Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KEJOHANAN TREK DAN PADANG KALI KE-21

Pada 4 dan 5 Mac 2014 yang lepas, Kejohan Trek dan Padang Kali Ke-21
peringkat IPG Kampus Tun Hussein Onn telah dianjurkan oleh guru pelatih PISMP
Semester 5 Ambilan Jan 2012 bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Kejohanan Trek dan Padang ini telah dikelolakan
sepenuhnya oleh guru pelatih Semester 5 dari permulaan sehingga ke saat akhir KTP
dengan bantuan daripada pensyarah-pensyarah bagi memenuhi keperluan penilaian
sukatan pelajaran olahraga (WAJ 3112). Tema bagi kejohanan kali ini ialah Aldi Wira
dan slogan Transformasi Juara.
Persiapan awal untuk Kejohanan Trek dan Padang telah dimulakan pada awal
Januari dengan pembentukan AJK Kerja Tertinggi, AJK Pertandingan, AJK Kecil dan
AJK Bawahan. Jawatankuasa Kerja Kejohanan Trek dan Padang kali ini telah
dipengerusikan oleh saudara Mohamad Azman bin Kamarudin dari opysen TESL 2.
Persediaan awal termasuklah mengadakan mesyuarat bersama dengan pihak HEP,
mendengar taklimat kepegawaian daripada En. Nahar dan En. Abdul Latif,
penempahan baju, pengiklanan, persiapan padang untuk pertandingan dan
sebagainya.
Kejohanan Trek dan Padang mencapai kemucaknya pada kedua-dua hari
kejohanan di mana semua rumah sukan telah bertanding dengan bersungguhsungguh untuk menjadi johan keseluruhan. Tentatif program pada hari pertama
kejohanan hanya melibatkan sesi pagi sahaja, iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga ja,
11.45 pagi. Namun begitu, semua guru pelatih telah diarahkan untuk berkumpul di
astaka pada jam pukul 8 pagi. Hal ini sedemikian adalah bertujuan untuk memberikan
masa kepada AJK Kehadiran bagi mengambil kehadiran. Dengan ini, maka
kelancaran pertandingan tidak akan terganggu dan segala pertandingan dapat
diselesaikan seperti masa yang telah dijadualkan.
Dalam Kejohanan Trek dan Padang kali ini, saya telah memainkan peranan
sebagai Penolong Ketua Pegawai Bilik Panggilan. Tugas utama bilik panggilan adalah
untuk menyediakan semua peserta sebelum sesuatu pertandingan itu bermula serta
memastikan peserta yang disenaraikan dan melaporkan diri adalah orang yang sama.
Jawatankuasa AJK Bilik Panggilan memainkan peranan yang sangat penting dalam
kejohanan KTP kerana kami akan memastikan semua acara bermula tepat pada
masanya seperti yang disenaraikan dalam tentatif aktiviti.

Acara yang telah berlangsung pada pagi hari pertama kejohanan adalah
seperti berikut:
MASA

NO. ACARA

ACARA

PERINGKAT

8.30 pagi

101

Lompat Tinggi

Wanita Akhir

102

Lompat Tinggi

Lelaki Akhir

103

Lempar Cakera

Wanita Akhir

104

Lontar Peluru

Lelaki Akhir

105

Lompat Jauh

Wanita Akhir

106

100 m

Lelaki Saringan 1

107

100 m

Lelaki Saringan 2

108

800 m

Wanita Akhir

109

800 m

Lelaki Akhir

110

Tarik Tali

Saringan 1

111

Tarik Tali

Saringan 2

112

Lompat Kijang

Lelaki Akhir

113

200 m

Wanita Saringan 1

114

200 m

Wanita Saringan 2

115

200 m

Lelaki Saringan 1

116

200 m

Lelaki Saringan 2

117

4 x 100 m

Lelaki Akhir

118

4 x 100 m

Wanita Akhir

9.00 pagi

9.45 pagi

10.15 pagi

11.45 pagi

Acara Lempar Cakera kategori lelaki telah berjaya memecahkan rekod


peringkat IPG di mana peserta yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga
telah berjaya memecahkan rekod yang dicatakan oleh saudara Marsal Wed Mars pada
tahun 2012. Namun, rekod terbaru masih dipegang oleh saudara Marsal Wed Mars
dengan catatan rekod 12.6m.
Acara Tarik Tali Saringan 1 telah berlangsung antara rumah Bayan dengan
rumah Kenyalang, manakala Saringan 2 pula dipertandingkan antara rumah Helang
dan rumah Merak. Akhirnya, rumah Kenyalang dan rumah Helang telah berjaya
memasuki pusingan untuk perlawanan akhir. Bagi acara 4 x 100m kategori lelaki,
pertandingan tersebut telah dimenangi oleh rumah Merak, manakala acara 4 x 100m

kategori wanita pula dimenangi oleh rumah Bayan. Semua acara telah berjalan
dengan lancar dan dapat dihabiskan pada masa yang ditentukan.
Pada pukul 2.00 petang, semua guru pelatih telah diarahkan untuk berkumpul
semula di astaka untuk aktiviti raptai bagi majlis perasmian pada keesokan hari. Aktiviti
raptai ini telah diketuai oleh En. Raof dengan bantuan AJK Protokol, saudari Siti
Fazliana binti Mohd Fakhrulrazi Acho. Tujuan raptai tersebut diadakan adalah untuk
memastikan pelaksanaan majlis perasmian pada keesokan hari dapat dijalankan
dengan lancar dan sistematik. Semua guru pelatih dan kontigen pembarisan telah
memberikan kerjasama yang tinggi dan menjayakan raptai tersebut.
Pada keesokan pagi, iaitu 5 Mac 2014, semua guru pelatih telah berkumpul
pada jam 7.30 untuk mengambil kehadiran, tetapi guru pelatih semester 5 pula
dikehendaki untuk menghadiri pada juam 7.20 bagi membuat persediaan awal.
Tentatif program yang akan berlangsung pada hari kedua kejohanan adalah seperti
berikut:
MASA

NO. ACARA

ACARA

PERINGKAT

8.00 pg

201

1500 m

Wanita akhir

202

1500 m

Lelaki akhir

203

Rejam Lembing

Wanita Akhir

204

Lempar Cakera

Lelaki Akhir

205

Lompat Jauh

Lelaki Akhir

8.15 pg

206

Olahraga Mini PraSekolah

9.00 pg

207

200 m

Wanita Akhir

208

200 m

Lelaki Akhir

209

400 m

Wanita Saringan 1

210

400 m

Wanita Saringan 2

211

400 m

Lelaki Saringan 1

212

400 m

Lelaki Saringan 2

9.15 pg

REHAT
2.00 ptg

Guru guru pelatih


mengambil tempat

2.30 ptg
3.00 ptg

Majlis Perasmian KTP


kali ke-21 IPG KTHO
213

Lompat Kijang

Wanita Akhir

214

Lontar Peluru

Wanita Akhir

215

Rejam Lembing

Lelaki Akhir

216

100 m

Wanita Akhir

217

100 m

Lelaki Akhir

218

400 m

Wanita Akhir

219

400 m

Lelaki Akhir

4.00 ptg

220

Tarik Tali

Akhir

4.30ptg

221

4 x 400 m

Wanita Akhir

222

4 x 400 m

Lelaki Akhir

3.30 ptg

5.30ptg

MAJLIS PENUTUP

Namun begitu, pertandingan tidak dapat dimulakan seperti yang telah


dirancangkan kerana ketidakhadiran pelepas dari luar, iaitu En. Subramaniam, guru
mata pelajaran Pendidikan Jasmani SMK Tinggi Batu Pahat. Kelewatan pelepas telah
menyebabkan pertandingan pada hari itu bermula pada jam 8.30 pagi dan semua
acara yang berikutnya terpaksa ditundakan. Walaubagaimanapun, semua acara
masih berjalan dengan lancar selepas kehadiran pelepas dengan kerjasama daripada
pelbagai pihak. Acara yang paling menarik perhatian pada sesi pagi itu ialah
Pertandingan Olahraga Mini Prasekolah. Pertandingan ini melibatkan 8 orang pelajar
prasekolah. Terdapat 3 acara yang dipertandingkan oleh pelajar prasekolah dan setiap
pelajar mendapat 1 hamper sebagai tanda penghargaan.
Pada jam 2 petang, semua murid telah berkumpul di astaka untuk majlis
perasmian. Majlis dimulakan dengan upacara lintas hormat yang diketuai oleh saudara
Ariff Daud, guru pelatih PISMP Semester 3. Kemudian, majlis diteruskan dengan ikrar
oleh olahragawan, pemeriksaan pembarisan serta persembahan nyanyian, senam
seni dan gimik perasmian. Majlis perasmian Kejohanan Trek dan Padang Kali Ke-21
ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azni bin Jaafar, selaku wakil rasmi Timbalan
Pengarah IPG Kampus Tun Hussien Onn.
Selepas majlis perasmian, kejohanan diteruskan dengan acara-acara yang
telah ditetapkan. Namun, berlakunya masalah teknikal pada perlawanan tarik tali

antara tempat ketiga dan keempat. Hal ini sedemikian kerana kesilapan AJK Teknik
Pertandingan. Oleh itu, AJK Bilik Panggilan terpaksa untuk mengumpulkan peserta
dari rumah Merak dan rumah Bayan pada saat yang terakhir, dan perlawanan
dijalankan seperti biasa. Akhirnya, pasukan rumah Kenyalang telah muncul sebagai
Johan dalam pertandingan tarik tali, rumah Helang mendapat tempat Kedua,
manakala tempat Ketiga pula disandang oleh rumah Bayan.
Majlis penutupan Kejohanan Trek dan Padang Kali Ke-21 telah dimulakan
pada jam 6.00 petang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh wartawan daripada syarikat
surat khabar Sinar Matahari. Rumah Merak telah berjaya mendapat tempat pertama
untuk Pertandingan Hiasan Khemah dan Maskot Terbaik. Bagi pertandingan kawad
kaki pula, pertandingan kawad kaki kategori dimenangi oleh rumah Kenyalang,
manakala kategori badan beruniform pula dimenangi oleh pasukan Kadet Remaja
Sekolah. Rumah Kenyalang telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan dengan
pungutan mata sebanyak 387 mata. Saudara Marsal Wed Mars telah dipilih sebagai
olahragawan dengan pungutan 2 pinggat emas dan berjaya memecahkan rekod acara
lontar peluru, manakala saudari Azmidah binti Jarius pula menjadi olahragawati
dengan pungutan dua pinggat emas.
Selepas majlis penutupan, semua guru pelatih telah bekerjasama untuk
membersihkan kawasan padang dibawa arahan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En
Rousliludin bin Ambia. Dengan kerjasama dan bantuan daripada semua guru pelatih,
maka kerja pembersihan dapat diselesaikan dalam masa 15 minit.

Disediakan oleh,

..
(LIM JIA HAO)
Guru pelatih,
PISMP SEM 5 BC2

Anda mungkin juga menyukai