Anda di halaman 1dari 6

SKRIP BICARA BERIRAMA

‘BUMI KITA SEMAKIN TUA’

Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita,semua serupa
Damailah manusiakita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Kami sembah pembuka bicara

Tuan-tuan dan puan-puan


Kami
Generasi pencetus revolusi
Pemangkin transformasi
Mempersembahkan
Bicara berirama
“bumi kita semakin tua”
Saksikanlah.

Semua sibuk dengan hal sendiri

Aku belum mandi


Tak tun tuang 2x

Syhhh…diam!
Nanti cikgu datang

Tapi masih cantik


Tak tun tuang 2x

Selamat pagi murid-murid

Selamat pagi cikgu (suara upin-ipin)

Murid-murid,hari ini kita nak belajar tentang


CUTI-CUTI MALAYSIA

WAH!!!

Hah!siapa pernah pergi bercuti?

Saya cikgu! Saya! Saya!


Pergi London(Excuse me)
Korea (Annesayo)
Jepun (Konniciwa)
Thailand (Sawadikap)
Haih,kan saya cakap tadi..Cuti-cuti Malaysia.
Saya pergi pantai cikgu
Pergi pantai boleh mandi laut
Boleh berenang
Swish,swish,swish

Tiba-tiba..

Tolong,tolong,tolong

Awak kat mana?


Awak,awak kat mana?

Saya kat sini!


Tolong!tolong!
Ada obor-obor

(Angkat plastik) Laaaa…ni plastik, bukan obor-


obor.

Fuh,terkejut saya!

Pasir putih tepi pantai


Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Di antara deru rindu
Kita berdua…

Aduh! Sakitnya kaki aku!


Datang mana penutup botol banyak-banyak ni!!
Aku ingat kena hati-hati dengan cangkerang je.

Tu la kawan-kawan
Laut kita kotor
Pantai kita kotor
Buang sampah merata-rata
Sana sampah
Sini sampah

Dulunya…pantai putih,bersih
Qu puteh,qu puteh barulah
putih,mmmuuuah..hahaha..

Sekarang…hitam!
Eeee..hitamnya.macam dayang senandung.

Cikgu dah ajar


Ibu bapa dah pesan
Menteri dah kata
Jangan buang sampah merata-rata
Mereka pula kata
Nanti..orang tak ada kerja

Sampah oooo sampah


Kenapa engkau banyak?

Macam mana aku tak banyak


Manusia malas sangat
Manusia malas sangat

Tak nak lah pergi pantai


Baik kita pergi bercuti tempat lain cikgu.
Pemberita
Berita tv6 melaporkan
Berlaku kejadian tanah runtuh dan banjir kilat
Melanda beberapa buah negeri
Akibat hujan lebat yang berterusan
Semua penduduk terpaksa dipindahkan
Dan kerugian dianggarkan ribuan ringgit

Macam mana nak pergi bercuti cikgu?


Sana banjir
Sini tanah runtuh
Mana-mana pun tak boleh pergi

Kawan-kawan
Kenapa semua perkara ini terjadi
Semua ini sebab
Tangan manusia yang durjana
Tangan manusia yang membinasakan
Semua pokok ditebang
Habis bukit digondol
Hutan semua diganti dengan hutan konkrit.

Bumi yang tiada rimba


Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara


bagai tiada nyawa
pasti hilang suatu hari
tanpa disedari

Cikgu! Cikgu! Kita pergi lawat tempat sejuk lah.


Bukit tinggi
Cameron Highland

Saya nak beli baju tebal


Sarung tangan
Topi strawberi
Mesti sejuk tempat ni.
Aduh,panasnya pakai baju tebal-tebal
Kata sejuk,biasaaa ja
Baik duduk rumah,pasang penghawa dingin
Lagi sejuk…(mengigil)
Tanah tinggi tak boleh
Pantai tak boleh
Hmmmm…(sambil fikir)
Boleh jumpa..
Nabila Razali(cumi-cumi 3x)-P
Altimet (amboi3x)-L

Tengok!kat atas tu!


Apa tu?kapalterbang?
Bukan!
Helikopter?
Bukan!

Itu Menara berkembar petronas


Jom kita melawat KLCC!

Fuhh..panasnya.panas!panas!panas!
Ohok!ohok!ohok!
Banyaknya asap
Udara kita dulu bersih,nyaman dan segar
Hmmm..hmmmmm(nafas lega)

Sekarang..udara tercemar
Pencemaran udara merata-rata

Asap kereta (pon.pon)


Asap motor (bromm,bromm)
Asap kilang
Ahhh..pedih mata!

Sibuk nak kejar kemajuan


Sampai lupa tanggungjawab
Jaga alam sekitar

Inilah dunia moden


Ya!dunia moden!
Arus modenisasi mengalir deras
Negaramaju jadi dambaan
Tapi sayang!
Tak pandai jaga alam sekitar
Untuk generasi akan datang

Berjalan-jalan di tepi tasik,


Bila berjalan perlu berhati-hati
Alam perlu di jaga cantik,
Agar dilihat generasi nanti.
Kami generasi anak-anak muda
Akan memastikan
Flora dan fauna
Akan kami pelihara
Sebagai tinggalan untuk generasi akan datang

Bulat air kerana pembentung


Bulat kata kerana muafakat

Ringan sama dijinjing


Berat sama dipikul

Ayuh
Kita bersama-sama
Berganding bahu memelihara alam sekitar kita
Untuk kita duduki

Alam anugerah dari Ilahi


Anugerah yang hanyut kita hargai
Hendaklah dijaga dan disayangi
Bukan dirosakkan atau dicemari

Di mana-mana kita melihat


Penebangan pokok tanpa disekat
Kononnya pembangunan sebagai tiket
Kerakusan manusia itulah hakikat

Dunia ini semakin tua


Kemusnahan tidak ada ubatnya
Penyakit datang tidak berjangka
Nyawa di ambil datang seketika

Tegur menegur setiap masa


Kerjasama sesama kita
Alam anugerah untuk dijaga
Dari pencipta untuk manusia

Usaha mengangkat kebersihan alam sekitar


Ke peringkat yang boleh dibanggakan
Perlu disokong semua
Kita ketepikan
Perbezaan kaum dan agama
Di negara ini.
Satu suara
Satu harapan
Betul tu murid-murid
Kekuatan sesuatu negara dapat digambarkan
Melalui
Amalan kebersihan oleh masyarakatnya

Colombia (ooooo)
Switzerland(aaaaa)
Canada (emmmm)
Dan tidak lupa juga negara jiran kita
Singapura (waaaaaahh)

Kebersihan negara mereka


Mampu menjadikan mereka
Masyarakat yang berdaya saing,maju dan
dikagumi
Seantero dunia

Eh,nampaknya masa saya dah habis. Terima


kasih murid-murid.

Terima kasih cikgu.

Untuk mengejar sesuatu kemajuan


Alam
Bukan taruhan!

Salam perpaduan
Salam lestarikan alam sekitar
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai