Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN WARNA:

KUNING = Kaedah pemerengganan

MERAH = kesalahan kata

BIRU = Kesalahan ejaan

HIJAU = Kesalahan imbuhan

BERGARIS = kesalahan struktur

Pertama sekali, negara Malaysia merupakan negara yang selamat untuk didiami
dibandingkan dengan negara lain. Peperangan berbentuk senjata api yang tidak pernah
berlaku di negara Malaysia membuatkan orang asing yang datang ke Malaysia berasa
selamat untuk mengunjungi negara kita. Bukan itu sahaja, perbalahan antara kaum juga
tidak berlaku walaupun berbeza budaya dan agama. Hal ini kerana, semua masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai bangsa ini mempunyai sifat saling hormat menghormati
(saling menghormati/ hormat-menghormati) antara satu sama lain. Tambahan pula, sistem
politik yang diguna oleh negara kita ialah sistem demokrasi iaitu keputusan rakyat
diutamakan. Kesannya, pergaduhan dan juga huru-hara di negara kita tidak selalu berlaku
yang merupakan salah satu daya tarikan orang asing ke negara kita.
Seterusnya, terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada orang
asing yang menetap di Malaysia. Sepertimana (seperti) yang kita biasa lihat, kebanyakan
orang asing yang datang ke Malaysia ini selalunya bekerja di kilang seperti kilang kasut,
kilang plastik dan sebagainya. Bukan itu sahaja, orang asing ini juga berpeluang membuka
perniagaan mereka sendiri di negara kita. Contohnya, membuka kedai karpet, menjual
pakaian dan sebagainya. Secara tidak langsung, orang asing yang berhijrah ke negara kita
ini seperti ikan dalam tebat. Oleh itu, peluang pekerjaan yang banyak kepada orang asing ini
dapat memberi manfaat kepada negara kita iaitu dapat meningkatkan ekonomi negara.
Di samping itu, kepelbagaian budaya yang terdapat di negara kita adalah salah satu
daya tarikan orang asing. Kewujudan bangsa yang berbilang kaum seperti india, china,
melayu, orang asli dan lain-lain dapat memberi peluang kepada orang asing yang
berkunjung ke Malaysia mengenali budaya setiap kaum bak kata pepatah tak kenal, maka
tak cinta seperti sambutan hari raya aidilfitri oleh agama islam, tahun baru china yang
diraikan oleh kaum China dan Deepavali yang diraikan oleh kaum india. Selain itu, mereka
juga berpeluang merasai pelbagai juadah yang bervariasi dari setiap kaum yang terdapat di
negara kita. Tambahan pula, permainan tradisional juga dapat diperkenalkan kepada
mereka yang berkunjung ke Malaysia. Antara permainan tradisional ialah (adalah) congkak,
batu seremban, wau dan banyak lagi. Kesannya, orang asing dapat mengenali perkara-
perkara yang menarik yang terdapat di negara Malaysia yang merupkan tradisi dan budaya
bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain itu,kos sara hidup yang rendah ini mendorong kepada tarikan orang asing
untuk ke negara kita. Kos sara hidup ini termasuklah jumlah pendapatan yang diperoleh dan
perbelanjaan seharian. Kebanyakan negara lain mempunyai kos sara hidup yang tinggi
kerana pembangunan ekonomi yang pesat dan juga negara yang sering kali menghadapi
peperangan. Oleh itu, masyarakat di negara Malaysia perlu bersyukur kerana harga
barangan keperluan mampu dimiliki oleh mereka dan tidak perlu mengikat perut bak kata
pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi, orang asing yang
berkunjung ke negara kita juga tidak perlu khawatir dengan kos sara hidup yang perlu
mereka tanggung. (Kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh mereka)

Akhir sekali, negara Malaysia mempunyai banyak kemudahan perubatan seperti


hospital, klinik, dan farmasi. Dengan adanya kemudahan ini, orang asing yang berkunjung
ke Malaysia dapat memperoleh rawatan yang diperlukan. Sekiranya mereka mempunyai
masalah kesihatan, mereka boleh pergi ke hospital dengan mudah kerana terdapat banyak
hospital di negara kita yang ditubuhkan untuk kemudahan masyarakat tempatan mahupun
orang asing. Oleh itu, kemudahan kesihatan yang disediakan di negara kita secara tidak
langsung menjadi salah satu faktor Malaysia merupakan destinasi pelancongan oleh orang
asing.

- Tidak cukup 7 perenggan


- Tiada perenggan penutup

Anda mungkin juga menyukai