Anda di halaman 1dari 7

Tajuk : Kenali Malaysia Kita

1,2,3 (konduktor)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…


Salam sejahtera
Salam perkenalan
Salam muhibbah
Salam ukhwah

Kami, dari Sekolah Kebangsaan Puncak Alam mempersembahkan bicara berirama


Yang mengintai sejarah… cintai Negara…
Bertajuk KENALI MALAYSIA KITA.

1,2,3 (konduktor)

Malaysia…
Sebuah Negara merdeka
Kaya dengan hasil buminya
Masyarakat majmuk tiang Negara
Perpaduan prinsip asasi bersama
Kaya pelbagai budaya
Mewarisi tinggalan moyang dan lagenda
Megah menyusur zaman

1,2,3 (konduktor)

Malaysia terkenal dengan masyarakat berbilang kaum


Melayu…
Cina…
India…
Malaysia juga terkenal dengan etnik peribumi yang sungguh unik
Kaum Iban misalnya “Agi Idup Agi Ngelaban”
Ada juga Kadazan, Melanau, Murut, Bajau, Bidayuh…
Macam-macam lagi
Etnik jawa misalnya “Kabare?”
“Waras”
Ada juga Banjar dan Bugis…

Malaysia sanagt terkenal dengan pelbagai dialek


Dialek Kelantan misalnya “Gomo Kelate, Gomo”
Setiap negeri ada dialek mereka sendiri
Misalnya di Terengganu “ Mung dah makang?
Dialek Nogori Sembilan “Apo kono eh jang… kau menung ajo…”
Semua membuktikan keunikan masyarakat majmuk
Satu Malaysia.

1,2,3 (konduktor)

Budaya Malaysia Budaya Ketimuran


Budaya sebangsa
Pantun Melayu warisan zaman
Biar mati anak, jangan mati adat
Adat menjadi sanjungan…
Bersama meraikan hari perayaan semua bangsa
Aidil fitri, Tahun Baru Cina, Deepavali…
“Selamat Hari Raya…”
“Gong Xi Fa Cai…”
Bersama menghormati agama masing-masing…
Menggunakan satu bahasa yang sama
Dalam komunikasi,
Dalam pendidikan,
Dalam urusan rasmi,
Bahasa apa? Bahasa Malaysia…

1,2,3 (konduktor)

Warisan seni… tinggalan terindah


Batik dan Songket… tak lapuk dek zaman
Wau Bulan, congkak, gasing dan ting-ting…
Tinggalan nenek moyang
Silat Gayung, Silat Cekak, Seni dalam gelanggang…
Ulek Mayang, zapin, ghazal, dan kompang…
Terus menyelusuri zaman.
Berbanggalah wahai generasi muda
Kita kaya tinggalan lama…

1,2,3 (konduktor)

Negara bertamadun tentu sekali punya identiti yang mengagumkan


Sejarah yang membina modal insan
Jawab soalan ini ye…
Bilakah kita Merdeka?
Semua rakyat jelata tahu…
31 Ogos 1957
Tahukah sejarahnya?
Merdeka, Merdeka, Merdeka !!! (dilaungkan)
Tepat pukul 12.00 tengah malam,
Di Padang Kelab Selangor,
Bendera Union Jack diturunkan…
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan…

1,2,3 (konduktor)

Soalan seterusnya,
Bila pula tarikh pembentukan MALAYSIA?
Tentu ramai yang tidak tahu jawapannya,
16 September tahun 1963…
Tahukah sejarahnya?
Malaysia dibentuk melalui gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura…
Atas persetujuan bersama…
Sejak itu, bendera kebanggaan kita dikibarkan dengan penuh megah…

“Benderaku yang gagah perkasa


Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia”

1,2,3 (konduktor)

Soalan seterusnya,
Apakah nama bendera kita?
Jalur Gemilang…
“14 melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemillang… kami semua bersatu
Perpaduan… ketaatan…
Amalan murni rakyat Malaysia
Berkibarlah… Berkibarlah… Berkibarlah…
Jalur Gemilang. ”

Tahukah sejarahnya?
Reka bentuk asalnya adalah ciptaan seorang arkitek kerajaan johor yang bernama
Mohamad Bin Hamzah.

1,2,3 (konduktor)
Bagaimana dengan lagu kebangsaan kita?
“Negaraku…
Tanah tumpahnya darahku…
Rakyat Hidup Bersatu dan Maju”
Tahukah kalian akan sejarahnya?
Ceritakanlah…
Sebenarnya, lagu asalnya berjudul Terang Bulan,
iramanya sama seperti lagu Mamula Moon
yang berasal dari Pulau Seychelles,
tempat tinggal Sultan Perak suatu masa dahulu.
Owh… Pernah menimbulkan kontroversi ni…
Sejarahnya, kerajaan Malaysia sepakat memilih
lagu kebangsaan negeri Perak
untuk dijadikan lagu kebangsaan negera kita
Malaysia…

1,2,3 (konduktor)

Banyak-banyak bunga, bunga apa yang paling unik?


Anggerik, Melor, Mawar,
Bunga Tahi Ayam… Hihihi
Cis!
Bunga yang paling unik ialah Bunga Raya, antara identiti Malaysia
Tahukah kalian nama saintifiknya,
Apa dia?
HIBISCUS ROSSA
Kenapa mesti bunga raya?
Kenapa bukan bunga keembong ke, bunga senduduk ke?
Nak tahu keunikannya?
Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman
memilih bunga ini kerana…
Keunikan bunganya yang berwarna merah
Lambang keteguhan politik dan ekonomi
Serta sifat keberanian menempuh cabaran
Lima kelopak membawa maksud
Lima prinsip Rukun Negara
Ingat tak 5 perkara tu?
Pertama, Kepercayaan kepada tuhan
Kedua, Kesetiaan kepada raja dan Negara
Ketiga, Keluhuran Perlembagaan
Keempat, Kedaulatan undang-undang
Kelima, Kesopanan dan kesusilaan…
Seperkara lagi,
Kepelbagaian bentuk, warna dan ukuran bunga raya
Menjadi lambang pelbagai bangsa, agama, dan budaya
Yang harmoni di Malaysia…

1,2,3 (konduktor)
Soalan seterusnya…
Sejak kita merdeka, sudah berapa orang Perdana Menteri yang mentadbir Negara?
Lima orang…
Eh, salah tu
Enam…
Kenalkah kalian siapa mereka?
Tentulah…
PM Pertama ialah Yang Teramat Mulia,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
digelar Bapa Kemerdekaan Negara
Kedua…
Tun Abdul Razak Bin Hussein
Digelar Bapa Pembangunan
Ketiga…
Tun Hussein Onn
Digelar Bapa Perpaduan
Keempat…
Tun Mahathir Mohammad
Digelar Bapa Pemodenan
Kelima…
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Digelar Bapa Pembangunan Modal Insan
Kini, PM kita ialah Datok Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak
Sinonim dengan gelaran Bapa Transformasi
Kewibawaan mereka memimpin Negara
Terbukti dengan wujudnya pembangunan
Dan aliran teknologi dalam semua bidang…

1,2,3 (konduktor)
Malaysia tanah bertuah,
Masih kaya dengan hasil bumi,
Hasil tani yang membantu pertumbuhan ekonomi Negara
Antara pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia
Antara pengeluar minyak petroleum utama dunia
Dan banyak lagi…
Hasil industri lambang kemajuan negara
Perkilangan, teknologi bermotor, komunikasi…
Sentiasa menuju arus peredaran zaman.

1,2,3 (konduktor)
Panorama Indah dari utara menuju selatan
Pantai Timur ke Barat
Destinasi pelancongan
Destinasi percutian keluarga
Ada pulau dan pantai indah ciptaan Allah
Ada gunung dan bukit yang mempesonakan
Destinasi rekreasi dan riadah bersama keluarga, sahabat handai…
Zoo Negara dan Taman Negara
Dan banyak lagi…
Inilah yang dikatakan,
Pelancongan turut menjana pembangunan Negara…

1,2,3 (konduktor)
Bangsa bertamadun Bangsa berilmu
Kelahiran pusat pendidikan bagai cendawan
Institusi Pengajian dan Universiti
Memangkin akal generasi penyambung zaman
Menara Gading menjadi tumpuan

1,2,3 (konduktor)
Impaknya,
Malaysia terus membangun
Memiliki bangunan-bangunan megah pencakar langit nan indah
Ciptaan anak Malaysia
KLIA, Twin Tower…
Litar Sepang, Stadium Bukit Jalil…
Kereta berjenama Proton dan Perodua
Iswara, Wira, Perdana, Gen2, dan Persona…
Myvi, Viva, Alza dan Ezora…
Megah meluncur membelah jalan raya, lebuh raya, hingga ke pelusok desa…
Komuter dan LRT…
Memenuhi keperluan warga kota raya yang sibuk bekerja

1,2,3 (konduktor)
Kini, transformasi terus menjana pemikiran rakyat
Teruslah maju Malaysiaku
Teruslah bangkit membina akal dan akhlak
Terus bertamadun dan kaya ilmu
Terus menuju Wawasan bersatu
Wawasan 2020 masih diburu

1,2,3 (konduktor)
Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi…
Daun Kerini Daun Selasih
Sekian Di sini Terima Kasih

TAMAT

Hak cipta Terpelihara :


Pn Nor Asmah Ithnin
Guru BM, SMK Tun Ismail.

Anda mungkin juga menyukai