Anda di halaman 1dari 2

Manis-manis bukannya gula,

Manis kupandang budi Bahasa.

Senyuman manis buat Yang Dihormati Pengerusi Majlis, kombinasi


kehakiman yang intelektual, para pendidik cendekiawan berintegriti serta
rakan-rakan pentas bicara sekalian yang dihormati.

Masyarakat bermoral cintakan negara, susunan frasa


membentuk tajuk bicara saya. Begitu peri pentingnya modul kata-kata
pada pagi yang mulia ini. Mengikut pendefinisian, bait tajuk yang saya
lontarkan bermaksud kumpulan manusia dalam sesuatu tempat yang
mereka menetap menerapkan akhlak dan perasaan saying dan kasih
kepada negara Malaysia yang disayangi.

Warga dewan yang budiman,

Bagaimanakah untuk menzahirkan rasa kecintaan kepada negara ini ke


peringkat yang tinggi? Ahli falsafah kuno Greek pernah menyatakan,
“pengamalan nilai moral yang dilengkapi pembudayaan ilmu
pengetahuan serta kehidupan yang diwarnai corak peri kemanusiaan
merupakan satu pakej yang tidak dapat dipisah-pisahkan. Kesemua itu
perlu dipacu sama bagi membina sebuah masyarakat yang hebat dan
jitu.”

Lihat sahaja betapa hebat dan takjubnya kota Cordova dan Andalus
suatu masa dahulu. Masyarakatnya amat menghayati dan mencintai bait-
bait ilmu sehingga telah diangkat dan dinobat sebagai pusat
pengembangan ilmu sejagat yang amat disegani kerana ketinggian ilmu
serta moral yang dimiliki.

Hadirin yang sentiasa terkesan di hati,

Persoalan penting kini, adakah masyarakat Malaysia sehebat


zaman itu? Adalah kita dapat digelar manusia bertamadun dan hebat
sekiranya dhaif dan kering dari pengamalan moral? Mari kita
justifikasikan.

Indikator pertama, saban masa kini kita mendengar isu keruntuhan


moral. Di kaca televisyen mahupun Internet, banyak isu moral
terutamanya banyi yang tiada upaya sanggup dibuang dan dibunuh.
Bertamadunkah kita apabila seorang anak yang dibesarkan oleh kedua-
dua orang tuanya tergamak membunuh ayah serta ibunya? Kejam dan
zalim merupakan frasa paling tepat untuk mereka. Inilah keruntuhan
moral serta malapetaka yang kian hari kian menular dalam masyarakat
bagai virus mahupun barah yang berterusan mengembang tiada
noktahnya. Benam dalam ingatan, runtuhnya masyarakat, runtuhlah
negara. Harus kita biarkan? Tanamkan jawapan dalam diri para
pendengar sekalian.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Indikator kedua boleh kita imbas kembali lipatan sejarah. Kata


cendekiawan bijak pandai, sejarah merupakan guru terhebat. Patah
sayap bertongkat paruh, namun perjuangan tetap ampuh dalam
genggaman dan ingatan. Nama-nama insan hebat lagi gah terpahat di
tugu peringatan dan tinta buku sejarah bukan sekadar untuk tatapan
tetapi perlu dihayati dalam erti sebenar semangat cinta akan negara.

Mereka ini perajurit dan tokoh yang rela dimamah senjata daripada
membiarkan maruah bangsa dan agama diinjak dan dipersendakan.
Adakah tergamak kita membiarkan pergorbanan mereka ini disia-siakan?
Saya benamkan persoalan ini untuk saya konklusikan nanti.

Sidang hadirin yang dikasihi,

Indikator ketiga, anak-anak merupakan aset dan permata yang


amat bernilai bagi negara pada masa mendatang. Akhlak mereka perlu
diasuh dan disemai, bakat mereka perlu digilap, minda mereka perlu
dijamu serta disuapkan dengan nilai moral yang luhur lagi terpuji. Dengan
itu, pasti dan pasti akan tumbuhlah pucuk subur lagi hebat rasa
kecintaaan pada negara Malaysia.

Ayuhlah, mari kita bangkit dengan membenamkan keruntuhan


moral ini dengan mencungkil nilai kemuliaan. Marilah sama-sama
bersihkan hati-hati menjadi satu bangsa bermaruah dan mempunyai
ketinggian moral dan cinta akan negara iaitu Bumi Bertuah, Malaysia.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai