Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN CERITA STEM 2021

TAJUK:RINTIHAN MERANTI

Assalamualaikum kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekelian.
Pada hari ini saya nak berkongsi kisah Rintihan Si Meranti. Kisahnya begini……….

Di dalam sebuah hutan, terdapat sebatang pohon meranti yang tinggi dan teguh. Si
Meranti mempunyai kawan-kawan baik daripada pepohon yang sangat berharga seperti Si
Keruing, Si Cengal dan Si Bangsa. Mereka hidup dengan aman bahagia bertemankan
sahabat-sahabat mergastua yang hidup bebas, sambil bernyanyi-nyanyi.

“RIANG HATIKU TIDAK TERKIRA PUNYA TEMAN YANG GAGAH PERKASA


BERJANJI AKAN HIDUP BERSAMA MENEMANIKU SEPANJANG MASA”.

Kawan-kawan,
Apa manfaat si meranti kepada hidupan? Ha… tentulah sebagai sumber makanan,
membekalkan oksigen ,dan sebagai habitat haiwan.Si Meranti dan rakan-rakannya
bersyukur kerana mempunyai keperluan asas yang cukup. Oh, apa keperluan asas mereka
ya? Ha.. Cahaya matahari, air , udara dan ruang. Keperluan asas yang cukup menjadikan
Si Meranti dan rakan-rakannya hidup subur dan merimbun. Dengan adanya cahaya matahari
bolehlah Si Meranti dapat membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.

Tetapi betullah kata orang, langit tidak selalu cerah. “Tolong-tolong” kedengaran
pepohon di dalam hutan menjerit, unggas-unggas berterbangan ketakutan. Tidak beberapa
lama kemudian, si meranti dan rakan-rakannya pula menjerit. “Aduh sakitnya” batang tubuh
mereka yang tinggi dan teguh tumbang menimpa pepohon kecil yang lain. Tubuh si
meranti semakin sakit dikerat-kerat. Pokok-pokok kecil habis dibakar. Udara jadi
tercemar. Fauna seperti orang utan dan harimau kehilangan habitat kesayangan dek
kerana kerakusan mengejar kekayaan.

Kawan-kawan, apa sebenarnya yang berlaku?


Pembalakan haram di hutan. Pokok pokok ditebang sesuka hati tanpa mengikut
peraturan jabatan perhilitan dan perhutanan negara. Salah di sisi undang-undang tu.

Kawan-kawan tau tak, mengapa agaknya mereka ditebang? Tentulah untuk dijadikan
perabot, papan untuk membuat rumah, menghasilkan kertas dan banyak lagi. Nanti
mereka boleh jadi kaya raya. Apa gunanya kaya raya kalua caranya tidak betul. Kan kawan-
kawan?
Kesimpulannya penebangan pokok dihutan perlu mendapat keizinan pihak berkuasa
dan perlu ditanam semula agar memastikan keseimbangan ekosistem kita terus
terpelihara. Akhirnya sayangilah tumbuh tumbuhan kita.
Sekian jumpa lagi kawan-kawan.

Anda mungkin juga menyukai