Anda di halaman 1dari 6

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 39: Nilai-nilai Murni

SKOP
Usaha Memupuk Nilai-nilai Murni
     (a)Di peringkat sekolah, usahanya kian teratur dan terancang – sistem pendidikan negara kini
mengutamakan nilai-nilai murni dengan mengubah kurikulum dalam KBSR dan KBSM
     (b) 16 nilai murni diperkenalkan di sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran di alam
persekolahan – nilai-nilai murni tersebut ialah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-
menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental,
kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat
bermasyarakat
     (c) Di peringkat umum, kerajaan menganggap serius terhadap pemupukan nilai-nilai murni –
melancarkan kempen “Masyarakat Penyayang” untuk membangkitkan kesedaran masyarakat
     (d) Agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta, termasuk pihak media, turut berperanan –
menganjurkan kegiatan seperti bergotong royong membersihkan kawasan kediaman,
menganjurkan majlis keramaian seperti Hari Keluarga, dan sebagainya untuk memupuk dan
menyemai nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat

Pentingnya Mempunyai Nilai-nilai Murni


     (a) Individu dan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni akan mempunyai budi
pekerti yang mulia dan akan dihormati
     (b) Penghayatan terhadap nilai-nilai murni memungkinkan individu membuat pertimbangan
sendiri secara rasional – senantiasa melakukan sesuatu berlandaskan prinsip-prinsip moral
dan peraturan
     (c) Pelbagai gejala sosial yang negatif dan menyesatkan dapat dihindarkan atau dikurangkan –
kehidupan masyarakat menjadi lebih tenteram dan sentosa
     (d) Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberikan sumbangan yang
lebih bermakna dalam usaha-usaha pembangunan – negara dapat mencapai kemajuan dan
kemakmuran dengan cepat
     (e) Imej negara di mata dunia meningkat – negara akan dipandang tinggi dan dihormati oleh
negara-negara lain

Nilai Murni di Kalangan Masyarakat Hari Ini


     (a) Penghayatan terhadap nilai-nilai murni belum mencapai tahap yang dihendaki – meliputi
pelbagai golongan dalam masyarakat
     (b) Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak – berlakunya gejala keruntuhan
akhlak seperti penyalahgunaan dadah, kegiatan maksiat dan jenayah, melepak, dan
sebagainya
     (c) Ada pula ibu bapa dan anggota-anggota keluarga yang bertindak kejam terhadap anak-
anak serta sanak-saudara – berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak, perogolan, dan
sebagainya
     (d) Muda-mudi lemah pegangan agamanya – keruntuhan moral berlaku di kalangan mereka –
mudah terpengaruh oleh gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah, pergaulan bebas tanpa
batas, dan sebagainya
     (e) Pemimpin-pemimpin masyarakat menyalahgunakan kuasa, melakukan pecah amanah dan
rasuah, terlibat dalam skandal yang memalukan, dan sebagainya – menggambarkan betapa
lemahnya pegangan mereka terhadap nilai-nilai murni
     (f) Kesedaran tentang pentingnya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan
anggota-anggota masyarakat memang wajar ditingkatkan
Kepentingan Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Dalam Kehidupan

Masyarakat kita pada masa ini seolah-olah tidak lagi menpedulikan kepentingan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan yang seharusnya ada dalam diri kita masing-
masing. Penerapan nilai murni dapat mempengaruhi diri setiap orang itu menjadi seorang
yang berbudi bahasa. Persoalannya, apakah kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam
kehidupan kita?

Antara kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan termasuklah


mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana
setiap rakyat di Malaysia saling menghormati, menyayangi sesama anggota masyarakat dan
bertoleransi dalam kehidupan. Kita haruslah menghormati adat, kepercayaan dan pegangan
kaum lain tanpa ada buruk sangka. Tamsilnya, setiap masyarakat di Malaysia bebas
mengamalkan agama dan anutan masing-masing seperti Islam, Hindu, Buddha dan Kristian
tanpa sebarang perselisihan faham. Oleh itu, nilai murni hormat menghormati yang menjadi
budaya dan darah daging dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.
Selain itu, kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah dapat
merancakkan perkembangan ekonomi negara. Hal ini terjadi kerana setiap rakyat tekun dan
bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan keluarga dengan mencari
rezeki yang mencabar pada masa ini. Seleruh lapisan masyarakat majmuk di Malaysia terlibat
dalam pertumbuhan ekonomi negara seperti dalam bidang perindustrian, pentadbiran kerajaan
dan perniagaan. Sebagai contoh, ketekunan rakyat Malaysia memberi kesan positif apabila
ekonomi Malaysia berkembang dari semasa ke semasa. Tegasnya, nilai ketekunan dalam
kalangan masyarakat dapat mengembangkan ekonomi Malaysia.

Selain menrancakkan perkembangan ekonomi negara, nilai murni dalam kehidupan


dapat mengekalkan kestabilan politik dalam negara. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap
rakyat di Malaysia hormat pada prinsip bermoral dan beretika. Kita perlu berbudi bahasa
apabila berbual-bual, saling mengambil berat sesama jiran tetangga, patuh pada undang-
undang negara, mentaati dan menghormati ibu bapa. Buktinya, setiap rakyat Malaysia
menjalani kehidupan seharian dan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara yang
diamalkan sejak bangku sekolah. Oleh itu, nilai-nilai murni yang diamalkan oleh setiap
lapisan masyarakat dapat mengekalkan kestabilan ekonomi dalam negara.

Sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa nilai-nilai murni dalam kalangan
masyarakat amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup sejagat. Masyarakat yang cinta
akan negara akan menyemai rasa cinta akan negara sekali gus demi keamanan yang dikecapi.

Puisi Tradisional: Gurindam Beberapa Petua Hidup

Maksud Gurindam

Fikir dan Kata


Rangkap 1: Setiap individu mestilah berfikir dan menyiasat sesuatu perkara yang
berlaku agar mereka tidak menghadapi masalah dalam tindakan mereka.

Rangkap 2: Setiap individu perlu berfikir secara rasional sebelum bercakap tentang
sesuatu perkara supaya tidak menimbulkan salah faham terhadap orang
lain.
Rangkap 3: Seseorang yang mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati orang
lain adalah seperti racun yang berbisa.

Rangkap 4: Setiap individu yang tidak menjaga tutur dan katanya pasti akan
menghadapi masalah yang besar.
Silang Sengketa
Rangkap 5: Seseorang individu yang suka bersengketa dengan orang lain pasti akan
bersedih pada masa akan datang.

Rangkap 6: Kita perlulah mengelakkan perselisihan atau perbalahan. Walau


bagaimanapun, jika perselisihan berlaku, kita mestilah menghadapinya
dengan sikap terbuka.
Ilmu
Rangkap 7: Seseorang individu dianggap tidak begitu penting sekiranya dia kurang
berpengetahuan.

Rangkap 8: Jika seseorang individu rajin belajar, pasti dia akan mendapat ilmu
pengetahuan.
Dunia Pergaulan
Rangkap 9: Kehidupan ini merupakan tempat bagi kita untuk bersosial. Oleh itu, kita
perlulah memilih rakan yang sesuai.

Rangkap 10: Sikap dan sifat seseorang individu akan dapat diketahui melalui rakan
pergaulannya.

Rangkap 11: Seseorang individu yang mempunyai sikap dan kelakuan yang sama akan
berada dalam kumpulan yang sama.
Sifat-sifat yang Baik
Rangkap 12: Seseorang individu yang baik hati akan dipandang tinggi oleh
masyarakat.

Rangkap 13: Seseorang individu yang suka menderma akan mudah mengambil hati
orang lain.

Rangkap 14: Seseorang individu yang suka memberi dan tidak kedekut mudah
mendapat kawan.
Perbuatan yang Baik
Rangkap 15: Seseorang individu yang berbakti, namanya pasti akan diingati selama-
lamanya.

Rangkap 16: Kita perlu membantu orang lain, namun begitu kita mestilah membantu
diri sendiri terlebih dahulu.
Sifat-sifat yang Jahat
Rangkap 17: Individu yang berpura-pura baik tidak akan disenangi oleh masyarakat.
Rangkap 18: Seseorang individu yang melakukan kejahatan akan dibenci oleh Tuhan.

Tema
Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan.

Persoalan/ Nilai/ Pengajaran


Rasional

Persoalan: Persoalan rasional dalam membuat sebarang tindakan.


Nilai: Nilai rasional.
Pengajaran: Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam melakukan sebarang
tindakan.
Contoh: Kita dinasihatkan agar berfikir secara rasional sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan salah faham dan sengketa sesama manusia.

Kerajinan

Persoalan: Persoalan kerajinan dalam menuntut ilmu pengetahuan.


Nilai: Nilai kerajinan.
Pengajaran: Kita mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
menambahkan pengetahuan.
Contoh: Kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan pengetahuan dan
kemahiran.

Kebijaksanaan

Persoalan: Persoalan kebijaksanaan ketika memilih seseorang sahabat.


Nilai: Nilai kebijaksanaan.
Pengajaran: Kita hendaklah bijak memilih sahabat di dunia yang penuh dengan
cabaran.
Contoh: Kita dinasihatkan agar sentiasa memilih sahabat yang dapat memimpin
kita ke jalan yang lurus di dunia yang penuh dengan cabaran ini.

Anda mungkin juga menyukai