Anda di halaman 1dari 3

Tugasan harian Etika dan Peradaban

Nama Muhammad Izzudin Bin Mohamad


No. Matrik A20SC0168
Pensyarah En. Azlah bin Md. Ali
Tarikh 18/05/2021

Bagaimana budaya dan komunikasi boleh membantu pembentukan masyarakat yang


bersatu padu, beretika dan berintegriti di Malaysia?

Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak
mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan
kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan
etika dan integriti. Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan
2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya,
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi
oleh budi pekerti yang luhur. Untuk pengetahuan, etika merupakan himpunan nilai dan moral
yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Manakala
komunikasi pula adalah suatu proses penyampaian maklumat daripada satu pihak kepada pihak
yang lain. Selain itu, komunikasi juga dikenali sebagai proses membentuk dan berkongsi
makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis atau ucapan awam. Proses
komunikasi biasanya melibatkan individu dan interaksi mereka dengan unsurunsur konteks,
mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklum balas diguna pakai. Jika kita dapat lihat
bahawa budaya dan komunikasi perlu bergerak seiring. Hal ini kerana jika kita berkomunikasi
tanpa budaya yang baik iaitu dengan tutur kata yang sopan maka perbalahan dan persengkattan
akan mula berlaku. Ini akan lebih mengeruhkan lagi sistem komunikasi di negara kita dan
berkemungkinan pelbagai serangan akan berlaku dari segi fizikal, teknologi, media dan
sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai cara bagaimana budaya dan komunikasi dapat
membantu pembentukan masyarakat yang bersatu padu, beretika dan berintegritu di Malaysia.
Cara yang pertama ialah menggunakan media komunikasi yang professional ketika
bersama-sama dengan sesuatu organisasi masyarakat. Janganlah kita menggunakan media yang
tidak sepatutnya kerana ini akan menyukarkan masyarakat dalam berurusan. Gunakan apa yang
sepatutnya yang telah diarahkan supaya memudahkan urusan kerja. Untuk pengetahuan semua,
istilah komunikasi profesional merujuk kepada pelbagai bentuk pengucapan, pendengaran ,
penulisan , dan tindak balas yang dilakukan di dalam dan di luar tempat kerja, sama ada secara
peribadi atau elektronik. Contohnya, ketika berurusan dengan pegawai kerajaan haruslah
menggunakan medium yang betul dan tepat seperti e-mail kerana semua urusan majoritinya
menggunakan media itu. Janganlah kita memandai-mandai membuat undang-undang sendiri
kerana ia akan menyusahakan organisasi tersebut disebakan tiada penyelarasan dilakukan.
Kesannya, kerja-kerja akan mula tergendala dan sistem komunikan mula terjejas akibat terlalu
banyak medium digunakan. Dengan itu, kita perlulah musyawarah dalam membuat
menentukan satu keputusan suoaya perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku tidak akan
berlaku lagi. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab haruslah menggunakan
media komunikasi yang sesuai dengan organisasi tersebut supaya setiap perkara dapat
diselesaikan dengan mudah.

1
Tugasan harian Etika dan Peradaban

Cara kedua pula ialah menggunakan bahasa yang sopan dalam berkomunikasi
dengan masyarakat. Hal ini kerana, bahasa jiwa bangsa jikalau kita tidak bertutur dengan
bahasa yang baik ia akan memberi kesan kepada imej kita. Penggunaan bahasa mencerminkan
diri kita termasuk sahsiah dan akhlak kita. Jika kita selalu bercakap kasar suka berkata kotor
itulah perangai kita yang sebenarnya. Contohnya, ketika kita bersama-sama dengan orang lebih
tua haruslah bercakap dengan nada yang rendah dan menunjukkan sikap yang baik seperti tidak
melawan kata, tidak memarahi jika ada yang tersilap kata dan bersopan santun dalam berkata-
kata. Ini semua menunjukkan bahawa budaya yang tidak baik akan melunturkan komunikasi
yang baik. Dengan itu, kita haruslah bercakap dengan kata-kata yang baik, mempunyai lenggok
bahasa yang sesuai disamping menjaga tutur kata kita. Ini dikatakan adab sopan dan beretika
dalam berkomunikasi. Oleh itu, sebagai bangsa Malaysia yang mempunyai akhlak yang baik
haruslah bijak berkata-kata dalam berkomunikasi bak kata pepatah “ terlajak perahu boleh
diundur,terlajak kata tiada guna”.
Ketiga, berhati-hati semasa menyampaikan maklumat. Hal ini kerana,
menyampaikan berita yang betul merupakan tanggungjawab masing-masing. Ini perlu
dipraktiskan sejak kecil dengan menyebarkan berita-berita sahih supaya berita palsu dapat
dielakkan. Ini kerana, wabak berita palsu semakin hari semakin parah kerana terlalu banyak
berita palsu. Contohnya, apabila kita mendapat satu berita itu haruslah menyemak usul periksa
asal usul berita itu supaya ianya benar-benar tepat sebelum dikongsi bersama. Jika berita itu
tidak benar, maka adalah tanggungjawab kita untuk tidak kongsi berita tersebut dan
menyuarakan perkara yang sebenar. Kesannya, masyarakat akan sentiasa dalam keadaan
harmoni kerana tidak berlakunya cetusan persengketaan akibat daripada berita palsu. Oleh itu,
kita hendaklah mengamalkan sikap ambil tahu dan prihatin terhadap isu semasa, berita yang
disampaikan dan kesahihannya supaya masayrakat sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera.
Keempat, komunikasi yang ialah menghormati privasi orang. Hal ini demikian
kerana, privasi seseorang itu adalah penting terhadap individu tersebut kerana data-data
tersebut merupakan perkara yang sulit dan tidak boleh diketahui orang ramai. Jika kita
menyebarkan sesuka hari maklumat orang ia kan menyebabkan privasi seseorang akan
diganggu kerana data tersebut telah diketahui umum. Sebagai contoh, ketika berhari raya
janganlah kita berkunjung ke rumah pada waktu yang tidak sepatutnya seperti awal pagi ,
tengah hari dan waktu malam jika tidak dijemput. Ini kerana waktu-waktu ini merupakan waktu
untuk masyarakat memulakan kerja, makan dan sebagainya. Ini dikira sebagai waktu privasi
mereka. Jika kita selalu mengganggu waktu privasi ini ia kan menyebakan masyarakat tidak
selesa dan hubungan sesama masyarkat kan mula renggang. Kesannya, oramg akan mula
memandang diri anda sebagai manusia yang tidak mempunyai adab ketika bermasyarakat
dalam mengunjungi rumah tetamu. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan
sikap saling menghormati haruslah menghormati privasi setiap orang kerana ia merupakan
kesalahan jika mendedahkan privasi dan tidak menghormati privasi orang.
Yang terakhir ialah menghindari dari menggunakan maklumat diri yang palsu
dalam mengisi data-data. Hal ini kerana, kebanyakkan kita masih lagi menipu dalam mengisi
maklumat terutamnya dalam mengisi borang bantuan. Ini menunjukkan sikap kita yang masih
lagi tiada sikap jujur dan amanah dalam diri. Janganlah bersikap sombing dan ego ramai lagi
yang memerlukan bantuan. Jangan disebakan kita orang lain teranianya. Contohnya, individu
tersebut mengisi borang bantuan zakat perlulah jujur dan berintegriti tinggi dalam memberikan
maklumat kerana ia akan mengakibatkan sistem sosial kebajikan akan terjejas. Kesannya,

2
Tugasan harian Etika dan Peradaban

ramai yang akan mula mengadu tidak dapat bantuan walaupun sebenarnya layak menerima
bantuan. Selain itu dalam mengisi malumat bancian haruslah tepat dan benar supaya data yang
diprolehi tepat kerana jika data yang diberikan salah makan unjuran sitem sosial di negara kita
kan salah akibat daripada kesalhan maklumat. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah
mempunyai sikap berintegriti tinggi dan beretika dalam memberi maklumat yang betul
terhadap diri supaya semua maklumat diperolehi tepat dan pelbagai perkara dapat diurusakan
dengan baik.
Kesimpulannya, budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada
peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan integriti berkualiti
tinggi hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat
integriti yang menyeluruh dan positif. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada
komunikasi yang baik dan berkesan. Jika adab sahsiah dan akhlak tidak diamalkan dalam
komunikasi maka sesuatu maklumat yang diperolehi akan salah dan mengakibatkan sistem
sosial di negara akan terjejas. Perpaduan masyarakat bergantung kepada cara kita
berkomunikasi, jika ada tersilap haruslah diperbetulkan supaya tidak silap langkah. Teruskan
membudayakan etika yang baik dan berintegriti dalam setiap perkara secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai