Anda di halaman 1dari 2

Faedah Berjimat-Cermat

Berjimat cermat merupakan amalan yang mulia.Kita haruslah memupuk amalan berjimat
cermat ini sejak kecil lagi.Ibu bapa haruslah memainkan peranan untuk mendidik anak-anak
supaya mengamalkan amalan berjimat cermat.
Amalan berjimat cermat banyak memberi faedah kepada kita.Antaranya ini dapat
melatih seseorang agar tidak boros.Setiap ringgit yang diperolehi akan dibelanjakan dengan
berhati-hati manakala yang selebihnya disimpan kedalam tabung.Lama-kelamaan simpanan kita
akan bertambah dan menjadi lebih banyak. Bak kata pepetah”sedikit-sedikitit lama-lama menjadi
bukit”.
Selain itu, kita dapat menggunakan hasil simpanan kita pada waktu susah iaitu semasa
kecmasan.Setiap daripada kita mempunyai nasib dan takdir yang berbeza.Seandainya sesuatu
perkara buruk berlaku kepeda kita seperti kemalangan atau kebakaran dan sebagaimya,kita dapat
menggunakan wang simpanan kita pada waktu tersebut.
Di samping itu,kita dapat membantu orang yang lebih memerlukan dengan
mengunakan wang simpanan hasil amalan berjimat cermat.Apabila seseorang memerlukan wang
seperti saudara kita yang menghadapi penyakit kronik dapatlah kita menghulur sedikit bantuan
dengan mendermakan wang untuk meringankan bebannya.
Amalan berjimat-cermat juga dapat membantu kita untuk meringankan beban keluarga.
Hal ini kerana kita dapat menggunakan hasil simpanan kita untuk menjamin masa hadapan yang
lebih cerah.Sekiranya kita dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading,kita tidak perlu lagi
menyusahkan ibu bapaa kerana kita sudah mempunyai wang simpanan sendiri.
Konklusinya, sebagai seorang ibu atau bapa, kita seharusnya mendidik anak-anak kita
supaya berjimat sejak kecil lagi kerana bak kata pepatah”melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Selain itu, kita mesti sentiasa mengingatkan diri kita bahawa berjimat akan
memberikan kita pulangan yang maksimum sama ada dari segi wang, masa atau tenaga
No. 28 Taman Juta,
89907 Tenom,
Sabah.

10 Mei 2016.

Menemui sahabatku, Keely yang berada di Kota Kinabalu. Semoga saudara sekeluarga
sihat sejahtera hendaknya.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah ingin menceritakan tentang kempen menderma
darah di daerah saya yang telah berlangsung pada minggu lalu. Untuk pengetahuan saudara,
inilah pengalaman kali pertama saya mengikuti ayah saya menyertai kempen menderma darah
ini.

Menderma darah memang banyak persoalan yang akan timbul dalam fikiran.
Apatah lagi berhadapan dengan jarum yang tidak kurang besar saiznya. Jika anda
seorang yang sangat sensitif dengan jarum ,lupakan saja niat untuk menderma darah
kerana jarum yang digunakan memanglah teramat besar saiznya. Tapi bagi saya,
semua itu adalah perkara biasa, mungkin disebabkan teria-ia menderma darah buat kali
pertamanya.  

Sebelum saya bergelar Penderma Darah, saya pernah juga melihat beberapa
rakan saya yang menyertai program menderma darah yang diadakan setiap 6 bulan di
sekolah. Sudah berkali-kali juga mereka mengajak saya untuk menyertai program itu,
tapi memikirkan berat badan saya yang tidak pernah pun mencecah 45kg ke atas dan
juga tekanan darah yang sentiasa rendah, saya rasa kelayakan saya untuk menderma
darah memang tidak diluluskan.

Satu jam sebelum menduduki ujian kelulusan untuk menderma darah, saya
makan sepuas-puasnya dengan harapan berat badan saya mencecah 45kg, dan juga
melakukan sedikit senaman agar tekanan darah saya meningkat ke tahap yang
dikehendaki.  
Akhirnya kelayakan saya diluluskam. Saya telah disuntik untuk diambil darah oleh
seorang petugas. Semuanya berlaku dengan pantas, hanya mengambil masa 15minit
untuk proses pendermaan darah. Di situ disediakan juga makanan dan minuman untuk
disantap selepas pendermaan darah. Sebaik-baiknya, berehat selama 30minit selepas
pendermaan darah untuk memastikan sistem peredaran darah dalam badan stabil
untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Anda mungkin juga menyukai