Anda di halaman 1dari 2

Malaysia , tanahairku tercinta

Senyuman manis buat Pengacara majlis ,kombinasi kehakiman yang berintegriti dan pastinya
menegakkan keadilan, Dif-dif kehormat guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati .

Adakah kamu sayang Malaysia?

Adakah kamu cinta Malaysia?

Kata orang ,tak kenal maka tak cinta.Oleh itu,untuk santapan ilmiah kita bersama saya titipkan sebuah
syarahan bertajuk Malaysia,tanahairku tercinta.Menurut kamus dewan,cinta bermaksud perasaan
saying dan kasih kepada individu atau Negara.

Warga dewan yang dihormati,

Bagaimana untuk kita menzahirkan rasa kecintaan kepada Negara?Pertama,kita harus menjunjung
tinggi dan menghayati prinsip Rukun Negara iaitu:-

Kepercayaan kepada tuhan ,

Kesetiaan kepada Raja dan Negara ,

Keluhuran pelembagaan,

Kedaulatan undang-undang,

Kesopanan dan kesusilaan

Wah,begitu gah rukun Negara digarap dan diolah. Namum, adakah ianya dihayati dan difahami oleh
generasi muda hari ini ? Justeru, Pemimpin utama Negara , Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib B
Tun Hj Abdul Razak telah mencetus gagasan ‘1 Malaysia’ sebagai tonggak utama untuk melahirkan
warga negara yang berkualiti , setia dan cinta kepada negara.

Sidang hadirin yang dikasihi,

Kedua , Sejara merupakan guru yang terhebat . ‘patah sayap bertongkat paruh ,namum perjuangan
tetap ampuh’ . Begitulah ,kekentalan semangat perjuangan generasi dahulu.Nama-nama gah yang
terpahat kukuh di tugu peringatan dan buku sejarah,bukan sekadar untukk tatapan tetapi untuk dihayati
erti sebenar semangat cintakan negara.

Mereka sanggup mati daripada melihat tanah air dirampas,maruah bangsa dan agama
dipersendakan.Tangan-tangan penjajah yang jahat dan rakus inilal telah mengorek,merobek dan
mengaut kekayaan hasil bumi hingga menjadi gondol ,tandus dan kontang.Inilah,inilah wajah sebenar
penjajah.

Sangguplah kita lihat segala pengorbanan mereka menjadi sia-sia?Saya ulangi,sanggupkah?


Hadirin yang dihormati,

Ketiga, Anak- anak umpama tiang seri dan asset terpenting Negara. Akhlak mereka perlu diasuh ,
bakat perlu digilap, minda perlu disemai dan ditanamkan dengan kisah-kisah sejarah. Dengan itu , pasti
akan tumbuh dan suburlah semangat cintakan negara.

Sebelum mengundur diri,saya ingin menyeru generasi muda.Wahai,anak-anak muda,bangunlah!


Hei,anak-anak muda,bangkitlah!

Marilah,kita satukan hati-hati kita agar menjadi satu bangsa yang cintakan Negara.

‘Malaysia,tanahairku tercinta’

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai