Anda di halaman 1dari 3

TEKS PIDATO KEMERDEKAAN

0
TEKS PIDATO KEMERDEKAAN

Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pernah
mengingatkan bahawa tanpa semangat patriotik, kita tidak boleh yakin bahawa kita
dapat bertahan dan mengekalkan hak kita, kemungkinannya ialah Malaysia akan
tinggal nama dalam sejarah cuma.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia
Yang saya hormati saudari pengerusi,
Kombinasi intelektual kehakiman yang penuh berintegriti,
Rakan rakan seperjuangan yang cukup berkredibiliti
Seterusnya warga dewan yang dekat di hati.
Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit
dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana menerusi mauduk pidato saya,
Pembentukan Remaja yang Patriotik Tanggungjawab Bersama
Remaja merujuk kepada individu yang berumur lingkungan 16 hingga 21 tahun
manakala frasa patriotik berasal daripada perkataan Greek, patris yangbermaksud
perasaan dan semangat cinta akan negara dan bersedia berkorban untuk
mempertahankan tanah air. Tanggungjawab bersama pula saya takrifkan sebagai
peranan yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak di Malaysia secara bersinergi.
Ijmalnya, saya ingin membawa anda semua untuk sama-sama kita fahami akan
langkah langkah yang dapat kita laksanakan bagi membentuk generasi muda yang
cinta akan tanah air.
Pragmatik dewan sekalian,
Mantan Presiden Indonesia, Sukarno pernah berkata Berikan aku sepuluh orang tua,
dan aku cuma akan mampu menggoncangkan perahu yang terlangkup namun berikan
aku sepuluh orang pemuda, dan aku akan mampu menakluk dunia. Lantas, ayuhlah

bersama-sama saya kita rungkai satu persatu prakarsa ke arah melahirkan golongan
patriot muda yang berwibawa menerusi 3 prima kata, inspirasi mahakarya.

Pertama peranan ibu bapa dalam mendidik anak anak mencintai negara. Mungkin kini
sudah begitu lama untuk kita bangkitkan, untuk kita ungkitkan betapa untuk kita
bangun meratapi muram durja, meratapi keagungan bumi Parameswara gugur rebah
dimamah penjajah durjana. Namun, hakikatnya manusia yang tidak mengetahui, tidak
mungkin akan memahami dan menghayati seterusnya mengaplikasi. Lantas, perlu bagi
ibu bapa tonggak keluarga untuk mendedahkan anak anak dengan pelbagai bahan
bacaan sejarah negara. Alangkah manisnya apabila anak-anak kita menjadikan Dato
Onn Jaafar sebagai idola dan bukannya Abraham Lincoln, alangkah indahnya apabila
kanak kanak kecil yang baru berdikit mengatur kata namun sudah petah bercerita
tentang Rombongan Merdeka dan alangkah seronoknya andai anak anak muda kita
lebih senang membincangkan tentang strategi perjuangan Tunku Abdul Rahman
berbanding Alexander the Great.
Kedua ayuh hadirin, kita maju selangkah untuk menilai juga merungkai peranan para
seniman dan karyawan dalam industri seni negara. Masihkah hadirin semua ingat baitbait lagu Warisan nyanyian Belasungkawa Sudirman Haji Arshad? Masihkah terbayang
di mata anda, saat Leftenan Adnan Saidi lakonan Hairie Othman ditikam berkali-kali
dengan bayonet oleh tentera Jepun. Semuanya cukup untuk membakar api di dada,
menyemarakkan semangat yang membara, cuma satu suara yang bergema di dalam
diri kita, Aku Bangga Menjadi Anak Malaysia. Kalaulah dengan kemudahan yang serba
kurang pada tahun 90-an pun kita mampu menghasilkan filem Leftenan Adnan, Bukit
Kepong, Anak Satria dan sebagainya. Kenapa tidak pada hari ini, kita giatkan lagi
penerbitan pelbagai filem nasionalisme serta lagu lagu patriotik? Hakikatnya, inilah
langkah paling proaktif untuk mendekati serta menyelami hati budi Generasi Y yang
sukakan hiburan.
Sidang saksi bermisi, saudara dan saudari,
Ketiga Penggubalan undang undang yang lebih ketat untuk memelihara maruah
negara. Menjelang sambutan jubli perak kemerdekaan negara iaitu pada tahun 2007
lalu, seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Taiwan seolah-olah merentap
keharmonian yang kita kecapi selama ini apabila memuat naik video yang menghina
lagu Negaraku, lagu kebangsaan kita. Ayuh kita renung bersama saudara dan saudari,
andainya Allahyarham Tunku Abdul Rahman masih berada bersama kita, apa kata
beliau? Mungkinkah akan menitis air mata Bapa Kemerdekaan Negara? Di sinilah

perlunya untuk kita merangka pelan tindakan terhadap segelintir golongan muda yang
cuba mencemarkan keamanan serta kedamaian yang kita kecapi selama ini. Mereka ini
sewajarnya dihantar ke pusat pusat pemulihan akhlak dan menjalani sesi kaunseling
bagi menyedarkan mereka bahawa ini negara kita, buruk,baik,cantik atau jelik, ini
tanah tumpah darah kita. Tempat kita dilahirkan dan besar kemungkinan tempat kita
akan disemadikan.
Hadirin,
Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan patriotisme sebagai budaya
dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak
bermaruah. 502 tahun lalu kita dijajah selama 446 tahun. Seandainya saat ini,
kemerdekaan yang ada tidak kita hargai dengan patriotisme, ingatlah, bahawa taktala
ayam direban disambar helang, padi di tangan menjadi lalang, sejarah mungkin akan
berulang

Anda mungkin juga menyukai