Anda di halaman 1dari 1

SAYA REMAJA MALAYSIA.

Saya amat bangga menjadi remaja Malaysia kerana Malaysia merupakan Negara
yang harmoni.Selain itu,saya juga berasa amat bertuah dan bersyukur tinggal di
Malaysia ini kerana Malaysia merupakan Negara yang aman dan makmur.Malaysia
merupakan Negara yang berbilang kaum.Terdapat pelbagai jenis agama dan bangsa
yang ada di Malaysia.Sebagai contoh,bangsa Melayu,Cina dan India.Walaupun
terdapat pelbagai agama dan bangsa Negara ini tetap bersatu padu dalam
mempertahankan Negara ini bagai aur dengan tebing dan tiada pergaduhan antara
kaum kerana setiap rakyat mengamalkan kerjasama dan permuafakatan Bulat Air
kerana Pembentung,Bulat Manusia kerana Muafakat.Malaysia juga mempunyai
pembangunan yang strategik.Malaysia juga pernah tersenarai dalam bangunan paling
tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur ialah sepasang menara
berkembar yang prnah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum ini.Kini Menara
Berkembar Petronas merupakan bangunan yang ke-11 tertinggi di dunia.Saya berasa
amat bangga menjadi rakyat Malaysia.

Selain itu,saya ingin menjadi remaja yang berjaya dalam pelajaran.Saya ingin
mengharumkan nama Negara.Oleh itu,saya perlulah sentiasa fokus di dalam kelas
,memberi perhatian ketika guru sedang mengajar.Sebagai pelajar,mereka juga
berpeluang untuk pergi ke seminar,menghadiri ke khusus atau ke kelas tambahan.Hal
ini dapat memudahkan lagi untuk pelajar memahami apa yang mereka tidak fahami
ketika di dalam kelas.Sebagai pelajar ,saya juga ingin berjaya dalam peperiksaan
terumanya peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia atau nama ringkasnya SPM.Selain
daripada ingin mengharumkan nama Negara ,saya juga ingin membanggakan kedua-
dua ibu bapa saya.Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara dengan membawa nama Malaysia dan bangga menjadi anak
jati Malaysia.Jika sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara janganlah kita
melupai asal usul diri kita Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sendiri lebih
baik di negeri sendiri dan mestilah kita menjaga adab ketika berada di Negara orang
dan menjaga nama baik Negara kita.

Anda mungkin juga menyukai