Anda di halaman 1dari 1

Menurut Abdul Rahman Abdul Rasyid dan Yap Kim Fatt, kertas kerja merupakan hasil usaha tentang

sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan sebuah jabatan atau institusi tertentu. Kertas ialah bahan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara manakala kerja merupakan satu kegiatan yang bertujuan menghasilkan atau mengyediakan sesuatu. Sehubungan dengan itu, kertas kerja bermaksud hasil usaha mengenai

sesuatu yang ditulis atau dicatatkan di dalam kertas untuk dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam seminar atau bengkel. Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti, jawatankuasa yang bertanggungjawab perlu menyediakan kertas kerja atau perancangan. Perancangan tersebut termasuk perkara-perkara seperti bila, bagaimana, siapa dan sebagainya yang berkaitan dengan sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Perkara-perkara yang perlu dalam kertas

kerja ini ialah pengenalan, rasional, objektif, tarikh dan tempoh pelaksanaan, jangka masa yang diperlukan, kumpulan sasaran, perbelanjaan yang diperlukan, penubuhan jawatankuasa, jadual tugas dan pelaksanaannya, penutup dan lampiran. Satu kertas kerja yang baik hendaklah lengkap artinya, teliti, ringkas, rapi dan jelas. Kertas kerja lawatan sambil belajar disediakan supaya membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan rapi dan sempurna. Sebagai contoh, ahli jawatankuasa yang dilantik akan mengurus segala perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti yang dilaksanakan. Perbelanjaan dapat dianggar supaya tidak melebihi bajet. Melalui kertas kerja, peserta dapat mengetahui matlamat dan objektif aktiviti yang dilaksanakan. Dengan itu, mereka akan berusaha untuk mencapai dan merealisasikan matlamat tersebut. Kesimpulannya, kertas kerja hendaklah disediakan sebelum sesuatu program lawatan ilmiah sambil belajar dianjurkan. Kertas kerja yang baik dapat menjamin aktiviti yang dijalankan menjadi lebih menarik, mendatangkan manfaat dan menghasilkan kejayaan yang selaras dengan matlamat program tersebut.

Anda mungkin juga menyukai