Anda di halaman 1dari 2

Malaysia, bumiku yang bertuah.

Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang
berkarisma, Dif-dif kehormat, seterusnya hadirin yang budiman. Salam satu Malaysia dan salam
perpaduan .

Kata pepatah.hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri. Namun, pernahkah
anda terfikir betapa bertuahnya anda tinggal di Malaysia?

Justeru itu pada pagi yang mulia ini ,saya ingin mengajak hadirin untuk sama-sama
menghalusi tajuk syarahan saya iaitu “Malaysia ,bumiku yang bertuah “

Merujuk kamus dewan bumi bermaksud planet,dunia dan tempat tinggal.manakala bertuah
bermaksud bahagia , beruntung dan bernasib baik .

Hadirin yang dihormati,

Sudah 54 tahun bumi bertuah ini mencapai kemerdekaan.Dalam tempoh itulah,


perpaduan menjadi tunjang kepada kemajuan negara. Justeru itu, Pemimpin utama Negara,Yang
Amat Berhormat Datuk Seri Najib B Tun Abdul Razak telah mencetus gagasan “ 1 Malaysia” iaitu
rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” sebagai tonggak utama untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu .

Hadirin yang budiman,

Bertuah sungguh kerana kita dilahirkan di Malaysia, bumi yang aman damai. Kita tidak hidup
dalam ketakutan dan kesengsaraan. Masih segar dalam ingatan pada 1 Mac yang lalu,
gempabumi kuat telah mencetus ombak tsunami dan membadai pantai Honshu, meranapkan
insfrastruktur hebat dan canggih di “Negara Matahari Terbit” itu. Kita amat bersimpati.

Hadirin yang dikasihi,

Memang benar bak kata pujangga dan bijak pandai ,bumi ini sudah terlalu tua dan
menunggu masa kehancuran. Atau mungkinkah ini hukum dan balasan alam diatas kerosakan
dan kemusnahkan yang manusia telah lakukan selama ini.Tangan-tangan jahat dan rakus telah
memusnah, menganyang dan merobek bumi ini hingga menjadi kotor,tandus dan kontang.
Aduhai, malang sungguh nasibmu wahai bumi!

Namun , bumi Malaysia nan bertuah ini masih terhindar dari segala macam musibah
ini.Inilah rahmat dan anugerah Tuhan yang paling berharga .Oleh itu haruskah kita musnahkan
anugerah Tuhan ini dengan menimbulkan hal yang remeh –temeh, isu-isu sensitif ,
mementingkan diri dan kaum sendiri? Sanggupkah kita lihat negara yang tercinta ini menjadi huru-
hara dan kacau bilau?

Hadirin yang dihormati,

Ayuhlah, kita pelihara dan jaga bumi Malaysia nan bertuah ini! Marilah kita satukan hati-hati
kita agar menjadi satu bangsa yang cintakan perpaduan dan keamanan. Semai dan tanamkan
benih kemesraan,nescaya akan tumbuhlah pohon perpaduan”.
Maka sama-samalah kita suburkan pohon ini dengan semangat “Keluarga Malaysia.”

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai