Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Masyarakat Bermoral Cinta akan Negara.

“Jika kita satukan kekuatan kita,satukan peranan dan hala tuju kita,maka ia akan menjadi

satu kekuatan dalam proses membina sebuah negara maju yang kita cintai”, Kata-kata yang

amat bermakna daripada pemimpin nombor satu negara ,Yang Amat Berhormat Datuk Seri

Najib B Tun Hj Abdul Razak yang merupakan nadi pembentuk slogan “ 1 Malaysia” ke arah

tranformasi ekonomi dan sosial masyarakat.

Manis, manis ,manis bukannya gula, manis ku pandang budi bahasa. Senyuman manis buat

Pengacara majlis, kombinasi kehakiman yang berintegriti ,Dif-dif kehormat , kelompok

pendidik bestari serta rakan-rakan yang dihormati. Apa khabar penutur bahasa melayu

tercinta? ”Masyarakat bermoral cinta akan Negara” .Begitulah peri pentingnya modul bicara

kita pada hari ini.

Warga dewan yang di hormati,

Bagaimana untuk kita menzahirkan rasa kecintaan yang tinggi kepada negara? Ahli Falsafah

Greek kuno menyatakan, ”pengamalan nilai moral yang dilengkapi pembudayaan ilmu

pengetahuan serta kehidupan yang diwarnai dengan sikap peri kemanusian merupakan satu

pakej yang tidak dapat dipisah- pisahkan. Kesemua itu perlu sama dipacu bagi membina

sebuah masyarakat yang hebat dan jitu” . Lihat sahaja betapa agung dan hebatnya kota

Cordova dan Andalus suatu ketika dahulu . Masyarakatnya amat mencintai dan menghayati

bait-bait ilmu sehingga telah diangkat dan dinobat sebagai pusat pengembangan ilmu

sejagat yang amat disegani dan dihormati kerana ilmu dan moral yang dimiliki.
Hadirin yang dihormati.

Soalnya, adakah masyarakat kita sehebat itu? Adakah kita layak dipanggil manusia

bertamadun dan hebat sekiranya dhaif dan kontang dari segi pengamalan moral . Kita sudah

penat , letih memikirkan isu moral. Bermoralkah kita jika bayi dan anak kecil sanggup

dibuang dan dibunuh. Bertamadunkah kita jika seorang anak sanggup membunuh ayah serta

ibunya? Kejam dan zalim. Inilah kebejatan moral dan malapetaka besar yang kian hari kian

menular dalam masyarakat kita. Ingat, runtuh masyarakat, runtuhlah negara? Haruskah kita

biarkan? Anda jawab.

Sidang hadirin yang dikasihi,

Kedua, Kita imbau kembali lipatan sejarah. Kata bijak pandai , sejarah merupakan guru yang

terhebat , patah sayap bertongkat paruh, namun perjuangan tetap ampuh. Nama– nama gah

yang terpahat kukuh di tugu peringatan dan buku sejarah bukan sekadar untuk tatapan

tetapi untuk dihayati erti sebenar semangat cinta akan Negara. Mereka rela hancur

dimamah senjata daripada membiarkan maruah bangsa dan agama diinjak dan dipersendakan.

Sanggupkah kita lihat segala pergorbanan mereka menjadi sia-sia? Saya ulangi. Sanggupkah ?

Sidang hadirin yang dikasihi.

Ketiga, anak-anak adalah permata dan aset terpenting negara pada masa depan. Akhlak

mereka perlu diasuh, bakat perlu digilap ,minda perlu disogok ,disuap dengan nilai moral

yang luhur dan terpuji.. Semai dan tanamkan di jiwa mereka dengan kisah-kisah sejarah.

Dengan itu, pasti akan tumbuh dan suburlah rasa kecintaan pada negara.

Ayuhlah ,kita timbus nilai kebejatan,kita cungkil nilai kemuliaan. Marilah kita bersihkan

hati-hati kita agar menjadi satu bangsa bermaruah yang mempunyai ketinggian moral dan

cinta akan negara.

Sekian terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai