Anda di halaman 1dari 28

TEMA KEMASYARAKATAN

TEMA KEMASYARAKATAN
Peranan Hidup Berjiran
1.
-

Memelihara hubungan baik sesama jiran.


Hormat-menghormati bangsa, adat, kebudayaan, dan agama jiran.

Tidak menyakiti atau mengganggu hak-hak jiran, tidak berbuat bising,


tidak mengejek atau mengeji jiran.
-

Bertegur sapa dengan mesra dan ikhlas.

Kunjung-mengunjung pada hari perayaan.

Bantu-membantu sesama jiran, contohnya ketika sakit, demam, dan


kenduri-kendara.
2.

Bersedia membantu jiran apabila diminta.


Menjaga keselamatan bersama.

Menyertai Rukun Tetangga.

Bantu-membantu mengawasi rumah ketika ketiadaan jiran.

Menghubungi polis jika ada perkara atau orang yang mencurigakan di


rumah jiran.
Membantu menyelamatkan jiran atau harta benda apabila berlaku
kebakaran.
3.

Menjaga keamanan bersama.

Elakkan perbalahan dan perselisihan faham dengan jiran.

Amalkan sikap bertolak ansur dan bersedia berunding dengan jiran.

Bersama-sama memerangi kegiatan dadah di kawasan tempat tinggal.

4.

Menjaga kerbersihan tempat tinggal.

Menjaga kebersihan rumah dan kawasan masing-masing.

Turut serta dalam aktiviti gotong-royong membersihkan alam sekitar.

Tidak membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran dan mengganggu


kawasan jiran.

Kepentingan bergotong-royong

1.

Kerja dapat dilakukan dengan cepat.

Bekerjasama menyiapkan sesuatu tugasan.

Menjimatkan masa.

Saling membantu meringankan kerja.

2.

Mengeratkan hubungan silaturahim.

Dapat bersamah mesra dan berinteraksi dengan baik.

Kenal-mengenali antara satu sama lain.

Dapat memahami budaya kaum masing-masing.

3.

Memupuk perpaduan antara kaum.

Hormat-menghormati antara satu sama lain.

Bersatu padu menjayakan sesuatu perkara.

Mengelakkan permusuhan dan perselisihan faham.

Mewujudkan suasana mesra dan harmoni.

4.

Menjimatkan wang dan tenaga.

Aktiviti dilakukan dengan semangat bermasyarakat dan ikhlas.

Tidak memerlukan modal yang besar.

Bersamam-sama melakukan tugasan, contohnya memasak semasa


kenduri-kendara
5.

Menjaga kebersihan dan keceriaan sesuatu kawasan

Menghalang pembiakan haiwan punca penyebaran penyakit seperti tikus


dan nyamuk.
-

Persekitaran menjadi lebih bersih dan indah.

Penduduk dapat melakukan aktiviti riadah dengan selesa.

Kepentingan perpaduan antara kaum


1.
-

Menjaga keamanan negara.


Menjauhi perbalahan atau perselisihan faham antara kaum.

Menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh memecahbelahkan


rakyat.
-

Mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur.

2.

Mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Saling menghormati budaya dan adat resam kaum masing-masing.

Bantu-membantu dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Bertegur sapa dan beramah mesra.

Tidak berprasangka buruk antara satu sama lain.

3.

Membangunkan dan memajukan negara.

Bertsatu padu memajukan ekonomi negara.

Menarik minat pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Menarik perhatian pelancong asing untuk mengunjungi Malaysia sekali


gus menambahkan pendapatan negara.
4.

Mewujudkan peluang pekarjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum.


Memupuk semangat patriotisme.

Berstu padu menghalang ancaman luar daripada mencuba untuk


menjajah negara.
-

Perasaan cinta akan tanah air semakin meningkat.

Menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.

Kebaikan Rukun Tetangga


1.
-

Menjaga keselamatan kawasan kejiranan.


Bersama-sama memastikan kawasan kejiranan bebas daripada jenayah.

Segera menghubungi polis jika berlaku sesuatu perkara yang


mencurigakan di kawasan perumahan.
Bekerjasama menjaga harta benda kawasan perumahan, contohnya
taman permainan.
2.

Memupuk perpaduan antara kaum.

Saling menghormati budaya dan kepercayaan kaum masing-masing.

Bantu-membantu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau kegiatan.

Bertegur sapa dan beramah mesra.

Tidak berprasangka buruk antara satu dengan yang lain.

Bertolak ansuk dan bersikap toleransi.

Tema keremajaan
1.Peranan-Menjadi belia yang bertanggungjawab
-Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
-Menjaga dan mempertahankan keharmonian negara
2.Cabaran-Pengaruh media sosial
-Pengaruh rakan sebaya

Cara Cara Menjadi Remaja Berdisiplin


Bahan Pengajaran Bahasa Melayu SPM: Ciri-ciri Remaja ...

Ciri-ciri Remaja Berilmu Cara-cara Mengatasi Tekanan Usaha-usaha ... Sejauh


manakah ilmu seseorang remaja itu untuk mendominasi masa hadapan ... Selain
itu, untuk menjadi remaja berilmu, individu tersebut hendaklah memiliki
disiplin ... Langkah seterusnya untuk menjadi remaja yang berilmu ialah
seseorang itu ...
Masalah Disiplin Di Kalangan Remaja Dan Langkah ...

Sep 18, 2009 - Masalah Disiplin Di Kalangan Remaja Dan Langkah-langkah Untuk
Mengatasinya ... nama Malaysia menjadi semerbak , harum baunya dan terserlah
di ... cara berfikir , bertindak dan berinteraksi dalam golongan remaja .
Karangan Bahagian A : Ciri-ciri Remaja Berwawasan

Apr 26, 2013 - Hal ini demikian kerana remaja yang berdisiplin akan lebih
mudah ... Oleh yang demikian, untuk menjadi remaja yang berwawasan, ....
Karangan Surat Tidak Rasmi ~ Cara-cara untuk memperoleh kejayaan dalam
pelajaran.
Tips Pelajar Cemerlang - Cahaya Purnama

Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. ... Ini kerana dengan
cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan ...

Disiplin - Selamat Datang di e-psikologi

Hal inilah yang sesunguhnya menjadi hakekat dari disiplin. ... Cara yang tepat
dalam pendidikan disiplin bagi remaja disebut dengan istilah moderatnya ...
Tujuh Disiplin Agar Brand Tetap Remaja | Indira Abidin ...

Jul 10, 2014 - Semua itu menjadi dasar untuk menentukan strategi inovasi yang
memungkinkan kita untuk tampil remaja dan fresh setiap saat, sesuai ...
myMetro | Gilap potensi remaja

Dec 13, 2012 - Saidina Umar al-Khattab, berkata sesiapa yang ingin menjadi
umat terbaik ... melabur jumlah wang yang besar untuk melahirkan remaja yang
berdisiplin dan ... Kita tak banyak fikir mengenai cara hendak mendekati
remaja, ...
JANNATUL ADNIN : TAJUK PERBINCANGAN UNTUK PT3

Aug 1, 2014 - peranan dan cabaran remaja masa ini; cara cara menjadi remaja
berdisiplin; remaja berwawasan penjana kemajuan negara; masalah remaja ...
Tips Membangun Disiplin Rohani dalam Hidup Sehari-hari

Doa adalah cara utama yang Allah pakai untuk mengubah kita. ... setiap remaja
putri bisa mengetahui fungsinya dan menjadi teladan dalam kehidupan
mereka ...
Remaja & Pelajar - Darul Nu'man

Taat Kepada Kedua Orang Tua; Memuaskan Nafsu Syahwat Cara Onani; Amalan
Anak Yang Soleh; Menjadi Pelajar Yang Disiplin; Menjadi Pelajar Cemerlang ...
Wawasan bermaksud mempunyai matlamat dalam hidup .Maka bila remaja di
negara kita mempunyai wawasan yang jauh dan jelas ,sudah tentu dalam
menyumbang kepada kemajuan negara ,kerana remaja pada hari iini. adalah
pemimpin hari esok .Sebagai contoh ,remaja yang bermatlamat untuk menjadi
arkitek ,sudah tentu berkebolehan untuk mencipta bangunan pencakar langit
yang mampu menjadi kebanggan rakyat Malaysia . Lihat sahaja - Menara
Berkembar Petronas yang menjadi tarikan pelancong asing .

Tugasan - langkah-langkah untuk mengatasi masalah remaja masa kini

Cadangan idea

remaja perlu mengenal pasti dan menetapkan hala tuju sebenar mereka supaya
mereka tidak mengalami krisis identiti
ibu bapa perlu menggunakan pendekatan baru untuk mendidik anak-anak remaja
masa kini yang terdedah kepada banyak perkara
pihak sekolah memberikan kaunseling kepada remaja yang bermasalah untuk
mengenal pasti punca dan mencari langkah-langkah untuk menangani masalah
yang dihadapi
kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan remaja
dengan lebih tegas untuk memberikan keinsafan kepada mereka
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang proaktif dengan
merancang pelbagai program bersama-sama dengan pihak sekolah
Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai baik berasaskan pendidikan moral dan
agama supaya remaja kukuh dari segi jati diri dan keagamaan
ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui hal
anak-anak mereka
ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak
dengan memperuntukkan masa kepada anak-anak supaya mereka dapat
meluahkan masalah yang dihadapi
pihak sekolah tidak hanya mementingkan keputusan akademik pelajar sematamata dalam pengurusan pelajar sebaliknya banyak memberikan penekanan
dalam membentuk sahsiah pelajar
media massa perlu melaporkan dengan lebih kerap kepincangan yang dilakukan
oleh remaja untuk meberi kesedaran kepada mereka
kerajaan perlu memberi peluang kepada remaja meluahkan perasaan mereka
dengan menyediakan tempat-tempat untuk remaja melakukan aktiviti berfaedah
kerajaan perlu membuat penambahbaikan dalam sistem pendidikan supaya
pembinaan jati diri remaja yang kukuh dapat dibina di peringkat sekolah

masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dengan


melaporkan kegiatan pelajar yang ponteng sekolah

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang


bakal menitip di bibir saya. Menurut kamus dewan edisi keempat remaja merujuk
kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Berwawasan pula merupakan suatu
yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk
keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu
kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara
keseluruhannya, remaja masa kini bakal menerajui Negara pada masa akan
datang demi mencapai misi dan visi Negara ke arah wawasan 2020.
Sidang saksi yang bervisi,
Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata Remaja berintelek,
penjana wawasan Negara. Hari ini, kebijaksanaan dan ilmu merupakan
perencah untuk mencapai matlamat Negara. Kita perlu sedar, kita memerlukan
resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi acuan ke arah
Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah
berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja kepintaran semula jadi Nik
Nur Madhihah dan Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka
cipta. Mereka ini bakal menjadi asset terpenting Negara dalam usaha mengejar
impian. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad jika
ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang.
Sidang dewan yang penuh santun,
Indikator saya yang kedua di bawah kata kunci Kekuatan fizikal dan mental
remaja, menjana Negara maju. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna
sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental . Pada era
globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki kecergasan yang
seimbang agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
remaja di Negara maju. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan
Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Datuk Nicol ann
David , Datuk Lee Chong Wei, Azizul Awang Hasni, dan penerjun akrobatik penuh
bergaya Pandalila Riong yang membuka mata masyarakat dunia merupakan
contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mental ada signifikannya.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,
Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara, menjadi kata
kunci saya yang ketiga. Ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih
tidak disepadukan dengan iman yang hakiki. Menyedari hakikat pentingnya iman
dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang

lain telah mengadakan program dan kem penghayatan Islamiah . Tidak cukup
dengan itu, wujud pula rancangan imam muda yang menjadi fenomena menilai
kefahaman ilmu dan iman . Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai
formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar Islam. Oleh itu, tidak dapat
disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri remaja mampu
menerbitkan seorang remaja yang berwawasan.

Tema kekeluargaan
CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA
Saling menyayangi sesama keluarga.
Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.
Peka terhadap perasaan anggota keluarga.
Amalan gaya hidup yang sihat.
Perlakuan yang beradab.
CARA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA
Mengingati hari istimewa dalam keluarga.
Berkomunikasi secara sopan.
Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keluarga.
Menjaga keselamatan anggota keluarga.
Menghargai anggota keluarga.
Menjaga kebersihan rumah/ persekitaran.
Tajuk 5:
Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan menentu kejayaan akademik anakanak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
Pada hari ini, isu membentuk akhlak dan kejayaan akademik anak-anak selalu
diperkatakan. Hal ini demikian kerana sejak akhir-akhir ini akhlak remaja semakin
membimbangkan dan kejayaan akademik anak-anak pula semakin
dititikberatkan. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah
mulut masyarakat? Oleh itu, marilah kita sama-sama membincangkan peranan
ibu bapa dalam membentuk akhlak dan menentukan kejayaan akademik anakanak.

Sesungguhnya, peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak adalah


memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral. Hal ini demikian kerana
pendidikan agama dan moral dapat menghalang anak-anak terlibat dalam
masalah sosial. Sebagai contohnya, pendidikan agama dan moral banyak
menerapkan nilai-nilai murni. Oleh itu, kita dapat melahirkan anak-anak yang
mempunyai akhlak yang baik. Jelaslah, pendidikan agama dan moral memainkan
peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak.
Seterusnya, peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak adalah
memberikan nasihat, teguran, dan tunjuk ajar. Hal ini demikian kerana ibu bapa
merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak. Sebagai contohnya, ibu
bapa menegur perbuatan anak-anak yang tidak baik. Oleh itu, ibu bapa dapat
membentuk akhlak anak-anak yang terpuji. Benarlah, nasihat, teguran, dan
tunjuk ajar oleh ibu bapa dapat membentuk akhlak anak-anak.
Selain itu, peranan ibu bapa dalam menentukan kejayaan akademik anak-anak
adalah menyediakan keperluan pembelajaran yang sempurna kepada anak-anak.
Hal ini demikian kerana anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa. Sebagai
contohnya, ibu bapa menyediakan alat tulis dan buku-buku yang sesuai.
Tegasnya, peranan ibu bapa dalam menyediakan keperluan pembelajaran yang
sempurna dapat menentukan kejayaan akademik anak-anak.
Realitinya, peranan ibu bapa dalam menentukan kejayaan akademik anak-anak
adalah menghantar anak-anak mengikuti kelas-kelas tuisyen. Hal ini demikian
kerana anak-anak akan mendapat ilmu pengetahuan yang lebih kukuh. Sebagai
contohnya, anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk mata pelajaran yang
sukar. Oleh itu, ibu bapa dapat memastikan anak-anak mereka memperoleh
kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik. Jelaslah, menghantar anakanak mengikuti kelas-kelas tuisyen dapat menentukan kejayaan akademik anakanak.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing
dalam membentuk akhlak dan menentu kejayaan akademik anak-anak. Jika tidak,
kita akan dipandang rendah oleh masyarakat luar. Semoga kita akan dapat
melahirkan rakyat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Namun begitu,
ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.
Tajuk: Peranan Anak terhadap Ibu Bapa
Pengarang: Syahrin Nasution
Kod: DN 144
ISBN: 983-046-062-2
Kandungan: 128 m.s.
Ibu bapa merupakan insan yang paling mulia dan berjasa dalam kehidupan
seorang anak. Belaiannya memenuhi setiap ruang nadi kehidupan sehingga
memancarkan kedamaian dari celah-celah hati dan wajahnya. Ketulusan hati dan

ketinggian budinya menghiasi persada nurani membekalkan harapan dalam


menghadapi cabaran masa depan.
Keagungan ajaran Islam mewariskan segala aspek kehidupan termasuk
hubungan antara anak dengan ibu bapa. Jika anak mengabaikan tanggungjawab
tersebut maka musnahlah sendi agamanya dan hancurlah nilai kehidupannya.
Kederhakaan anak akan mewariskan penderitaan berpanjangan dan
menguburkan berkah dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Hanya anak yang soleh menikmati makna hakiki dari kehidupannya, kerana
dapat menghirup air kedamaian dari kedua ibu bapanya, insya Allah.

KELUARGA HARMONI NEGARA SEJAHTERA


Oleh: Ketua Penyuntingan
Monday, 06 May 2013 06:50 Saiz fon decrease
font size increase font size Cetak E-mel
SAMBUTAN Hari Keluarga Kebangsaan 2013 yang berlangsung serentak di
keempat-empat daerah telah disambut dengan penuh keceriaan dan semangat
kekeluargaan. Setiap ahli keluarga dari segenap lapisan masyarakat di negara ini
tidak melepaskan peluang menyertai acara sambutan berkenaan. Hari Keluarga
Kebangsaan yang disambut pada setiap hari Ahad minggu pertama sejak 2012 ini
menjadi wadah dalam menanamkan kesedaran akan pentingnya peranan institusi
keluarga dalam menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara.
Kita bersyukur setiap aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan lancar
sebagaimana yang dirancang.
Pengisian Hari Keluarga Kebangsaan mencakupi aktiviti keagamaan, kesukanan,
kemasyarakatan dan riadah.
Dari sudut aktiviti keagamaan misalnya, acara sambutan didahului dengan
Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah , Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah
Yaa Siin, bertahlil dan doa kesyukuran yang diikuti dengan Sembahyang Fardu
Subuh dan Kuliah Subuh pada hari berikutnya di semua masjid dan surau dengan
penumpuan di masjid-masjid utama di seluruh negara.
Pengisian aktiviti seumpama ini setentunya dapat mengukuhkan lagi hubungan
kekeluargaan berlandaskan ajaran agama Islam selaras dengan falsafah negara
Melayu Islam Beraja.

Pada umumnya, keluarga bahagia dan harmoni ialah keluarga yang disulami
dengan sifat kasih sayang. Kasih sayang merupakan fitrah semula jadi manusia
yang tidak mengenal waktu, jarak, tempat dan pangkat. Memetik Khutbah Jumat
yang lepas, Islam sememangnya menekankan sifat kasih sayang khususnya
dalam mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan penuh kasih
sayang. Bagi memperolehi kasih sayang yang sebenar dalam kehidupan
berkeluarga, seluruh anggota keluarga hendaklah sentiasa saling hormat
menghormati serta bantu-membantu di antara satu sama lain. Dengannya
keluarga penyayang dan harmoni akan dapat diwujudkan.
Seperkara yang kita sedari ialah pengharmonian keluarga perlu sederap dengan
pembangunan pesat negara. Dalam mendepani cabaran semasa, gejala sosial
yang berlaku perlu ditangani segera kerana peningkatan gejala sosial akan
membebankan negara dan sekali gus memberi impak kepada penurunan
generasi cemerlang.
Dan lebih membimbangkan lagi jika hal ini berlaku dalam kalangan tunas bangsa
yang bakal mewarisi masa depan negara. Di sinilah institusi keluarga yang kukuh
dan harmoni berperanan dalam membentuk generasi cemerlang yang berbakti
kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.
Tidak dinafikan bahawa kebahagiaan merupakan impian bagi setiap keluarga.
Namun ianya hanya tinggal impian yang tidak akan menjadi kenyataan sekiranya
tanggungjawab terhadap keluarga diabaikan. Sebaliknya, pengabaian
tanggungjawab ini hanya akan mengundang masalah sosial yang tidak
berkesudahan.
Dengan demikian, setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab
masing-masing yang perlu ditunaikan. Meluangkan masa berkualiti, saling
menghargai dan menghormati, mengelakkan konflik dan memberi perhatian dan
kasih sayang kepada keluarga merupakan antara resepi membina sebuah
keluarga bahagia.
Keluarga bahagia akan melahirkan masyarakat yang hidup harmoni dan
sejahtera. Masyarakat sedemikian pula akan menyumbang kepada pembangunan
dan kemakmuran negara. Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Ke-2 bertemakan
'Keluargaku Harapanku' menghendaki kita untuk memahami akan nilai kasih
sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga dalam membentuk sebuah
masyarakat dan negara yang harmoni dan sejahtera.

Tema alam sekitar


Cara-Cara Mengatasi Banjir
Pelbagai cara dijalankan, antaranya:
Menyediakan Sistem Perparitan
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah
sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan
baik.
Projek Pendalaman Sungai
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai
mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini
pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan
pembuangan bahan-bahan buangan.
Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses
pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang
terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi
dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.
Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari


menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga
berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi
masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap
air hujan daripada mengalir terus ke bumi.
Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air
hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga
bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air.
Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini
dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan
ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.
Mengawal Aktiviti Manusia
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan
sampah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini,
kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak
terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.
Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa
bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.
Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya
apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk
mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan
kejadian ini.

Pencemaran dan cara mengatasinya


Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh 'menasihati
pelajar supaya menjaga alarn sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga boleh
menganjurkan program gotong-royong untuk mencantikkan persekitaran sekolah.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar
agar para pelajar sayangkan alam sekitar dan tidak melakukan perbuatan yang
boleh mencemarkan alam sekitar.
Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan.
Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam
mempengaruhl minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Oleh itu,
stesen televisyen perlu menyiarkan gambar pihak-pihak yang telah
mencemarkan alam sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang ramai. Surat
khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi mengatasl masalah pencemaran
alam sekitar.

Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani masalah


pencemaran alam sekitar. Pemimpin masyarakat mesti mengingatkan ahli
masyarakat agar sentiasa menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian.
Selain itu, pemimpin masyarakat perlu melawat persekitaran tempat tinggal
masyarakat setempat dan berusaha mengatasi pencemaran alam sekitar yang
ada. Pemimpin masyarakat juga boleh membuat program gotong-royong untuk
membersihkan tempat tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka bagi
mengatasi pencemaran alam sekitar.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai
peruntukan wang bagi melaksanakan program-program mengatasi pencemaran
alam sekitar. Pihak kerajaan juga boleh mendakwa pihak yang mencemarkan
alam sekitar di mahkamah agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Di
samping Itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Menjaga Alam
Sekitar di peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada
masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

aKIBAT PEMBALAKAN TIDAK TERKAWAL


seperti yang semua sedia maklum,hutan merupakan salah satu sumber alam
yang sangat bernilai dan memberi pelbagai manfaat dan pulangan kepada
manusia.Aktiviti pembangunan yang begitu pesat menyebabkan kawasan hutan
semakin berkurangan dari semasa ke semasa.Antara aktiviti-aktiviti tersebut
adalah seperti pembinaan kawasan perumahan,kawasan perindustrian dan
sebagainya.Kesemua aktiviti tersebut telah mengakibatkan kawasan hutan di
teroka dengan begitu rakus.Disamping itu,terdapat juga aktiviti pembalakkan
haram di sesuatu kawasan hutan.Aktiviti ini sememangnya dilakukan untuk
mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kepentingan
hutan kepada manusia sejagat.Menurut satu kajian hutan di dunia pernah
meliputi 60% daripada kawasan dataran bumi yang kini hanya tinggal
sesetengah sahaja.
Terdapat pelbagai kesan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal dalam
kehidupan seharian kita.Antara kesan-kesan tersebut adalah seperti peningkatan
suhu bumi.Hal ini terjadi adalah disebabkan oleh pancaran terus cahaya matahari
di permukaan bumi tanpa halangan daripada pokok-pokok di hutan.Pokok-pokok
yang telah ditebang akan mengakibatkan sesuatu kawasan tersebut menjadi rata
dan hal ini akan memgakibatkan pancaran terus cahaya matahari di permukaan
bumi.Oleh hal yang demikian,suhu bumi akan meningkat dan situasi ini secara
tidak langsung memberi kesan dalam kehidupan kita. .
Kesan yang seturusnya akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak
terkawal ialah kepupusan flora dan fauna.Disebabkan aktiviti pembalakan flora
dan fauna yang terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang
akan pupus.Hal ini terjadi kerana hutan merupakan hibitat ataupun tempat
tinggal kepada kelompok tersebut.Flora dan fauna merupakan salah satu eset

terpenting kepada sesebuah negara.Bilangannya semakin hari semakin


berkurangan akibat daripada aktiviti pembalakan.Ianya mampu menjadi daya
penarik kepada aktiviti pelancomgan di sesebuah negara. tersebut.Sekiranya
flora dan fauna ini pupus maka tarikan pelancong ke seseatu tempat tersebut
menjadi kurang.Kedatangan pelancong asing ke seseatu tempat itu secara tidak
langsung akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan hal ini juga
boleh menguntungkan negara kerana pengaliran matawang asing di dalam
negara.Kepupusan flora dan fauna juga akan mengakibatkan generasi akan
datang tidak mengetahui dan mengenali tentang kewujudan flora dan fauna
tersebut .Hal ini amat merugikan kerana mereka tidak dapat melihat sendiri flora
dan fauna tersebut.Selain itu,sember perubatan tradisional seperti kacip fatimah
dan tangkat ali akan musnah akibat daripada aktiviti pembalakanBagi orangorang yang tinggal di dalam kawasan hutan seperti orang asli sumber makanan
dan pendapatan mereka turut terjejas.
Seterusnya,hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi
terdedah kepada pelbagai bencana alam.Hal ini berpunca daripada hutan tidak
lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat
melanda sesuatu kawasan,air yang turun tersebut terus menghakis permukaan
bumi yang gondol tersebut lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam
sungai. Kejadian ini dapat kita lihatmisalnya pada kejadian tanah runtuh.
Kejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang meneengkam
tanah terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi
semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya. Keadaan
ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda. Selain itu tanah yang
terdedah kepada panearan cahaya matahari akan menjadi kontang dan tidak
subur untuk aktiviti pertanian. Keadaan dan kejadian ini membuktikan bahawa
penerokaan kawasan hutan menyebabkan manusia terdedah kepada kejadian
bencana alam
Selain yang dinyatakan di atas,kesan yag seterusnya ialah kawasan tadahan
air hujan terjejas.Seperti yang diketahui umum air merupakan keperluan asas
kepada kesemua hidupan di muka bumi.Kandungan air bersih yang terkandung di
permukaan bumi adalan sedikit jumlahnya jika dibandingkan dengan jumlah air
yang tidak bersih.Oleh itu,takungan air hujan di bukit-bukit boleh menjadi sember
air bersih kepada penduduk-penduduk yang tinggal di kawasam pedalaman.Pada
kebiasaanya aktiviti pembalakan yang di jalankan di kawasan tersebut mungkin
meninggalkan kesan yang negatif kepada penduduk setempat seperti
pencemaran air yang disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan.Hal ini
menimbulkan masalah kepada setip penduduk di kawasan tersebut.
Kesimpulannya, kawasan hutan mempunyai pelbagai khazanah yang sangat
bernilai dan perlu dipelihara agar ianya terus berkekalan. Pihak Kerajaan harus
menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas agar pembalakan haram
dapat diatasi dengan sepenuhnya. Aktiviti Pembalakan secara terancang harus
diamalkan supaya hutan tidak musnah dan semua kehidupan yang menghuninya
tidak akan pupus. Kempen seperti antipengimportan kayu hutan tropika
merupakan satu tindakan yang bijak daripada negara?negara maju bagi

membendung masalah ini. Oleh itu,negara-negara maju harus bekerjasama


dengan negara-negara yang ekonominya bergantung pada aktiviti pembalakan.
Dengan cara inipembalakan terkawal dan aktiviti pertanian terkawal dapat
diperkenalkan dan diamalkan.
cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar
Kebersihan merupakan aspek terpenting dalam kehidupan manusia.Kebersihan
mencerminkan peribadi sesebuah masyarakat dan negara.Kebersihan tidak
terhad menjaga kebersihan tubuh badan,malah merangkumi kebersihan alam
sekitar.Oleh itu,rakyat haruslah bersama-sama berusaha untuk memelihara
kebersihan alam sekitar.
Amalan menjaga kebersihan alam sekitar seharusnya bermula dari
rumah.Ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada ahli keluarga yang
lain.Mereka boleh mengarahkan anak-anak untuk membantu mereka
membersihkan kawasan rumah.Anak-anak dibahagikan kerjamengikut kapasiti
masing-masing seperti menyapu halaman rumah,membersihkan tempat-tempat
takungan air dan menanam bunga-bugaan bagi mencantikkan pemandangan.
Disamping itu,aktiviti gotong-royong patut sering diadakan di kawasan
perumahan dan juga kampung.Antara aktiviti yang boleh dijalnkan iailah
membersihkan saluran air yang tersumbat,menanam pokok-pokok dan
membersihkan taman permainan kanak-kanak.Aktiviti seperti ini bukan
sahajadapt membersihkan serta mangindahkan alam sekitar malh dapat
mengeratkan ikatan perpaduan antara kaum.
Konklukasinya,aspek kebersihan mestilah dititikberatkan dalam kehidupan
kita.Setiap orang di negara harus bersama-sama menggalas tanggungjawab
memelihara persekitaran bak kata pepatah,berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing.Negara yang bersih akan melahirkan masyarakat yang sihat.

Tema teknologi

Kebaikan penggunaan telefon bimbit adalah memudahkan seseorang membuat


panggilan. Di samping itu, pengguna telefon bimbit dapat menghantar SMS
(Short Messages System) dan MMS (Multimedia Messages System) kepada orang
lain dengan mudah dan cepat. Kemudahan ini sebenarnya dapat merapatkan
hubungan antara manusia. Misalnya, syarikat Celcom, Digi dan Maxis dengan
bantuan satelit dapat membantu pengguna telefon bimbit untuk menghubungi
sesiapa sahaja di mana juga dia berada dan pada bila-bila masa.
Penggunaan telefon bimbit ini juga membantu seseorang mendapatkan informasi
terkini. Contohnya, masa. Selain itu, telefon bimbit membolehkan muat turun
(download) pesanan secara langsung dalam beberapa minit sahaja. Misalnya,
Jabatan Pengangkutan Jalan telah mewajibkan semua kenderaan berat untuk
melekatkan nombor SMS (no 39900 bagi JPJ Pulau Pinang) di belakang kenderaan

supaya mereka akan mendapat informasi mengenai pemandu yang berbahaya di


jalan raya. Cara ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Sebaliknya, penggunaan telefon bimbit ini juga mempunyai keburukan. Sering
terdapat gangguan daripada pihak yang tidak dikenali dan berlaku penyebaran
khabar angin. Di samping itu, terdapat juga pesanan atau panggilan berunsur
lucah mengganggu pengguna telefon bimbit, terutama pengguna wanita.
Kelakuan sedemikian boleh menyebabkan keruntuhan moral di kalangan generasi
muda.
Penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan akan menyebabkan pembaziran
wang. Kadar setiap panggilan menggunakan telefon bimbit adalah tinggi.
Perbualan yang tidak penting membolehkan pengguna membazir wang. Ada pula
pelajar merugikan wang ibu bapa berbual kosong dengan kawan-kawan. Apabila
wang prepaid sudah habis, mereka akan meminta wang daripada ibu bapa
untuk top-up. Kadangkala mereka meminta ibu bapa membelikan set telefon
bimbit yang mahal semata-mata untuk berlagak di hadapan kawan sedangkan
tujuannya adalah untuk komunikasi.
Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukan. Ia perlu
digunakan sebaik-baiknya mengikut keperluan

Kepentingan ICT dalam kehidupan seharian


Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT
amat penting.Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa.
Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi
jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap
perkara di hujung jari sahaja.
Sesiapa yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus
pembangunan atau katak di bawah tempurung dan dengan ini saya telah pun
membuka tempurung itu. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat
kepada diri saya sendiri dan individu lain, masyarakat dan negara.
Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan
kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan
faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT.
Dalam kehidupan seharian sebagai seorang guru pelatih, segala urusan,
pembelajaran ataupun tugasan yang diberi oleh pensyarah dapat dipercepat
melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan
tenaga, dan wang saya sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup
mendewasakan diri saya sendiri dalam memperoleh sesuatu maklumat dengan
lebih cepat dan cekap.

Dengan itu, saya akan lebih cepat mencapai dan mencipta nama di persada
dunia preguruan ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen,
permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.
Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa
membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatic (ATM) dan
Internet membolehkan saya menguruskan kewangan pribadi dengan mudah dan
lancar.

Jika dahulu saya merujuk kepada keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca.
Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan
lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat
diambil dan seterusnya saya dapat meramalkan cuaca dunia. Persediaan awal
dapat saya buat untuk melakukan sebarang aktiviti luar.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting
kepada kehidupan harian. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan
wujudnya ICT. Saya dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara
ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan.
Saya dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman berbual, email, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Saya juga dapat
menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon
bimbit.Dengan ini hubungan persahabatan saya dengan rakan -rakan sentiasa
baik walaupun berjauhan, jauh di mata dekat di hati. Bukan itu sahaja, berita
terkini juga dapat diikuti dengan serta-merta.
Perkara yang paling menyeronokkan ialah siaran langsung seperti konsert,
perlawanan bola sepak dan siaran berita juga dapat dijalankan. Acara sukan,
persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di
Korea, Jepun mahupun Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia
secara langsung.
Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro. telefon, faksimili, televisyen,
dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan saya merasa
nikmat ini. Internet dan computer riba turut berfungsi melalui teknologi serba
canggih ini. Sememangnya ICT ialah pembuka laluan yang luas kepada masa
depan saya, insya-Allah.
Tuntasnya, sejak saya mula menyelusuri alam maya, pelbagai kebaikan dan
kemudahan yang saya perolehi. Detik ini bermula apabila pensyarah teknologi
dan maklumat di IPG kampus Kota Bharu, Puan Idawati mendedahkan kepada
saya tentang perlunya penggunaan teknologi dalam memudahkan kehidupan
harian dan dalam alam pekerjaan.
Simpulnya, ICT memberi seribu sejuta kebaikan yang boleh menjadi penyebab
kepada kepada sebuah kejayaan yang cemerlang, serta memberi seribu sejuta
keburukan yang boleh menjadi penyebab hancurnya sesuatu kehidupan.

Walau bagaimanapun, hal ini bergantung pada pengguna itu sendiri. Oleh itu,
gerakkanlah hujung jari kita untuk mencari sesuatu yang berfaedah dan
kakukanlah ia apabila nafsu ingin "click" perkara yang tidak bermanfaat.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Teknologi maklumat dan komunikasi atau Ict (Information And Comunication
Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data. Ruang
lingkupnya sangat luas merangkumi segala aspek terutama dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Jacques Filul (1962) mendefinisikan teknologi
sebagai "keseluruhan metode yang secara rasional mengarah dan memiliki
efisiensi dalam kegiatan manusia". Menurut Little JOhn (1978), "komunikasi
merupakan suatu hal yang sulit kerana sifatnya yang kompleks dan proses yang
multidisplin".The International For True Study Comunication Problem(1980) lebih
menekankan pengertian komunikasi sebagai "proses pertukaran
benda,data,pendapa atau pesanan antara perseorangan dan masyarakat".
Teknologi wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagau jenis
maklumat untuk tujuan yang berlainan sebagai contoh seperti
pendidikan,pengiklanan,pemberitahuan,telekomunikasi,dan sebagainya untuk
memperoleh maklumat. Hakikatnya, perkembangan Ict sangat membantu
mempercepatkan seseorang untuk melakukan kerja dengan lebih
cekap,berkesan,mudah,cepat dan dapat membuat keputusan yang lebih baik
untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.
Perkembangan teknologi maklumat banyak membantu dunia untuk mencapai
kemajuan. Hai ini kerana, melalui perkembangan teknologi maklumat pelbagai
perkhidmatan dapat disediakan, contohnya dalam sektor perniagaan. melalui
perniagaan yang dijalankan pihak pengusaha dapat memajukan aktiviti
perniagaan mereka melalui jualan secara online. selain itu, mereka juga dapat
mencari pengguna dengan lebih cepat dan dapat meningkatkan pendapatan
harian mereka dengan cepat.
Walau bagaimnapun, teknologi maklumat ini juga dapat mengeratkan hubungan
sesama manusia. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan dunia teknologi
maya seperti twitter, facebook, yahoo massanger dan sebagainya. Teknologi
maya ini telah menjadikan salah satu keperluan penduduk pada hari ini terutama
golongan remaja kerana mereka dapat berinteraksi dalam internet walau pun
berada jauh. Perkembangan teknologi maya ini dapat mengeratkan hubungan

terutama mereka yang berada di luar negara. Mereka dapat bertanya khabar
melalui jaringan sosial yang cepat dan mudah.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah mencampakkan pelbagai
persoalan kepada para pengguna. secara akikatnya,penggunaan ICT mmeberi
pelbagai impak positif,namun impak negatif turut timbul disebabkan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab menyalurkan maklumat yang berunsusr
pornografi,propaganda,ajaran sesat dan sebagainya melalui minternet.Adalah
sukar bagi kita menghalang,menyaring,dan menyekat penggunaan pengaliran
bahan negatif meresapi minda kita.,Hal ini membimbangkan kita .Pemuda
pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai
murni.KIta,akibatnya,keruntuhan sosial mungkin berlaku seperti jenayah
seks,gangster,buli dan sebagainya.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer, golongan yang mahir
dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah
syarikat melalui laman webnya.Mereka mahir memecahkan kod sekeruti
komputer untuk memasuki sistem komputer tersebut untuk menyebarkan virus
tertentu melalui emel sehingga melumpuhkan sistem komputer.Terdapat juga
pihak-pihak yang menganjurkan "skim cepat kaya" di internet untuk menipu
orang.
Ketagihan internet turut mengubah hidup dan peribadi seseorang.Kita tidak perlu
berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa.Orang yang
dilanda "demam" internet mungkin melupakan corak hidup yang
dilaksanakan.Mereka mengabaikan produktiviti kerja.Ibu bapa mengabaikan
anak-anaknya.Mereka mungkin merailkan diri sematapmata hendak menyelami
maklumat dalam internet yang tanpa batasannya.Amalan berkelompok,bagai aur
dengan tebing akan terhakis.Sebaliknya akan muncul amalan enau dalam
belukar,melepaskan pucuk masing-masing.Oleh itu internet, menrenggangkan
hubungan sesama manusia.
Secara kesimpulannya,teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah
kehidupan manusia.Kemajuan ini membuka jendela kepada
kemungkinan,kegilaan dan malapetaka baru,bergantung pada cara-cara kita
manfaatkannya atau menyalahgunakannya.Ibu bapa perlu mngawasi anak-anak
mereka melayari internet.Ketahanan diri telah menjamin kita tidak diracuni unsur
negatif melalui internet.
MOHAMAD BENYAMIN BIN MOHD AMIN

Tema kenegaraan
IDEA-IDEA PENTING:- ( cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan
generasi muda )
Menganjurkan kem jati diri yang mana pengisiannya mestilah bertumpu kepada
usaha memberikan kesedaran kepada golongan remaja.
Mengadakan program sambutan 'Bulan Kemerdekaan' di sekolah mahupun
institusi pengajian yang lain.
Mengenang jasa-jasa tokoh pahlawan dan tokoh pejuang kebangsaan.
Menggalakkan penghasilan filem-filem bercorak patriotik seperti Bukit Kepong,
Leftenan Adenan dan lain-lain.
Menganjurkan pameran-pameran tentang sejarah kemerdekaan, darurat, campur
tangan asing dan peperangan yang berlaku di negara kita.
Memperkasakan pengajaran subjek Sejarah di sekolah.
Menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam setiap peperiksaan
awam.
Mewajibkan semua pelajar IPTA dan IPTS mengambil subjek Sejarah dan wajib
lulus sebagai syarat mendapat ijazah.
Kempen kesedaran 'sejarah' dalam kalangan generasi muda wajar dilaksanakan
secara bersungguh-sungguh dan berterusan.

Menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran dengan lebih


tumpuan kepada menimbulkan rasa kecintaan rakyat terhadap negara.
Pemimpin kerajaan, masyarakat dan kaum perlu bahu-membahu dalam usaha
menanam semangat patriotik.
Pihak bertanggungjawab wajar membina galeri-galeri yang mempamerkan faktafakta sejarah seperti gambar, barang-barang sejarah untuk dilihat dengan lebih
dekat oleh golongan remaja.
Menubuhkan persatuan sejarah di semua peringkat sama ada di sekolah, institusi
pengajian tinggi, kolej dan sebagainya.
Pihak swasta boleh menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan sejarah
tanah air, menganjurkan pertandingan menulis esei sejarah dan lain-lain.
Pihak kerajaan melalui agensi yang berkaitan mestilah berusaha memperkasakan
muzium di seluruh negara.

KEPENTINGAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di
rantau Asia. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula
bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Segala-galanya bermula
daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggup bermati-matian demi
mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah
dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Saban tahun, pihak kerajaan
mengeluarkan sejumlah besar wang sebagai persiapan menyambut hari
kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan menyambut hari kemerdekaan
di negara kita?
Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah kita
dapat mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan
untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku
Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela
berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah
mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup
menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah di sini
bahawa kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita adalah untuk
mengenang jasa tokoh.
Selain itu, menyambut hari kemerdekaan adalah penting agar kita dapat
mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa
ini, terutamanya remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagungagungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma

masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup


memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang
lepas, rakyat Indonesia telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan
negara Dunia Ketiga lantaran tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak
menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula
mencemarkan nama negara di persada dunia. Ke manakah hilangnya jati diri
sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya selera. Sudah terang lagi bersuluh,
bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk
mengukuhkan jati diri.
Seterusnya melalui sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengekalkan
perpaduan antara kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina
dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan,
Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan
sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu,
bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum
dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini.
Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan
saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan
kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari
kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.
Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut
meningkat. Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah
negara yang aman, harmoni dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai
pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing
ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber
pendapatan negara sekali gus menjana ekonomi negara.
Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kit perlulah
bersungguh-sungguh meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah perang
saudara, pergolakan, dan peperangan yang berlaku di sesetengah negara
sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George Santayana pernah berkata,
sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula, Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang kita
kecapi ini.

Antara Tokoh Kepimpinan Malaysia yang saya kagumi


Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba merupakan salah seorang tokoh
negara yang saya kagumi sejak di bangku sekolah lagi.Dilahirkan di Kampung
Bukit Tembun, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak ke 6
daripada 10 orang adik beradik. Tun Abdul Ghafar mendapat pendidikan awal di
Sekolah Melayu Kuala Pilah antara tahun 1931 sehingga 1936.Pembabitan beliau
dalam politik bermula pada tahun 1939 ketika berumur 14 tahun dengan
menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Tun Abdul Ghafar adalah seorang yang berjiwa radikal dan tidak mementingkan
jawatan atau gelaran mahupun darjah kebesaran. Beliau merupakan antara tokoh
kepimpinan Malaysia yang pernah berkhidmat dibawah tiga Perdana Menteri iaitu
Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul razak dan Tun Dr. mahathir. Antara fakta yang
menarik tentang beliau ialah Tun Abdul Ghafar adalah satu satunya pemimpin
UMNO yang diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan MCA selaku selaku
pemangku selama 10 bulan ketika krisis perebutan kuasa presiden MCA pada
ketika itu.
Malah dalam satu buku yang diterbitkan khas sempena memperingati beliau
iaitu " Permata cacatan hidup Ghafar ", banyak kata kata beliau yang memberi
inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Antara kata kata yang ditulis
oleh tokoh kepimpinan Malaysia ini ialah :
" Salahkah saya daripada keturunan miskin, anak miskin, anak penarik kereta
lembu ini berdiri tegak di tengah-tengah bangsa saya bagi membela dan
menghapuskan kemiskinan, ".
" Benih-benih rasa tidak puas hati mula dituai. Buat pertama kali saya tersentak
sedar daripada kewujudan kampung yang melekakan. Mata saya terbuka dan
sedar bahawa manusia terbahagi antara yang kaya dan miskin, yang berharta
dan yang tidak memiliki apa-apa, dan orang miskin tidak berdaya,.
Sebelah malam kalau saya tidak balik ke rumah bapa saudara saya itu, saya
menumpang tidur di rumah kawan-kawan. Kadang-kadang saya tidur di bilik
darjah, gelap dan penuh dengan nyamuk.
Jelaslah berdasarkan kata kata beliau ini menunjukan bahawa tidak kisah jika
kita seorang tokoh pemimpin atau tidak, yang penting ialah bagaimana kita
berusaha dan berjuang untuk pengakhiran yang cemerlang dan terbilang.
Janganlah kita menjadikan kesusahan atau keperitan hidup yang kita alami
sebagai batu penghalang untuk kita memajukan diri kita, bangsa dan negara.
Akhir kata, sedikit kata kata mutiara dari saya untuk kita renungkan bersama:
" Inspirasi itu perlu untuk membakar segala keraguan yang membataskan
keupayaan kita"

TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925. Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che
Det dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu
daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan
Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada
seorang Malayalee Muslim yang berasal dari Kerala, India dan ibunya berbangsa
Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki Melayu di seberang

Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah


kerajaan beraliran Inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau
adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya
dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah
arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala
lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan
kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan
golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara.
Walau bagaimanapun, beliau sering dikritik atas gaya pemerintahannya yang
autokratik dan tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemerintahpemerintah lain di dunia.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka
berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur
gagah nilai-nilai Asia dan kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri
sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar
berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan
projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City
Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super
Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima
ramai.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa
Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah
negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct
2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di
Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui
perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan
pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara
selepas Presiden Suharto dari Indonesia.Beliau sememangnya seorang yang
berjaya dalam pentadbiran beliau sebagai perdana menteri Malaysia.Sifat dan
kejayaan Tun telah menjadikan beliau sebagai idola saya serta tokoh yang paling
saya kagumi sehingga sekarang.Sifat beliau yang luhur dan feminine berjaya
meningkatkan penghormatan serta disanjungi oleh banyak pihak.Beliau sangat
disanjungi kawan dan juga lawan kerana sikap beliau yang lantang bersuara
serta menyampaikan kritikan amat bernas tidak kira didalam ataupun diluar
Negara.Sebagai contoh Tun sangat lantang mengkritik sikap Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu PBB dalam menyelesaikan konflik dan kekejaman yang berlaku
keatas Palestin yang dilakukan oleh Israel.Pandangan serta kritikan beliau sering
kali menjadi isu hangat diluar Negara kerana hanya beliau satu-satunya
pemimpin asia yang sangat lantang dalam menyampaikan sesuatu kritikan.Sikap
Tun yang berani,gigih,cekal,serta berfikiran tinggi telah menjadikan Tun sebagai
satu-satu pemimpin yang paling saya sanjungi dan menjadi idola saya sehingga
sekarang.Beliau sememangnya seorang yang berfikiran kritis dalam memajukan

Negara serta menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam dan luar
Negara.Beliau merupakan ikon Negara dan menjadi kebanggan rakyat kerana
kemajuan,pemodenan dan kemakmuran yang dikecapi semuanya bermula ketika
era pemerintahan beliau.Saya sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga kerana
Malaysia mempunyai mantan pemimpin yang dihormati ini.Beliau sememangnya
menjadi sumber inspirasi saya dalam memajukan diri dalam arus globalisasi yang
semakin mencabar sekarang demi melangkah ke arah kehidupan dan kemajuan
diri yang sejati.

Huraikan cara-cara hendak memupuk semangat patriotik atau semangat cinta


akan negara dalam kalangan generasi muda khususnya pelajar-pelajar.
Kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat
kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara
ini. Gesaan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar
tidak lagi bersemangat kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih
tepat kalau dikatakan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi
muda kini adalah longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang
tidak makan 10 hari. Pada marcapada yang pesat membangun dalam teknologi
maklumat ini, semangat patriotik adalah penting untuk membina jati yang kental
dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara
dalam kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk
mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan
mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan
pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf, bak kata
pepatah Tak kenal maka tidak cinta.Kalau generasi muda tahu akan pahit
maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan
kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan
keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan
negatif.
Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri
setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam
setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi
bahasa. Para pendidik hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual
pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan
kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik semangat juang dan
keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan
semangat Malaysia Boleh seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan
para pendaki Gunung Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah
dipupuk pada peringkat awal persekolahan lagi.Ibu bapa hendaklah mengasuh
anak-anak mereka supaya menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.
Selain itu,generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat
bersejarah. Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan

melahirkan semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman


musuh. Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar
Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika
dijajah oleh Portugis,Belanda dan Inggeris.
Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur
Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari
Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui
azam mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu diberi
kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.
Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama
lagu Negara untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak
-pihak yang tertentu seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah
menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam
kalangan pelajar dan generasi muda. Peraduan seperti ini akan memberi
kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah
yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara
tidak langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi
silam demi kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah.
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara
dalam setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat
melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang
berwibawa untuk masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai