Anda di halaman 1dari 10

SMK MUNSHI ABDULLAH

KULAI, JOHOR

SKRIP BICARA
BERIRAMA
PEMBUKA
R (Pantun) Dokoh pusaka warisan sezaman,
Menjadi hiasan pewaris ibunda,
Assalammualaikum penanda aman,
Selamat sejahtera kepada anda.

R (Nyanyian) Bumi tanpa lautan,


Akan kehausan,
Pasti lambat laun hilang,
Duniaku yang malang.

B Panasnya!
Kotornya!
(Batuk) Pencemaran sana sini!

S (Sajak) Dahulu,
bumi kita tidak sejelek ini,
bebas dengan segala pencemaran,
Bersih dan indah,
Tapi kini,
Bumiku rakus digondol,
Oleh tangan petualang.

S (Suara tangisan)

R (Nyanyian) Janganlah menangis sayang,


Lihatlah alam terbentang,
Sungguh indah ciptaan Tuhan,
Kehijauan dan menyegarkan
Nikmatilah, sebelum kehilangan.

R Permulaan suatu kelahiran,


Di mana bumi dicipta indah nian,
Burung-burung bebas berkicauan,
Pokok-pokok di rimba tumbuh kehijauan,
Amat mempesona pandangan,
Udara yang dihirup sungguh menyegarkan,
Sungai yang mengalir dalam kejernihan,
Masih tidak mengenali apa itu pencemaran!

R (Nada robot)
Selamat datang ke paradigma bermulanya zaman kemusnahan
alam.
Anda akan diperlihat dan diperdengar radiasi-radiasi
kerosakan alam.
Kepupusan alam sekitar sedang bermula!
Lima, empat, tiga, dua, satu…bom!
SEGMEN 1

R Punca kemusnahan alam yang pertama.

R Realiti kehidupan masyarakat kita.


Masih ada lagi yang berada di takuk lama.
Masih ada lagi yang melanggar peraturan.
Tidak percaya?
R (Nyanyian)
Dengarkanlah,
Begitu malang, bumi yang indah,
Dikotori oleh tangan manusia,
Membuang sampah merata.

R Pacak tiang larangan sampah,


di situ juga sampah bertambah.
Siapakah yang buat?
Manusia!

B Ayahanda marah?
S Tidak…ayahanda bukan marah…ayahanda beri nasihat!
B Jangan marah ah…nanti kena jual!
S Emmm…

R Setiap hari sebanyak 37,000 tan sampah dihasilkan di negara


ini.
Hal ini bermakna, kira-kira
13.5 juta tan sampah yang terhasil setiap tahun.
Perbelanjaan menguruskan sampah seberat itu hampir
mencecah
RM 2.2 bilion setahun!
Angka-angka tersebut amat menakutkan!

Buang sampah…
R
Ke dalam sungai!
Buang sisa toksik
Ke dalam laut!
Manusia, manusia…

B Jangan bergerak!
Kami Pegawai Alam Sekitar, anda semua ditahan!
Apa salah kami?
Menurut Undang-undang Alam Sekitar, dilarang membuang
sampah ke dalam sungai!
Anda semua boleh didenda maksimum RM100 000 atau
dipenjarakan lima tahun.
Oh…tidak!

(Nyanyian)
B Jangan, jangan buang sampah merata,
Nanti masuk penjara…
Bukan tiada ilmu di dada,
Tapi saja buat lupa…
Jeling, jeling,
Hei…
Kau menjeling,
Hei…
Jangan sampai tertangkap,
Nanti, nanti, kau dibicarakan,
Turun naik mahkamah…

R Air yang tercemar akan mengandungi bahan kimia seperti


sodium,
nitrat,
merkuri,
yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Sodium akan memberi implikasi kepada jantung,
merkuri pula boleh menyebabkan masalah saraf.

Oleh itu, sudah tiba masanya kita mengubah sikap


ke arah mengutamakan kesejahteraan alam sekitar.

(Nyanyian) Jangan, jangan, jangan,


Cemari alam sekitar,
Bumi sudah tua, kita harus hargainya.
Mungkin esok atau lusa kepupusan melanda,
Jangan pula kita sesali angkara tangan manusia!
Ha...ha…ha… ha…ha…ha…ha…ha…

SEGMEN 2 (Nada Robot)


R Selamat datang ke pasca pemulihan alam sekitar.
Anda akan kami bawa menyelusuri ketamadunan etika
globalisasi
di mana wujudnya usaha melestarikan bumi..bumi..bumi

R (Nyanyian) Ada mata pandang,


Ada telinga dengar,
Ada mulut diam.
Ada akal fikir,
Ada hati bersih.

Kalau tiada angin, masakan pula pokok bergoyang.


Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Ha, jangan jadi ‘makcik bawang’!
Setiap permasalahan, pasti ada jalan penyelesaian

S (Sajak)
Bumi yang bertuah ini, hanya satu!
Kehancurannya mampu menenggelamkan alam buana,
Melupuskan flora dan fauna,
Dan menghentikan tiap yang bernyawa.
Peliharalah,
Dengan amalan kitar semula!

R Ya, kitar semula!


Mari kita kurangkan pembuangan sampah harian
Melalui program 3R

S Saya tahu..saya tahu.. roti canai, roti tisu, roti bom


R Bukan!
3R ialah…
S Reduce… kurangkan penggunaan barang baru
S Reuse… guna semula barang yang lama
S Recycle...kitar semula dan asingkan sisa pepejal mengikut
jenis dan tong kitar semula yang betul

R (Nyanyian)
Bersama kita jayakan kempen kitar semula, hei…
Sila-sila wahai semua,
Mari-mari kitar semula,
Asing-asing plastik dan kaca,
Pilih-pilih tong tiga warna.
Biru, coklat dan juga jingga,
Bahan buangannya, berbeza-berbeza.
Hei...he...hei…jangan tersalah pilih...hei...hei

B (Wayang kuro)
Buang apa tu?
Surat khabar, majalah...
Pilihlah tong yang berwarna biru
Oh...glup, glup, glup…aaaah...
Bukan buang di sini!
Tin aluminium perlu dibuang ke dalam tong berwarna jingga!

R Kesannya,
Amalan 3R dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal dan
seterusnya mengelakkan bahan kitar semula dilupuskan di
tapak pelupusan
Jadikan amalan 3R, budaya kita!

R Untuk memelihara alam sekitar supaya sentiasa bersih,


Kita haruslah berganding bahu dengan pelbagai pihak.
Emm…dengan siapa?

R (Nyanyian)
Marilah semua…
Bekerjasama dengan SWM…
Syarikat konsesi sisa pepejal…
Malaksanakan tanggungjawab pembersihan awam.
R Buanglah sampah dan sisa pepejal di tempat yang telah
disediakan
SWM Environmrt Sdn Bhd telah menyediakan
Tong sisa di setiap tempat
Kulai, Senai, Skudai, Johor Bharu
Semua adalah
Jom, Indahkan alam sekitar.
Hubungi Talian Indahkan Malaysia
1-800-88-7472
Anda juga boleh layari laman web
WWW.SWM-Environment.com
Atau #SWMSB

B Tit…tit…tit…surat khabar lama...besi lama...


Apek! Apek! Sini...sini... kitar semula!
Wah, banyak bagus!
Penutup
(Pantun)
R Warnanya cantik si ikan laga,
Menari-nari di balang kaca,
Alam sekitar perlu dijaga,
Pelihara dan pulihara tugas bersama.

R Ayuh! Mariklah kita sayangi bumi!


Bumi bersih, hidup sejahtera!

R Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kami menumpang mandi,
Kalua ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

R Sekian sahaja,
Bicara berirama daripada kami semua.
Terima kasih.

PETUNJUK:
R – RAMAI
S – SOLO
B – BARISAN MURID

Anda mungkin juga menyukai