Anda di halaman 1dari 6

Ciri ciri komunikasi berkesan Komunikasi yang berkesan ditentukan oleh tujuh ciri-ciri asas supaya halangan dapat

dihindarkan. Jelaskan lima daripada ciri-ciri yang menjadi asas tersebut. Komunikasi adalah proses untuk memberi maklumat atau menerima maklumat daipada dua belah pihak. Contohnya apabila seseorang bercakap dan berbual-bual, maklumat telah disampai daripada kedua-dua pihak. Tujuan komunikasi ini ialah menyampaikan sesuatu maklumat. Kontekstuel ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ini akan membentuk seusatu komunikasi dalam kehidupan seharian. Dalam komunikasi ini, terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan maklumat terhadap dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam komunikasi ialah sapaan ataupun salam. Apabila seseorang individu atau diri kita sendiri berjumpa dengan orang yang lain, kita perlulah membuat sapaan atau salam yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Dengan sapaan dan salam seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan membolehkan dua belah pihak dapat berkomunikasi. Dalam masa yang sama, proses memberi dan menerima maklumat juda telah berlaku dengan bermulanya salam sdan sapaan terhadapa seseorang. Bukan dengan sapaan dan salam sahaja yang menjadi asas kepada komunikasi. Sikap ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi. Jika diri kita tidak jujur dan ikhlas, maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana tiada siapa yang akan mempercayai seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk melepasi halangan ini, sifat jujur dan ikhlas sememangnya penting dalam diri setiap individu. Bagaimanakah komunikasi akan wujud jika jujur dan ikhlas tidak ada pada seseorang individu? Jadi, untuk mewujudkan sesuatu komunikasi diantara dua pihak, sifat jujur dan ikhlas perlu ada pada masyarakat masa kini supaya komunikasi dapat diwujudkan dan akan akan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat. Selain itu, komunikasi yang berkesan juga ditentukan oleh ciri berikutnya iaitu mendengar dengan aktif yang menjadi asas supaya halangan komunikasi dapat dihindarkan. Semasa kita menerima dan memberi maklumat kepada sesuatu pihak yang lain, kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengara dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan akan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat. Ciri kamonikasi yang menjadi asas ialah megemukakan soalan yan disukai oleh pihak yang lain. Dengan mengemukan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan keduadua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi seara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita. Senyuman dan mimik air muka juga boleh mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Misalnya dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Dengan senyuman dan menunjukkan mimik air muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu masalah yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, tentu pihak itu akan menegur dan menanya terhadap diri kita, maka terjadilah komunikasi dengan langsungnya. Komunikasi akan juga terjadi kerana senyuman menjadikan seseorang itu membuat sapaan tehadap diri kita. Dengan adanya ciri-ciri asas yang dinyatakan tadi, komunikasi akan menjadi berkesan lagi dan sebarang halangan dapat dihindarkan semasa berkomunikasi. Halangan dalam komunikasi dapat mengelakkan secara berkesan dalam organisasi. Huraikan bagaimana halangan tersebut berlaku. Komunikasi dalam organisasi mempunyai tiga tahap iaitu yang pertama pihak atasan ke pihak bawahan. Kedua pihak bawahan ke pihak atasan dan yang ketiga adalah mendatar. Pada peringkat atas ke bawah adalah bertujuan untuk memberi arahan tugas, proses kerja dan maklum balas kepad pihak bawahan. Namun terdapat beberapa halangan yang menghalang terjadinya komunikasi ini. Antaranya ialah perbezaan status yang akan menyebabkan maklum balas daripada pihak bawahan. Ini kerana status yang lebih tinggi dimiliki oleh pihak atas yang menyebabkan terhalangnya komunikasi dalam organisasi. Selain itu, faktor persekitaran dan sifat peribadi yan negatif terhadap sesuatu pihak juga kan menghalang komunikasi di antara pihak atasan dan bawahan. Dengan sifat yang dimiliki ini, wujudnya salah faham dan prasangka yang timbul daripada kedua-dua belah pihak. Pada peringkat kedua iaitu dari pihak bawahan ke pihak atasan. Tujuannya ialah membuat maklumat tugas dan memberi pandangan atau pendapat kepada pihak yang tinggi. Namum, tidak semudah itu kerana maklum balas diterima baik sahaja dan ketua tidak bersedia menerima subordinan dari pihak bawahan. Halangan yang terjadi dalam komunikasi ini adalah kerana perasaan takut dan fobia untuk

memaklumkan sesuatu perkara kepada pihak atasan. Selain itu, ketua tidak minat untuk mendengar masalah daripada pihak bawahan. Selain itu, segala pelaksanaan yang dilakukan tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak atas serta ketua yang sukar untuk ditemui oleh orang bawahannya menyebabkan halangan dalam komunikasi telah berlaku dalam sesebuah organisasi. Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama diantara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham diantara kedua belah pihak akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. ini kerana fikiran yang kondusif serta faktor persekitaran yang kurang baik yang juga menyumbang menghalang komunikasi ini. Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Ini kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, komunikasi dapat mengeratkan hubungan diantara dua belah pihak dengan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa berkomunikasi didalam kehidupan sehari-hari.

PPPRPET BM IPKS, diambil pada 31 Januari 2011, dari http://shukri.edublogs.org/ciri-cirikomunikasi-berkesan/

KOMUNIKASI BERKESAN Pengenalan Sejak kita mencelikkan mata pada awal pagi sehingga kita tidur, kita sentiasaberkomunikasi untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lainsama ada melalui tulisan, pertuturan ataupun melalui gerak badan dan air muka kita.Ramai antara kita menganggap bahawa kebolehan berkomunikasi ialah satu kebolehansemulajadi yang dianugerah oleh Tuhan kepada kita.Namun begitu, tidak ramaidaripada kita yang ingin cuba belajar cara berkomunikasi untuk meningkatkankeberkesanan berkomunikasi. Keberkesanan berkomunkasi merujuk kepada sumber atau penyampai maklumatyang dapat menyampaikan maklumat atau perutusan, idea atau pengetahuan itukepada penerima dengan baik, tepat dan maksudnya sama tanpa menimbulkankekeliruan atau salah faham.Keberkesanan berkomunikasi dalam bidang pendidikanmisalnya, boleh dinilai daripada keupayaan seseorang guru menyampaikan isipelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar dan nasihat kapada muriddengan baik dan tepat tanpa menimbulkan kekeliruan, kekaburan atau salah fahamdengan menggunakan bahasa yang betul, sesuai dan sempurna tatabahasanya. Ciri-ciri asas komunikasi berkesan i) Kandungan Kandungan sesuatu mesej itu hendaklah mempunyai makna kerana apabila duaorang berkomunikasi, iaitu bertukar-tukar maklumat, mereka akan terlibat dalaminteraksi yang

melahirkan makna.Makna itulah yang menghubungkan antara kedua-duanya.Semakin banyak maklumat dikongsikan, semakin banyaklah makna yangdibentuk dan semakin meningkatlah kefahaman antara satu sama lain.Kefahamanyang mendalam itu membolehkan mereka mengenali lebih dekat lagi antara satu sama lain. ii) Kejelasan

Setiap individu yang terlibat dalam komunikasi antara individu perlumenyampaikan maklumat, menerima maklumat dan menyimpan maklumat.Maklumatyang dihantar seharusnya tidak mengelirukan.Di sinilah terletaknya kepentinganmemilih kata-kata atau simbol-simbol yang digunakan ketika berkomunikasi.Kejelasanmaklumat adalah penting.Ini disebabkan dalam komunikasi antara individu, kia mestimendapatkan perhatian daripada pihak yang lagi satu untuk membolehkannyamengolah maklumat yang diterima.Untuk mendapatkan perhatian daripada seseorangindividu, maklumat yang disampaikan kepadanya mestilah jelas dan sesuai dengankeperluannya. iii) Konteks sosial Konteks sosial ialah salah satu faktor yang mempengaruhi komunikasi antaraindividu.Konteks sosial terbahagi kepada tiga, iaitu ciri sistem komunikasi, status yangseimbang dan keputusan secara muafakat. a)Ciri sistem komunikasi Ciri sistem komunikasi merupakan satu bahagian yang saling memerlukanantara satu dengan lain dalam satu interaksi.Ciri sistem yang terbaik untuk komunikasiantara individu ialah satu sistem yang terbuka, iaitu setiap individu yang terlibat dalamkomunikasi bersedia untuk menerima maklumat daripada persekitarannya.Maklumatitu mungkin sesuai atau bertentangan dengan pendapatnya dan akan menyusahkannya.Namun begitu, individu yang mahu mencapai kejayaan dalam komunikasinya perlumengambil kira maklumat tersebut.Ini disebabkan maklumat itu mungkin pentingkepadanya dalam usaha membuat sesuatu keputusan yang akan mempengaruhijalinan komunikasinya. Yang perlu ditekankan dengan konsep terbuka ini ialah individu-individu yangberkomunikasi perlulah digalakkan untuk melahirkan pendapat, menyatakan fikiranserta perasaannya dan bukan untuk menekankannya. b)Status yang seimbang Untuk mencapai kejayaan dalam komunikasi antara individu, status antaramereka yang terlibat dalam proses komunikasi haruslah seimbang.Tegasnya, individupada satu pihak janganlah menganggap dirinya mempunyai status yang lebih tinggidaripada individu lain.

Lazimnya, ciri status hierarki ditekankan dalam proses komunikasi.Contohnya,ketika seorang guru berbincang dengan muridnya, guru akan meletakkan statusnyalebnih tinggi daripada muridnya.Justeru itu, untuk mendapatkan sesuatu persetujuan, guru berkenaan akan menggunakan statusnya untuk mempengaruhi muridnya menerima pandangan dan cadangannya. Untuk memperoleh hubungan komunikasi yangbaik, setiap individu salingmemerlukan antara satu dengan lain, iaitu intergrasi antara dua pihak sama ada yangberstatus tinggi dan berstatus rendah, bukan memisahkan antara kedua-dua status itu.Pemisahan status ada ketikanya perlu hanya untuk tujuan melaksanakan sesuatu tugas.Oleh itu, dicadangkan supaya setiap individu yang terlibat dalam proses komunikasiharus mempunyai sifat prihatin.Prihatin ialah satu sifat memahami perasaan orang laindengan meletakkan diri kita sama seperti dalam keadaan orang itu.Melalui cara ini,kita akan dapat menyingkirkan perasaan perbezaan status kerana kita berupaya untukberkomunikasi dengan pihak lain berdasarkan tahap statusnya. c)Keputusan secara muafakat Permuafakatan penting dalam membuat sesuatu keputusan.Untuk memastikanproses muafkat berlaku dengan berkesan, beberapa perkara perlu diteliti terlebihdahulu oleh semua individu yang terlibat: 1.Perkara yang hendak dibincangkan mestilah dikatahui atau disedari oel ahli-ahli yang hendak membuat keputusan. 2.Ahli-ahlitersebut perlu mempunyai kepakaran dalm perkara-perkara yang hendak diputuskan. 3.Sekiranya terdapat konflik, hal ini mestilah diselesaikan dengan maklumat yang sah dan sahih yang boleh didapati oleh semua. 4.Perbezaan pendapat atua konflik janganlah diselesaikan dengan menekankan aspek arahan, status dan pangkat. 5.Perbezaan konflik mestilah diselesaikan oleh semua ahli yang t erlibat. iv) Kepercayaan Untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan berkesan, penyampai perlumendapat kepercayaan daripada pendengar.Untuk mewujudkan kepercayaan pula,penyampai mestilah mempengaruhi pendengar bahawa anda seorang yang beramanah,boleh dipercayai dan mengambil berat tentangnya.Tunjukkan kebolehan anda dalammenyampaikan sesuatu maklumat pada peringkat awal komunikasi lagi.Sampaikanmaklumat denagn tenang tetapi

serius dan bersungguh-sungguh.Keadaan ini akanmembantu kelancaran penyampaian maklumat dan menambahkan keyakinan penerimauntuk mempercayai maklumat itu. v) Kaedah penyampaian Komunikasi dilakukan melalui beberapa saluran yang dipilih.Pemilihan inihendaklah bersesuaian dengan tujuan penyampaian maklumat.Kejayaan penyebaransesuatu maklumat bergantung kepada ciri-ciri saluran itu sendiri.Pemilihan saluranbergantung pula kepada apa yang kita kehendaki berlaku kepada sesuatu maklumat.Jika kita hendakkan maklumat itu disebarkan secara meluas, media massa pastimenjadi pilihan utama.Ini disebabkan komunikasi antara individu tidak berupayamenyebarkan maklumat dengan pantas dan meluas.Sebaliknya, jika maklumat yangingin disampaikan itu bersifat khusus untuk kelompok individu tertentu, komunikasiantara individulah yang dianggap lebih sesuai kerana komunikasi ini mempunyai ciri-cirikomunikasi bersemuka. vi) Kesinambungan Komunikasi sering dikatakan sebagai satu proses yang berterusan.Keadaan inimemerlukan perulangan untuk menarik perhatian.Di samping itu, maklumat yangdisampaikan dalam bentuk susunan ayat juga mesti ada hubung kaitnya untukmelicinkan penerimaan olen pendengar.Malah kesinambungan maklumat-maklumatyang dikemukakan itu akan saling mengukuhkan fakta-fakta yang telah disebutkan. vii) Keupayaan pendengar Tahap keupayaan pihak pendengar akan menentukan keberkesanan komunikasi.Jika tinggi tahap pemahaman pendengar, maka bolehlah penyampai maklumatmenggunakan ayat yang sesuai dengan pendengar itu.Sebaliknya, jika rendahkemampuan pendengar, maka lebih sesuailah ayat-ayat yang mudah dan ringkasdigunakan serta boleh difahaminya. Seorang pendengar yang baik akan mendengar apa yang orang cuba sampaikan,bukannya mendengar apa yang hendak kita dengar.Tujuan mendengar sebenarnyaadalah untuk memahami maklumat seperti mana yang difahami oleh penghantarmaklumat.Ini memerlukan kebolehan untuk menyelami perasaan dan tanggapan diriorang yang menghantar maklumat. Di samping itu, pendengar perlu memerhatikan gerak-geri orang yang bercakapuntuk mendapatkan makna yang bekaitan dengan apa yang diperkatakan.Proses mendengar yang baik memerlukan penumpuan yang serius dan mengawal perasaan sendiri. Komunikasi Berkesan, Scribd, ditulis oleh gengkapak, diambil pada 31 Januari 2011, dari http://www.scribd.com/doc/38518197/KOMUNIKASI-BERKESAN

4. Ciri-ciri Kemahiran Berkomunikasi yang berkesan a) Bertutur dengan penggunaan variasi nada, suara yang lantang, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat serta mudah difahami, penghentian sejenak yang berpatutan dan bebas daripada sisipan perkataan seperti umm, ahh, er, ok, dan sebagainya b) Menggunakan perkataan-perkataan yang dapat difahami oleh pendengar dan tidak menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai mesej berbentuk arahan, amaran, tuduhan, ugutan, kritikan, ejekan dan lain-lain yang boleh menyinggung perasaan pendengar. c) Menulis dengan saiz tulisan yang mudah dibaca, ejaan yang tepat dan mudah difahami, tatabahasa yang betul, barisan ayat yang teratur, serta jarak di antara barisan ayat yang berpatutan. Komunikasi Berkesan Ke Arah Budaya Cemerlang, ditulis oleh Nor Zahidah, dikarang pada 28 Januari, 2009 dari http://kilauanpermataku.blogspot.com/2009/01/komunikasi-berkesanke-arah-budaya_28.html

Learning center. Energizer. Eveready Battery Company, Inc. Retrieved August 1, 2006, from http://www.energizer.com/learning/default.asp

Anda mungkin juga menyukai