Anda di halaman 1dari 1

Dalam keghairahan kita melihat kelebihan dan mengimpikan untuk

merasai keindahan serta keunikan yang dimiliki oleh negara asing, tanah air
kita sendiri telah menjadi bumi yang bertuah bagi orang asing sehingga
dilabel sebagai ‘Negara Nombor 1’ yang ingin didiami oleh orang asing. Saya
amat bersetuju dengan penyataan ‘Malaysia bumi bertuah orang asing’ ini.
Apakah yang menyebabkan orang asing memilih negara Malaysia sebagai
bumi yang bertuah bagi mereka sehingga saya sungguh bersetuju dengan
pernyataan diatas? Persoalan tersebut akan saya jelaskan dengan lebih
lanjut dengan faktor-fakor yang menjadi asbab saya bersetuju terhadap
pernyataan diatas.

Antara faktor utama Malaysia menjadi bumi bertuah bagi orang asing
adalah kerana Malaysia antara negara yang selamat untuk didiami kerana
terlindung dari bencana gempa bumi, letusan gunung berapi serta taufan
putting beliung. Dari sudut pandangan faktor yang lain, kepelbagaian
kemudahan fasiliti yang setanding dengan negara maju serta suasana yang
aman dan harmoni antara masyarakat setempat yang menyebabkan orang
asing tidak mengalami banyak masalah untuk datang di Malaysia. Selain itu,
tidak dinafikan faktor lain orang asing berasa lebih bertuah di Malaysia adalah
keramahan dan budi bahasa yang tinggi daripada masyarakat majmuk di
Malaysia. Kemudian, orang asing amat tertarik dengan kekayaan flora dan
fauna di serata negara Malaysia yang mereka sukar untuk jumpai dan nikmati
di mana-mana negara yang lain juga . Di samping itu juga, keadaan iklim di
Malaysia memberikan suasana yang disukai oleh orang asing kerana mereka
tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi pakaian berbeza musim
terutamanya musim sejuk. Apabila di Malaysia, mereka dapat memakai reka
bentuk pakaian yang sama sepanjang tahun.

Tuntasnya, negara Malaysia kita sememangnya bumi yang bertuah buat


orang asing kerana memiliki banyak kelebihan yang dapat mereka nikmati.
Maka kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya lebih bersyukur dan berasa
bertuah kerana keindahan yang negara kita miliki cukup besar dan wajar
diperluaskan lagi imej negara ke serata dunia.

Anda mungkin juga menyukai