Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya

hadirin sekalian. Kawan-kawan, mahu mendengar cerita? Jom..

Saya disini pencinta bumi, akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Bumiku yang
Indah”Aku planet yang Indah, syurga kepada semua kehidupan, Tetapi, masyarakat semakin
maju dan moden, Kini dicemari. Manusia, Yang jahil dan rakus, Lihatlah, Udara yang
semakin beracun, Air yang semakin keruh dan kotor, Hidupan yang semakin sakit dan
terseksa. Hai, kawan-kawan. Nama aku Bumi. Aku merupakan sebuah planet yang terdapat
dalam sistem suria. Tahukah kawan-kawan terdapat 8 planet yang mengelilingi matahari
dalam sistem suria kita? Aku merupakan planet pada kedudukan yang ketiga dari matahari.
Kedudukan aku ini menjadikan aku sebagai planet yang mempunyai hidupan. Nak tahu
mengapa? Aku merupakan satu-satunya planet yang mendapat haba yang sesuai daripada
matahari untuk hidupan. Keadaan yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk amat sesuai
untuk kehidupan. Lapisan atmosfera yang menyelubungi aku juga mempunyai udara yang
sesuai untuk hidupan bernafas. Oh ya jangan lupa… Aku juga mempunyai air yang
merupakan kepentingan asas bagi hidupan. Kawan-kawan tak akan jumpa keadaan ini di
planet lain. Saintis mengatakan umur aku 4600 juta tahun… yang pasti aku sudah lama
diwujudkan oleh tuhan pencipta alam yang maha Esa. Kini aku semakin tua… Kini aku
sangat sedih! manusia yang menghuni di atas tubuhku telah banyak melakukan kerosakan.
Berjuta masalah kini aku hadapi. Aku tidak dihargai seperti sepatutnya. Keadaan aku semakin
kotor kerana masalah pengurusan bahan buangan yang tidak terancang oleh manusia yang
tidak bertanggungjawab. Di sana sampah, di sini

sampah. Longgokan sampah berada di mana-mana. Persekitaran yang dipenuhi sampah akan
menggalakkan pembiakan nyamuk aedes, lalat, tikus dan lipas. Haiwanhaiwan ini akan
menyebarkan wabak payakit. Apabila manusia jatuh sakit, siapa yang perlu dipersalahkan?
Mereka dan keluarga mereka juga…. Pohon tidak bersuara lagi, penghuni hutan tidak dapat
dijumpai. Pokok-pokok ditebang sewenang-wenangnya menyebabkan tanah, mudah terhakis .
Tanah yang terhakis dan mendap di dasar sungai menyebabkan sungai semakin cetek. Ada
juga manusia yang suka membuang sampah ke dalam sungai dan longkang. Ini semua
menyebabkan saliran air tersumbat. Semasa hujan turun dengan lebat berlakulah banjir kilat.
Bencana banjir menyebabkan kemusnahan harta benda dan turut mengancam nyawa .
Apabila ini berlaku siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka juga… Manusia merungut
kerana selalu ke hospital untuk mendapatkan rawatan asthma, alahan kulit dan sesak nafas.
Tapi tidakah mereka sedar bahawa merekalah yang menyebabkan ini semua? Asap-asap
kilang dibebaskan tanpa dirawat. Asap kenderaan semakin banyak bertambah sejajar dengan
pertambahan kenderaan. Ditambah pula dengan, asap pembakaran terbuka dan asap rokok.
Semua ini telah mencemarkan udara. Menyebabkan manusia menyedut udara kotor yang
mengancam kesihatan paruparu. Kulit mereka mula terdedah kepada kotoran dan bahan kimia
berbahaya. Apabila ini berlaku, siapa yang akan merana? Mereka dan keluarga mereka juqa...
Oleh itu kawan-kawan, aku ingin merayu kepada insan yang bergelar manusia di bumi ini….
Wahai manusia yang arif lagi bijaksana! buanglah sikap tidak endah kepada pencemaran
bumi, buanglah sikap yang menyebabkan bumi merana, buanglah sikap angkuh dan sombong
yang menyebabkan bumi musnah dan sedih. Uruskanlah bahan buangan dengan bijak dan
bertanggungjawab."Jaga bumi dan dia akan menjagamu.

Daun pegaga, buah bidara,


Ulam ulaman enak dimakan.
Bumi hijau harus dipelihara
Anugerah terundah ciptaan tuhan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai