Anda di halaman 1dari 2

Pidato Sayangi Alam Sekitar.

Bismillahirrahmanirram. Berdirinya pokok kerana akar umbinya, berdirinya Menara Kuala


Lumpur kerana kekuatan rangkanya, manakala berdirinya saya di sini bukan pula untuk
menyanyi mahupun menari tetapi ingin menyampaikan satu sebuah wacana yang perlu kita
hadam dengan teliti. Terima kasih saudara peneraju acara, yang dihormati barisan kehakiman
yang adil lagi bijaksana, penjaga masa yang tidak pernah alpa dengan masanya dan
seterusnya sidang hadirin yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum, Selamat pagi dan
salam pencinta alam.

Bebas terbang si burung merpati,


Ribut dan taufan gagah diharungi
Pokok ditebang tanpa simpati,
Mengapa tidak kita sayangi.

Hadirin yang saya hormati,

Tak kenal maka tak cinta, tak tahu kerana tak cakna. Sebelum lidah petah berkata-kata, molek
sekiranya kita sama-sama telusuri satu per satu tajuk pidato saya pada hari ini iaitu ‘Sayangi
Alam Sekitar’. Menurut Kamus Dewan bahasa edisi keempat, sayangi bermaksud perasaan
cinta dan kasih terhadap sesuatu. Alam membawa erti dunia manakala sekitar pula
bermaksud perkara yang ada di sekeliling kita. Oleh itu, secara umumnya dapatlah
disimpulkan bahawa Sayangi Alam Sekitar bermaksud perasaan cinta terhadap keadaan alam
sekeliling kita.

Sidang hadirin yang saya hormati,

Malaysia merupakan salah satu Negara yang penuh dengan keindahan dan keunikan flora dan
fauna. Malah ada di antara hutan-hutan di Malaysia yang dinobatkan sebagai ‘paru-paru
dunia’ yang usianya lebih tua dari hutan Hujan Amzon di Brazil iaitu Hutan Belum-
Temenggor, yang terletak di utara Perak dnegan keluasan 300,000 hektar.

Sayang seribu kali sayang. arus modenisasi yang menderaskan lagi pembangunan Negara
semakin mendapat tempat di hari seantero masyarakat Malaysia. Pelbagai projek
sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak sekali. Namun begitu, secara tidak sedar, kita
sendiri terpaksa menghadapi satu kemelut yang begitu dasyat iaitu kerosakkan alam sekitar
hasil dari kerakusan kita sendiri. Manusia sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi
sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata pepatah ditelan mati
mak, diluah mati bapa.

Kemajuan sesebuah Negara yang dinilai adalah melalui ketinggian bangunan, kepesatan
ekonomi melalui perdagangan export dan import dan juga teknologi yang canggih.
Kebergantungan manusia terhadap perkara-perkara ini mengakibatkan pusat tadahan air
musnah serta kepupusan flora dan fauna. Buktinya, menurut Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Pulau Banding, Dr. Daniel Baskaran, mengganggarkan hanya 34 ekor harimau
Malaya yang masih wujud di Hutan Hujan Belum-Temengor manakala populasi gajah Asia
juga semakin menurun.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Kita perlu percaya bahawa alam sekitar yang digondol hari demi hari menyebabkan kita
hidup dalam keadaan yang tidak kondusif. Kerana apa ? Kerana kita tidak akan dapat lagi
menhirup udara yang segar. Ketiadaan pokok-pokok sebagai sumber utama yang memberikan
oxygen kepada manusia menyebabkan manusia sentiasa menghidu asap yang tercemar yang
dihasilkan oleh jutaan kenderaan dan kilang-kilang perindustrian. Bukan itu sahaja, hal ini
akan menyebabkan kita terdedah kepada penyakit barah dan sesak nafas .Kesan yang amat
dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat
dari hari ke hari.Pemanasan global ini telahh mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.
Namun, sedih lagi hati ini apabila mengenangkan bakal generasi seterusnya selepas saya
tidak dapat mengenal lagi erti keindahan alam yang sebenar.

Sidang hadiri, ayuh kita sama-sama mengimbau perjalanan asal usul kita dahulu.

Jika kita imbas kembali, kehidupan manusia banyak bergantung kepada alam sekitar.sebelum
arus pemodenan mengambil alih, Daripada zaman Paleolitik hingga ke zaman Neolitik,
manusia hanya berbekalkan alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar. Saya yakin dan
percaya perjalanan sungguh bahagia dengan persekitaran yang segar. Malah, kehidupan
mereka juga menghadapi kemajuan yang pesat tanpa memusnahkan alam sekitar. Berbeza
dengan Dunia yang sekarang. Mari sama-sama kita renungkan.

Sekian sahaja pidato yang dapat saya sampaikan pada hari ini. Saya akhiri pidato ini dengan
serangkap pantun

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai