Anda di halaman 1dari 48

TEMA KEMASYARAKATAN

Peranan Hidup Berjiran


1. Memelihara hubungan baik sesama jiran.
- Hormat-menghormati bangsa, adat, kebudayaan, dan agama
jiran.
- Tidak menyakiti atau mengganggu hak-hak jiran, tidak berbuat
bising, tidak mengejek atau mengeji jiran.
- Bertegur sapa dengan mesra dan ikhlas.
- Kunjung-mengunjung pada hari perayaan.
- Bantu-membantu sesama jiran, contohnya ketika sakit, demam,
dan kenduri-kendara.
- Bersedia membantu jiran apabila diminta.
2. Menjaga keselamatan bersama.
- Menyertai Rukun Tetangga.
- Bantu-membantu mengawasi rumah ketika ketiadaan jiran.
- Menghubungi polis jika ada perkara atau orang yang
mencurigakan di rumah jiran.
- Membantu menyelamatkan jiran atau harta benda apabila
berlaku kebakaran.
3. Menjaga keamanan bersama.
- Elakkan perbalahan dan perselisihan faham dengan jiran.
- Amalkan sikap bertolak ansur dan bersedia berunding dengan
jiran.
- Bersama-sama memerangi kegiatan dadah di kawasan tempat
tinggal.
4. Menjaga kerbersihan tempat tinggal.
- Menjaga kebersihan rumah dan kawasan masing-masing.
- Turut serta dalam aktiviti gotong-royong membersihkan alam
sekitar.
- Tidak membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran dan
mengganggu kawasan jiran.

Kepentingan bergotong-royong
1. Kerja dapat dilakukan dengan cepat.
- Bekerjasama menyiapkan sesuatu tugasan.
- Menjimatkan masa.
- Saling membantu meringankan kerja.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim.
- Dapat bersamah mesra dan berinteraksi dengan baik.
- Kenal-mengenali antara satu sama lain.
- Dapat memahami budaya kaum masing-masing.
3. Memupuk perpaduan antara kaum.
- Hormat-menghormati antara satu sama lain.
- Bersatu padu menjayakan sesuatu perkara.
- Mengelakkan permusuhan dan perselisihan faham.
- Mewujudkan suasana mesra dan harmoni.
4. Menjimatkan wang dan tenaga.
- Aktiviti dilakukan dengan semangat bermasyarakat dan ikhlas.
- Tidak memerlukan modal yang besar.
- Bersamam-sama melakukan tugasan, contohnya memasak
semasa kenduri-kendara
5. Menjaga kebersihan dan keceriaan sesuatu kawasan
- Menghalang pembiakan haiwan punca penyebaran penyakit
seperti tikus dan nyamuk.
- Persekitaran menjadi lebih bersih dan indah.
- Penduduk dapat melakukan aktiviti riadah dengan selesa.

Kepentingan perpaduan antara kaum


1. Menjaga keamanan negara.
- Menjauhi perbalahan atau perselisihan faham antara kaum.
- Menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh
memecahbelahkan rakyat.
- Mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur.
2. Mewujudkan masyarakat yang harmoni.
- Saling menghormati budaya dan adat resam kaum masing-
masing.
- Bantu-membantu dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
- Bertegur sapa dan beramah mesra.
- Tidak berprasangka buruk antara satu sama lain.
3. Membangunkan dan memajukan negara.
- Bertsatu padu memajukan ekonomi negara.
- Menarik minat pelabur asing untuk membuat pelaburan di
Malaysia.
- Menarik perhatian pelancong asing untuk mengunjungi Malaysia
sekali gus menambahkan pendapatan negara.
- Mewujudkan peluang pekarjaan kepada rakyat tanpa mengira
kaum.
4. Memupuk semangat patriotisme.
- Berstu padu menghalang ancaman luar daripada mencuba untuk
menjajah negara.
- Perasaan cinta akan tanah air semakin meningkat.
- Menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.

Kebaikan Rukun Tetangga


1. Menjaga keselamatan kawasan kejiranan.
- Bersama-sama memastikan kawasan kejiranan bebas daripada
jenayah.
- Segera menghubungi polis jika berlaku sesuatu perkara yang
mencurigakan di kawasan perumahan.
- Bekerjasama menjaga harta benda kawasan perumahan,
contohnya taman permainan.
2. Memupuk perpaduan antara kaum.
- Saling menghormati budaya dan kepercayaan kaum masing-
masing.
- Bantu-membantu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau
kegiatan.
- Bertegur sapa dan beramah mesra.
- Tidak berprasangka buruk antara satu dengan yang lain.
- Bertolak ansuk dan bersikap toleransi.

Peranan dan Cabaran Masa Kini


Remaja adalah individu yang mempunyai peranan yang amat penting
dalam membangunkan ekonomi negara.Merekalah yang akan menjadi
pencetus pada generasi yang akan datang.Oleh sebab yang
demikian,remaja perlu diajar dengan ilmu-ilmu yang berguna.Bak kata
pepatah”melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.Terdapat
pelbagai peranan dan cabaran remaja yang perlu dihadapi oleh remaja.
Antara peranan yang perlu dihadapi oleh remaja masa kini adalah
mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita
agar dapat membangunkan lagi ekonomi negara dengan cita-cita
mereka.Untuk mencapai cita-cita mereka,haruslah ada dalam diri
mereka semangat tidak mudah putus asa dan tidak mengenal erti putus
asa.Contohnya pelajar perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang
untuk mencapai cita-cita mereka.
Selain itu,merekalah yang akan mendirikan semula ekonomi negara
apabila besar nanti.Oleh itu amatlah penting remaja perlu diajar
mengenai kesedaran sivik.Guru-guru boleh mengajar tentang
kesedaran sivik kepada para remaja.Guru-guru yang menyediakan
perkhidmatan kaunseling itu mestilah daripada guru-guru yang
berpengalaman serta memiliki kemahiran yang cukup dalam aspek
memberi nasihat yang positif kepada remaja.
Di samping itu,remaja perlu menjauhkan diri daripada terjebak
dalam masalah sosial.Janganlah melibatkan diri dalam gejala
vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan
dadah.Kesemua gejala ini akan merosakan diri remaja itu dan
memalukan nama keluarga.
Seterusnya,remaja juga perlu mematahi segala peraturan dan
undang-undang negara agar negara aman dan rakyat dapat hidup
dalam keadaan haomoni.Apabila remaja mengamalkan sikap yang
terpuji dan tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala
wawasan negara dapat dijalankan dengan sempurna.

Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan


wawasan negara.Remaja yang berkualiti merupakan pemangkin kepada
kecemerlangan negara.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding
bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar
berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita
akan maju setanding dengan negara maju yang lain.

Cara cara menjadi remaja berdisiplin


- sentiasa berfikiran terbuka
=remaja kini haruslah brfikiran secara terbuka dan matang bagi mnjaga
nma baik mereka sebagai seorang remaja yg kian mmbesar.contoh,
remaja haruslah dapat mmbezakan prkara yg baik mahupun yg
daif.prgaulan antara prempun dan lelaki hndaklah ada batasnya.
- mnunaikan kewajipan sebagai seorang anak
=remaja juga mestilah mnunaikan tngungjawab sebagai anak iaitu
dengan mmbntu ibubapa mereka.dan mnunaikan kwajipannya sebagai
seorang hamba Allah dgn mnunaikan solat lima waktu dn
sebagainya...remaja kini amat cenderung kpd prgaulan bebas dan suka
brpoya2 yg telah mngabaikan tnggungjawabnya.
- sntiasa mnghormati orang yg lebih tua
=remaja juga kenalah mnghormati ibu bapa mereka dngn tidak
mninggikan suara ketika brcakap ataupun mnempatkan mereka d
rumah orang tua.contoh, remaja harus sntiasa mnjenguk ibupaba
meraka walaupun mereka mmpunyai ksibukan bkerja...

Remaja berwawasan penjana kemajuan negara


Remaja terdiri daripada golongan muda yang berusia 13 tahun hingga
18 tahun. Remaja memainkan peranan penting dalam memajukan
negara dan golongan inilah yang mudah terpengaruh dengan gejala
sosial. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu berusaha untuk memastikan
remaja kini dapat memainkan peranan dalam menjayakan wawasan
negara iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang
tahun 2020.

Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh. Hanya dengan pelajaran


sahajalah,seseorang itu boleh mengubah nasib
dirinya,keluarga,masyarakat dan juga negara. Tanpa ilmu
pengetahuan,remaja tidak boleh mencipta rekaan-rekaan baru dan
dengan ini kita masih bergantung kepada negara luar dari segi
teknologi. Remaja sepatutnya modal insan cemerlang yang boleh
mereka cipta sesuatu kerana remaja perlu menjadi penyumbang
teknologi, bukannya pengguna teknologi semata-mata.
Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang
terjebak dalam masalah sosial. Janganlah melibatkan diri dalam
vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan dadah.
Kesemua gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukan
keluarga. Kerajaan pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak
untuk menyelesaikan masalah ini. Alangkah baiknya jika remaja
menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti- aktiviti yang
berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem. Lantaran
itu,remaja yang berwawasan perlu menghargai masa dengan sebaik-
baiknya kerana masa itu emas.

Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi segala peraturan dan


undang-undang negara agar negara aman dan rakyat dapat hidup
dalam harmoni. Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan
tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan
negara dapat dijalankan dengan sempurna.

Remaja juga perlu menjayakan segala program yang dianjurkan oleh


kerajaan. Remaja sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada adik-
adik mereka dengan berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan
kempen-kempen seperti Kempen Anti merokok,Kempen Cintailah
Sungai kita dan Kempen Galakan Membaca. Remaja yang menjadi
tonggak negara akan dapat memainkan peranan penting dalam
menjayakan wawasan negara.

Dalam usaha menjayakan wawasan negara, remaja boleh memberikan


sumbangan tenaga dan idea yang berterusan agar aspirasi negara untuk
menjadi negara maju akan terlaksana. Untuk mencapai hasrat
itu,remaja yang berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan
berbentuk pengetahuan dan berusaha untuk meningkatkan keupayaan
diri dari pelbagai aspek seperti pengetahuan ICT yang membolehkan
mereka memperoleh pengetahuan tanpa batasan menerusi Internet.
Mereka boleh bertukar-tukar idea dengan remaja dari negara lain dan
seterusnya boleh menjana idea untuk menjayakan wawasan negara.

Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan


wawasan negara. Remaja yang berkualiti,merupakan pemangkin
kecemerlangan negara. Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding
bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar
berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita
akan maju setanding negara maju yang lain.

Masalah remaja dan cara mengatasi


1)Vandalisme
Perbuatan yang merosakkan segala benda awam merupakan
vandalisme.Di Malaysia pelbagai kemudahan diberikan oleh kerajaan
kepada rakyat tetapi malangnya kenbanyakan daripada kemudahan
awam yang disediakan ini rosak.Hal ini disebabkan oleh sekumpulan
remaja yang tidak bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan
awam ini dengan sewenang-wenangnya.Selain itu,kita dapat mendapti
berita bahawa orang yang terkorban dalam kebakaran ataupun mati
akibat tidak sempat untuk mendapat rawatan di hospital.Salah satu
faktor yang menyebabkan kejadian di atas berlaku adalah
vandalisme.Telephone awam yang sudah dirosakkan menyebabkan kita
tidak dapat membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan
perubatan serta paip yang sudah dirosakkan menyebabkan bomba
tidak boleh mendapat bekalan air untuk memadamkan api dan akhirnya
membawa kepada berlakunya tragedi.
Sebab-sebab
Pengaruh kawan
Selepas kajian dijalankan,kita mendapati bahawa kebanyakan remaja
yang melakukan vandalisme adalah dipengaruhi oleh kawan.Demi
mengeratkan hubungan di antara kawan, mereka sanggup mengikut
apa yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjuk bahawa
mereka mementingkan persahabatan itu.
Amalan moral yang kurang baik
Ajaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak
sekolah tetapi ibubapa juga harus membantu hal ini.Apabila pakar-
pakar mengkaji tentang vandalisme,mereka mendapati bahawa remaja-
remaja ini tidak diberi ajaran yang betul dan mereka beranggapan
bahawa vandalisme adalah perkara yang remeh-temeh sahaja.
Sebagai cara untuk meluahkan ketidakpuasan
Mereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara menggunakan
vandalisme sebagai satu cara untuk melegakan perasaan
mereka.Golongan ini akan menconteng di kemudahan awam dan
dinding-dinding di jalanraya.
Kesan-kesan
Imej negara dijejaskan
Apabila pelancong-pelancong melawat ke negara kita,ia akan memberi
kenangan yang tidak baik kepada pelancong tersebut.Mereka pastinya
akan menceritakan kepada kawan mereka tentang apa yang mereka
lihat.Hal ini menjejaskan pandangan negara lain terhadap Malaysia.
Beban kepada rakyat dan negara
Barang yang rosak memerlukan kos untuk memperbaiki dan
mengganti.Maka,vandalisme akan meningkatkan budjet negara untuk
memperbaki barang-barang yang dirosakkan.
Langkah-langkah
Memberi hukuman yang lebih berat
Pihak berkuasa harus mengenakan hukuman yang lebih berat dan
bukan hanya memberi saman sahaja.SElain itu,kepada mereka yang
sentiasa mengulangi kesalahan tersebut harus dipenjara supaya mereka
tidak berani lagi untuk mengulangi kesalahan tersebut.
Bimbingan kaunselling harus diberi
Bagi mereka yang sentiasa melakukan perkara seperti ini,bimbingan
kaunselling perlu diberi untuk mendapat ahu kenapa mereka berbuat
begitu dan masalah yang dihadapi.Dengan ini,kita dapat membantu
mereka menyelesaikan masalah mereka yang seterusnya membawa
kebaikan kepada orang ramai.
2)Penagihan Dadah
Dadah boleh digunakan sebagai ubat ataupun sebagai senjata.Biarpun
dadah mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan yang
membawa kebaikan kepada kita tetapi ia juga membawa keburukan
kepada kita apabila ia disalahgunakan.Mengikut kajian yang dijalankan,
remaja yang terlibat dalam penagihan mencatat peningkatan yang
mendadak.
Sebab-sebab
Tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga
Remaja-remaja yang tidak mendapat prihatin daripada keluarga mereka
sentiasa diabai.Untuk mengatasi rasa kesedihan yang dihadapi,mereka
mengambil dadah yang membolehkan mereka bakal dan menjadi
penagih dadah selepas memakainya.
Pengaruh kawan
Sesetengah daripada mereka menagih dadh kerana mereka
dipengaruhi oleh ajakan kawan mereka untuk mengambil dadah.Jika
mereka menolak ajakan kawan mereka untuk menagih dadah maka
mereka akan kehilangan kawan baik.Akhirnya,mereka terjebak ke
dalam kancah dadah yang menghancurkan masa depan seseorang.
Rasa ingin mencuba
Remaja pada peringkat ini adalah penuh dengan rasa ingin tahu dan
mencuba.Apabila mereka mendapat dadah,mereka ingin tahu apakah
kesan selepas menggunakannya.Tetapi, mereka tidak menyedari
bahawa mereka telah terjatuh ke dalam perangkap pengedar dadah
yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.
Kesenangan untuk mendapat dadah
Dalam hal berkaitan dengan kesenangan dalam mendapat bekalan
dadah,pehak penguatkuasa undang-undang perlu mengambil
tanggungajawab terhadap perkara perkara ini.Disebabkan
penguatkuasaan undang-undang yang lemah,remaja mudah mendapat
dadah di pasaran dengan mudah secara haram.

Kesan-kesan
Masalah kesihatan
Remaja yang menagih dadah selepas suatu janka masa yang panjang
akan menghadapi masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi,penyakit
mental,kanser dan sebagainya.Hal ini disebabkan dadah mengandungi
kandungan ubat yang beracun.Mengikut kajian yang
dijalankan,sesetengah pil ecstacy yang dijual mengandungi ubat tikus
yang beracun serta serpihan kaca.Serpihan kaca yang dibubuh ke dalam
dadah adalah untuk mempercepatkan kesan ubat tersebut ke atas
penagih.
Peningkatan kes jenayah
Demi mendapat wang bagi melegakan rasa gian penagih dadah,mereka
terpaksa mencuri,merompak ataupun melakukan apa-apa jenayah yang
membolehkan mereka untuk mendapat wang.Oleh itu,kita sering
mendapat berita tentang kes pecah rumah,meragut,merompak dalam
surat khabar.
Pembangunan dan keamanan negara tergugat
Apabila penagih dadah dalam negara kita meningkat,pembangunan
negara tergugat kerana keasyikan mereka untuk mengkhayalkan diri
menyebabkan mereka hilang minat dalam pelajaran dan keiginan untuk
bekerja.Remaja yang tidak belajar dan bekerja akan mengurangkan
pengeluaran negara biarpun dari segi kewangan ataupun tenaga kerja.

Langkah-langkah
Mengetatkan undang-undang
Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menghapuskan
gejala ini terutamanya di kalangan remaja.Undang-undang yang
berkaitan dengan dadah harus dipreketatkan lagi agar pengedar dan
penagih dadah akan bertaubat.Dengan adanya undang-undang yang
baik tetapi pelaksanaan yang lemah tidak akan membantu kitas dalam
menghapuskan gejala ini.Oleh itu, pihak polis harus sentiasa
mengadakan pemeriksaan yang ketat di kastam-kastam untuk
menghalang pengedar dadah yang berniat menyeludup dadah ke dalam
negara kita.
Kempen dan ceramah diadakan
Kempen tentang bahaya dadah boleh dilancarkan oleh mana-mana
pihak untuk menyedarkan remaja kita tentang kebahayaan dadah.Polis
juga patut dijemput untuk memberi ceramah tentang jenayah yang
berkaitan tentang.Pada masa yang sama,polis boleh memberi amaran
keras terhadap sesiapa yang berniat untuk mengedar ataupun menagih
dadah.
Kasih sayang Ibubapa
Ibubapa harus sentiasa memberi perhatian kepada apa yang dilakukan
oleh anak-anak mereka supaya mereka tidak bergaul dengan kawan
yang tidak baik dan seterusnya terjebak ke dalam amalan penagihan
dadah.
Pegangan agama yang kuat
Remaja yang beriman dan mempunyai pegangan agama yang kuat tidak
udah terpengaruh dan dihasut untuk mencuba dadah.Hal ini
disebabkan,mereka adalah kuat dan teguh dari segi mental serta
mereka tidak akan membuat apa-apa perkara yang berada di sisi
undang-undang.

Cara merapatkan hubungan kekeluargaan


Keluarga ialah institusi yang terdiri daripada bapa, ibu, anak-anak,
saudara-mara dan sebagainya. Institusi keluarga merupakan benteng
pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari segi fizikal.
Keluarga yang sempurna mampu melindungi kita daripada pelbagai
dugaan dan pancaroba di dunia luar. Ungkapan slogan "Rumahku,
syurgaku" memanifestasikan kepentingan keluarga kepada kita yang
banyak tidak terperi. Setiap ahli keluarga perlu menonjolkan nilai
toleransi, saling menghormati, kejujuran dan kasih sayang dalam
tingkah laku mereka. Maka, hubungan yang erat bagai isu dengan kuku
dalam institusi keluarga dapat mengelakkan anak-anak daripada
terjebak dalam gejala sosial yang hanya mementingkan dunia
hedonistik semata-mata. Lantas, marilah kita bincangkan usaha-usaha
pragmatik yang perlu diimplimentasikan untuk mempererat hubungan
kekeluargaan supaya mampu mewujudkan keluarga yang bahagia dan
sejahtera.

Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam mewujudkan


hubungan erat dalam keluarga. Mereka merupakan entiti mithali dan
patut mencurahkan kasih sayang terhadap anak bak menatang minyak
yang penuh. Maka, mereka patut mementingkan anak melebihi urusan
kerjaya mereka dan tidak rakus mengejar fatamorgana mereka dalam
aspek kebendaan dan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam
membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapa juga
haruslah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan,
yang mana permata sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Ibu bapa juga mestilah memantau pencapaian akademik
dan mengawasi perlakuan anak-anak untuk mengelakkan anak-anak
daripada terjebak dalam kancah negatif. Maka, mereka perlu mengajar
anak agar tidak tersesat ketika menempuh belantara kehidupan.
Lantas, anak-anak tidak akan berasa seolah-olah diri kehausan kasih
sayang ibu bapa, malah juga menjaga tingkah laku mereka agar tidak
menjejaskan imej keluarga.

Selain itu, kita wajarlah berusaha mewujudkan iklim yang kondusif


dalam rumah tangga untuk mempererat hubungan kekeluargaan. Ahli
keluarga perlu prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain
seperti mana yang diungkapkan, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Kita perlu saling membantu bak aur dengan tebing. Kita juga
perlu sudi mendengar masalah ahli keluarga dan cuba sedaya upaya
untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Yang paling
penting, ahli keluarga patut mengelakkan pencetusan pergaduhan dan
pertelingkahan demi keharmonian keluarga dan tidak mempraktikkan
amalan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Lantas, suasana yang harmoni dan aman dalam keluarga dapat dibina
dan semua ahli keluarga berani menempuh belantara kehidupan tanpa
terpesong ke arah kemudaratan.

Usaha seterusnya adalah mengadakan aktiviti kekeluargaan dari


semasa ke semasa. Aktiviti kekeluargaan vital kerana dapat
mewujudkan suasana yang bahagia sesama ahli keluarga dan juga
mengeratkan ikatan silaturahim bak isi dengan kuku. Misalnya, ibu bapa
boleh meluangkan masa pada hujung minggu untuk membawa anak-
anak pergi berkelah di tepi pantai, ataupun juga mengadakan aktiviti
gotong-royong membersihkan kawasan rumah. Secara tidak langsung,
anak-anak akan dipengaruhi untuk giat melibatkan diri dalam aktiviti
sebegini yang berfaedah dan bukan leka menghabiskan masa melayari
internet dalam rumah dan kancah negatif yang lain. Hal ini
menunjukkan bahawa aktiviti kekeluargaan mampu memberikan impak
yang positif dalam mempererat hubungan kekeluargaan.
Seperkara lagi, kita juga patut menggalakkan ahli keluarga supaya
menganuti ajaran agama kerana semua agama di dunia menyeru
perkara yang sama, iaitu mementingkan kebaikan dan melarang
kemudaratan. Dalam konteks ini, ibu bapa berperanan untuk
mewajibkan agar semua ahli keluarga tidak meninggalkan sembahyang
dan mengamalkan sikap bersopan-santun dan peramah terhadap orang
lain. Menurut Dato' Fadzilah Kamsah, ibu bapa perlu menggalas
kewajipan dalam usaha memberikan didikan agama dan moral yang
secukupnya. Seseorang yang tidak menganuti ajaran agama boleh
diibaratkan sebagai kapal tanpa nakhoda.

Tuntasnya, keseluruhan di atas merupakan antara usaha yang wajib


diimplimentasikan untuk membina institusi keluarga yang mulia.
Institusi keluarga diibaratkan sebagai sebuah bangunan yang terdiri
daripada berjuta-juta batu-bata. Jika semua ahli keluarga melestarikan
tanggungjawab masing-masing, hubungan kekeluargaan yang erat
dapat terjalin. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Akhir kata, institusi keluarga amat signifikan dalam membina
masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seperti mana yang
diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Ahmad Badawi.

Peranan ibu bapa membentuk sahsiah anak


Dalam era globalisasi, anak-anak muda mudah dipengaruhi unsur
negatif daripada media
massa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu
sedar tentang peranan
mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus
dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat
memberikan manfaat kepada masyarakat. Golongan muda merupakan
harapan negara, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Oleh itu, mereka harus diberi kesedaran tentang
kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat merealisasikan
pelbagai wawasan negara kelak.

Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai


kesedaran tentang
pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya ialah mencurahkan
kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu
mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak.
Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-
anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan
mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka
dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-
masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita
kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta
bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau
semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan
membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta
berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah
sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu
bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang
baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar
nasihat ibu bapa.
Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-
anak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat
mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat
dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-
anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak
sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak.
Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti
merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja
patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke
mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru
perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak
mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut
sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak
akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang
dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik
kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia
berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu
bapa.

Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-
anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk
bersembahyang atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti
bergotong-royong. Sebagai contohnya, membawa anak-anak ke masjid
untuk bersembahyang bersama-sma. Dengan itu, anak-anak sedar akan
kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati
perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan
buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang
betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan
dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri
dan tidak
mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut,
merokok, dan mencuri. Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab
berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup
yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar
bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu
bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak
mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada
mereka agar membesar sebagai insan bijaksana dan beretika.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang


dijalankan oleh anak-anak
terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada
usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam
gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit
dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap
pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan
pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap
mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau
rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang
bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau
aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan
yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah.
Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka
kepada jalan kebaikan.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam


membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah
mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik anak-
anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan
dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur
dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan pendidikan anak-anak.
Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur
jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu menjelaskan, sayangkan
anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga
didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang
keperibadian terpuji, bersahsiah dan dapat membantu negara untuk
merealisasikan Wawasan 2020 dan Gagasan Satu Malaysia

Peranan anak terhadap ibu bapa


Isu-isu yang berkaitan dengan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu
bapa kerap dibincangkan dalam majalah dan surat khabar. Hal ini
kerana jasa ibu bapa terhadap anak-anak amat banyak dan anak-anak
wajar membalas jasa ibu bapa. Pada pandangan saya, anak-anak tidak
wajar melupakan jasa ibu bapa dengan menghantar ibu bapa ke rumah
orang tua apabila mereka telah tua. Terdapat beberapa tanggungkawab
yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa ibu bapa.

Antara tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa ialah


memberikan kasih sayang kepada ibu bapa. Anak-anak boleh
menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa melalui pelakuan dan
pemberian hadiah. Anak-anak boleh memberikan hadiah kepada ibu
bapa semasa ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun kelahiran
mereka. Kasih sayang kepada ibu bapa juga boleh ditunjukkan melalui
pelukan dan sentuhan tangan.
Selain itu, anak-anak juga perlu memberikan wang kepada ibu
bapa setelah mereka bekerja. Wang yang diberi kepada ibu bapa
membolehkan ibu bapa menyara kehidupan mereka. Ibu bapa juga
boleh menggunakan wang pemberian anak-anak itu untuk tabungan
hari tua mereka Selain itu, anak-anak juga mesti memastikan tempat
tinggal ibu bapa adalah selesa dan sempurna untuk mereka diami.
Anak-anak juga mesti menjaga keselamatan ibu bapa pada setiap
masa. Jika anak-anak tidak tinggal bersama dengan ibu bapa, pastikan
keselamatan ibu bapa sentiasa terjamin dengan mencari pembantu
rumah untuk menjaga mereka. Anak-anak juga wajar menasihati ibu
bapa agar sentiasa berhati-hati semasa berada di jalan raya. Jika perlu,
ajaklah ibu bapa tinggal bersama-sama agar keselamatan dan
keperluan mereka terjamin.
Di samping itu, anak-anak juga perlu memastikan kesihatan ibu
bapa dalam keadaan yang baik. Jika ibu bapa sakit, hantarlah mereka ke
hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan. Anak-anak juga
hendaklah menanggung segala kos rawatan ibu bapa. Selain itu, anak-
anak boleh mengambil insurans kesihatan untuk ibu bapa kerana
banyak faedahnya.

Anak-anak yang bertanggungjawab akan menziarahi ibu bapa


yang tinggal berjauhan daripada mereka sekurang-kurangnya sebulan
sekali. Mereka wajib pulang ke rumah ibu bapa semasa menyambut
hari perayaan agama seperti hari raya untuk bersama-sama ibu bapa
menyambut hari penting tersebut. Selain itu, anak-anak juga boleh
membawa ibu bapa menziarahi ahli keluarga yang lain. Jika ada
peruntukan kewangan yang lebih, bawalah ibu bapa pergi melancong
ke tempat-tempat yang menarik sama ada di dalam atau di luar negara.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa. Tanggungjawab
anak-anak ini wajar dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Pada
pendapat saya, anak-anak mesti mengelakkan diri daripada melukakan
hati ibu bapa terutama apabila mereka telah tua. Jika anak-anak dapat
menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan baik, pasti
kehidupan anak-anak juga akan bertambah baik dan bahagia.

Keluarga bahagia,negara sejahtera


Keluarga merupakan institusi asas dalam sistem kehidupan makhluk
yang bergelar manusia. Berjaya atau gagalnya institusi tersebut akan
memberikan impak yang besar kepada keseluruhan institusi
masyarakat, serta mempengaruhi kejayaan dan kegemilangan sesebuah
negara.

Keluarga bahagia dapat memberi sumbangan besar kepada


pembangunan umah dan negara, antaranya:-
1)melahirkan individu yang dinamik dan progresif
bijak membuat pilihan dalam kehidupan
bersikap tenang dan cendekiawan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah
berfikiran rasional ketika menilai baik buruk sesuatu perkara
dapat menyumbang idea yang matang ke arah kemajuan negara
2)melahirkan individu yang sihat fizikal dan mental
bijak menangani stres ketika berhadapan cabaran
dapat memikul tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga
3)melahirkan individu yang memiliki sahsiah terpuji
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
tidak terlibat dalam kancah sosial
disenangi masyarakat
4)keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara terpelihara
kesalahan jenayah semakin berkurangan
taraf kesihatan dan taraf hidup semakin meningkat
dapat bersaing dengan negara-negara maju
menjadi destinasi utama pelancong asing yang kagum akan kejayaan
Malaysia

Cara-cara Mengatasi Masalah Banjir Kilat


Saban tahun berita tentang banjir kilat sering melanda beberapa
kawasan di negara kita.Kalau dahulu banjir hanya berlaku di kawasan
rendah yang berhampiran dengan sungai atau di pesisiran pantai tetapi
kini banjir kilat mula menjengah bandar-bandar besar.Justeru,usaha-
usaha wajar dilakukan agar fenomena banjir kilat ini tidak berterusan.
Antara cara-cara mengatasi banjir kilat adalah janganlah kita
membuang sampah ke dalam longkang.Apabila longkang itu sudah
penuh dengan sampah-sarap,longkang itu akan tersumbat.Apabila
hujan turun,longkang akan mengalirkan air itu ke sungai.Apabila
longkang telah tersumbat,air itu akan melimpah keluar dan
menyebabkan banjir.Oleh hal yang demikian,janganlah kita membuang
sampah ke dalam longkang.
Selain itu,sistem perparitan yang tidak tetap juga adalah salah satu
punca berlakunya banjir kilat.Air longkang yang mengalir akibat
tersumbat akan mengalir ke parit.Apabila sistem perparitan tidak
tetap,Apabila air masuk ke dalam parit,air akan melimpah keluar akibat
sistem perparitan yang tidak tetap.Oleh itu,kerajaan perlu membaiki
perkara-perkara seperti itu.
Seterusnya,kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan
sungai.Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang
banyak dalam sesuatu masa,kini pengaliran telah berkurangan.Ini
disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan
buangan.Kerajaan perlu menjalankan proses pendalaman sungai
dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang menyekat arus
air.
Di samping itu,kegiatan pembalakan yang menyebabkan tanah
terhakis dan runtuh ke sungai.Keadaan yang sama juga akan terjadi
apabila aktiviti pembalakan yang giat dijalankan di lereng-lereng
bukit.Untuk mengatasi masalah ini,pemeliharaan hutan merupakan
cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir .Hutan dapat dijadikan
kawasan tadahan hujan yang mampu menyerap air hujan dari mengalir
terus ke bumi.
Tuntasnya,setiap individu perlu memainkan peranan bagi
mengelakkan kejadian banjir kilat berlaku.Di samping dapat
mengelakkan kejadian banjir kilat,alam sekitar akan menjadi lebih
bersih.Apabila alam sekitar bersih kesihatan akan terjamin.
Pencemaran dan cara mengatasinya
A. Pencemaran Air
Pencemaran air adalah peristiwa masuknya zat atau komponen lainnya
ke dalam lingkungan perairan sehingga kualitas (mutu) air terganggu.
Sedangkan dalam kehidupan manusia, air merupakan kebutuhan yang
vital. Sehingga apabila air tercemar, maka akan mengakibatkan
kerugian bagi banyak manusia. Tidak hanya manusia, ekosistem air pun
akan terganggu. Akibatnya, banyak hewan dan tumbuhan yang mati.
Oleh karena itu, jagalah selalu kelestarian alam.
Banyak orang yang membuang berbagai jenis limbah ke dalam air.
Limbah tersebut dibuang melalui jamban dan saluran pembuangan.
Kebanyakan llimbah akan mengalir ke sungai, dan atau laut. Begitu juga
dengan limbah pabrik. Banyak sekali yang dibuang ke lautan dan
meracuni satwa laut.
Ø Sumber Pencemaran Air
Banyak penyebab pencemaran air tetapi secara umum dapat
dikategorikan sebagai sumber kontaminan langsung dan tidak langsung.
Sumber langsung meliputi efluen yang keluar dari industri, TPA (tempat
Pembuangan Akhir Sampah), dan sebagainya. Sumber tidak langsung
yaitu kontaminan yang memasuki badan air dari tanah, air tanah, atau
atmosfer berupa hujan.
Tanah dan air tanah mengandung mengandung sisa dari aktivitas
pertanian seperti pupuk dan pestisida. Kontaminan dari atmosfer juga
berasal dari aktivitas manusia yaitu pencemaran udara yang
menghasilkan hujan asam.
Seperti yang disebutkan di atas, pencemaran air kebanyakan
bersumber dari limbah, diantaranya limbah industri, limbah pertanian
dan limbah rumah tangga.
c. Limbah Rumah Tangga
Rumah tangga menghasilkan limbah, misalnya sampah dan air buangan
yang mengandung detergen. Limbah rumah tangga dalam jumlah
banyak yang masuk ke dalam perairan akan menyebabkan ekosistem
perairan tersebut tercemar.
Di perairan, sampah mengalami proses penguraian oleh
mikroorganisme. Akibatnya, oksigen dalam air akan menurun.
Menurunnya kandungan oksigen sangat merugikan biota, misalnya
berbagai jenis ikan yang hidup di perairan itu.
d. Limbah Minyak
Sering kali ada bahan bakar minyak dan pelumas dari kapal tumpah ke
laut. Hal ini terjadi karena laut merupakan jalur lalu lintas kapal yang
ramai. Oleh karena itu , penyebab utama pencamaran minyak di laut
adalah karena kecelakaan kapal tanker yang membawa minyak.
Pencemaran minyak di laut berpengaruh langsung terhadap biota laut
dan berpengaruh secara tidak langsung terhadap organisme yang hidup
di darat.Yang dimaksud dengan langsung adalah mematikan biota itu
sendiri. Sedangkan yang dimaksud dengan tidak langsung adalah
apabila ada organisme yang memakan biota yang telah tercemar
limbah minyak, maka organisme itupun yang mati pula.
Misalnya ada seekor burung yang memakan ikan di laut yang telah
tercemar limbah pabrik, dapat dibayangkan lama-kelamaan burung
tersebut akan mati keracunan.
Lebih dari itu semua, limbah minyak akan menutupi permukaan laut
sehingga fitoplankton terlapisi oleh minyak. Selain itu, pencemaran ini
juga mengakibatkan cahaya matahari tidak dapat masuk ke permukaan
laut yang telah tercemar. Akibatnya, gerakan fitoplankton pun terhenti.
Padahal kita semua tahu, bahwa fitoplankton merupakan produsen
bagi makhluk hidup di laut. Sehingga, apabila fitoplankton mati, maka
akan menyebabkan ekosistem laut terganggu dan hewan-hewan laut
lainnya pun akan mati.
Ø Cara mengatasi pencemaran air:
Banyak hal yang bisa kita lakukan sebagai cara penanggulangan
pencemaran air.
1) Sadar akan kelangsungan ketersediaan air dengan tidak merusak
atau mengeksploitasi sumber mata air agar tidak tercemar.
2) Tidak membuang sampah ke sungai.
3) Mengurangi intensitas limbah rumah tangga.
4) Melakukan penyaringan limbah pabrik sehingga limbah yang
nantinya bersatu dengan air sungai bukanlah limbah jahat perusak
ekosistem.
5) Pembuatan sanitasi yang benar dan bersih agar sumber-sumber air
bersih lainnya tidak tercemar.
6) Cara penanggulangan pencemaran air lainnya adalah melakukan
penanaman pohon. Pohon selain bisa mencegah longsor, diakui mampu
menyerap air dalam jumlah banyak. Itu sebabnya banyak bencana
banjir akibat penebangan pohon secara massal. Padahal, pohon
merupakan penyerap air paling efektif dan handal. Bahkan, daerah
resapan air pun dijadikan pemukiman dan pusat wisata. Pohon
sesungguhnya bisa menjadi sumber air sebab dengan banyaknya
pohon, semakin banyak pula sumber-sumber air potensial di bawahnya.

B. Pencemaran Suara
Pencemaran suara adalah masuknya suara atau bunyi yang tidak
diinginkan ke pemukiman penduduk. Pencemaran suara dapat
mengganggu aktifitas manusia dan dapat merusak telinga.
Ø Sumber-sumber pencemaran suara:
a. Suara lalu lintas jalan raya
b. Suara pesawat lepas landas atau mendarat
c. Suara pesawat jet
d. Suara mesin pabrik
e. Suara televisi atau radio yang terlalu keras

Ø Cara mengatasinya
Untuk meminimalisir polusi suara ini ada berbagai cara yang bisa
dilakukan yaitu dengan meredam bising yang tidak diinginkan dengan
suara yang menenangkan, pembangunan bangunan peredam bising,
meminimalisir penggunaan kendaraan bermotor, peralatan elektronik
dan pemberian peredam suara oleh pabrik untuk produknya yang
dirasa menimbulkan kebisingan yang melewati ambang batas
pendengaran manusia.
. Pencemaran Udara
Pencemaran udara adalah peristiwa masuknya zat, energi, atau
komponen lainnya ke dalam lingkungan udalra. Akibatnya, kualitas
udara menurun sehingga mengganggu kehidupan manusia dan makhluk
hidup lainnya.
Pencemaran udara umumnya terjadi di kota-kota besar dan daerah
industri/ Pencemaran udara terutama disebabkan oleh pembakaran
bahan baker dari kendaraan bermotor dan gas buangan pabrik.
Bahan-bahan pencemar udara yang merugikan kesehatan antara lain
adalah karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen
oksida, CFC (chlorofluorocarbon), dan asap.
Cara mengatasinya
a) Clean Air Act yang dibuat oleh pemerintah dan menambah pajak
bagi industri yang melakukan pencemaran udara.
b) Mengembangkan teknologi yang ramah lingkungan dan dapat
diperbaharui diantaranya Fuel Cell dan Solar Cell.
c) Menghemat Energi yang digunakan.
d) Menjaga kebersihan lingkungan tempat tinggal.
D. Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah adalah peristiwa masuknya zat atau komponen lain


ke dalam suatu areal tanah. Akibatnya, dapat mengubah atau
mempengaruhi keseimbangan ekologis di areal tersebut. Tanah
mengandung air, udara, dan berbagai sumber zat mineral bagi
tumbuhan. Tanah juga mengandung bahan organik sehingga dapat
menunjang kehidupan mikroorganisme dalam tanah.
Pencemaran tanah dalam daerah yang sempit belum menimbulkan
dampak yang lebih luas seperti pencernaan ekosistem perairan.
Namun, bila pencemaran telah meliputi wilayah yang luas, dampaknya
akan mengubah dan mempengaruhi keseimbangan ekologis.
Pencemaran tanah antara lain diakibatkan oleh pemakaian pestisida
yang berlebihan, buangan bahan kimia limbah industri, penambangan,
and hujan asam.
Ø Akibat yang ditimbulkan oleh pencemaran tanah:
a. Terganggunya kehidupan mikroorganisme tanah. Telah diketahui
bahwa berbagai mikroorganisme dalam tanah sangat berperan dalam
penguraian.
b. Berubahnya sifat kimiawi atau sifat fisik tanah, sehingga tanah tidak
baik (tidak subur) untuk pertumbuhan tanaman.
c. Mengubah dan mempengaruhi keseimbangan ekologis dalam suatu
ekosistem.

Ø Cara mengatasinya
Langkah tindakan penanggulangan yang dapat dilakukan antara lain
dengan cara:
a. Sampah-sampah organik yang tidak dapat dimusnahkan (berada
dalam jumlah cukup banyak) dan mengganggu kesejahteraan hidup
serta mencemari tanah, agar diolah atau dilakukan daur ulang menjadi
barangbarang lain yang bermanfaat, misal dijadikan mainan anak-anak,
dijadikan bahan bangunan, plastik dan serat dijadikan kesed atau kertas
karton didaur ulang menjadi tissu, kaca-kaca di daur ulang menjadi vas
kembang, plastik di daur ulang menjadi ember dan masih banyak lagi
cara-cara pendaur ulang sampah.
b. Bekas bahan bangunan (seperti keramik, batu-batu, pasir, kerikil,
batu bata, berangkal) yang dapat menyebabkan tanah menjadi
tidak/kurang subur, dikubur dalam sumur secara berlapis-lapis yang
dapat berfungsi sebagai resapan dan penyaringan air, sehingga tidak
menyebabkan banjir, melainkan tetap berada di tempat sekitar rumah
dan tersaring. Resapan air tersebut bahkan bisa masuk ke dalam sumur
dan dapat digunakan kembali sebagai air bersih.
c. Hujan asam yang menyebabkan pH tanah menjadi tidak sesuai lagi
untuk tanaman, maka tanah perlu ditambah dengan kapur agar pH
asam berkurang.

Kesan pembalakan terhadap alam sekitar


Memusnahkan flora dan fauna - habitat terancam dan musnah - banyak
haiwan dan tumbuhan mati disebabkan pembalakan yang tidak
terkawal - rantai makanan dan siratan makanan populasi terganggu
Memusnahkan kawasan tadahan hujan - hutan bertindak sebagai span
yang menyerap air hujan - kemudian mengalirkan air hujan perlahan-
lahan ke sungai - sumber air. Tiadanya kawasan tadahan air, akibatnya
sumber air untuk kegunaan penduduk akan berkurang
Menyebabkan berlakunya bencana alam - pokok-pokok di hutan
memainkan fungsi mencengkam bumi - pembalakan haram - hutan jadi
gondol dan terbuka - hakisan dan tanah runtuh - mengancam
keselamatan penduduk di kawasan berhampiran.
Meningkatkan suhu dunia - hutan mempunyai kesan penyejukan
semula jadi, dapat mengurangkan kandungan karbon di atmosfera
melalui proses fotosintesis - pembalakan tidak terancang -
menyumbang kepada masalah pemanasan global
Cara menjaga kebersihan alam sekitar
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia,
tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah
kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan
laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran
seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja
kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam
sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan
digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk
mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga
alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media
massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit,
komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan
peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.
Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang
isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di
televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang
hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk
dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu
mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan
perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam
sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak
mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak
berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini
dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini
lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media
lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen
alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah
kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan
sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan
tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam
sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi
pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang
boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-
cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam
kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-
pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh
dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan
alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu
tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di
bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah
melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja
dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula
diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran
Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam
pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui
kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah
haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan
alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan
moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga
perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar
dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan
dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi
dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap
sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar.
Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden.
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat
mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan
efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan
adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan
minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat
menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa
pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan
plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran
yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.
Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang
pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian
telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang
dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara
di sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin
meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap
setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa
pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin
tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih
baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam
memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang
berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar
daripada terus tercemar.

Kebaikan & keburukan telefon bimbit


Kebaikan:-
1. Alat perhubungan / komunikasi
Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas
pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat
berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada.
Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang
mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah
hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan
tapi terhad di sesetengah tempat sahaja. Teknologi telah berkembang,
manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh
berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan
sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi
dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya.

2. Mendapat maklumat terkini


Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di
mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui
dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun
menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat
terkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.

3. Sebagai Alat Hiburan


Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana
ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video,
kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan
kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongan
kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit
pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja
kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook
dan Twitter

4. Memudahkan Kerja
Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan
telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan
kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefon
bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi
lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya
telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga
khususnya.

Keburukan:-
1. Penyebaran khabar angin
Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar
angin. Ini berlaku apabila khabar angin yang nyata palsu telah
disebarkan melalui kiriman sms. Kepada mereka yang mudah percaya
tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan kepada
pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus
telah member impak yang buruk kepada pihak pihak tertentu.
2. Penyebaran unsur-unsur lucah
Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah
dengan adanya telefon bimbit. Kebolehan telefon bimbit untuk
memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah
memudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi
impak yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap
mereka yang ingin tahu perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini
merupakan salah satu punca akan kenaikan kadar kes tidak bermoral di
sekolah.

3. Pembaziran Wang
Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan
dan GPRS yang terlampau banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya
telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksa menanggung
kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh
dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan
applikasi yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi
Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yang tanpa kita sedari
telah member keuntungan berganda kepada pembekal servis talian.

4. Pembaziran Masa
Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziran
masa. Ini berlaku apabila masa banyak dihabiskan dengan bermain
“games”, melayari laman-laman sosial, melayan sms/mms dan juga
ber”chatting”. Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah
menyebabkan masa untuk beriadah, membaca buku, berjumpa kawan-
kawan dan masa dengan keluarga telah terhad. Ini memberi impak
yang tidak baik untuk jangka masa panjang.
5. Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan berkurangan
Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk
dengan telefon bimbit. Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai
makan, satu keluarga sedang menunggu pesanan mereka sampai, anak-
anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit. Perbualan
terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita
di masa hadapan?

6. Menjejaskan Kesihatan
Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan
kesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih
kerana memberi fokus yang terlampau lama pada “screen” yang kecil.
Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk
mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau
lama membalas sms. Di samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri
mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

7. Menjejaskan Pelajaran
Keburukan ini khusus kepada para pelajar di mana pelajaran mereka
boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji
pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ianya
sekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik
dalam telefon bimbit lebih menarik minat mereka daripada mengadap
buku pelajaran. Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke dalam
kelas, perkara lebih buruk akan berlaku di mana tumpuan kepada apa
yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran untuk membawa
telefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh
semua pihak. Jangan hanya kerana satu dua kebaikan telah menutup
empat lima keburukan. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan
membawa telefon bimbit ke sekolah.

Inilah antara kebaikan dan keburukan telefon bimbit kepada kita


semua. Kita mesti lah bijak dalam menggunakan telefon bimbit.
Gunakan untuk kebaikan dan jauhi keburukan yang mana boleh
member kesan yang buruk kepada kita semua. Fikir-fikirkan.

Kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian


Dalam mendepani arus globalisasi, Malaysia telah berjaya berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal
ini demikian kerana pelbagai kemudahan teknologi yang dicipta
marcapada ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila manusia
berlumba-lumba untuk mencipta teknologi yang memudahkan
kehidupan seharian.
Terdapat pelbagai kepentingan prima penggunaan teknologi
maklumat dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah memudahkan
manusia untuk mendapatkan maklumat di hujung jari terutama dalam
kalangan pelajar. Menerusi teknologi maklumat ini, manusia akan dapat
mempelajari pelbagai maklumat keduniaan yang dapat membuka dan
meluaskan minda mereka. Selain maklumat pendidikan, kita juga dapat
mencari maklumat mengenai hiburan, isu-isu politik dan sebagainya.
Selain itu, manusia juga dapat berkomunikasi antara satu sama
lain tanpa sempadan. Pengenalan mengenai laman sosial seperi
"Facebook","Twitter","Friendster" dan sebagainya telah
menghubungkan manusia dengan dunia luar. Sebagai contoh seseorang
yang berada di luar negara sama ada atas urusan perniagaan atau
menuntut ilmu dapat melepaskan rindu serta bertanya khabar kepada
keluarga tercinta yang berada di perantaan hanya dengan
menggunakan teknologi laman sosial.
Seterusnya, teknologi maklumat ini juga memudahkan ahli
pernigaan menjalankan aktiviti pernigaan mereka hanya di dalam talian
sahaja sekaligus dapat menjimatkan kos dan tenaga. Aktiviti perniagaan
yang dijalankan melalui talian bukan sahaja dapat memudahkan urusan
pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan pembeli atau pengguna.
Akhir sekali, manusia dapat melakukan pembayaran bil dan
urusan perbankan melalui laman sesawang sahaja. Manusia tidak perlu
menghabiskan tenaga dan bersusah-payah untuk menguruskan
pelbagai pembayaran dan urusan-urusan kewangan. Ia juga
memudahkan seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja seharian
membuat pembayaran dengan mudah.
Kesimpulannya, teknologi maklumat yang ada marcapada
memainkan peranan vital kepada setiap manusia. Teknologi maklumat
ini haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin kerana banyak
manfaat yang dapat kita peroleh menerusi peranan teknologi maklumat
itu sendiri.

Kemajuan teknologi dalam pembangunan nagara


1 ) Melonjakkan industri pendidikan negara
membantu pengajaran guru didalam kelas dengan lebih berkesan
memudahkan urusan penghantaran tugasan atau kerja sekolah
merangsang minat dan kreativiti murid dalam penghasilan seuatu
projek
mewujudkan interaksi maya antara tenaga pengajar dengan pelajar
secara efektif

2 ) Membangunkan industri automotif negara


mempercepatkan proses pembinaan sesebuah kenderaan
memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan
memastikan setiap kenderaan mencapai piawai atau standard
keselamatan yang ditetapkan untuk mengelakkan kemalangan
penghasilan kenderaan mesra alam yang lebih menjimatkan petrol

3 ) Merancakkan industri pembinaan negara


mempercepatkan kerja-kerja pembinaan sesebuah projek pembinaan
menambahkan keunikan sesebuah binaan melalui penerapan elemen
teknologi.

Cara menunjukkan semangat patriotik


Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat sering diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang
langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita.
Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam
kalangan masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan.
Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir
masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan.
Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan.
Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk
mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang
akan menjejaskan kemakmuran negara kita.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Antranya ialahmemupuk semangat patriotik sejak dari bangku
sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam
diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan
program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah,
nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya.
Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah
semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga
dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk
memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa
harus sentiasamenanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara
kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu
bapa juga mestimenjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-
anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-
anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa
cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat
pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air
daripada ibu bapa sejak kecil.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan
kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen
yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian
Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen
dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain,
televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program
yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan
rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu
media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit
Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat
cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum di negara kita.
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk
melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan
sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai
kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-
negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu
dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Tokoh-tokoh negara yg anda karumi


Setiap kita mempunyai seseorang tokoh yang amat dikagumi. Ia
termasuklah tokoh politik atau tokoh-tokoh pejuang Negara. Bagi diri
saya, tokoh pemimpin yang amat saya kagumi ialah Tun Dr. Mahathir
Bin Mohamed, bekas perdana menteri Malaysia. Beliau digelar Bapa
Permodenan Malaysia dan merupakan pemimpin yang paling lama
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dari 16 Julai 1981
sehingga 31 Oktober 2003 malah merupakan pemimpin yang paling
lama memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
Hadirin Sekalian, mengapa saya kagumi Tun Dr.Mahathir? Bagi
saya, beliau adalah seorang pemimpin yang sangat berkaliber.
Sepanjang pemerintahnnya, beliau telah menjaga keamanan Negara
dengan baik dan memberikan pembangunan kepada Negara. Beliau
telah membuka mata dunia untuk melihat Malaysia sebagai sebuah
Negara yang meningkat maju. Beliau di kaitkan dengan pembangunan
pelbagai projek mega dizaman pemerintahnya. Seperti, Projek Kuala
Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) dan Koridor Raya
Multimedia (MSC), Pembinaan Litar Antarabangsa Sepang tempat
sukan permotoran berprestij tinggi dan Formula One. Itu adalah
sebahagian idea Tun Dr.Mahathir yang pada hari ini menjadikan Negara
kita terkenal di serata dunia dan disegani.
Hadirin Sekalian, Sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan.
Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan
sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di
pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia
sebagai Negara membangun dan sebuah Negara Islam yang unggul di
rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh
Tun Dr. Mahathir dapat kita lihat dimana sahaja. Sekian dan terima
kasih.
Cara memupuk semangat dlm kalangan pelajar
Kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula
semangat kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat
majmuk di negara ini. Gesaan ini memang wajar memandangkan
generasi muda khususnya pelajar tidak lagi bersemangat kebangsaan
seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau dikatakan
semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah
longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang tidak makan
10 hari. Pada marcapada yang pesat membangun dalam teknologi
maklumat ini, semangat patriotik adalah penting untuk membina jati
yang kental dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan
negara dalam kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah
digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk
kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada
jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan
remaja kita sedar dan insaf, bak kata pepatah “Tak kenal maka tidak
cinta”.Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya
tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara ,
tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan
kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.
Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara
dalam diri setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa
dan negara dalam setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-
menolong, bertoleransi serta berbudi bahasa. Para pendidik hendaklah
menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata
pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan
negara. Pendidikan perlu menyuntik semangat juang dan keyakinan diri
dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan semangat
“Malaysia Boleh” seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan
para pendaki Gunung Everest. Semangat cinta akan negara juga
hendaklah dipupuk pada peringkat awal persekolahan lagi.Ibu bapa
hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati
keutuhan dan kedaulatan negara.
Selain itu,generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat
bersejarah. Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan
sejarah akan melahirkan semangat juang untuk mempertahankan
negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke tempat-
tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan
mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh
Portugis,Belanda dan Inggeris.
Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada
Jalur Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan
perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah
untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa
depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya erti
kemerdekaan terhadap sesebuah negara.
Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik
terutama lagu “Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat
kepada negara.Pihak -pihak yang tertentu seperti Persatuan Sejarah
Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei
bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi
muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada
golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang
banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini
secara tidak langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah
perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara daripada
belenggu penjajah.
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan
negara dalam setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja
supaya dapat melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara
dan pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai