Anda di halaman 1dari 5

PERTAKSIRAN TINGKATAN 3

2014


UJIAN BERTUTUR
BAHASA MELAYU



NAMA : SITI NURUL ATIQAH BINTI JAFRI
TINGKATAN : 3 RANCANGAN KHAS 2



TEMA
KEMASYARAKATAN
Peranan hidup berjiran.
Kepentingan hidup berjiran.
Kepentingan perpaduan antara kaum.
Kebaikan rukun tetangga.

KEREMAJAAN
Peranan dan cabaran remaja masa kini.
Cara-cara menjadi remaja berdisiplin.
Remaja berwawasan penjana kemajuan Negara.
Masalah remaja dan cara-cara mengatasinya.

KEKELUARGAAN
Cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan.
Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak.
Peranan anak-anak terhadap ibu bapa.
Keluarga bahagia, Negara sejahtera.

ALAM SEKITAR
Cara-cara mengatasi masalah banjir kilat.
Pencemaran dan cara-cara mengatasinya.
Kesan pembalakkan terhadap alam sekitar.
Cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar.

TEKNOLOGI
Kebaikan dan keburukan internet.
Kebaikan dan keburukan telefon bimbit.
Kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian.
Kemajuan teknologi dalam pembangunan Negara.

KENEGARAAN
Cara-cara menunjukkan semangat patriotik.
Kepantingan sambutan kemerdekaan diadakan.
Tokoh-tokoh Negara yang anda kagumi.
Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan
rakyat/pelajar.









TEMA 1
KEMASYARAKATAN

Kemasyarakatan bermaksud :
komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu
merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia
bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu.
Peranan hidup berjiran :
menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi
kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.
Dapat mengukuhkan lagi hubungan sillaturrahim sesama manusia tidak kira usia sama
ada yang tua atau muda.
Kepentingan gotong royong :
Kegiatan ini dapat mengeratkan silaturahim antara sesama kita. Masyarakat yang
sejahtera dapat diwujudkan. Usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai
kaum dapat direalisasikan melalui kegiatan seperti ini.
mampu membentuk masyarakat yang kondusif
Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan,
longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen
Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang
tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang
sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara
lebih ke depan dalam era globalisasi ini
Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani
gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-
lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.



Kepentingan perpaduan antara kaum :
semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan
sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah
masyarakat yang bersatu padu.
perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum
Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi
terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu
ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak
Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,
masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan
yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus
dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan
diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat
assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.
perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh
masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan
lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi
dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.

Kepentingan rukun tetangga :

Anda mungkin juga menyukai