasa yang sihat. Awang (2004)
berpendapat bahawa setiap ragam bahasa mempunyai tempat (konteks), keperluan dan
suasananya yang tertentu. Apabila adab berbahasa tidak dijamin dan dipertahankan,
akhirnya bahasa Melayu mungkin kehilangan sifat dan nilai rasminya. Dengan kata lain,
bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa lain seolah-olah hanya berfungsi
sebagai bahasa perbualan, bahasa gurau senda dan bahasa untuk berjual beli di pasar
sahaja. Ini menunjukkan bahawa Awang (2004) memandangkan bahasa rojak atau
fenomena percampuran bahasa sebagai ragam bahasa basahan yang tidak wajar
digunakan dalam konteks yang rasmi dan formal. Sebenarnya, fenomena percampuran
bahasa adalah berlainan dengan fenomena penerimaan kata dan istilah daripada bahasa
asing (peminjaman bahasa). Pengambilan atau peminjaman kata dan istilah daripada
bahasa asing dipandang sebagai fenomena yang lumrah berlaku dalam mana-mana bahasa
dan fenomena ini telah diterima sebagai fitrah bahasa. Dengan kata lain, percampuran kod
atau bahasa rojak tidak diterima sebagai fitrah bahasa dan tidak wajar wujud dalam semua
bahasa (Awang, 2004).
Menurut Saidah Ismail (Julai 2009),kajian yang dilakukan oleh beliau adalah untuk
melihat pemilihan bahasa komuniti Bugis di Kampung Parit Keroma (KPK),Ayer Baloi,
Pontian, Johor di domain rumah ,domain intra-komuniti dan domain pekerjaan. Seterusnya
membuat perbandingan pemilihan bahasa oleh komuniti yang sama tetapi telah menetap di
Kuala Lumpur dalam domain yang sama.

Dalam kajian beliau mendapati komuniti dalam kumpulan umur 70-89 tahun yang
begitu kuat berpegang mempertahankan bahasa Bugis sufah semakin berkurangan. Kini
yang tinggal adalah komunitikomuniti dari kumpulan umur 50-69,kumpulan umur 30-49 yang
dwi-bahasa dan seterusnya kumpulan umur 13-29 yang sudah tidak tahu bertutur dalam
bahasa Bugis. Ini merupakan satu fenomena yang membimbangkan bagi kumpulan etnik
Bugis yang merupakan satu kumpulan etnik menoriti di Malaysia.
Boleh dikatakan Bahasa Bugis mempunyai kemungkinan pupus kerana
penggunaannya yang semakin berkurangan akibat jumlah penuturnya yang semakin
berkurang walaupun budayanya tidak terjejas. Ini kerana komuniti Bugis begitu berpegang
kepada budaya seperti adat dalam perkahwinan, adat naik buai untuk menyambut kehadiran
bayi yang baru lahir, makanan-makanan tradisional, dan acara-acara keagamaan dan
perayaan yang masih lagi disambut dengan begitu meriah. Ini adalah satu petanda bahawa
masih ada harapan untuk mengekalkan bahasa Bugis.Persatuan anak-anak Bugis Johor
juga telah ditubuhkan di mana beberapa aktiviti telah dijalankan seperti Hari Raya pada
setiap tahun dan melawat Tanah Ogi atau Tanah Bugis di Sulawesi.
Menurut Mohammad Azlan Mis (2012), dalam kajian beliau iaitu Bahasa Rojak Dalam
Kalangan Penduduk Di Sarawak. Kajian beliau bertujuan memelihara bahasa yang
digunakan oleh pelbagai suku kaum, iaitu suku kaum Melayu, Iban, Cina, dan Melanau
dalam perhubungan sesame mereka sehari-hari. Penggunaaan bahas rojak di negeri
Sarawak sama pentingnya dengan bahasa tempatan, seperti bahasa Iban, Melanau, Cina,
dan dialek Melayu. Bahasa rojak di Sarawak bahasa yang biasa dipilih dalam hubungan
antara suku kaum yang pelbagai.
Kaedah penelitian yang digunakan oleh beliau ialah kaedah utama yang dilaksanakan
untuk mendapatkan data penggunaan bahasa rojak di negeri Sarawak ini melalui kerja
lapangan dengan menggunakan boring soal selidik. Kaedah yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat secara menyeluruh dalam kawasan yang luas, atau meliputi jumlah
responden yang besar di negeri Sarawak ini berdasarkan suku kaum, iaitu suku kaum
Melayu, Iban, Cina dan Melanau. Semua maklumat dianalisis secara peratusan dan
dipaparkan dalam bentuk jadual.
Hasil dapatan yang diperolehi oleh beliau ialah kajian ini menentukan kecenderungan
pilihan bahasa rojak suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau di Sarekei. Suku kaum
Melayu cenderung memilih bahasa rojak iaitu bahasa rojak Melayu-Iban sebagai pilihan

bahasa utama dan bahasa rojak Melayu-Melanau sebagai bahasa kedua. Suku kaum Iban
di Sarekei pula cenderung memilih bahasa rojak Melayu-Iban sebagai bahasa utama. Suku
kaum Iban memilih bahasa rojak Melayu-Iban apabila mereka berinteraksi sesame Iban
Melayu, Melanau dan Cina. Suku kaum Cina di Sarekei juga mempunyai kecenderungan
yang tinggi menggunakan bahasa rojak Melayu-Iban. Bahasa rojak ini digunakan oleh suku
kaum Cina apabila mereka berinteraksi dengan suku kaum Melayu,Iban dan Melanau. Suku
kaum Melanau memilih bahasa rojak Melayu-Melanau sebagai bahasa rojak utama dalam
perhubungan sehari-hari, sama ada ketika mereka berinteraksi sesame Melanau atau
semasa mereka berinteraksi dengan suku kaum Melayu, Iban dan Cina.
Menurut Che Rabiaah Mohamed,Chua Bee Eng & Abdullah Yusoff (2011) Jurnal Bahasa
,dalam kajian mereka iaitu Komunikasi Verbal antara Jururawat dengan Pesakit di Unit
Rawatan Intensif. Kajian ini meneliti komunikasi jururawat dengan pesakit yang tidak
sedarkan diri dan yang disedasikan di Unit Rawatan Intensif (URI). Secara spesifik, kajian ini
bertujuan melihat kandungan komunikasi verbal jururawat pesakit dan juga untuk
mengukur tempoh masa komunikasi yang diambil oleh jururawat semasa memberikan
jagaan perawatan kepada kumpulan pesakit tersebut. Kajian deskriptif ini melibatkan 20
jururawat yang dipilih secara rawak sistematik di sebuah Unit Rawatan Intensif (URI).
Kawasan kajian yang dipilih oleh mereka ialah kajian ini dilakukan di URI sebuah
hospital di Pantai Timur. Unit ini menepatkan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan
atau yang telah pun menerima bantuan pernafasan sebelum dipindahkn ke wad biasa.
Dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji ialah data dianalisis dalam bentuk
deskriptif untuk mengenal pasti tempoh masa dan kandungan verbal jururawat semasa
melakukan prosedur rawatan terhadap pesakit. Dapatan kajian dianalisis berdasarkan
objektif yang telah ditetapkan. Seramai 20 jururawat yang memenuhi kriteria kajian yang
ditetapkan terlibat dalam kajian ini. Jururawat tersebut berumur antara 21 hingga 50 tahun
dengan umur min 32 dan sisihan piawai 8.2. MajoritI jururawat berumur antara 23 hingga 30
tahun. Dari segi pengalaman,majoriti mereka telah bekerja selama antara satu hingga 10
tahun. Min tahun pengalaman bekerja ialah 9.5 dan sisihan paiwai ialah 8.0. Lima puluh
peratus daripada mereka mempunyai kursus pascaasas.
Menurut Madznah (2007), dalam latihan ilmiah beliau yang bertajuk Kajian Pemilihan
Bahasa Masyarakat di Pekan Balik Pulau, Pulau Pinang adalah bertujuan mengenal pasti
jenis bahasa yang dipilih oleh masyarakat di kawasan tersebut untuk urusan seharian.
Dalam kajian tersebut, beliau cuba untuk membuat penelitian terhadap pemilihan bahasa

yang dilakukan oleh penduduk berbilang kaum dan juga mahir menggunakan pelbagai
bahasa di Pekan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Hasil dapatan kajian yang beliau perolehi mendapati bahawa penduduk di Pekan Balik
Pulau memilih bahasa Melayu dalam urusan seharian mereka ketika berkomunikasi dalam
masyarakat. Walaupun di kawasan tersebut mempunyai kepelbagaian kaum yang mahir
pelbagai bahasa, namun pemilihan bahasa Melayu ternyata lebih relevan untuk merapatkan
hubungan silaturrahim antara mereka. Melaui kajian ini, dapat dilihat bahawa pemilihan
bahasa Melayu dalam masyarakat di Pekan Balik Pulau ditentukan keberkesanannya
berdasarkan kepada kesatuan dalam menggunakan bahasa dan tolak ansur masyarakat di
kawasan tersebut bagi mencapai matlamat komunikasi dua hala.

Nor Hashimah Jalaluddin pula dalam kajian Bahasa dalam Perniagaan Satu Analisis
Simantik dan Pragmatik yang dijalankan pada tahun 2007 telah menunjukkan bagaimana
bahasa digunakan, di samping dapat mencerminkan pemikiran penuturnya terutamanya
melalui implikatur. Kaedah kajian yang digunakan oleh beliau ialah kaedah kajian lapangan
untuk melihat proses tawar menawar yang berlaku semasa urus niaga.
Dalam kajian ini, beliau menganalisis implikatur dan kata ganti nama diri yang
digunakan oleh responden yang terlibat dalam proses tawar-menawar. Penglibatan antara
peniaga dan pembeli semasa melakukan tawar-menawar dalam situasi yang tidak formal
serta tidak ada akta rahsia yang boleh menghalang proses pengumpulan maklumat oleh
pengkaji sangat membantu dalam melancarkan proses pengumpulan data. Kajian beliau ini
dijalankan di Pasar Siti Khadijah,Kota Bharu,Kelantan. Pemilihan kawasan ini disebabkan
oleh para peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut terdiri daripada
bangsa Melayu dan kaum wanita. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu serta
melancarkan kajian beliau dalam melakukan proses pengumpulan data kajian.
Dalam kajian lapangan ini, beliau menggunakan kaedah non-probability sampling
(NPS) yang bermaksud tiada had kebarangkalian bagi seseorang untuk dijadikan sampel.
Kajian beliau ini memerhatikan gelagat para pembeli sepanjang menjalankan proses jual
beli dan pembeli yang paling banyak melakukan tawar-menawar dengan peniaga akan
dirakamkan perbualan mereka. Dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian ini
menunjukkan bahawa terdapat beberapa konteks yang berlaku antara peniaga dan pembeli
semasa melakukan aktiviti tawar-menawar. Setiap peniaga dan pembeli mempunyai konteks
yang berbeza semasa berlakunya aktiviti tawar- menawar tersebut. Oleh yang demikian,

setiap perbezaan konteks yang berlaku kepada peniaga dan pembeli semasa proses tawarmenawar itu perlu disesuaikan dengan ujaran dan pemilihan bahasa yang betul.

Anda mungkin juga menyukai